Tuesday, June 29, 2010

My very own singing baby.. =)

I'm backkk.. =)
Ok, before I blog about my brother's wedding reception, I shall start with Rayyan Ariff's story first..
Coz I know, he's the star here..
Korang mesti tak berapa nak tahu pasal makcik, laki makcik ataupun abe makcik kan? :P
.Ada orang rindu saya tak??? :P
.
Sedari kecil, lena Rayyan Ariff sering diulit oleh suara atuk yang gemar mendodoikannya hingga dia tertidur.. Irama itu diperdengarkan berulang kali dan Rayyan Ariff bagaikan tidak pernah jemu mendengarnya. Mudah sekali dia tertidur dengan irama itu..
.
Lagu apakah yang dinyanyikan atuk? Sungguh saya tidak tahu.. Yang ada hanyalah humming sound sebenarnya.. =)
.
Bagaimana bunyinya? Dengarkanlah sendiri.. =)
.

*Sila abaikan rakaman telinga Rayyan Ariff, I was trying so hard to hide the camera from him* :P
.
Yes peeps, it is Rayyan Ariff's voice after mine! He knows how to do it on his own!! Another thing that can be put under his "development" list, right?
.
Sebolehnya dia cuba meniru irama yang kita hasilkan. Alhamdulillah..
.
Dan sebenarnya, inilah antara indikasi bahawa putera comel kami ini bisa mendengar. Dia mempelajari irama ini tanpa perlu menggunakan hearing aid, sepertimana yang telah ditunjukkan di dalam rakaman di atas. 'Petunjuk-petunjuk' seperti inilah yang membuatkan abah saya tidak berapa berkenan dengan keputusan kami mengenakan hearing aid pada Rayyan Ariff.
.
Namun, sesuatu yang perlu dilakukan tetap perlu dilakukan..
.
Istimewanya Rayyan Ariff ialah dia tidak hilang kesemua deria pendengarannya.. Pernah saya terangkan tentang ini dalam beberapa entri yang lalu.. Kerna itulah dia masih mampu memberikan tindakbalas terhadap arahan ataupun bunyi-bunyian yang dihasilkan dalam nada yang biasa.. =)
.
Dan kini, bukan hanya saya dan adik-beradik saya sahaja yang menghafal irama ini, malahan bibik saya juga semakin expert dalam mendodoikan Rayyan Ariff dengan irama ini. Apabila sahaja kita berhenti sebelum dia tertidur, Rayyan Ariff akan menguis-nguis tangan kita sambil menghasilkan bunyi ini sebagai tanda mahu didodoi.. Comel!
.
Anak bujang saya yang teristimewa tetapi takut berbuai.. :P

13 comments:

CikNon said...

yeay tepuk2 tangan sebab dapat dgr rayyan nyanyi ... windu sehhh kat hero

Elyn Sani said...

bile u cite pasal ni i pun br teringat yg abh i pun siap rekod suara die nyanyi lagu2 surah utk wafiq masa umur 3 bulan kot heheeh

misz_nierah said...

alahai,sedapnye suara Ian berhumming. hehe...bravo Ian!

Intan and The Boys said...

tergamam kita dengar suara Ian. pandai sungguh dia meniru irama yang dinyanyikan.

:)
Ian buat auntie rasa bangga tau!

linziana said...

Encem boy, muahh!!

shaliza said...

memangla sb alat bunyi tu bingitkan,agaknya sb tu dorang tak berapa setuju untuk Ian.
Amboi sakan nak berdodoi sokmo ya...

ieda said...

tak lama lagi rayyan yg dodoikan mama..hahaha

Marsha~ said...

suka buat muka cheeky tau... haih.. bilalah dapat jumpa rayyan arif ni.. teringin sgt nak jumpe........ raya kot?? :)

Sue said...

Saya rindukan Ian!!!

comel nye... pandai menyanyi ye skarang. hebat betul ian.

Rizziela said...

Anti rindukan Rayyan..


Memang cutelah rayyan ni..geram ajer tengok dia

CatlinaFly said...

pandai nye rayyan :)..humming ni sy pernah dgr...cuma tak sure lagu ape :)

yatie chomeyl said...

koho tinggi doh napok abe Ian...koho hensem dan koho cerdik ;)

WANNY said...

salam rayyan ariff..sudah lama tidak menjengah blog ini. bila dgr dodoian tu, bunyinya sama shj semasa kecil2 dulu yg mama atau saya sendiri dodoikan adik2... skang ni mana lagi kot dodoikan begitu???