Thursday, July 9, 2009

Segalanya..

Semalam, seperti minggu-minggu yang lalu, kami menjejakkan kaki ke SDMC lagi. Alhamdulillah, sesi fisioterapi Ian berjalan lancar. Ian memberikan kerjasama yang baik dan menunjukkan beberapa peningkatan. Dia tidak marah sewaktu dipaksa berdiri dan mula menyokong berat badan dengan kakinya sendiri. Walaupun bukan untuk jangka waktu yang lama.
.
Apabila didudukkan, ada waktunya Ian memberanikan diri melepaskan tangannya setelah diumpan dengan mainan-mainan yang ada. Memandangkan tulang belakangnya masih belum kuat, Ian masih belum mampu menolak badannya ke atas dan ada waktu dia kelihatannya seperti akan tersungkur.
.
Tapi saya tahu, Rayyan Ariff saya kuat orangnya. InsyaAllah, sedikit waktu lagi dia pasti mampu untuk melakukannya segalanya sendiri. Dan kami, orang-orang yang berada di sekelilingnya inilah yang akan terus melatih dan membantu dia.
.
Saya tanyakan kepada therapistnya, “Looking at his physical condition now, can he walk by the age of 2 years old?”
.
“How old is he now?” Tanya therapist itu kembali.
.
“13 months old” Saya menjawab sambil memandangkan tepat ke wajahnya.
.
“I cant really tell. But there’re so many things that we need to work on. The back, hips, hands, and feet need to be strengthened before we can see him walking.”
.
Saya tahu maksud jawapan itu. Secara tidak langsung, dia mahu mengatakan tempoh 11 bulan sebelum Ian mencapai usia 2 tahun tidak mencukupi untuk kami melihat Rayyan berjalan.
.
“What if I continuously make him do all the exercise? When I’m with him all the time later, I can really focus on all of these. I can make him do all the exercise at least 15min per session for every 2 or 3 hours. Would that help?”
.
“There’s no point of making him overdo it. If he gets tired, it will certainly wont help him in any way..”
.
Saya terdiam. Terlalu bercita-cita tinggikah saya? Jangan salahkan saya kerana terlalu memaksa, saya hanya mahukan yang terbaik untuk Ian Ariff. Adalah sesuatu yang menyedihkan pada saya setiap kali saya melihat dia terlentang di atas tilamnya. Adalah sesuatu yang menyakitkan pada saya setiap kali melihat dia bermain “kejar-kejar” dengan unclenya, tapi dia tidak mampu bergerak ke mana-mana dan hanya memusingkan badannya untuk lari.
.
Saya mahu melihat dia bergerak bukan kerana mahu memenuhi impian saya, tetapi untuk dirinya sendiri. Untuk dia meneruskan ekplorasi bagi memenuhi tuntutan ingin tahunya yang merupakan sifat semulajadi seorang bayi dan kanak-kanak. Apalah yang mampu dicapai sekiranya dia hanya terlentang.
.
Ada waktu, saya membawa dia menyusur di sepanjang almari perhiasan yang separas dadanya untuk dia belajar. Matanya akan khusyuk memerhatikan setiap perhiasan di atas almari itu sambil tangannya sibuk menyentuh segalanya di situ. Ada kalanya, saya berdirikan dirinya di hadapan rak majalah untuk dia meneroka di situ, maka asyiklah tangan menyentuh segala suratkhabar dan majalah yang tersusun rapi.
.
Ada ketika, saya membawanya meneroka ke bawah meja dan mengangkatnya ke atas. Dia seakan kagum kerana terdapat suasana berbeza pada sesuatu tempat dalam masa yang sama.
.
Hanya ini yang termampu saya lakukan untuknya. Menjadi kaki dan tangannya. Menjadi anggota tubuhnya untuk dia bergerak dan meneroka. Untuk sesorang yang mempunyai masalah seperti dirinya, dia boleh dikategorikan sebagai anak yang bijak. Sifat ingin tahunya tinggi.
.
Sewaktu saya sibuk mencari baju untuk dipakainya pada bahagian atas almari, dia yang berada di pangkuan saya pula sibuk ‘mencari’ dan ‘mengeluarkan’ baju di bahagian tengah almari baju kecilnya. Sewaktu saya sedang sibuk membaca risalah yang ada di tangan saya, dia juga sibuk mahu ‘membaca’ risalah yang sama. Apabila digantikan dengan yang lain, tahannya cuma sekejap sahaja sebelum dia kembali cuba ‘merampas’ bahan bacaan yang ada di tangan saya.
.
Saya kira, perlakuannya sama seperti anak-anak lain. Dan seandainya dia dapat meneroka segala yang ada disekelilingnya sendiri, tentu sekali mindanya akan lebih tajam dan akalnya semakin banyak. Inilah yang saya mahukan. Saya mahu otaknya terus-terusan belajar.
.
Sesuatu yang mustahil pada pandangan manusia pastinya tidak mustahil dengan kuasa Allah SWT. Saya akan gigih berusaha untuk melihat dia bergerak dengan sendirinya. Saya tidak akan terlalu menekan dirinya kerana tidak mahu ‘merampas’ keseronokkannya menjadi anak kecil dengan memaksanya berusaha. Namun saya akan pastikan, dia akan mencapai sesuatu sebelum usianya menginjak ke angka 2 tahun. Semoga Allah SWT memudahkan segala urusan kami.. Aminnn..
.

Semalam, Auntie Sarjit banyak kali puji saya smart tau.. Yes, I'm a smart baby even tho I'm brain-injured. See how special I am? =)

P/s - Oh sedih, pergilah.. Jangan menghuni di dalam hati ini!!!

25 comments:

Puteri Nuur At-Terawis said...

"Hanya ini yang termampu saya lakukan untuknya. Menjadi kaki dan tangannya. Menjadi anggota tubuhnya untuk dia bergerak dan meneroka"

....sedih Mama Put nih.

syira said...

Ian just toooo sweetttt
ye jiey..pergilah sedih, kekalkan ketabahan and ur semangat.
both of you need it ^_^

Jiey^Mien said...

Mama Put : ... Sedih jugok.. =(

***********************************

Syira : Thanks dear.. Yea.. Yea.. Pergilah sedih!

***********************************

Cikpid said...

U're not only smart..but u are also cute and adorable Ian..

semoga doa jiey di makbulkan..Aminnn...

Sedih..jgn hinggap kat mama Ian yer..g sana..g main jauh2..

Mrs. Simplicity said...

aunty doakan untuk ian juga ek. :)

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

chaiiyokk ian..
u can do it darl..

Sue.Aleen said...

oh please jangan sedih...
masa untuk sedih dah berlalu..
jika Jiey yakin apa yang Jiey rasa
insyaAllah Dia akan mendorongnya...



p.s. : akak yang masih bersantai lagi...

izzahazfar said...

Kak...
biar sedih itu pergi jauh..

namun...
kitakan ibu..
mmg akan selalu bercinta dgn air mata..

Kuat ye kak..

Watie Aziz said...

Jiey,sedih ah watie baca citer Jiey nih ...sayu jer rasa hati tau Jiey ..hu hu...

nak kongsi sket, tak pasti kat fisio dia ada wat tak? sebab ni watie nampak auntie watie buat kat arwah anak dia masa Atiqah hidup dulu. Anak dia 10 times teruk conditionnya dari Ian. Memang terlentang sahaja. Apa pun tak leh wat for 15 years hidup dia walaupun lahir normal.. Cian sgt tgk..takperlah ..dah masuk syurga pun Atiqah tuh ...:)

Auntie watie pernah letak macam pasir dalam kain yg digumpal, then letak kat tangan arwah. then dia akan angkat2 lah kain tuh..kain tuh berat sket, jadi dalam masa yang sama, help her to strengthen her arms. maybe u leh try wat kat Ian cam tuh? kaki dan tangan?

sabar yer Jiey, i suka tgk perkembangan Ian. She is really bright & brilliant. If only w can make learning fun for him, sure dia akan jadik as normal baby, as i always said, Ian memang nampak normal...:)

Eliss said...

Insya Allah, nanti awak bleh jalan-jalan kejar-kejar..lambat sket pun tak apa lah..saya kan ada :)

xoxo,
Nuha

orangorang said...

k.gee...

guess what, semlam masa saya tido saya bermimpi tentang ian. dalam mimpi saya ian boleh berjalan spt anak2 yg lain.saya doakan yg terbaik untuk ian setiap hari. semoga Allah akan memakbulkan doa kita semua. amin..

Queens said...

Jiey - insyallah..segalanya tidak mustahil dengan kuasa allah..
Insyallah everything gonna be normal..
yakin ok..tuhan maha penyayang..

Jiey^Mien said...

Cikpid : Betul.. Betul.. Gi main jauh2.. Jangan kaco.. Takmo.. :P

***********************************

Aly : Aminnnnn

***********************************

Mrs K : InsyAllah.. =)

***********************************

Kak Sue : Okeh.. Okeh.. Biar sedih pergi jauh2! :P

Kak Sue, cuba ajar sket ilmu santai tu.. (Bukan santau tau.. Santai... Kang muntah darah plak mokcik.. :P)

***********************************

IzzahAzfar : InsyaAllah.. Selagi diizinkanNya, hati akan terus kuat.. =)

***********************************

Watie : Thanks for the tips dear.. Actually, tangan n kaki Ian bukan nak kuatkan dgn angkat2 brg gitu.. More on nak latih dia tampung berat sdr.. Alhamdulillah, tangan Ian memang cukup kuat kalo nk angkat brg2 yg kita tak expect dia bleh angkat.. Kalau dia duduk, dia mmg leh hold badan dia dengan tangan.. Tapi bila meniarap, budak ni tanak guna utk tompang badan dia sdr.. Maybe dia 'lupa' dia ada tangan untuk angkat badan dia.. n 'lupa' dia ada lutut yang boleh tampung berat dia.. so kita la kena ajar semua tu.. kena remind dia blk.. :P

nnt dah ada ms free, leh gi umah watie n blaja cara2 nk wat fun learning activities.. baca kat blog mesti tak sama ngan jumpa depan2 kan? =)

**********************************

Jiey^Mien said...

Biar lambat asal selamat yea Nuha? :P

-Ian-

***********************************

orangorang : byk2 doa ek.. akak pun selalu termimpi bab tu.. :P

***********************************

queens : dengan penuh harapan, insyaAllah.. =)

***********************************

leadleedeea said...

Ian mmg hensem hokeh...hensem sangat n saaaangat kiut~!! be strong k?

yatie chomeyl said...

go Ian go....go JIEY go

auntie yatie cumo bulih bui semangat dr jauh jah ko ian tp mano tau klu kelik rayo nti, kito leh jupo kat kb ko?bleh auntie cubit2 pipi Ian

Unknown said...

hmmm musykil lak ku
si thu ni org kelantan ke???? hmmm

so ian, be more smart boy k, be more hardworking k.... muah lap u ian...

* HeeBum and HaeBi * said...

amin..
moge doa kak jie makbul..
gmbor tuh ian tgh ngs ke?
sedih je rupenye..

Anonymous said...

x mo cedih2 la jiey..bg ian mase..akim dulu pun lmbt jln gak..2 tawun lebih baru bole jln itupun senget..alhamdulilah itu lebih baik drpd lgsg x berupaya bgn kan?? setiap yg kite rase x elok sebenarnye ade hikmah disebaliknye..

Pnut said...

Auntie Pnut selalu yakin pada Ian, dunno why, i know he will do it, tak pe Jiey, berilah masa untuk Ian, kadang-kadang bila kita over doing it, stress pulak....

Always remember, segalanya telah tertulis di Loh Mahfuz dari kita dalam rahim ibu lagi, andai Allah telah menetapkan sesuatu perkara itu akan berlaku pada sekian-sekian masa, maka berlakulah ia.

Mungkin Allah telah tetapkan Ian akan berjalan selepas dia usia 2 tahun, no matter how hard kita mencuba siang malam agar dia boleh capai target kita, tapi kalau belum Allah nak izinkan, tak berlaku juga kan, finally kita pulak yang kecewa, sebab kita telah mensasarkan begitu, tetapi yang berlaku sebaliknya.

Kuatkan semangat, yakin Ian akan boleh buat, Jiey sudah berusaha, selebihnya biarlah Allah menentukan.

Jiey always remember, andai kata kita semua tahu apa semua hikmah disebalik ujian Allah, kita pasti bersujud syukur kerana ALlah pilih kita untuk diuji. Sebenarnya kita tidak tau apa hikmah atas apa semua yang berlaku.

Jangan sedih-sedih...

Unknown said...

huu kal0 jiey sedih,zai p0n sedih..
zai p0n harap ian bleh berdiri n jln.. tiap kali berblog zai mesti sggah cni nk tau perkembangan terbaru ian.. tiap kali ian ade perubahan zai rase hepi.. sbb zai rase kebolehan ian lbih cpt dr budak lain yg same cam ian.. kal0 zai p0n rase berharap,apatah lg mama ian kan.. xpe bersabar.. psti sesuatu yg ajaib akn berlaku.. aminn

Liana Manjaku said...

Jiey...jangan sedih-sedih yer... Teruskan usaha Jiey. InsyaAllah, Ian boleh buat! 11 bulan bukan sekejap... Gandakan dan teruskan usaha...InsyaAllah, Ian boleh berjalan menginjak usia 2 tahun.

Ummi Alisya said...

biarlah lambat asalkan buleh jugak. anak buah ita ade gak yg special..umur 7 tahun baru jalan jiey. lani dah dapat 'kaki' asek x reti duk diam! bagi Ian mase... sok Ian dah jalan, pimpin lah tgn sarra & nabila yer...

ummuabdullahsyaakir said...

Salam kak..jgn puts asa kak...Hanya akk harpn Ian,dia ada naluri n perasaan..Dia nak juga jadi mcm kwn2 sbayanya yg lain,tapi akk lh yg akn jadi pnguat smgtnya utk ke arh itu.Yg pntg akk usaha,Allah lbh tau bila msa nya.

Kak,saya cdgkn akk beli buku JGN BERSEDIH-tERJEMHN LA Tahzan.

Buku ni blh akk jadikn motivasi pnguat dri..
Alhmdulillah buku ni saya bwak skli pergi mesir ^_^

mummy_adam said...

jgn sesedih tau.. Ian mmg wonderful baby..yakin tau.. InsyaAllah dgn izin Allah.. :) I'm proud of u dear..