Sunday, August 21, 2011

Kalau ikutkan hati, segunung emas pun mahu dibeli!!

Since akan berlaku pertambahan ahli keluarga, beberapa modifikasi juga perlu seiring.. Antara perkara utama yang dibincangkan ialah keperluan untuk bertukar kepada MPV.. Actually, untuk anak 2, rasanya kereta sedan masih lagi OK.. Tapi bila dikira bibik, memang agak sesaklah.. 3 dewasa dan 2 carseats.. Mana nak kira barang-barang lagi kan?
.
Setiap kali perkara ini saya usulkan kepada En.Hubby, pasti tiada jawapan muktamad. Sebab utama? Sayang dia pada En.Perdana tu menggunung! Maklumlah, sudah modified sana sini.. Sudah tambah aksesori itu ini.. Memang betullah, semua kereta pun ada sentimental value pada tuannya.. Tapi harus juga dinilai dari segi practicality..
.
Namun secara tiba-tiba, En.Hubby mengusulkan untuk bertukar kepada Livina Impul.. Mungkin kerana kereta tersebut agak sporty..

Image by Google.com
.
Honestly, memanglah cantik dan sporty.. Bila dah sporty, tak adelah orang yang gatal-gatal tangan nak tambah skirting, nak cari sport rim bagai.. Tapi pada saya, ruangnya agak kecil walaupun ianya sebuah MPV 7 seater.. Sedangkan harganya sudah menyamai dengan sebuah Toyota Innova yang lebih spacious.. Daripada menghabiskan sejumlah besar wang untuk saiz kereta yang sebegitu, baik sahaja beli Perodua Alza.. Lebih jimat.. :P
.
Rasanya tidak jauh beza antara Alza dan Livina Impul kan?
.
Toyota Wish walaupun menarik, pada saya tidak berbaloi untuk membeli sebuah kereta recon dengan harga sedemikian.. Melebihi harga sebuah kereta baru! Lantas saya cadangkan Innova pada En.Hubby.. Tapi katanya, bagaikan kereta orang tua.. *Tak sedar diri tuh, macam la member teenager dak??*
.
Katanya kereta orang tua eh??
.
Namun apabila saya tunjukkan sebuah modified Innova, terus sahaja En.Hubby teruja kerana rupanya yang seakan-akan Wish..
.

Source: 101modifiedcars.com
.
Tetapi kalau difikirkan, rugi sebenarnya mahu berhabis untuk modifikasi pula.. Baik terus sahaja ambik Livina Impul! Susah betul apabila berdepan dengan orang gila kereta ni..
.
Hmm.. Sekarang En.Hubby hanya menyerahkan kepada saya untuk membuat keputusan.. Tambahan pula, saya yang akan menjadi tukang bayar.. Owh, saya tak malu mengaku, apabila dia bayar rumah, saya bayar kereta dan begitu juga dengan bil-bil lain.. Berkongsi selagi terdaya.. Kesepakatan kan membawa berkat.. :-)
.
Memikirkan En.Perdana yang sudah hampir habis bayaran bulanan, berat juga untuk menambah komitmen baru.. Tambahan pula, saya sudah nekad untuk menghantar Rayyan Ariff bersekolah di WQ Park.. Dengan yuran bulanan sebanyak RM2K sebulan, pastilah senget benget bahu kami suami isteri.. Namun saya benar2 berharap agar bonus tahun ini lebih kurang sama dengan jumlahnya berbanding tahun-tahun yang lalu.. Bolehlah saya lambakkan kesemuanya untuk pendaftaran, deposit dan yuran bulanan Rayyan Ariff untuk setahun!
.
Ada juga En.Hubby menyatakan keraguannya tentang keputusan saya menghantar Rayyan Ariff ke WQ Park.. Ialah, paling2 lama, cuma setahun dia akan bersekolah di sana apabila memikirkan kos perjalanan dari Ampang-Kelana Jaya-Ampang dan kos-kos lain, pastinya tidak termampu untuk kami meletakkan dia disitu berterusan.. Risau seandainya dia berhenti nanti, progress dia juga akan turut perlahan.. Sayanglah, jumlah yang dibelanjakan bukannya sedikit.. Namun saya tidak mahu hidup dengan tertanya-tanya dan kekesalan sekiranya tidak mencuba.. Kerna itu saya sanggup untuk mencuba..
.
Bukanlah tidak sayang dengan duit.. Kalau diturutkan nafsu, hati ini juga mahukan rumah besar, kereta baru yang gah, perhiasan rumah yang indah.. Namun apa sekalipun, pengorbanan untuk permata hati tercinta adalah keindahan teragung buat diri ini..
.
Entahlah, apa sekalipun, saya cuma mengharapkan yang terbaik untuk kami sekeluarga.. Semoga terus dimurahkan rezeki olehNya.. Aminnn..

15 comments:

ummi nia said...

betul kak..kita mesti nk yg terbaik utk permata hati kita..kalo ikutkn nafsu dunia pn rasa nk beli..tp bg sy anak lg penting..

www.akma81.blogspot.com said...

Selalu baca entry akak tapi kali ni je baru nak komen. Setiap kali baca mesti air mata saya mengalir.

Saya sangat kagum dengan akak.

Fieda said...

...okay...saya baru je beli ALZA. Dah buat survey sebelum beli tu.... Alza ngan livina memang tak jauh beza ruangannya... Innova tu memang hokey tetapi....hehehehe...besar bagak jugalah....:)

Tapi Alza ada satu kekurangan lah...aircond dia kat depan je....so, bila tgh panas2 tu, org belakang kena sabar sikit yeee......:)

Mrs. Simplicity said...

bila la salah satu kereta kitorg nak habis bayar ni. huhu.. nak mpv gak weh!

Unknown said...

Salam jiey...lama tak mengomen di sini...tapi kak nani tak pernah miss baca tau...biasanya tak sempat...

pendapat kak nani sbgi bekas pengguna grand livina dgn anak 3...secara ikhlasnya ruang grand livina sgt sempit...letak car seat kat tgh...kaki iman kena seat dpn...lagi satu kalau nak guna semua kerusi, brg tak de tmpt nak letak...sebab bonet belakang kecik sgt...besar lg Avanza...kecuali nak psg carier atas...ruang kaki juga sempit...byrannya dahla mahal...exhubby beli masa first launching, auto, 1.6cc, ansuran hampir seribu sebulan...tapi kalau Innova memang berbaloi...besar...pernah naik kawan punya...sgt selesa utk travel jauh...

hehe...itulah mt two sen...but bg kak nani tepuk dada tanya selera...kak nani dulu mogok...aim Avanza, tp xhubby bawak blk Grand Livina...sabar jelah...skrg dah tak de...Kenari pun dah cukp...hehe....

yatie chomeyl said...

haip, keto Innova tu keto muloh ma ore tu, x la tuo mano. tp innova parok minyok lajok, sekso pakai dio. baye la ore travel kb-tganu gi balik RM100 minyak huhuhuhu

btw, Impul tu meme comey ah...ore x ajin napok lg. orait gop napok ko design dio tu

wish tu pung kecik utk mpv 7seater

gapo2 pong wishing u all the best dan muroh rezeki sokmo oleh Allah...Ameen

M@y said...

Bila Ian dh skolah kt WQ Park boleh la jumpa face to face ek..silap2 selisih jalan sbb taska yasmeens pun area situ je ;p

nellyberry said...

Livina sempit la babe, lebih kurang je ngan Alza. Tapi hari tu aku ada naik Exora kawan aku. Memang selesa, luas dan puas hati la.

Tapi cuma biasa la, bukan nak condem kereta Proton, tapi sebab aku pun ada kereta Proton jugak, so dah boleh agak la macam mana keadaan kereta tu bila dah masuk 3-4 tahun.

Kalau nak beli, baik beli Toyota ke, Honda terus. Memang mahal sikit, tapi at least puas hati la.

Marsha~ said...

RM2k sebulan????!!! peerghhh... ternganga sy mendengarnya... Rayyan Ariff beruntung dilahirkan dalam keluarga yg mampu untuk membiayai segala yang terbaik untuknya... kalau org lain, belum tentu lagi mampu.... herm.. mmg kita mahu yg terbaik kan utk anak2 kite... asalkan mereka membesar sihat dan menjadi org berjaya, apa pun tak kisah kan?? kagum dgn semangat Jiey..

Adinina said...

Jiey, dah consider Chery Eastar? sile google juga modified Chery..bynk org dh buat jadi sporty. Sy pki Chery, org kata kereta China tak bagus. Tp sy dh pakai, mmg no prob, spacious, anak dua, maid sorang, car seat, stroller lagi, campur beg bagak2 nak balik kampung, mmg takde hal. hahaha. yg penting harga x mahal sgt. sy suke sbb dia spacious (ala2 mistusbishi Grandis). pick up pun bagus (2.4L, mitsubishi engine). Skrg punye 2.0L kot, should be better in terms of fuel consumption. Gi la try dulu kat showroom. x cuba mmg x tahu :)

Mama Safiyyah said...

Kak,

Alza ramai kengkawan yg guna kata tak worth sebab banyak problem.....

we all pun beli keta baru lepas beranak number 2, sebab dah sempit kalau nak masukkan bibik and nak travel jauh sikit.......

we got avanza...then pi hatyai pasang carrier atas tu, siap pasang dengan upah segala semua sekali, jd rm500 jek.....berbanding kat sini ribu2 kalau nak pasang.....

kakak saya guna innova-anak 3...mmg selesa sebab seat belakang boleh jatuhkan sebelah jek, so kalau barang banyak pun, sorang boleh duduk lagi and sebelah tu jatuhkan seat and letak barang......

mmgla org lelaki cerewet bab keta kan :-)

selamat memilih!

mrs.krie :O) said...

bila kita menjadi ibu kepada siapapon anak kita pasti kita mau jadi ibu yang terbaik kan jie.... pasti ada rezeki buat ian yang special..apatah lagi dengan bakal kehadiran ra junior....insyaallah akan dipermudahkan buat jie sekeluarga.....

Lynn Abd Latib said...

jiey

membaca rm2k sebulan utk yuran ian..gulp!! telan air liur..

allah memberi ujian mengikut kemampuan seseorang

andaikata lyn di tempat jiey.lynn rasa x mampu mengadakan sejumlah wang utk itu..mmg x mampu

apapun smg murah rezeki jiey & family

selamat berkereta baru jiey :-)

kalo ditanya lyn- lyn suka Innova .selesa wpun mahal sikit :(

Jiey^Mien said...

Oh Kak Lynn ku itu.. kalo ikut kemampuan, kami pn mmg tak mampu.. :-)

Tapi tu la, nk hidup terpaksa adjust sana sini..

Sebab tu bleh kira kan, dlm blog ni, berapa kali kuar crite kitorg gi bercuti.. Brp kali kitorg makan kat luar.. Brp kali kitorang shopping mopping..

Heheheh.. Banyak kos lepas.. Tapi prioriti tetap akan jadi prioriti.. So terpaksa pejam mata..
:-)

Rizziela said...

Innovalah Jie..cantik tau kalau dah modified..lagipun besar 7 luas