Bayaran pendaftaran? RM30 sahaja. Per visit hanyalah RM5. SDMC? Per visit adalah RM106. Tapiiii, kalau terapi pertuturan di sini, students will handle us.. Of course, with close monitoring by the speech therapist..
.
Kalau SDMC, tentulah dengan bayaran sebanyak itu, anak kita akan dikendalikan sepenuhnya oleh therapist. Therapist yang sama setiap minggu. Kalau rasa therapist itu tidak bagus, buatlah pilihan sendiri.. Itulah bezanya. Kuasa memilih di tangan kita kerana di hospital swasta, customers always right.. =P
.
Berpuas hati dengan lawatan kali pertama ini? Alhamdulillah.. Dan saya memilih untuk meneruskan dengan audiologist di sini berbanding SDMC tetapi tetap akan meneruskan terapi pertuturan di SDMC.
.
Kesimpulan yang kami perolehi tadi ialah Rayyan Ariff menolak hearing aid nya kerana dia tidak selesa. Bukannya kerana alat itu menyakitkan dia. Itu kata mereka. Kerana jumlah pemakaian yang tersangat sedikit, maka dia masih tidak sukakan alat itu. Dia masih tidak menerima dan salah kami di situ kerana kurang tegas.
.
Hmm.. Tetapi seperti kata therapist Rayyan Ariff di SDMC, "Why is he rejecting it? Is it because he's not benefiting from it?"
.
Mungkin ya dan mungkin juga tidak. Kami tidak tahu kerna Rayyan Ariff masih belum bisa memaklumkan sendiri.
.
Menurut audiologist di SDMC tempoh hari, bacaan bagi tahap pendengaran Rayyan Ariff dengan alat itu adalah di dalam spektrum pertuturan. Maksudnya, dengan hearing aid itu, Rayyan Ariff mampu membangunkan kebolehan bertuturnya.
.
Pulang sahaja dari hospital tadi, kami cuba sedayanya mahukan dia memakai alat itu sepenuh masa kecuali masa-masa tertentu seperti tidur dan mandi. Namun peliknya, Rayyan Ariff tidak memberikan sebarang reaksi pada bunyi apabila dia memakai alat itu.
.
Dipanggil nama, tidak diendah.
Bertepuk tangan, tidak diendah.
Disuruh cium, tidak diendah.
Langsung tiada tindakbalas, berbeza sekali dengan di waktu dia tidak memakai alat itu. Lagi bagus tindakbalasnya.
.
Pelik. Serasanya, saya harus menghubungi audiologist tadi kembali esok hari. Sungguh saya tertanya-tanya. Bagaikan tidak logik kalau dikatakan dia tidak bertindakbalas kerna dia tidak 'biasa' dengan alat itu. Tertarik atau berpaling kepada bunyi adalah lumrah kepada sesiapa pun yang dapat mendengar dengan baik. Seperti mana yang ditunjukkan Rayyan Ariff sewaktu kami mengenakan alat itu di awal waktu dulu.
.
Hmm.. Soalan yang sama berputar, "Bermanfaatkah alat itu untuknya?"
.
Namun seperti kata audiologist tadi, selagi pendengarannya berada di dalam spektrum pertuturan, dia mungkin tidak memerlukan koklear implan. Harapnya begitulah. Tidak perlulah menanam lebih alatan di dalam badan Rayyan Ariff. Cukuplah dengan apa yang ada.
.
Di klinik ini, ada satu rasa nyaman yang menyelinap ke jiwa saya. Sense of belonging. Di sini, rata-rata pengunjungnya adalah anak yang bermasalah pendengaran dan pertuturan. Melihat alatan kecil di telinga mereka bukanlah satu kejanggalan.
.
Tiada mata yang memandang alat yang tergantung di telinga anak kami dengan penuh tanda tanya dan simpati. Yang ada hanya kami, mereka-mereka yang terpilih..
.
Selesa. Nyaman.
.
Dan didepan kaunter pendaftaran sewaktu kami masih menunggu, ada sepasang suami isteri yang mengendong anak mereka. Asyik berbicara tentang implan koklear yang akan diadakan pada anak mereka dalam beberapa hari lagi dengan audiologist yang bertugas.
.
Bibir saya tersenyum. Kerna saya saksikan harapan pada wajah mereka. Harapan yang sama yang saya letakkan pada Rayyan Ariff iaitu mahu dia mendengar dan bertutur dengan baik. InsyaAllah..
.
Wearing his hearing aid; Speech therapy - 20.03.2010 @ SJMC |