Monday, September 7, 2009

Persiapan hari raya..

Entah mengapa, tahun ini, saya bagaikan tidak begitu bersemangat untuk menyambut hari raya. Apabila melawat blog kawan2, rasa seronok pula apabila melihat masing2 sibuk membeli-belah untuk hari raya.
.
Hari sabtu, seharian saya di pejabat. Mulanya, berniat mahu berbuka puasa di rumah mertua di Rawang. Memandangkan saya keluar dari pejabat agak lewat, hubby tidak mahu ke Rawang kerana tidak ingin bersesak di jalanraya.
.
Happy.. Gelak2 dengan Uncle Azmi @ Foodcourt Pavillion.. =)
.

Ian & ayah.. =)

Sudahnya, kami mengikut abang saya dan temannya ke Pavillion. Mencari baju raya untuk Rayyan Ariff dan sekaligus berbuka di sana.

Baby Poney, sale hingga 50%. Kebiasaannya, saya akan teruja dengan baju-baju berjenama Poney. Tapi entah di mana silapnya, kali ini, bagaikan tiada mood untuk membeli-belah. Mungkin kerana kepenatan kerana berjaga hingga jam 2 pagi pada malam sebelumnya, demi menyiapkan kerja pejabat dan bangun seawal jam jam 6 pagi untuk menyiapkan nasi Rayyan Ariff dan barangannya untuk ke fisioterapi.

Sudahnya, hanya dua helai kemeja-t yang dibeli. Seluar jeans masih belum di cari. Sandal untuk saya juga masih belum dibeli. Mungkin lain kali sahajalah. Lagi pula, mana-mana kompleks membeli-belah sekarang ini sarat dengan umat manusia yang juga sibuk mencari barangan untuk berhari raya. Pening kepala dibuatnya.

P/s - Ian ada habit baru - geram sampai genggam2 tangan. Sangat comel. Menanti peluang untuk merakam. :P

11 comments:

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

takpe, slow² soping..

izzahazfar said...

salam ramadhan kak...

zah pun sama tak berapa suka p tempat yg penuh ngan org..pening..
sejak ada penyakit H1N1 ni lagila...akmal memang tak jejak shopping complex..

p/s:Ian...ada feberet baru ehh..?akmalpun sama buat bunyi guna mulut dia..hehehhe

Cikpid said...

hehehe..soping baju anak jadi gilos jap jiey..rase semua nak..seb baik anak lelaki..kalo anak pompuan..x taulaa kegilaan jd camne..hehehe..

Raya di rawang kah??sbb tu modd raya x dtg ag kot..hehehehe

Nour El AiN said...

samer lak kite..
tak shopping apa2 pun lagi..
cam takde mood pulak...

Eii ian dah pandai gewam2 yek..
jgn lupak posting kalau dapat amik gambo tu yer.. =)

Elyn Sani said...

jiey i pun blom start bershopping macam x de mood gak nk beraya....

Jue @ atanayuiman said...

sama la kita.. nak shopping baju raya tak der mood lagi laa..

naper ek agaknya..??

kak zue said...

salam jiey...raya 2 minggu lg.bnyk masa lg nk shopping.akak raya thn ni lain sikit sb ada nabila..first time nk celebrate sesama.cam tak sabar jer..hihi..mak di plk lebih2..

Liana Manjaku said...

wa...semakin banyak kan perkembangan Ian. Tahniah Jiey.. Atas usaha keras jiey + kesabaran yg tiada terbatas + pengorbanan... Tahniah yer...

Mrs. Simplicity said...

aku memula mcm takde mood, tp kesian lak kat nia. lgpun bak kata ko tgk member2 blog da tayang baju raya, paksa diri gak. semalam ke sogo, tetibe momentum bershopping tu dtg. hahaha...

poney nye boutique, belm jenguk lagi.

p/s : ko ni officially berehat bekerja sebenarnya bile weh?

ibu_Arifa said...

yer lah jiey...tak pe..ade masa lagi..nnt gi shopping lagi..

haah lah..tak de video terbaru Ian ke?

Marsha~ said...

tu sebab sy suka beli sikit2 sebelum puasa lagi.. bulan2 puasa ni just tambah2 je.. mood di bulan puasa mmg buat kite takde mood je, nak2 penat kan.. :) teringin nak jumpa Ian.. tp bilakah masanye ek?