Saturday, March 13, 2010

Keinginan di hati..

Sehari dua ini, apa yang bermain di hati saya adalah keinginan untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana. Rasa itu bagaikan membuak-buak. Semangat yang berkobar-kobar itu membuatkan saya kembali melayari laman sesawang beberapa universiti tempatan yang menawarkan kursus sedemikian.

Namun mata saya hanya mampu memandang walau jiwa meronta mahu mengisi borang permohonan.

Ini bukan masa yang sesuai. Kalau seandainya segalanya cukup dari segi kewangan, mahu sahaja saya berhenti kerja untuk dua tahun, menyambung pelajaran dan pastinya memberi tumpuan kepada Rayyan Ariff dahulu. Apabila dia pandai membawa diri nanti, bolehlah saya kembali bekerja..

Inilah keinginan di hati saya. Namun keadaan tidak mengizinkan.

Kalau sahaja saya mahu menyambung pelajaran sekarang, masa bersama Rayyan Ariff pastinya akan menjadi korban. Sedangkan sekarang ini pun agak susah untuk saya meluangkan masa bersamanya, apa lagi andainya saya menyambung pelajaran kelak.

Semalam sahaja, saya tiba di rumah jam 1245 malam. Kerana ada acara untuk pelajar-pelajar UiTM yang mana agensi kami dijemput untuk memberikan ceramah. Di rumah, Rayyan Ariff menangis-nangis tidak mahu tidur kerana sudah terbiasa tidur bersama saya. Kasihan bukan.

Segala tentang saya, terpaksa saya pendamkan sahaja dulu buat masa ini. Meninggalkan Rayyan Ariff seharian untuk bekerja sahaja sudah membalut diri saya dengan rasa bersalah, apalagi kiranya saya masih mahu menyelit sesuatu yang lain pula di dalam sisa masa yang sedikit itu. Biarlah dahulu. Ini namanya pengorbanan.

Semalam, sewaktu dalam perjalanan ke UiTM Shah Alam, saya berbicara bersama adik saya yang kini mengambil alih tugas membawa Rayyan Ariff ke SDMC setelah saya mula bekerja.

"Kalau Yu ada duit, Yu bagi duit Yu pada Kak.. Biar Kak duduk rumah jaga Ian. Yu pun sebenarnya macam tak percaya dengan pencapaian Ian dalam masa 6 bulan ni. Rasa macam ajaib pun ada.."

Saya terharu dengan kata-katanya. Kerana tulus katanya begitu menyentuh hati.

Masih banyak ruang yang boleh dilakukan untuk peningkatan Rayyan Ariff, kerana itulah keinginan untuk terus berjuang untuknya sering hadir di dalam fikiran kami. Malahan, pagi ini juga Rayyan Ariff beberapa kali dipuji semasa sesi terapi pertuturan kerana dia cepat menangkap arahan yang diberikan.

Ian @ Speech therapy ~ SDMC, 13.3.2010

InsyaAllah saya akan terus cuba mencari lebih ruang untuk bersama Rayyan Ariff.

Itulah, apabila menjadi ibu, fokus juga perlu berubah. Anak menjadi prioriti dan kitalah yang perlu banyak membuat pengorbanan. Apalagi untuk anak seistimewa Rayyan Ariff.. Sayang kamu sampai mati wahai pintu syurga yang bijaksana!

P/s - Sekadar tertanya, being in his condition, if he really is a smart boy as claimed by his therapists, could it be because his name is Ariff?? Nama kan ibarat satu doa? =)

P/s (2) - Sape baca paper pasal anak CP (Cerebral Palsy @ Kelumpuhan otak) scored 1A in SPM and obtained B, C & D (without F) for the rest of the subjects? Nahhh kawan2, ini penyuntik semangat buat kita! And guess what, the mother who's working as a nurse took unpaid leave for 9 months to focus on the child.. Hebat kan? Moga kita juga sehebat ibu itu.. =)

8 comments:

joegrimjow said...

sambung kak
saya sokong!


rayyan dah banyak perubahan
tangkap gambar pon skrg da boleh buat muka 'jambu'

jeles dengan dia
;)

Pnut said...

Jiey-tumpang happyn dengan pencapaian Ian, satu tahap yang amat-amat patut Jiey bangga dan happy, sedangkan akak yg takder pertalian darah dengan Ian pun sengih-sengih happy bila Ian pandai buat sesuatu, inikan Jiey emak dia... akak harap Ian akan terus berjaya...

And tentang anak yg berjaya SPM tu Subhanallah kuasa Allah kalau Dia kata YA, kita manusia layak

Yasmin Nabilah.. said...

Jiey..ina tgh apply nak sambung belajar..tapi bukan amik kejuruteraan.. Ina naik physiotherapy.hehe..Tapi tak taulah dapat ke idak.huhu

Ina ada gak dengar yang pasal budak CP score 1A kan. Semalamm masa main boling ada member cerita.. :) bestnya..!Mmg semangat betul bila tau.. :)

My Life My Journey.. said...

Jiey,
Terharu dgn pengrbanan Jiey.. & Gembira dgn pencapaian Rayyan spjg Jiey cuti tanpa gaji..

Impian unt sambung belajar bagus, namun pemilihan masa yg sesuai pun perlu. Ada ketika kita perlu mengutamakan keperluan dari kehendak.. Simpan dulu seketika cita2 tersebut, akan ada masa yg sesuai sekiranya ia baik buat Jiey..

Mga Jiey terus melangkah dgn psitif.. Jgn emo emo lagi yer.. Nanti jadi tambah gomok tak leh pakai bj kebaya raya nih ahaks.. Gurau jer, jgn marah nanti kena jual..!!

MAMAFAWWAZ said...

Rayyan Ariff yang sangat comel

Sue.Aleen said...

anak kawan kakak yang sulong sama condition macam Syafiah kini menuntut di sekolah tahfiz. tahfiz kan memerlukan daya ingatan yang kuat.

dan amazingly perkembangan fizikalnya juga lewat. sehingga berusia 10 tahun masih dimandikan oleh si ibu dengan cara mengikat badan ibu dengan anak.

tapi sekarang condition tu dah berubah. berbaloi kan...

Dina said...

Hiii mummy ian!

Thanks for dropping by to say hi on YM recently.
Bersemangat I marathon balik baca entries you hihi!

Sorry dear, I memang dah kurang bloghopping semenjak lapan menjak nih..
But seriously, thanks for the thought.

P/S: Cute nyeee Ian cakap 'aaauuu' ^___^

ShilaShower said...

Dokter kan kerja based on facts and probably pengalaman, tapi kuasa Allah tak ada siapa yang tahu.

Your Pintu Syuga yang Bijaksana is definitely one of Allah's greatest miracles in the world. :)