Thursday, June 26, 2008

Welcome home my cutie pie

Entry from my old blog
Home at last! Antara kegembiraan dan keletihan, rasanya keterujaan menguruskan anak sendiri mengatasi rasa penat dan tak cukup tidur.. Kepenatan itu hilang bila melihat wajah sang putera tidur dengan aman.. Kata doktor, kena be extra careful dgn premature baby.. Rumah kena extra bersih, kalau nk pegang make sure basuh tangan dulu.. Ayah sdr bersihkan umah cam nk raya semata-mata nk bawak Rayyan blk..

Di hospital, hero mama ini memang terror.. Ramai yg kenal.. Smpi org servis machine pn kenal.. Sape je yg byk masuk OT cam Rayyan kan? Tu blom masuk bab demand for feeding and attention.. Lambat bg mkn, meraung cam Amy Search (baguih apa.. sok2 dia buat sekolah pondok!), nk mandi, kena air meraung dulu.. nk dukung, pn meraung gak..

Tp bila wat blk umah, ilang terus perangai dia.. tido jer.. baguih dok ada la tu.. Tp semalam, hadoiii.. cramp kepala mama coz Rayyan dok merengek.. Tp bila mama jenguk kat katil Rayyan, elok pulak sayang tido.. Bila mama nk tido blk, cinta hati mama ni merengek lagi.. Sampai subuh baru mama bleh tido.. Ayah cium mama ms nk gi keje pn mama separuh sedar jer.. Ngantuk!!

Pg ni, syg meragam lg.. xnk minum susu pulak.. Ooo.. Kembung perut rupanya.. Mn mama nk tau.. Lain kali nangis la.. Jgn takutkan mama yea.. Abis, check lampin ok.. Check temperature pn ok.. Mama ingt syg rindu aunties kat NICU PMC..

Lebih sebulan berulang-alik ke NICU, buat aku betul2 insaf dan menghargai nikmat sihat.. Bak kata seorang ayah yang anaknya juga berada di NICU.. Sebelum ni kita kenal tuhan, tp bila kita diletakkan di dalam situasi seperti ini, kita akan lebih mengenal tuhan kerana apabila manusia sudah tidak dapat berbuat apa2, kita akan pasrah pada yang Satu.. Aku sgt setuju.. Amat menyedihkan bila menyaksikan tubuh kecil berselirat wayar sedang berjuang untuk hidup.. Semoga Allah memelihara Nur Damya Farhana dan semua anak2 di NICU PMC.. Bukan hanya di sana, tp di seluruh dunia!


Post terakhir Rayyan Ariff pakai gown..

Wan of NICU pakaikan baju utk Rayyan.. Million thanks!

Cam penyanyi rap anak mama ni..

Rayyan first ride in ayah's car.. Bila dh besar ayah kata nk bwk gi convoy perdana.. Xyah la, bc buku lg elok!

Finally, the comfort of my own bed!


Friday, June 20, 2008

Our little hero is coming home

Entry from my old blog

Finally, our strong-will-Rayyan is coming home.. After more than 40 days, he'll finally get to wear a real 'baju'.. No more hospital uniform (which looks like a gown!!) or just diapers.. Latest in 2 weeks time!

Dear friends and family, bila aku bgtau nama baby aku Rayyan Ariff, org mesti ckp t'sgt la Bella nama ank aku.. Makcik pun hangin 1 badan.. nama ni xde kena mengena dgn cerita Bella sama ada yang hidup atau pun yang mati.. Senang citer, biar aku declare nama2 yg aku simpan slama ni:
1. Rayyan Ariff, panggilnya Rayyan.. (Aku dapat nama ni dlm paper Utusan, bahagian Renungan. Ms tu bulan puasa a few years back.. dia tulis lbh kurang camni, umat2 islam yang berpuasa pada siang hari di bulan Ramadhan akan masuk ke syurga melalui pintu Ar-Rayyan)
2. Rizky Adam, panggilnya Riz.. Nama ni sure korang tau maksud dia kan? (Tp hubby kata dia nk nama Iskandar n dia tgh negotiate mintak letak Rizky Iskandar.. Ok gak la kot)
3. Rania Adriana, panggil Nia.. (Bkn sbb citer sinderella tu yea, aku x tgk pun citer tuh, ellany yg bgtau.. Rania tu sempena nama Puteri Rania, permaisuri Jordan tuh coz dia cantik sgt..N Adriana tu maksudnya nisbah)

Disebabkan kawin dgn Tuan Alimin, kalau anak laki akan ade Tuan la kat depan.. Kalau pompuan, Puteri.. (takkan nk letak Puan kot!)

Kesimpulannya, nama Rayyan bukan sempena nama Dr. Rayyan Bella tuh.. Tp kalau Rayyan Ariff jd doktor ok gak.. Neuro surgeon.. :P







Tuesday, June 17, 2008

Call me: Tuan Rayyan Ariff

Entry from my old blog

Kehadiran Tuan Rayyan Ariff Bin Tuan Alimin membawa satu makna besar dalam hidup aku dan hubby. Betapa kini aku mengerti halusnya perasaan seorang ibu.. Dalam kegembiraan, ada kesedihan yang berbalam. Entry ~Seribu Tahun~ adalah satu dedikasi untuk mengabadikan perasaan seorang ibu tatkala diberi satu perkhabaran duka..

Dan Rayyan Ariff kami lahir sebelum waktunya.. Tanggal 12.05.2008, pada jam 8.12am, lahirlah Tuan Rayyan Ariff Bin Tuan Alimin dengan berat hanya 1.815kg.. Rayyan lahir 9 minggu lebih awal dari tarikh jangkaannya iaitu 12.07.2008.. Dia hanya sempat berada di dalam rahimku selama 31 minggu 2 hari.

Aku mengalirkan air mata tatkala mendengar tangisannya yang tersekat-sekat.. Kerana aku sedih, bayi lain menangis dgn lantang pabila dilahirkan.. Dan Rayyanku, dia terpaksa bersusah payah hanya untuk menangis.. Paru-parunya belum kuat kerana dia bayi pramatang.. Itu penjelasan Dr. Yong, pakar kanak-kanak yang bertanggungjawab menjaga Rayyan. Sekurang-kurangnya dia cuba untuk menangis, it’s a good sign. Tambah Dr. Yong lagi. Aku hanya sempat menyentuh pipinya.. Dia terus dibawa pergi.. Ayahnya pula hanya dapat mengazankan dia dari luar incubator.. Betapa kasihan aku pada anak ini..

Dari zaman aku belum mengenal cinta lagi aku inginkan nama Rayyan Ariff untuk anak sulungku. Mengetahui kondisi anak dlm kandunganku, terdetik aku utk menukar namanya.. Kerana aku takut tidak akan ada kesempatan untuk aku memanggil nama itu.. Tiba-tiba aku tersedar, sampai hati aku terfikir demikian.. Seakan mematahkan semangat juang anakku sendiri.. Doktor bisa meramalkan segalanya.. Tp tuhan punya kuasa! Tidak kira di alam ini atau di alam lain, dia tetap anak sulungku.. Walau seribu tahun berlalu, dia tetap anak pertama yang lahir dari rahimku! Atas dasar itu, nama itu secara automatik menjadi miliknya.. Sekurang-kurangnya aku memberi nama yang indah maknanya untuk dia.. Aku juga takut aku tidak akan sempat memperkenalkan dia pada teman-teman.. Kerana itu, aku membuat keputusan untuk memperkenalkan dia lebih awal di blog ini.. Tapi sebelum kelahirannya, segala entry tentang Rayyan aku ‘hilangkan’!

Sehingga hari ini, hari yang ke-37, Rayyanku sudah melalui pelbagai dugaan dan cabaran.. Dan dia masih kuat.. Kupanjatkan segala kesyukuran kepada Allah yang maha Esa.. Terima kasih kepada semua yang byk membantu.. Doktor2 dan jururawat2 NICU Pantai Medical Centre.. Dan juga kepada teman2 yang tidak henti-henti memberi sokongan dan mengiringi putera kami dengan doa dan harapan.. Terima kasih Allah kerana membawa Rayyan kami sejauh ini.. Semoga dia akan pergi lebih jauh lagi meniti kehidupan bersama keluarga tercinta.. Aminnnn..