Sunday, February 28, 2010

When he is wayyyy better than before!!

Jam-jam terakhir sebelum kembali bekerja..
Memulakan sesuatu yang kita tinggalkan untuk sekian lama adalah susah..
Meninggalkan sesuatu yang sangat sebati dengan rutin kita adalah lebih susah!

Photo yang kabur ini membawa kegembiraan yang mendalam pada saya.. I'm loving it!! My son is happily walking with his hearing aid.. Alhamdulillah, penerimaannya semakin baik. Musim penyiksaan padanya hampir berakhir.. =)

Buat pertama kalinya, dengan hanya sekali sebutan "Rayyan Ariff" yang sangat perlahan, dia berpusing ke arah kami. Nikmat itu sungguh indah. Kawan2, ini kali pertama saya merasainya. Gembira bagai di awan.. =)

Mengapa harus berhenti disaat-saat dia semakin bagus.. *sedih*

P/s - Okeh, saya adalah sangat emo dengan orang bodoh yang biar pakwe gunjeng dera anak sendiri.. Bangang!!

Friday, February 26, 2010

The power of love; Dia 'membangun' atas nama kasih sayang..

Sewaktu mula bercuti 6 bulan yang lalu, hati seringnya tertanya, "Apa yang akan dapat dilakukan oleh anak ini sebelum saya kembali bekerja nanti?"


Saya tidak meletak harapan yang tinggi sehingga mahukan dia berjalan dalam tempoh itu. Kerana saya tahu masih banyak yang perlu kami lakukan untuk mencapai sasaran yang sebegitu besar. Namun di penghujung tempoh 6 bulan ini, kami amat-amat bersyukur dengan apa yang dicapainya walaupun dia masih belum berjalan.

Malahan, dia juga memberikan kejutan kepada doktor-doktornya.

"He's doing really good. In fact, he's among the patient that shows really good improvement within such a short period." Kata Dr. Taayah semalam.

Kami bersetuju untuk mengurangkan fisioterapi Rayyan Ariff. Kali ini, lebih fokus akan diberikan kepada occupational therapy dan speech therapy. Dan kami juga perlu berusaha lebih dalam mengatasi Rayyan's rejection towards the hearing aid.

"Sarjit, boleh tak jalan dalam masa 2 atau 3 bulan ni?" Kata Dr.Taayah kepada Sarjit.

Saya cuma senyum. Tidak berani berkata-kata. Memang saya pernah menyatakan mahu melihat Rayyan Ariff berjalan sebelum usianya menyentuh ke angka 2 tahun. Namun semua sudah ditetapkanNya. Apa yang ada untuk kita hanyalah usaha. Tidak kiralah berapa usiamu nak, yang penting kamu mampu.. Itu sahaja yang mama mahu.

As we tackled the physical part, we also need to concentrate more on the other aspect as well. I'm really hoping that I can participate in his development program as much as possible. Tapi apabila mula bekerja nanti, pasti ianya agak mustahil untuk memaksimumkan segalanya. Hanya akan ada waktu malam sahaja untuk bersama dengan anak ini. Sayang sungguh.

Kalaulah ada duit sebakul. Hehhehe..

Seiring dengan pencapaian fizikal, akal Rayyan Ariff juga semakin banyak. Penat sebenarnya melayan kemahuan dan kerenahnya. Namun hati puas. Syukur diatas nikmat kurniaanNya.

Tempoh 6 bulan ini, benar-benar berguna. Walau kami agak 'sakit' dari segi kewangan, namun hasilnya memang tiada tolok bandingnya. Alhamdulillah..

Sebenarnya, dalam tempoh 6 bulan itu, banyak ruang yang dibazirkan sebegitu sahaja. Sama ada Rayyan Ariff atau saya sendiri yang tidak sihat, jadual kami juga 'terganggu' dengan perayaan dan musim cuti yang ada. Namun yang pasti, hasilnya tidaklah teruk bukan?

Untuk anak, bukan sekadar berkorban wang ringgit kan? =)

Thursday, February 25, 2010

Appoinment lagi.. Fisio lagi..

Semalam tidur jam 130 pagi..
Tunggu anak tidur dulu..
Hari ni,
Keluar rumah jam 740 pagi..
Pukul 345 petang baru sampai rumah..
Letih.
Tapi lega bila hampir semuanya teratur.

Appoinment dengan Doktor?
Saya senyum.
Masih senyum.
6 bulan yang lalu,
Saya bercuti dengan alasan mahu 'membangunkan' anak saya..
Lihat dia hari ini,
Siapa yang menyangka bukan?
Termasuk juga doktor..
=)

Nanti-nantilah saya kongsikan.
Mahu rehat dulu.

Bukan degil, tapi keras hati..

"He's stubborn yea.." Maklumbalas selepas sesi terapi pertuturan.

Bukan degil, cuma anak ini keras hatinya. Pandai melontar amukan. Itukan biasa bagi anak-anak seusianya. Lagi-lagi kalau kita memaksa dia melakukan sesuatu yang dia benci. Marahlah dia.. Bukan hanya dia, kita juga begitu kan?


Kalau dengan ini contohnya, takkan dia mahu meraungkan? Cuba jangan memaksa, semua anak kecil bencikannya.. Apa lagi untuk sesuatu yang asing.. =)

Wednesday, February 24, 2010

Setelah setengah tahun bercuti & potty training for special needs child..

Hanya tinggal 5 hari lagi sebelum saya kembali bekerja. Sungguh pantas waktu berlari! Setelah setengah tahun berada di rumah, malas sungguh hati ini mahu kembali ke pejabat. Ditambah pula dengan bebanan dan tekanan yang bakal saya tempuhi lagi, makin membuatkan hati ini berat untuk menghadapi saat itu.

Rayyan Ariff? Bagaikan mengerti bahawa waktu untuk sepenuhnya bersama saya akan berakhir tidak lama lagi.. Manjanya sedikit luar biasa. Kebiasaannya, dia akan lena sendiri dengan sebotol susu di tangan. Namun masuk hari ini, sudah dua malam berturut-turut dia tidur di pangkuan saya. Didodoi sehingga dia benar-benar lena.

Ada sedikit rawan di hati sewaktu merenung ke dalam mata Rayyan Ariff yang bundar. Rasa bersalah kembali bersarang. Maafkan mama kerana terpaksa meninggalkanmu di bawah jagaan orang lain nak.. Kerana hidup ini bukan sekadar berkisar tentang makanan dan tempat berlindung sahaja. Kamu terpaksa mama tinggalkan seharian untuk mencari rezeki di atas nama keselesaan, anak..

Apa yang telah dicapai oleh anak kecil yang cukup istimewa ini sepanjang tempoh setengah tahun ini? Banyak. Sesuatu yang tidak pernah kami jangkakan secepat ini. Bagi yang mengikuti catatan perjalanan hidup anak kecil ini di sini, tentunya maklum dengan perkembangannya.. Bagi yang tertinggal, soroti sahaja perkembangan Rayyan Ariff di bawah label "Development".


This was 2 weeks back.. *And yesterday, Sarjit said that Rayyan took steps very nicely! Much, much better.. Well, practice makes perfect kan? =)*

Alhamdulillah. Tempoh waktu 6 bulan yang cukup berguna. Ian, maafkan mama dan ayah kerana hanya tempoh ini yang mampu kami berikan untuk kamu. =(

Ok. Next on potty training. No, I'm not planning to start it on Rayyan Ariff at the moment. Although he'll be 2 years old in 3 months time, but he's still not fully functioning as a toddler of that age. Namun saya pernah diberikan cadangan ini oleh salah seorang Occupational Therapist yang pernah membuat penilaian ke atas Rayyan Ariff sebelum ini. Mungkin kerana dia kelihatannya faham dengan sesetengah arahan.

Sejujurnya, saya tidak pasti bahawa adakah possible untuk anak-anak istimewa ini di potty train pada awal usia. Sungguh saya tidak tahu. Untuk Rayyan Ariff sendiri, saya melihat tempoh 2 tahun lagi sebagai titik permulaan untuk tugas yang satu ini. Itu pun, segalanya masih bergantung pada penerimaannya nanti.

Namun yang menariknya, petang tadi, sewaktu bibik sedang asyik menonton TV dan Rayyan Ariff pula sedang duduk di sisinya, tiba-tiba sahaja Rayyan Ariff menarik-narik tangan bibik. Mulutnya mengeluarkan bunyi tanda tidak puas hati sambil tangan yang sama menunjuk-nunjuk, dan matanya menghala ke arah bilik air.

"Kenapa Rayyan?" Tentunya bibik sama sekali tidak mengerti apa yang dimintanya. Rayyan Ariff mengulangi perbuatan yang sama. Dan bibik semakin tertanya-tanya.

Rupa-rupanya Rayyan Ariff baru sahaja membuang air besar. Dan dia sedang memberitahu bibik bahawa dia perlu dibersihkan. Bijak!

Lihat bagaimana dia bertindak memberitahu bahawa dia perlu dibersihkan. Dan lihat bagaimana dia mengaitkan bilik air dengan keperluan untuk dibersihkan. Very smart. Tidak pernah terlintas di fikiran saya bahawa dia akan melakukan perkara sebegini pada usia sekarang.

Satu lagi nikmat Allah SWT. Alhamdulillah.

Nampaknya potty training is something that is definitely possible for children likes Rayyan Ariff. Tapi saya masih lagi belum bercadang untuk melakukannya dalam masa terdekat. Tunggulah sehingga dia mampu berbicara. Kerana seringnya, kami masih belum dapat mengenalpasti kemahuannya setiap kali dia merengek dan tangan kami ditarik-tariknya. Kerana setiap rengekan punya tuntutan yang berbeza.. Punya keperluan yang berlainan.

Ian, walaupun mama tidak lagi dapat bersamamu sepanjang waktu, mama tak akan pernah lupa untuk mendodoimu dengan lagu kasih yang tak bertepian.. Buat peneman hidup dan harimu.. Sayang kamu sepenuh jiwa!

OK. Till then.

Tuesday, February 23, 2010

Bila sesi bercakap dengan lawyer, harus jadik loyar buruk.. :P

Entri kali ini adalah untuk married couple yea.. Kalau yang single mingle tapi nak baca untuk pengetahuan tu.. Suka hati korang la..

Pagi ni, mata agak mengantuk.. Tapi still bangun pagi since mommy requested nak makan maggi goreng. I slept at around 2am last night, after I put En. Ian to bed. Lately, dia memang berjaga malam. Asyik tido lewat.. Macam mana la nak belik keje next week? *sigh*

At my work place, and in my department pun, I'm being surrounded by lawyers or someone with a legal background. So in term of debating and writing, paham2 je la.. Not just that, kalau nak bergurau pun, ada je jawapan diorang.. :P

After we got married in may 2007, it took us 5 months before I conceived. First few months tu tak terasa sangat because awalnya, memang saya taknak baby cepat. Sebab masa tu saya baru tender resignation and nak start keje ngan company baru in 3 months time. Tapi by July, I withdrawn my resignation since boss dok pujuk2.. So, bila dah decide nak stay, hati terus excited nak baby..

Bila buat UPT pada bulan August, -ve. Buat bulan September -ve. Buat bulan October -ve (Ni kes excited nak check cepat). Tapi Alhamdulillah, 2 weeks from the date yang I did the test in October tu, I did another UPT test and it was +ve.

Memang cuak because at first tu nak merancang, so I thought that Allah SWT was angry and He wanted us to wait for a longgggg time.. Huhuhu.. Takut okeh!

So sibuk la dok google about getting pregnant and dok bertanya kaedah nak buat baby ngan kawan2 yang dah ada anak 2, 3.. :P

One of them, my lunch buddy at work, mari kita namakan dia Puan Nasha Aziz (memang bukan nama sebenar).

Saya : Nasha, you takde tips ke camne nak dapat baby ek??

Nasha Aziz : Ala.. I pun takde la tau sangat.. You tak google ke? I think you should count your ovulation day and cari hari subur kot..

Saya: I've tried. Tapi takde pun. Belum rezeki kott..

Nasha : Satu lagi, orang tua-tua cakap, lepas you 'buat' tu, you angkat kaki tinggi-tinggi and stay in that position for quite sometimes..

Saya: Hahhahhaha.. Lawak la u ni Nasha.. I bukan apa, kalau dah kaki terangkat, risau kang ada yang jadik second round.. Hahahhahha..

Nasha : Haaa.. Elok la tu.. Sat lagi u dapat twins! Hahahhaha *Sambung gelak besar*

Hampeh! Terkena balik.. Kalau dah namanya lawyer, ada je yang dia nak menjawab.. :P


P/s - Twins memang sweet, tapi budget and everything, akan jadi double. Yang paling penting, bila nak uruskan 2 babies at the same time. Tabik spring la kat parents yang ada twins babies!

Monday, February 22, 2010

Masihkah ada kesalan? Atau sekadar melepaskan rasa di hati..

Beberapa hari yang lalu, apabila berbincang tentang perjalanan kehidupan seorang anak istimewa, dan cabaran-cabaran serta kesulitan yang dihadapi Rayyan Ariff sendiri, mommy meluahkan sebaris ayat yang pernah diungkapkannya beberapa waktu dahulu, "Inilah kan.. Kasihan dia. Kalaulah ia bukan satu dosa.." Ayat mommy mati di situ.
.
Saya maklum, "ia" di situ merujuk kepada pengguguran kandungan sepertimana yang pernah disarankan kepada saya sewaktu saya masih mengandungkan Rayyan Ariff.
.
Saya hanya membalas dengan senyuman. Kerana saya tahu mommy tiada niat jahat. Juga tidak bermakud melukakan. Dia hanya meluahkan segalanya berdasarkan rasa kasih dan kasihan. Dan paling pasti, rasa kasih dan sayangnya pada Rayyan Ariff menggunung tinggi. Malahan, untuk menjaga anak kecil ini, mommy pernah berjauhan dengan suami dan anak bongsunya selama beberapa bulan.

Itulah pengorbanan seorang nenek.

Lalu saya ingatkan mommy, betapa kita harus bersyukur dengan letak duduknya Rayyan Ariff pada tika ini. Bukan sahaja dia melangkaui apa yang pernah dijangkakan padanya, malah dia turut menyerikan hari kami dengan gelak tawa dan telatahnya yang mencuit hati.

Itulah dia, "Pintu syurga yang bijaksana" milik kami..


Sejujurnya, saya berpendapat bahawa ketentuan ajal seseorang manusia hatta satu janin kecil sekalipun, bukanlah di tangan seorang manusia yang lain. Setiap seorang dari kita harus punya peluang untuk hidup. Tiada bezanya saya dan ibu-ibu yang membuang bayi mereka yang tidak berdosa kiranya saya turut bertindak membuang Rayyan Ariff.

Sempurna atau tidak, itu subjektif. Siapakah yang bisa memberi takrif sempurna atau tidak pada seseorang manusia sedangkan seringnya kita melafazkan bahawa tiada satu pun manusia yang sempurna di dunia ini?

Saya bukan malaikat. Tipulah kalau saya katakan tidak pernah terlintas di fikiran saya bahawa jalanan kehidupan kami mungkin akan lebih baik tanpa adanya Rayyan Ariff di sisi. Tapi itu dulu. Lama dahulu. Sewaktu saya masih bergelut dengan kesedihan tatkala mengira untung nasib anak kecil ini pada masa hadapan.

Ia hanya seketika cuma, kerana semua rasa itu segera pergi. Tiada rasa takut pada masa hadapan lagi. Yang ada hanyalah cinta, kasih dan harapan. Kerana Rayyan Ariff mengajar kami makna kasih sayang yang tulus suci. Dia yang membawa bahagia ke dalam kehidupan kami.

Dan melihat apa yang telah dicapainya pada hari ini, saya bertambah yakin bahawa dengan izinNya, Rayyan Ariff pasti mampu melakukan segala yang terbaik untuk dirinya kelak.

Mungkin pada masa hadapan, saya masih perlu menenangkan hati Rayyan Ariff andai ada waktunya dia meratap akan asal kejadiannya. Saat itu, akan saya ingatkan tentang perjanjiannya dengan Yang Maha Mencipta.. Agar dia tidak lupa, bahawa setiap janjinya dengan Penciptanya pasti melorongkan rahmat dan hikmat.

Anakku, doa seorang ibu sentiasa mengiringi setiap langkahmu..

Saturday, February 20, 2010

~Bila makcik masuk gym~ (Satu entry tentang makcik-makcik dari makcik.. )

Makcik ni, periang orangnya.. Riang ria bak kanak-kanak ribena kata orang-orang tua..
..
Makcik pun banyak gak join aktiviti yang orang lain sibuk dok anjur..
.Masa ni makcik nak gerak balik lepas join Ministry of Finance punyer treasunt hunt.. Makcik wakil Commission makcik lagi tau..
.
.
Ni pulak, orang lain dok sibuk-sibuk main tembak-tembak, makcik pun nak gak merasa apa best nya main paintball neh.. Yang tak tahan tu, makcik pki eye shadow kaler biru tau masa tournament neh.. Team kami dapat johan hokayy.. Ada haa piala kat atas rak tepi katil makcik tu.. Mesti pengadil bagi kami menang sebab kaler eye shadow makcik kan?? Makcik memang suka menjaga kecantikan diri dan peribadi.. :P
.
Waktu hujung minggu, makcik suka ukur shopping complex.. Hujung ke hujung.. Sebab kalau hari keje, makcik akan pastikan makcik tido awal demi mendapat tidur yang secukupnya.. Tidur kena cukup supaya kecantikan diri terpelihara..
.Masa ni makcik tgh lepak kat Kenny Rogers lepas ukur The Mall, ni makcik majuk ngan pakcik la neh.. Makcik pun dah lupa kenapa.. Bukannya pakcik nak pujuk, dia gi amik gamba plak, buat wallpaper henpon dia.. Mentang2 la makcik cantik! (Korang nak muntah-muntah la.. makcik tak kisah..) :P
.
.
Makcik pun suka berparti tau.. Tapi takde la parti liar atau pun parti buih.. Biasanya, makcik gi parti befday kawan-kawan je la.. Tu pun kalo diorang jemput la.. Gamba neh masa pool party kawan makcik.. Mungkin sebab buat party kat tepi pool, maka dia panggil pool party.. Mula tu makcik pelik gak sebab takde sorang pun yang mandi pool sepanjang parti berlangsung.. KL sungguh orang sekarang neh..
.
Korang pelik tak nape makcik dok bercerita pasal diri makcik neh??
.
Sebabnya, makcik sekarang hidup dengan penuh gaya hidup seorang makcik.. Makcik masih join ngan kawan2 lama, tapi setakat borak-borak sahaja.. Takde dah aktiviti yang memerlukan makcik lari-lari atau tembak-tembak bagai nak rak!
.
Makcik masih pegi party, tapi party hari jadi anak kawan2 makcik..
.
Makcik rasa, diri makcik ni gila tua ok.. Skrg ni, gi mana-mana orang panggil makcik "Akak"..
Dulu, makcik dah keje pun orang tanya, "Sekolah lagi ke dik??"
.
Bila badan makin membesar, nak kuar umah berfoya-foya pun da tamau.. Apa lagi nak cucuk langit!
.
Jadiknya, sekarang makcik memang rasa malas nak gi mana-mana..
Self esteem makcik bagaikan menjunam ke dalam gaung..
Orang Kelantan kata, Inferiority Complex gitu..
.
Pastu, makcik berazam, nak DIET.. Diet yang betul2.. Takmau curik2 makan lagi..
.
Lagi kan, makcik dok pikir, tamau lagi suruh ane ni basuh kete makcik, makcik nak basuh sendiri..
.Tapi hidup kat umah takde tanah ni, macam mana nak basuk kete sendiri kan? Okeh, biar la ane ni terus mandikan Kaka.. Makcik mandikan anak & suami je la..
.
Yang paling penting, makcik dah dapat membership untuk ni;
.
Fitness First youuuuu...
.
Seriously, makcik taktau sama ada makcik boleh cope ke tidak dengan keje + personal life bila makcik dah balik office nanti.. Sebab anak makcik still jadik priority.. Masa 3 jam kat gym tu, macam2 makcik boleh buat untuk stimulation anak makcik..
.
Tapi, makcik nak jadik lebih sihat.. Nak dapat lebih stamina.. Bukan untuk orang lain, untuk keluarga makcik jugak..
.
Yang paling penting, makcik nak cantik, slim and vouge de vass macam dolu2 lagi.. Bukan untuk orang lain, untuk pakcik kau jugakkk!!
.
.
P/s - Umo lom masuk 28 orang tengok dah macam 38! *sigh*.. Siyan makcik tau.. Makcik takut je kalau kali ni pun hangit2 tahik ayam jugak.. Kehkehkeh =P
.
P/s - Jangan suh makcik try produk tu produk neh.. Da byk yg makcik try ok! Bia makcik kawan ngan Dave Nuku je la.. Jadik the biggest looser among the makciks..

Thursday, February 18, 2010

Public holiday @ KLCC.. Syokkk wooo..

Sudah lama hati ini berhajat membawa Rayyan Ariff ke taman di KLCC. Kerna di sana ada buaian yang bersesuaian untuk bayi. Memandangkan hari selasa yang lepas masih merupakan hari cuti, maka saya nyatakan keinginan ini kepada hubby. Malangnya, permintaan saya dipandang sepi dengan alasan dia masih kepenatan memandu pulang selama 7 jam sehari sebelumnya.

Maka saya teruskan sahaja niat di hati bersama bibik dan Rayyan Ariff. Alhamdulillah, jalanraya masih kosong dan lengang. Mungkin kerana ramai lagi warga kota yang belum pulang.

Seperti yang dijangkakan, Rayyan Ariff mahu berjalan sahaja. Dengan dipegang, dia berjalan ke hulur ke hilir dan asyik memerhati anak-anak lain bermain.

Sewaktu diletakkan di buaian, Rayyan Ariff menangis ketakutan. Seperti yang dijangkakan. Sensory integration problem mungkin. Hmm.. Kalau ruang di rumah luas, pasti sahaja saya akan belikan buaian dengan jenis yang sama untuk mengatasi masalah ini.


Recharge battery dengan bibik..
.

Kereta favourite En.Ian.. =)

Sewaktu di taman permainan, hati saya bagaikan digeletek apabila Rayyan Ariff menarik baju seorang kanak-kanak yang sedang bermain-main dengan salah satu alat permainan disitu. Melihatkan telatah Rayyan ARiff, ibu kanak-kanak itu meminta anaknya turun dan memberi laluan kepada Rayyan ARiff bermain.

Dengan senyuman, saya maklumkan kepada ibu kanak-kanak tersebut bahawa Rayyan Ariff tidak punya keinginan untuk bermain. Dia sebenarnya takutkan alat tersebut. Dan tujuan dia menarik baju kanak-kanak tersebut adalah kerana dia ingin 'menyelamatkan' anak tersebut. Mungkin di fikirannya, kanak-kanak itu juga 'dipaksa' menaiki alat tersebut sebagaimana saya meletakkan dirinya pada alat-alat permainan yang ada di situ.

Comel. Prihatin sungguh. Mungkin kamu bisa menjadi wakil rakyat apabila dewasa nanti anak.. :P

P/s - Off to SDMC.. Sarjit tunggu, kami datang.. =)

Wednesday, February 17, 2010

Where do you see yourself in ten years from now?? (Bukan rumah je bleh bertema inggeris, tajuk entri pun boleh!)

~Masih dalam mode suka tajuk yang panjang-panjang~ :P

Sewaktu sibuk mengemas rumah setelah berpindah tempoh hari, saya terjumpa karangan Bahasa Inggeris yang merupakan tugasan sewaktu saya masih mengikuti program matrikulasi Perakaunan KPM suatu waktu dahulu. Inilah remarks yang diberikan oleh pensyarah saya untuk tugasan yang bertajuk itu : Where do I see myself in 10 years from now?

Good assignment. You also have a very good introduction!
I especially like the part about finding a husband as cute as Freddie Prinze Jr.

Well, good luck in achieving all your dreams


Mark : 17.8 / 20.

(I'm wondering, kenapa perlu ada point di situ.. Kan elok kalau markah digenapkan sahaja kepada angka 18) :P
.Saya pernah menjadi kipas-susah-mati- Freddie sweetie pie honey bunch neh.. Masih meminati cuma tidaklah ke tahap fanatik lagi.. Tiada lagi gambar mat saleh ini di almari baju.. Tiada lagi gambar met saleh ini di meja tulis saya..

Ok. So much of finding a husband as cute as Freddie Prinze Jr, kan?

He is definitely no Freddie Prinze Jr kan? But he's definitely my prince charming.. The father to my son.. And the love of my life! =)

Banyak yang saya sasarkan di dalam karangan tersebut tidak tercapai. 10 years from that date bermaksud tahun ini. Saya berusia 18 tahun sewaktu karangan itu ditulis. Dan umur saya bakal menginjak ke angka 28 apabila tanggal 11 Oktober 2010 menjelang nanti..

Dalam masa 10 tahun, banyak yang berlaku. Walaupun apa yang pernah saya impikan tidak tercapai sepenuhnya, I'm content with my life and with what I have now.

Next entry, akan saya huraikan apa yang pernah saya tulis dan apa yang telah saya capai.. =)

Tuesday, February 16, 2010

When he is no longer your fiance..

Quite a long silence kan? Not that I dont have time to blog, but the loading time of this not-so-smart-meksis berukben was killing me.. So now that I'm back in KL, it is much2 faster with my streamyx.. =)
.
It was my BFF's wedding.. I had a great time with all of my BFFs.. Being surrounded with all the anak dara.. Makes me feel so young! The laughter, the jokes, the pose.. Spending time with this crowd feels like heaven!
.
The BFFs.. Masih ada yang belom sampai time neh..

The bride was on a very strict diet and she managed to loose more than 14kg just before her big day.. Gilo lah Ly..
.Being with these girls makes me feel HUGE!! Okeh, esok nak gi Fitness First..
.
I know the bride is beautiful, but look at the 3 in the mirror.. Comey-comey blako.. :P
.Ly, he's no longer your fiance.. Sekarang, dia syurga kamu.. All the best to both of you.. =)
.Budak-budak n mak-mak budak yang sengal.. :P

My heroes.. Terima kasih kerana membenarkan saya membujang.. =)
.
To Huslaily and Firdaus, semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa.. Firdaus, please.. please.. please take a good care of this great friend of ours!
.
P/s - Sorang2 kawen.. Serious rasa cam mak lepaskan anak.. =P

Thursday, February 11, 2010

Blogging dengan ikhlas meluahkan apa yang terbuku di hati atau mahu topik hot sahaja bagi menarik pembaca??

Ok, saya tahu saya berhutang entri ini..
.BAEP Test done on 9.2.10

Namun tiba-tiba sahaja mood melayang entah ke mana.. Saya baru sahaja pulang dari SDMC, untuk sesi fisioterapi Rayyan Ariff. Alhamdulillah.. It was a good session and Rayyan Ariff has shown us another good progress. Both Sarjit and I were smiling ears to ears.

Enough about Rayyan Ariff! (*Although I can never get enough out of him.. :P*)

Honestly, bila kawan-kawan mula berblogging, apa yang anda cari? Apa yang anda ingin sampaikan? Maklumbalas yang bagaimana yang ingin anda perolehi?

Pada saya, saya menulis tentang apa yang saya rasa. Tentang sesuatu yang saya mahu terus ingati.. Untuk sesuatu yang dapat saya imbas kembali pada masa akan datang.

Alhamdulillah, perkongsian di sini mendapat sokongan dan kata-kata semangat dari teman-teman bloggers yang lain. Bukan hanya itu, saya juga dapat memperkembangkan pengetahuan tentang dunia keibubapaan melalui rakan-rakan yang lain.

Saya pernah menerima beberapa emel daripada doktor, terapi, ibubapa mahupun rakan-rakan yang berada di landasan yang sama dengan saya untuk berkongsi dan bertukar pendapat. Memberikan pandangan dan approach untuk dicuba yang tidak pernah saya fikirkan.

Inilah yang saya cari. Dan melalui maklumbalas yang saya terima, blog ini juga ada memberi kesan (walau tidak banyak, sedikit pun jadilah.. Readers mokcik pun takdela banyak mana..) kepada mereka yang mengikutinya. Dan saya melihat ini sebagai benefits of blogging.

Namun semalam, sewaktu asyik berbloghopping, saya tiba ke suatu blog yang sememangnya agak asing bagi saya. Ceritanya biasa-biasa sahaja.. Namun yang menarik perhatian saya adalah mengenai satu entri yang di postnya pada bulan Januari 2010.

Entri itu adalah artikel yang ditulis oleh sahabat baik saya dan telah dihantar ke majalah EH! untuk diterbitkan. Artikel itu telah selamat dicetak pada tahun 2008 atau 2009 kalau ingatan saya tidak silap.

Saya cuba mencari kiranya ada dinyatakan nama penulis pada entri itu. Amazingly, penulis blog itu menerbitkan semula artikel itu seolah-olah segala yang ada adalah pengalamannya sendiri. Lantas saya terfikir, mungkin saya yang salah. Mungkin artikel yang dihantar oleh teman saya lain isinya, hanya tajuk yang sama..

Makanya, pagi tadi sebelum ke SDMC, saya bertanya pada teman tersebut. dan seterusnya memberikan link blog itu kepadanya.. Yes, it was her article! Namun bagusnya teman saya ini, dia tidak melatah. Hanya dengan satu pertanyaan yang pada saya sememangnya tidak menyakitkan, membuatkan penulis blog itu memadamkan entri tersebut.

Saya? Ada sedikit rasa bersalah. Nampaknya, bukan hanya Rayyan Ariff yang busy body.. Mamanya pun sama. Namun sememangnya peristiwa ini ada meninggalkan sedikit kesan. Saya bukanlah penulis hebat seperti teman saya itu, namun ianya menunjukkan bahawa plagiarism ada di mana-mana. Apa yang kita tulis dengan ikhlas dan berdasarkan pengalaman diri, tak semestinya milik kita..

Kalau sebaris dua ayat sama, atau mungkin satu perenggan yang sama, mungkin masih boleh dimaafkan, namun andai keseluruhan isi diubah menjadi miliknya, apa lagi yang tinggal? How funny people can be kan?? :P

P/s - Pernah terfikir untuk mengubah entri ini: "Tangisan yang dirindui" menjadi cerpen untuk dihantar ke majalah. Namun kini, tidak lagi.. :P

Wednesday, February 10, 2010

Anak saya yang busybody dan dia sememangnya OK je..

Lately tajuk-tajuk entri memang mengarut.. Tiba-tiba terasa seperti tajuk yang panjang adalah catchy.. Muahahhaha.. :P
.
Semalam, hari yang sibuk bagi kami. Seharian di SDMC untuk sesi fisioterapi dan another round of hearing test.
.
Seperti yang saya ceritakan sebelum ini, Rayyan Ariff seringnya mahu berjalan sahaja dan menjadi tanggungjawab kami untuk memegang tangannya ataupun badannya. Yang penat adalah kita apabila terpaksa berjalan dengan badan yang dibongkokkan.. Lenguh sungguh.
.Bibik pulak yang pegang, mama nk amik gambar.. :P

Sewaktu saya sedang sibuk membawa Rayyan Ariff berjalan, saya disapa oleh seorang wanita.. "Eh, dah ok yea dia sekarang.." Minda saya tidak dapat mencerna maksud yang ingin disampaikan oleh wanita asing itu.. "Sorry, dah ok?" Saya bertanya kembali..
.
"Oh sorry.. Actually dah dua, tiga kali I saw both of you kat Rehab when your son was doing physiotherapy. He looks ok and much much stronger than before.."
.
"Oh.. Ingat apa tadi.. Yes, he's definitely better than before.." Saya hanya tersenyum sambil terus-terusan melayan kerenah Rayyan Ariff yang asyik mengatur langkah dan menyentuh satu persatu kerusi biru yang tersusun di bahagian tepi.
.
"The therapy really works huh.. It does wonder on him.." Tambah wanita berambut pendek itu lagi.
.
"It did. It really works and it helps a lot. " Saya cuma tersenyum dan terus berlalu..

Dengan izinNya, wanita inilah yang dihantar untuk membantu kami.. Yang tanpa jemunya melayan kerenah dan tangis Rayyan Ariff. Yang tidak pernah bosan menyanyikan pelbagai lagu buat anak kecil ini.

Ian with Auntie Sarjit
.
She's very well experienced in handling children and she's definitely one of the best paed therapist in town. Her explanation is very good and she's very dedicated to the children that she's seeing.. She's willing to work until late evening for the children because some of the parents can only come after office hour or on saturday.
.
Once, she gave us appoinment at 5pm on saturday afternoon. Because other slots were fully occupied. And mind you, her working hours on saturday is only until 1pm. I dont think she's doing it because of the money.. She has passed the retirement age and has been working for so many years.. So I guess she's definitely fine in terms of monetary.. Further, she also comes from a well off family..
.
Her eyes will shine everytime she talks about the children that she's seeing. Even the littlest progress means a world to her. Not just she handles the children well, she also manages the expectation of the parents. I was once a very eager and anxious parents. But she knows the right button to press in order to keep a parent like me calm.. :P
.
Memang saya masih punya sedikit kesalan. Andainya saya dan Rayyan Ariff bertemu Sarjit lebih awal, there must be a lot of difference kan? Kali pertama bertemunya, Rayyan Ariff sudah berusia 11 bulan. With not so good head controls, can barely turn and sitting ability was definitely not in the list.
.
But after 9 months, look at him now..
.
Semalam, Sarjit membawa Rayyan berjalan keluar dari bilik fisio dan sepanjang lorong ke bahagian luar pusat Rehab SDMC. Setiap kali melihat sesuatu, Rayyan Ariff akan menghentikan langkahnya dan asyik melihat mereka-mereka yang lain. Mengintai ke setiap bilik dan ruang, melihat apakah yang sedang dilakukan pesakit-pesakit dan pekerja-pekerja lain.
.
"He's quite a busybody boy.." Kata Sarjit berserta tawa dihujungnya.
.
He is. Budak bijak mestilah kena byk wondering kan? :P
.
The hearing test result?? Tunggu next entry.. Coz it will be a long one! :P

Tuesday, February 9, 2010

Percubaan kali ketiga yang masih tidak membuahkan hasil..

Percubaan kali kedua lebih baik daripada percubaan kali ketiga. Percubaan kali ketiga semalam, menyaksikan titis air mata yang bukan sedikit. Tangisan kesedihan dari seorang anak kecil.

"Sudah-sudahlah tu dik.. Abang tak sampai hati.. Esok-esoklah cuba lagi.."

Namun saya pekakkan telinga. Sudah saya katakan, kalau menjadi kejam pada matanya adalah untuk kebaikan, maka biarlah saya yang menjadi si penjahat itu. Mohon agar terus dikeraskan hati. Sekeras batu.

Seiring dengan tangis syahdu, tangan kecil itu akan merangkul dan memeluk erat leher mamanya. Tanda memohon simpati. Dan saya, cuma mampu membalas pelukan kecil itu sambil menepuk-nepuk belakangnya.. Sekadar menenangkan.

Bukan tidak sayang, cuma mahukan yang terbaik. Sungguh.

Apa yang ada pada benak fikiran saya ketika itu hanyalah bayangan tubuh kecil yang mengesot di dalam duduknya menghampiri saya, Ita dan Ina sewaktu kami di Tasputra. Tiada kata bicara dari wajah putih mulus persis anak kacukan itu. Hanya sentuhan lembut dan bunyian yang tidak dapat kami fahami ketika dia cuba memberitahu sesuatu.

Rayyan Ariff, mama tidak sanggup melihat kesudahan itu pada kamu. Kerana kisahnya hampir menyamai kamu, biarlah mama jadikan ia dorongan untuk terus mencuba sehingga kamu rela menerima. Kerna mama sayang kamu..

Maaf.

Monday, February 8, 2010

Kalau dia satu dugaan, sumpah! Inilah dugaan terindah buat kami!!

"Sabarlah.. Mungkin ini dugaan buat kamu dan pastinya Allah SWT tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan hamba itu sendiri."

Banyak kali kata-kata ini singgah di telinga saya.

Sumpah! Demi Allah!! Kalau benar jiwa kecil ini adalah dugaan buat kami, inilah dugaan terindah yang Dia berikan kepada kami.
.
Wajah penuh senyuman, wajah tanpa hipokrasi.. Itulah wajah seorang anak kecil..

Saya tidak menganggap kehadiran anak ini sebagai dugaan buat kami. Kerana hadirnya penuh kebahagian.. Kerana hadirnya penuh kecintaan..

Satu wajah tanpa hipokrasi, yang sering menyambut saya dengan senyuman tatkala melihat wajah saya dari kejauhan. Mata yang seringnya bersinar-sinar keterujaan apabila melihat kelibat saya.. Wajah ini tidak pernah menipu bahawa kehadiran saya adalah sesuatu yang sangat didambakannya..

Pada dunia, saya bukanlah sesiapa.. Namun padanya, saya adalah dunianya.

Walau sepenat manapun hari yang saya lalui, segalanya bagaikan berlalu apabila wajah ini menyambut saya dengan senyumnya, dengan sinar matanya, dengan tepukan dari tangan kecilnya dan dengan tawa dari bibir kecilnya..

Kalau kebahagian ini adalah satu dugaan, apa lagi yang harus saya ucapkan melainkan lafaz Alhamdulillah..

Rayyan Ariff,
Kamu mengajar diri ini tentang rasa kasih..
Kamu mengajar diri ini untuk menjadi lebih kuat dari semalam..

Apabila kita melihatnya sebagai suatu kebaikan dan dirinya pula melihat ianya satu bentuk penyeksaan.. Susah bukan? Namun ada masa, menjadi ibu membuatkan diri ini terpaksa bertindak kejam pada matanya..

P/s - Cik Anonymous, ini bukan kerana period atau PMS. Kalau kamu di tempat saya, mampukah kamu?? **Lawak kamu adalah tidak seberapa lawak kerana saya mmg tgh sedih**

Sunday, February 7, 2010

Cerita weekend yang biasa-biasa sahaja

Weekend yang biasa kerana kami tidak ke mana-mana.. Menghabiskan sepanjang waktu sesama sendiri sahaja. Hubby tidak dirumah kerana memenuhi tuntutan kerjanya. Adik saya pula meminjam kereta saya untuk berdating.. **Gila dating 2 hari berturut-turut!!**
.
Petang jumaat lalu, Kaka (owh, nama kereta saya adalah Kaka ~ Bukan Qaqa at Tamimi anak Amy Search~) saya bawa ke bengkel untuk diservis kerana penghawa dingin tiba-tiba sahaja tidak berfungsi.. Nasib baik hanya talinya yang putus maka hanya RM25.00 yang dibelanjakan untuk Kaka.. =)
.
Tokei : Apa pasat?
Saya : Uncle, aircond tak panas la..
Tokei : Aircond talak sejuk wooo.. Mana ada panas..
Saya : A'ah ye la tu uncle.. *malu sendiri*
.
Rayyan Ariff agak moody di rumah.. Mungkin kerana kebosanan. Semalam, apabila ayahnya pulang, dia membawa Rayyan Ariff bersiar-siar menaiki kereta. Sudahnya mengamuk tidak mahu turun kerana belum puas.
.
Hari ini pula, saya membawa Rayyan Ariff bersiar-siar sekitar kawasan kondo sahaja. Apabila masuk sahaja ke dalam rumah, dia menangis lagi kerana masih melum puas. Apabila saya membuka tudung, raungannya makin galak kerna maklum bahawa tiada lagi peluang untuk bersiar-siar.. ~@See how he relates it ~ mama pakai tudung = we'll be going out. Mama bukak tudung = no more jalan2.. :P @~
.
Hari ini saya bangun agak lewat. Bibik yang menguruskan Rayyan Ariff. Mengantuk kerana semalam saya tidur melepasi jam 4 pagi kerana bercerita bersama-sama BFFs selepas menonton Chucky, sambil menikmati burger Mekdi *Okeh, gemuk lagi di situ, tapi hati happy*
.
Hmm.. Ramai diantara rakan-rakan saya yang mengikuti blog ini tanpa pengetahuan saya. Setelah berjumpa kembali setelah beberapa lama, barulah saya tahu mereka merupakan antara silent reader KernaKasihKita.
.
Ok, at least it save me some times if I were to be asked about Rayyan.. Tapi yang tak syoknya, terasa seperti kurang sedikit modal yang ada untuk dibicarakan. Contohnya:

Situasi 1
Saya : Ni, ko gerak dulu la.. Aku nk tengok buku utk Rayyan. Dia suka buku..
Kawan 1 : A'ah betul.. Aku ada baca dalam blog ko..
*Okeh, kurang umphhh di situ*

Situasi 2
Kawan 2 : Wehh.. Bila nk tambah baby?
Saya : Relaks la dulu.. Yang sorang ni pun tak puas gomol lagi..
Kawan 2 : Sudahlah ko.. Aku baca blog ko kata memang ada niat nak menambah..
Saya : Hah, ko baca blog aku eh.. Hampeh betul..
*Okeh, makin kurang umphh.. Gelojoh beb!* :P

Dan situasi yang seterusnya, sudah malas mahu menaip.. Terasa diri seperti opened book.. What about you guys??

P/s - Notice tak entri saya kebelakangan ini agak 'kureng'.. Sungguh angin untuk menulis itu hilang. *sigh*

Friday, February 5, 2010

Tewas sekali..

Percubaan pertama..
Tewas..



Antara kasih dan kasihan..
Yang mengundang titis air mata..



Tarik nafas sedalamnya..



Tolak jauh-jauh..

Thursday, February 4, 2010

~Mama gatal, anak mengada-ngada & Datuk Siti Nurhaliza~

Okeh, ini entri cacamerba..
.
Banyak topic yang mahu saya bicarakan di sini. Tapi serius, saya kehilangan 'nafsu' untuk menulis tentang perkara-perkara itu. *Kali ini, tiada kena mengena dengan PMS yea kawan-kawan*.. Semalam saya ke klinik kerana ruam kemerah-merahan yang menyebabkan saya tergaru-garu. Mungkin kerana food allergy.. So saya diminta menulis setiap apa yang masuk ke dalam mulut saya, hatta seteguk air putih sekalipun. *Bertambah homework*
.
Dengan Dr. semalam, banyak yang saya bicarakan dan kebanyakannya berkisar tentang cerita kehidupan. Dengan nada yang bersahaja, saya bercerita tentang Rayyan Ariff dan dia bercerita tentang pekerjaannya. Ada sedikit rasa bangga bila dia memuji sikap saya yang kelihatan positif. :P
.
Tiada apa yang harus saya sedihkan. Alhamdulillah, dengan rezekiNya, segalanya berjalan lancar. I'm content with my life and with what I have.. Tidak pernah saya jangkakan bahawa kami akan sampai sejauh ini. Terima kasih di atas rahmatMu ya Allah..
.
On another note, manja Rayyan Ariff semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Kalau diikutkan hati, ringan sahaja tangan ini mahu singgah ke badannya. Tidak semena-mena dia akan menangis dengan nada yang sangat mengada-ngada. Hingga bibik mengeluarkan kenyataan, "Kalau anak sulung saya dahulu, pas saya hamilkan adiknya, terus perangai jadik manja kayak gini.." "Oh, tidaklah kak.. Period saya lagi datang, mana mungkin datang adiknya.." *Okeh.. Saye pun terikut ckp Indon okeh*
.
Kalau dia mahukan sesuatu yang ditunjukkannya, harus sahaja diberikan. Kalau tidak, raung tangisnya bagaikan dipukul. Habis tudung atau rambut kita ditariknya. Itu belum dikira dengan tumbukan padu dari tangan kecil itu. Makin membesar, makin banyak akalnya.. Sudah pandai meminta!
.Serius manja dan mengada-ngada!
.
Yang sering menjadi mangsa bulinya adalah saya. Kalau tanpa saya, perangainya sangat tersusun. Tidak banyak kerenah dan tidak banyak bicara. Mahu tidur pun senang sahaja. Kalau dengan saya, aduhhh.. Segalanya susah. Kalau saya sedang berbicara di telefon, di tarik-tariknya muka agar fokus hanya untuknya..
.
Attention span anak ini juga semakin baik. Inilah dua alat permainan yang menjadi kegemarannya. Apabila Rayyan Ariff memasukkan ring ke tempatnya, sering saya memaksanya menghabiskan apa yang dimulakannya. Makanya, kelima-lima rings itu akan dimasukkannya sebelum dia berhenti bermain =)
.
You guys shud see how cute Ian was when he tried to put in Mr. Potato's eyes.. Super cute ok!! ~@Serius saya tak paham, nape tiap kali bibik kemas Mister Potato Head tu, gigi mesti letak kat hidung, hidung letak kat mulut.. Heh@~
.
Oh, ada sesiapa yang menonton rancangan Terjah hari isnin yang lalu?? Hmm.. Rasa tidak puas hati masih membekas di hati ini apabila wanita berbaju ungu ketat itu senang menghamburkan ayat, "Award bersusun, anak?" Dengan merujuk kepada Datuk Siti.
.
Ok, I'm not a big fan of Datuk Siti.. Tapi kata-kata itu cukup menikam kalbu saya, apalagi tuan empunya badan kan?? Sudahlah selepas itu saya berbual dengan rakan lama yang menyatakan kegusaran yang sama setelah dua tahun berkahwin. Makin saya terasa...
.
I have my part of waiting. Maka saya tahu rasa kecewa setiap kali 'teman baik' datang menjengah sedangkan kita amat berharap akan ada nyawa kecil di dalam rahim. Walau tempoh penantian saya kurang dari 5 bulan, namun ianya sudah amat menggusarkan kerana di awal perkahwinan, saya mahu merancang kehamilan. Lantas saya bimbang andai tuhan marah dan saya langsung tidak dikurniakan rezeki olehNya.
.
Waktu itu, sungguh saya benci apabila diajukan dengan soalan "Dah ada isi ke??".. Walau saya membalas dengan senyuman.. Namun di dalam hati ini, hanya tuhan yang tahu bagaimana rasanya. Lumrah alam, sebelum ada cinta hati, ditanya-tanya sudah berpunya ataupun tidak? Bila sudah berpunya, ditanya-tanya pula bila mahu berkahwin? Bila sudah berkahwin, ditanya-tanya pula bila mahu punya anak? Bila sudah punya anak, ditanya-tanya pula bila giliran anak kedua? Ada rezeki adalah.. Semua inikan di tangan yang kuasa.. *Februari neh, boleh mula berusaha..* :P
.
Pernah saya luahkan rasa itu di dalam entri ini Bila nak dapat baby? Sebetulnya, waktu itu saya sudah beberapa minggu mengandungkan Rayyan Ariff. Dan entri itu hanya sekadar menjawab pertanyaan rakan-rakan secara am. Lagi pula, saya agak konservatif. Tidak mahu mengumumkan kehadiran cahaya cinta kami kerana pada waktu itu, saya masih berada di awal kehamilan dan gusarkan tentang pelbagai perkara yang mungkin terjadi.
.
Namun kini pandangan saya sudah berubah. Mungkin nanti, saya akan terus sahaja berkongsi di sini. Agar ramai rakan-rakan yang dapat mendoakan kesejahteraan kami nanti.. =)
.
Buat sementara waktu ini, saya mahu mengulit Rayyan Ariff sepuas-puasnya dahulu! Cheers!

Wednesday, February 3, 2010

Bila punya anak dua..

Oh, ini bukan kisah Rayyan Ariff.. masa Rayyan Ariff untuk ber'adik' belum tiba. Cuma sekadar berkongsi di sini..
.
Sering saya nyatakan kepada diri sendiri bahawa Rayyan Ariff akan selamanya mendapat tempat teristimewa di hati saya kerana keistimewaan yang dia miliki. Seringnya saya nyatakan bahawa kasih untuknya adalah sesuatu yang unik dan tersendiri kerana keunikan yang ada padanya.
.
Namun sejujurnya, jika dia punya adik nanti, saya sendiri tidak tahu bagaimana rasa berkongsi kasih itu. Terfikir sama ada akan adilkah saya nanti? Sememangnya ada sedikit rasa gusar yang terbit. Bimbang andai nanti ada yang terlebih dan terkurang.
.
Saya punya seorang abang. Makanya, saya tidak tahu bagaimana rasanya pembahagian rasa kasih itu. Kasih untuk seorang abang hanya untuk dia. Saya punya seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Rasa kasih pada mereka berdua adalah berlainan. Menyayangi adik lelaki ada bezanya dengan menyayangi adik perempuan. Saya menyayangi mereka dengan cara yang berbeza dan tersendiri..
.
Makanya, seperti dengan adik-beradik saya, mungkin untuk setiap anak nanti, saya akan mengasihi mereka dengan kasih sayang yang sama cuma dengan adaptasi yang berlainan.
.Ian, toys kena share ngan adik tau nnt! No more jilat2 or gigit.. Siyan adik..
.
Dengan Rayyan Ariff, saya tidak memanjakan dia berlebihan. Ada waktunya dia perlu dimarahi, dia pasti dimarahi. Agar dia tahu bukan semua kemahuannya bisa dituruti. Supaya dia tidak besar kepala.
.
Lagi pula, tahap manipulasi anak ini sama sahaja dengan anak-anak lain. Pura-pura menangis untuk menarik perhatian, tersengih memujuk seperti kerang busuk apabila dimarahi, mengamuk apabila mahukan sesuatu, dan menarik-narik tangan kita sambil menunjukkan apa yang dimahukannya.. Kalau kebolehan mentalnya lebih kurang sama dengan anak-anak lain, mengapa harus dia diberikan kelebihan hanya kerana dia anak istimewa. Ini bukan cara saya.
.
Fakta bahawa Rayyan Ariff adalah yang tersendiri saya terima dan akui. Namun kerana saya menerima kelainan itu sebagai satu cabaran untuk mengubahnya secara total, maka dengan itu saya melayannya seadanya.
.
Pernah saya dihadapkan dengan gelagat dua beradik yang sangat berbeza. Si abang sentiasa kelihatan berada di dalam ketakutan dan seringnya dikehendaki mengalah pada si adik. Kerana si adik adalah anak istimewa. Segala tentangnya adalah istimewa. Segala perlakuannya diangggap istimewa oleh si ibu dan bapa. Tiada kata larangan untuk si adik kerana dia adalah selamanya anak yang istimewa.

Menjelirkan lidah kepada orang tua, oh.. tak mengapa.
Menjerit kepada si abang, oh.. tak mengapa.
Kerana dia istimewa.

Segala kemahuannya dituruti. Tidak pernah dikunjungi kata-kata marah walau banyak waktu, perbuatannya sangat melampau untuk anak seusia lapan tahun. Kerana kecederaan pada otaknya, dari segi fizikal dia sememangnya agak kekurangan. Namun dari segi mental, orangnya sangat bijak dan dia bersekolah di sekolah biasa dan sering pulang dengan tempat pertama atau kedua di dalam peperiksaan.

Di hadapan si adik, si abang tidak boleh dipuji. Menjeritlah si adik tatkala mendengar kata pujian dan si ayah pula akan segera meminta si abang berlalu. Kerana tidak mahu mengganggu emosi si adik. Mainan, pakaian, dan apa sekalipun, harus diberikan kepada si adik sekiranya si adik mahukan sesuatu yang menjadi milik abangnya.

Kasihan si abang yang sering dibayangi si adiknya..

Saya sering memainkan kisah ini di dalam kotak ingatan saya agar suatu masa nanti, saya tidak akan melakukan perkara yang sama. Takut. Dan kawan2, seandainya nanti saya lupa, sila bawa saya kepada entri ini agar ianya dapat saya jadikan teladan.. =)

P/s - Pagi tadi dah dapat makan nasik lemak ayam Man Pis.. Terbaik dari ladang!! Kak Pinut, sok Jiey sambung diet balik neh!
=)

Tuesday, February 2, 2010

Dan pemenangnya ialah.... bukan RAYYAN ARIFF!! :P

Grand prize winner bukan milik Rayyan Ariff.. Namun kami berpuas hati di tangga ke 4!.. Lg pun, all the babies are gorgeous and adorable.. Semua pun deserve to win..
.
Cutest baby Photo Contest anjuran MBP memang mendapat sambutan di kalangan Bloggermommies. Untuk pertandingan bulanan yang mempunyai tema berlainan, sememangnya mendapat sambutan yang baik dari segi penyertaan.
.
Untuk Cutest baby photo contest pada bulan November, Rayyan Ariff mendapat tempat saguhati daripada 80 penyertaan. Dan untuk melayakkan diri ke pertandingan akhir, Rayyan Ariff merupakan antara 6 babies yang terpilih daripada lebih 180 penyertaan untuk turut sama bertanding dengan 14 lagi babies yang merupakan pemenang bulanan.
.
Congrats Kak Ros di atas kejayaan contest ini! **Dan terima kasih coz memilih Rayyan Ariff**
.
Harus sakit kepala Kak Ros nk pilih.. Babies kan memang naturally cute and cuddly! So mmg susahlah nak decide kan? Diorang ni, pakai pampers jer sambil dok guling2 atas tilam and tunjuk paha yang berlapis2 pun dah nampak cute giler.. Ini kan plak kalo dah posing comel2 kan?? Lain la kalo kita yg tua bangka neh buat.. Mahu mencicit org yg tengok tu larikk.. *merujuk kepada diri sendiri* muahahhaha.. ~@semenjak berat tak terkawal neh, inferiority complex pun dtg ler@~
.


Susah sebenarnya mahu mendapatkan nice shot Rayyan Ariff semenjak dia makin membesar.. Gambar for sure akan jadik blurry.. Tambahan pula, digicam mama dah mula buat perangai.. Lagipun, Rayyan Ariff masih tidak faham erti photoshoot atau seangkatan dengannya.. Yang ada, hanyalah gambar candid.. Kalau pun dia memandang kamera, hanya kerana tertarik dengan cahaya yang dikeluarkan.. *Okeh, saya tunggu dengan sabar bila budak neh nk pandai posing.. Mama didik kamu jadik model yea nak.. :P*
.
Actually, saya sangat2 tertarik dengan hadiah di tempat ketiga.. Sebab ada buku.. Lately, Rayyan Ariff memang sukakan buku .. Terpaksalah mama beli sendiri.. Tambah koleksi buku Rayyan ARiff.. =)

~@Tengok Anis, mama saya jeles dengan kamu! Anis, kamu nak tak share buku dengan saya?? Nanti saya bagi kamu cium dan gomol saya cam hari tu?? :P@~
.
Owh yea, sewaktu di MBP gath tempoh hari, anak bujang saya telah digomol oleh si Anis Manis.. Dicium bertalu-talu sambil tangan Anis dok cucuk hidung Rayyan Ariff coz Anis nak tunjuk nose. Super cute ok!! Rayyan? Muka cuak & rimas.. Muahahhaha.. Padan muka.. Kalo org tido, brani la dia lanyak.. Kalo kena lanyak, for sure tak terlawan ini budak manja.. :P

Owh yea, malam tadi ke BB dengan En.Hubby.. Ada hal.. Since saya berat nak bwk badan gumuk n jalan terkedek-kedek, agak ketinggalanlah dari En.Hubby.. Tiba-tiba dia pusing dan pimpin tangan saya kuat-kuat.. Jalan beriringan berpegangan tangan..

Owh, feeling sgt syiok okeh.. Kalo tak, sorang tolak stroller.. Sorang pegang barang.. Muahahha..

Terasa dalam hati ada taman.. Dalam taman penuh bunga.. :P

Masa tu dalam hati dok berkata-kata, Eliss, mokcik tak dpt makan nasik lemak ayam pun takpe.. Sengih dah lebar sampai senget tudung2 dah neh.. :P

Hnss.. Hnsss.. Hnss *Lobang hidung kembang tak berhenti smpi la..* :P

P/s - Happy befday to my only sis! Semoga segala yang terbaik menjadi milikmu.. =)

Monday, February 1, 2010

Selamat hari wilayah..

Bbhnhhghghjhjhjhjjgggggvgcff

rrfcfcfffbnhbfugcjgkghfgjghkutt

gvnvkljuttghhougtsddyghljmbk,

gygyrtew3r6y7tuuiiiuuyrftcvgjjj

hfsssfgjmgffde3e5rtgfvujiiurset

gyuhioikhytrtgyuujkh821ip0UH

UUUUUUUUUUUUUUUUUUUU

UUUUUUUUUHG

Translation : Selamat bercuti kepada semua yang bercuti.. Sayang kamu!!

Tukang taip : Rayyan Ian Ariff

Tukang suruh : Mama

Tukang tengok : Ayah

.

Budak demam.. Tak ke mana la kami..

Skrg ni, kalo dia marah.. Siap nk gigit ok.. Jgn la tuka channel kalo Tuan Kechik neh tgh tgk TV..


*Mode : Blurrrrr*

P/s - Smpi la ni tak dapat lagi nasik lemak ayam!