Thursday, August 25, 2011

Yang setia menemani, rumah bersepah dan Baby RA??

Semenjak usia kandungan mencecah 12 minggu, inilah santapan pagi yang setia menemani bagi menggantikan folic acid;

Cik New Obimin, Encik Calcium Lactate & Puan Neurogain PB. ~Yang tiada dalam gambar ialah Cik Siti Anmum Materna~
.
Sebelah malam, biasanya saya mengambil susu berkalsium tinggi Anlene.. Kononnya untuk menambah jumlah kalsium dalam badan.. Tapi tu lah.. tarik-tarik kat betis still jugak ada..
.
Semalam bila baca komen Kak Baya, barulah rasa, "Eh betul jugak eh?? Maybe sebab sejuk kot.." Actually, saya ni penyejuk orangnya.. Percaya tak, sepanjang pregnant ni baru beberapa kali je mandi air sejuk.. Selebihnya, sangat-sangat berterima kasih kepada encik water heater kerana banyak berbakti..
.
Selain daripada itu, saya memang tak geng la dengan aircond.. Kat office tu kalau dah sejuk sangat, rasa nak angkat meja letak kat koridor jer.. So kat umah ni, walaupun bilik tidur ber aircond, bleh kira ngan jari je berapa kali bukak.. Kalau En.Hubby switch on pun, bila mem besar masuk, mesti kena tutup punyalah..
.
Tapi bila pregnant ni, hawa-hawa panas tu pun datanglah.. Walaupun still tak boleh guna aircond, kipas adalah wajib sampai ke pagi.. Bila kipas dah laju, sejuk pun menyelinap.. So maybe sebab tu la yang jadi tarik-tarik kat betis tu.. Huhuhu.. Maybe kena pakai socks after this. Thanks Kak Baya coz tolong make me realize the cause of the problem.. :-)
.
~Takpun maybe kena tukar kete auto.. Iye la, tetiap hari drive from Ampang to Bukit Kiara and vice versa.. Mana tak cramp bila terpaksa hadap traffic jam kat AKLEH n DUKE dak?? :P~
.
Oh Aly, bila aku kata tak kisah umah bersepah, memang adalah tak kisah.. Sebabnya, aku yang askar sorang n still lagi tak berjalan ni pun bukan main lagi bab 'mengemas'.. Ini plak ko yang anak dah dua.. Harus-harus la kira sama kapal je kita dak?
.
Aunties nak tengok apa projek Tuan Rayyan Ariff masa orang tengah bukak puasa semalam? Ni haa...    
.
 Mula-mula dia buat kecah depan TV.. Baju hitam tu jubah yang ayah beli untuk Tok Wan dia.. Habis kena bawak keluar dari plastik..
.
 Ini pulak dia capai bakul yang kat atas meja jati kecik tu.. Habis barang-barang kat dalam tu berterabur..
.
                               Bila kita tegur, dia buat la muka sposen.. Tengok pun kesian, rasa nak marah pun hilang..
.
Bila dia buat sepah camni, takde la nak marah.. Cuma make sure dia kemas balik.. Kemas dia tu takde la kemas bersusun.. Kita cuma mintak dia masukkan balik barang-barang yang dia keluarkan tu dalam bakul.. So that dia tau dia punya responsibility..
.
Dulu ayah Ian takleh terima if rumah bersepah.. Masa tu Rayyan Ariff dalam usia setahun lebih.. Kalau dia balik keje and tengok rumah bersepah, mesti dia tanya, "Tak mengemas ke tadi?? Apa la rumah camni.." Tapi since dia tengok sendiri capability anak bujang dia, terus tak cakap apa dah.. =)
.
Tentang Baby RA, pagi tadi, pas sahur borak-borak dgn En.Hubby.. Tiba-tiba dia tanya, "Apa dah nama baby?"
Terus saya jawab, "Eh, kan tak finalise lagi.."
Dia jawab lagi, "Kan abang dah confirm.."
Saya balas, "Eh, bukan adik ke yang bagi nama.. Tak finalise lagi la.."
"Adik yang bagi, abang yang confirm kan.. Rayyan adik dah bagi, baby biar abang la confirm.." Panjang pulak tu jawabnya..
.
Actually that day memang saya ada bagi 2 nama.. Bagi in the sense that just mentioning the name jer.. Sekali member dah suka ngan second name.. So Baby RA, ayah has spoken.. He has finalised your name and from now on, you will be call with that name..
.
Ya Allah jagalah anakku selama dia di dalam kandunganku dan sembuhkanlah dia, sesungguhnya Engkau adalah dzat yang bisa menyembuhkan, tiada ubat kecuali ubatMu yang tidak akan membawa penyakit..
Ya Allah bentuklah dia dalam kandunganku dengan bentuk yang bagus dan tetapkanlah iman hatinya padaMu dan utusanmu..
Ya Allah keluarkanlah dia dari kandunganku pada waktu aku melahirkan dengan mudah dan selamat..
Ya Allah jadikanlah dia orang yang sehat, sempurna, punya akal, cerdas, alim dan mengamalkan ilmunya..
Ya Allah panjangkanlah umurnya dalam keadaan yang sihat dan berikanlah dia budi pekerti yang baik, fasihkanlah lidahnya serta berikanlah suara yang baik untuk membaca hadist dan Al qur’an dengan mendapat berkahnya nabi Muhammad SAW
Segala puji bagi Allah tuhan yang menguasai sekalian alam. Aminnn..

9 comments:

Eray Majid said...

abg ian yang bijak...ermm adakah nama baby RA ala-ala same dengan abg die...?? heheh

jiey selamat hari raya aidilfitri & maaf zahir batin ye.

Lynn Abd Latib said...

jiey

mestilah nama adik sesedap nama abg kan :-)

jiey, nanti sms alamat rawang tau..nak g jalan tgk ian.hehehe..

Eliss said...

ni buat tak sabar nak mengandung balik ni. eliss nama hero dah ada kalo keluar hero, kalo heroin lagi, kena carik balik la..huhuhu

masih berpuasa penuh :p

Pnut said...

Rania? A???

Moga semuanya selamat ek...
kalau husband akak, rumah bersepah, fikiran dia pun pun bersepah.. asyik nak marah jek, mood tarak baik, so cool ayah Ian..

tp alesya ikut peel babah dia, tak suka sepah, dan suka kemas-kemas, kalau main, mainan yang dia nak main je dia keluarkan, kemudian nak amek yang lain, dia akan simpan yang dia dah keluarkan, very the anak bapak...

yatie chomeyl said...

rajin abe Ian tulong mama 'nyipe' rumoh ehehe

mama adaman said...

salam jiey...
saya silent reader.. just nak kongsi pengalaman... masa 1st baby saya selalu cramp tapi utk 2nd and 3rd saya amalkan makan elken spirulina..alhamdulillah ok... try laa
selamat hari raya jiey and Rayyan ariff...

Bicara hati ibu aisya said...

Amin...Amin...Amin...
jiey, kita geng.ayu pun jenis yang SANGAT xtahan sejuk.Tak caya???cer tanya budak2 opis ayu sapa yang selalu off aircond?hahahaha..org lain rileks jer buat keje, kita ni dah terketar2.Sejuknya sampai ke tulang hitam ;)
Bab kemas tu kita terbalik.Dulu ayu paling xsuka bila umah bersepah atau barang2 dalam umah berkalih tempat tp bila dah ada anak-anak nih..nak xnak kena redha jelah.
Wah,kali ni baby ayah bg nama ek?Kami pun selalu berebut nak bg nama anak ;P Seronok kan carik nama nih?
Wahhhh...sori, terkomen panjang lak kali nih (sbb saya suka entry nih.hihihi)Apa-apapun semoga semuanya selamat dan dipermudahkan.

TiNie said...

kak jiey..nak tnya..boleh x kalo sy just mkn obimin tnpa consultation from doctor.? sbbnya sy ni pegi klinik gomen, confirm la x kena bg obimin ni smua..kena bg asid folik, b-complex, iron n ascorbic acid. leceh kena makan satu2. kalo mkn obimin kan all in 1..apa pndangan kak jiey?

Noina said...

Amin..Amin..Amin... :)
Selamat Hari Raya Jiey.. :)
Rayyan, nanti dtg umah ibu raya nanti ek.. :)