Sunday, May 4, 2008

Atas nama cinta..

Bila mana perut sudah membesar, byk benda yang dh xleh buat sdr.. Kerana itu, toleransi amat penting.. Bila melihatkan si isteri terkial-kial, terpaksalah si suami meringankan tangan..
.
Susah rupanya nk potong kuku bila kaki sdr pn dh x nampak dari pandangan.. Tp biasa la.. Pengorbanan suami x lama.. Pas dia potong kuku sang isteri, dia hulur plak kuku dia.. Katanya nk bermanja.. Isteri bg kaki jer.. Tp suami, bukan setakat tangan, dgn kaki2 sekali..
.

Pastu si isteri ngidam nk mkn pretzel.. Terpaksa la si suami meredah trafik Bandaraya Kuala Lumpur yang sesak semata-mata nk gi Auntie's Anne kat D' Mall..


Tp itu bahagian si suami.. Bahagian si isteri plak lagi haru.. Si suami telah disahkan menghidap Acute Bronchitis (i.e. demam yang berkaitan dgn jangkitan paru2) dan dimasukkan ke hospital selama 4 hari 4 mlm (macam pakej percutian plak!).. Kepenatanlah sang isteri yang sedang sarat mengandung.. Berkejar ke hospital dan office.. lebih menyedihkan, terpaksa menapak dgn brg2 di kiri dan kanan semata-mata nk menahan teksi.. Ms itulah terasa, kenapalah si isteri tidak kuat untuk memandu.. kenapa harus ade rs takut? Atau pun memang si siteri tidak dilahirkan untuk memandu.. Terima kasih buat sahabat-sahabat yang sudi membantu.. Yang sudi menumpangkan hamba Allah yang di dlm kesusahan ini.. Hanya Allah S.W.T yang mampu membalasnya.. (Especially for Fad & E!)..
. Apabila si suami terlantar, segala perancangan percutian terbatal dgn sendirinya.. Ok jugak.. Sekurang-kurangnya si isteri bleh berehat, bukan hanya si suami.. Genting, Melaka & Cameron - lain kali la yea.. (Hahahaha.. sukanya! Kalau xgi terus pn xpe..)

Thursday, May 1, 2008

Saat-saat sukar

Entry from my old blog


Bila tuhan menguji, anggaplah ia sebagai penghapus dosa-dosa lalu.. Pabila di dalam kegembiraan terselit duka, terimalah ia dengan hati yang terbuka.. Walaupun ianya perit yang amat.. Tuhan menguji takkan berhenti.. Aku hanya mampu berdoa untuk yang terbaik..

Teman-teman, terima kasih kerana sedia di sisi.. Terima kasih di atas pertolongan yang dihulurkan.. Aku amat menghargainya..

Aku tidaklah sekuat mana.. Bila mana dugaan dtg melanda, titisan air mata tak mampu untuk ku tahan.. Hanya tika melihat wajah org2 yang tersayang, membuatkan aku bertahan.. Aku cuba gagahkan kaki untuk terus berdiri.. Untuk terus mengorak langkah..

Allah tidak akan memberikan ujian yng berat melebihi kemampuan umat-Nya!!!

01.05.2007.. Happy 1st Anniversary Sayang.. Pimpin tanganku.. Jangan sekali-kali kau tinggalkan aku.. Moga kasih sayang yang ada akan terus mekar dan taman kasih ini akan terus bersinar.. Ya Allah, kau tetapkanlah hati kami.. Permudahkanlah segala urusan kami.. Murahkanlah rezeki kami.. Berikan kami kebahagian yang berpanjangan.. Panjangkanlah usia kami dalam keadaan yang sihat agar kami dapat terus beribadat kepadaMu.. Kurniakanlah kami ilmu yang berguna & bermanfaat.. Semoga rumahtangga ini akan diserikan dengan anak-anak yang sihat sejahtera, bijak pandai dan beragama.. Aminnnn..