Tuesday, July 27, 2010

My very well-behaved little boy.. =)

Hari sabtu sememangnya hari yang sibuk buat kami. Bagi seorang anak kecil, jadual tuan kecik memang padat mengalahkan jadual seorang YB sehinggakan tidurnya juga acap kali terganggu. Kerana ketidakupayaan kami ke sesi terapi pada hari bekerja kecuali satu sesi fisio sahaja, maka kami himpunkan segalanya pada hari sabtu.
.
Sabtu Rayyan Ariff bermula seawal jam 7 pagi. Terus mandi, bersiap, sarapan dan sebaik jam 815am, kereta kami sudah meluncur ke Subang Jaya dari Ampang. Tepat jam 9.00am, sesi terapi pertuturan Rayyan Ariff pun bermula.
.
Dari segi kebolehan bertutur, Rayyan Ariff masih agak terkebelakang.. Walaupun dia bisa meniru nada yang didengar, namun saya maklum bahawa bercakap bukanlah perkara yang mudah.
.
Tetapi itu tidak bermakna Rayyan Ariff tidak punya perkembangan yang baik. Alhamdulillah, therapist Rayyan Ariff berpuas hati dengan pencapaian Rayyan Ariff walaupun sudah hampir sebulan kami tidak ke sesi terapi pertuturan. Berkat kami meneruskan sesi yang diajar dirumah, Rayyan Ariff sudah mula menguasai beberapa aktiviti dan di antaranya ialah conditioning dan shape recognizing..
.
Khusyuk.. =)
.
Selain itu, kami juga melakukan chewing test terhadap Rayyan Ariff dan hasilnya, seperti yang dijangkakan, Rayyan Ariff tidak begitu kuat mengunyah. Kerna itu hingga ke hari ini, dia masih lagi memakan bubur yang lembut kerana tidak mahu dia tercekik. Ms Tey mengajar kami beberapa cara untuk meningkatkan kebolehan mengunyah Rayyan Ariff. InsyaAllah, akan terus mama praktikkan.
.
Chewing..
.
Sesi terapi pertuturan berakhir pada jam 10.00am. Kami berkejar ke kafetaria kerana sedari pagi, saya dan bibik masih belum makan. Hanya Rayyan Ariff sahaja yang sempat bersarapan.. Menghampiri jam 10.40am, Rayyan Ariff terlena. Kasihan anak itu, sedari sesi terapi pertuturan lagi dia sudah menguap.
.
Sedang dia masih di dalam lena yang dalam, saya mengejutkannya kerna sesi terapi carakerja hampir bermula. Mengenali Rayyan Ariff, dia sememangnya anak yang baik. Jarang meragam. Walaupun tidurnya terganggu, namun dia masih mampu memberikan senyuman sebaik sahaja dia dikejutkan.
.
Sesi terapi carakerja bermula pada jam 11.00am dan berakhir pada jam 12.00pm. Pada sesi ini juga kami membincangkan tentang behavior Rayyan Ariff yang agak 'bermalas-malasan' sejak akhir-akhir ini. Dan apa sekalipun, ianya masih berbalik kepada kami iaitu untuk terus meningkatkan kreativiti agar anak kecil ini tidak bosan. Tambahan pula, seiring dengan pertambahan akal, makin pandailah dia mengelat.. Hmmm..
.
Selesai sahaja terapi carakerja, kami terus bergerak pulang. Saya pula mengambil kesempatan untuk singgah di bank bagi menyelesaikan hutang kereta dan rumah. Maklum sahaja, gaji baru diterima. Setibanya kami dirumah jam 1.20pm, Rayyan Ariff terus menikmati makan tengaharinya. Usai makan, dia sibuk bermain dan tidak mahu tidur walaupun sewaktu di dalam kereta, dia kelihatannya mengantuk.
.
Jam 3pm, kami mula bersiap-siap untuk ke Subang Jaya sekali lagi. Rayyan Ariff kelihatan segar setelah dimandikan. Jam 4.00pm, kami terus bergerak ke SDMC. Semestinya perlu sejam lebih awal kerana kesesakan jalanraya pada hari sabtu adalah tidak dapat dielakkan lagi.
.
Berbekalkan sebotol susu, Rayyan Ariff tertidur..
.
Lena..
.
Sekali lagi, lena Rayyan Ariff terganggu. Kami tiba di SDMC pada jam 4.50pm dan terus sahaja Rayyan Ariff dikejutkan dari tidurnya. Dan sekali lagi dia tersenyum walaupun masih tersisa mengantuk pada wajahnya.. Itulah anak bujang saya, a very well behaved boy.. =)
.
Ian & Auntie Sarjit..
.
Sesi fisioterapi bermula jam 5.00pm dan berakhir pada jam 630pm. Syukurlah kami ditemukan dengan Sarjit yang sanggup bekerja lebih masa pada hari sabtu semata-mata mahu memenuhi tuntutan ibubapa yang tidak dapat datang pada hari bekerja seperti saya.
.
Kenapa kami tidak meletakkan segalanya berturutan dan tidak perlu berulang-alik lebih dari sekali ke Subang Jaya? Kerna untuk anak sekecil Rayyan Ariff, tempoh 3 jam secara berturut adalah memenatkan. Lagi pula, attention span anak kecil juga manakan sama dengan orang dewasa. Mana-mana anak kecil sekalipun, seandainya diminta 'bekerja' untuk 3 acara sekaligus secara berturut-turut pun pasti tidak mampu..
.
Kerna itulah kami tidak kisah berulang-alik lebih dari sekali dalam sehari.. Apalah sangat pengorbanan ini dengan segala yang dicapai Rayyan Ariff.. =)
.
Di mana Tuan besar di dalam entri ini? Owh, Incik Hubby ku outstation lah!.. Mujur ada bibik.. :P

10 comments:

ICAZIESYIRA said...

Insyaallah, pengorbanan ini bakal membuahkan hasil.. Sebab itulah u dipilih jadi ibu yang sangat istimewa!

RieNa said...

all da best for u n rayyan.
bertuahnya Rayyan punya ibu seperti jie.
:)

Intan and The Boys said...

betul tu jiey. demi anak, apa pon sanggup kan?

Lynn Abd Latib said...

hanya allah yg tau betapa besarnya PENGORBANAN anda sbg ibu & hanya ALLAH yg mampu membalasnya dgn sebaik2 pemberian.

Ian anugerah paling indah buat anda berdua suami & isteri.saya mendoakan smg anda tetap KUAT utk anak ini..

Pnut said...

Jiey, bila baca cerita Ian detail camni, akak rasa kagum betul dengan semangat parent yang ada anak begitu, kental dan kuat semangat, tahniah utk parents semua...

dan bila tengok dari mata kasar, nampak Ian ok takder apa-apa, dan akak rasa naper perlu Ian pegi terapi-terapi bagai.

tp bila Jiey mention Ian masih makan bubur dan lembik-lembik, sebab Ian tak kuat mengunyah, akak baru sedar kenapa Jiey bersusah payah bawa Ian pegi terapi...

Moga Allah permudahkan segala urusan kalian..

spechless..sebak la....

Alesya pun lambat bercakap, kalau anak lain di usia 2 tahun ni dah pandai sebut segala neka perkataan, Alesya ni berat mulut, tak banyak kosa kata keluar dari mulut dia..

Rizziela said...

Sungguh besar pengorbanan jiey untuk Rayyan. Semoga Rayyan akan cepat sembuh dan boleh membalas semua jasa2 mama untuk Rayyan.

Gembira & sungguh teruja kan bila anak kita mampu melakukan sesuatu yg sangat2 kita harapkan

shaliza said...

Salam,
Rayyan mmg anak yang baik & memahami. Tak memberontak walaupun tido diganggu....takpe ia pasti berbaloi nanti,insyaAllah

Mrs. Simplicity said...

mujur ada bibik! pack schedule ian eh bila weekend.

Mamapinkie said...

Good job mummy! Selagi Jiey larat and belum nak menambah, do ask much as you can Jiey walaupun nampak hectic, nie akak dah nak sarat nie rasa semua slow and tak dapat dah nak all out cam dulu for ridhwan, sometimes rasa serba-salah jugak dibuatnya..sob..sob...takpa, soon Mama leh all out again for Ridhwan dengan ditemani adik yea! Heeheee, Insya-Allah....Jiey selalu saturday ada kat SDMC yea..leh lah jumpa cause akak these days, once a month mesti ada sana jumpa gynae..next appointment 14 august nie, Insya-Allah...akak selalu datang awal, nak dapat number 1 jumpa gynae :D

A.I said...

A'ah Jiey, Insyaallah..sume yg kau buat ni akan membuah kan hasil (mmg dah berbuah pon kan?) hehe..Ian mmg budak kuat semangat! Budak cerdik.. :)