Thursday, May 1, 2008

Saat-saat sukar

Entry from my old blog


Bila tuhan menguji, anggaplah ia sebagai penghapus dosa-dosa lalu.. Pabila di dalam kegembiraan terselit duka, terimalah ia dengan hati yang terbuka.. Walaupun ianya perit yang amat.. Tuhan menguji takkan berhenti.. Aku hanya mampu berdoa untuk yang terbaik..

Teman-teman, terima kasih kerana sedia di sisi.. Terima kasih di atas pertolongan yang dihulurkan.. Aku amat menghargainya..

Aku tidaklah sekuat mana.. Bila mana dugaan dtg melanda, titisan air mata tak mampu untuk ku tahan.. Hanya tika melihat wajah org2 yang tersayang, membuatkan aku bertahan.. Aku cuba gagahkan kaki untuk terus berdiri.. Untuk terus mengorak langkah..

Allah tidak akan memberikan ujian yng berat melebihi kemampuan umat-Nya!!!

01.05.2007.. Happy 1st Anniversary Sayang.. Pimpin tanganku.. Jangan sekali-kali kau tinggalkan aku.. Moga kasih sayang yang ada akan terus mekar dan taman kasih ini akan terus bersinar.. Ya Allah, kau tetapkanlah hati kami.. Permudahkanlah segala urusan kami.. Murahkanlah rezeki kami.. Berikan kami kebahagian yang berpanjangan.. Panjangkanlah usia kami dalam keadaan yang sihat agar kami dapat terus beribadat kepadaMu.. Kurniakanlah kami ilmu yang berguna & bermanfaat.. Semoga rumahtangga ini akan diserikan dengan anak-anak yang sihat sejahtera, bijak pandai dan beragama.. Aminnnn..


No comments: