Thursday, November 4, 2010

Lagenda Mokcik Laser kembali (Tak habis-habis lagi Jiey?)

Tajuk ala-ala entri Jiji. :P

Hmm.. Mokcik Laser kembali lagi. Panas betul telinga dibuatnya. Kalau boleh mahu lari sejauh yang mungkin, namun di setiap perjumpaan keluarga pasti akan ada Mokcik Laser kerana dia adalah ahli keluarga. *sigh*

Sepanjang majlis berlangsung, saya cuba mengelak untuk berbual secara langsung dengan Mokcik Laser kerana tidak mahu menjadi sasarannya. Lagi pula, rasa hormat itu masih tinggi.

“M ada kawan ni, masih bujang tapi umur dah 43 tahun. Dia takut nak kahwin, ye la kalau pregnant nanti risky.. Takut anak macam mana nanti.. Doktor ada bagitahu, kemungkinan dapat anak down syndrome atau berpenyakit tinggi..” Cerita Kak M pada Mokcik Laser.
“Alahhh.. Cakap kat dia apa nak risau.. Tu haaa.. Jiey tuh, mengandung muda-muda pun anak sakit jugakkk!!” Jawab Mokcik Laser sambil mulutnya dimuncungkan pada saya yang berdiri di sebelah Kak M.

Aikkk??? Nama saya pulak yang dia petikkkk.. Mokcik.. Mokcik.. Apalah dosa saya dengan Mokcik? Anak rusa nani, baru kembang ekor.. Lallalala.. Ehhh, termenyanyi pulak..

Selang beberapa ketika selepas itu, Mokcik Laser menghampiri saya pula, “Jiey tahu tak, kat rumah Mokcik ada sorang yang ada masalah macam Jiey. Doktor suruh buang la masa mengandung tu sebab nanti susah nak jaga. Lepas tu dia buang la..”

“Oh ye ke??” Saya menjawab sekadar berbasa basi.

“Iye la.. Bila Mokcik cerita pasal Rayyan, dia pun tanyalah Mokcik macam mana keadaan Rayyan. Mokcik bagitau la dia, ada lagi.. Panjang umur.. Tapi tu la.. Memang susah nak jaga.. Asyik pergi spital jer.. Berjalan apa semua pun belum lagi.. Rumit la..”

Adoii la Mokcik Laser, tak perlulah bersusah payah menceritakan kesusahan saya menjaga anak saya sendiri. Bukannya saya minta Mokcik jagakan anak saya. Kalau bermalam di hospital sekalipun, bukan Mokcik yang dating temankan. Apa yang susahnya di pihak mokcik?


Budak lasak yang banyak akal, tangan kanan tekan butang mainan.. tangan kiri pegang remote astro..

Beralih kepada bead toys..

Main newspaper pulak.. Memang tak terlayan.. :P
Setiap perkara bergantung kepada kita untuk melihatnya dari sudut mana. Kalau kita melihatnya dari sudut positif, positiflah dia. Kalau kita memandangnya sebagai negative, negatiflah jadinya.

Alhamdulillah, tidak susah menjaga Rayyan Ariff di sepanjang usianya. Semenjak kami membawanya pulang dari hospital sewaktu dia berumur 45 hari, hanya pada usia 9 bulan dia diserang demam. Kali pertamanya. Dan sepanjang dua tahun lebih ini, baru beberapa bulan yang lalu kami melalui episode kesakitan yang berlarutan sehingga berbulan lamanya.

Adillah kejadian tuhan itu. Kalau sudah diberikan kesihatan selama dua tahun, takkanlah kami tidak boleh diuji dengan kesakitan selama dua bulan? Tuhan itukan maha adil.. Hanya Dia yang mengetahui hikmah disebalik segalaNya.

Dan kalau setiap kunjungan kami ke hospital untuk temujanji doctor, sesi terapi pertuturan, fisio dan carakerja, dan stimulasi berterusan dilihat sebagai kepayahan, itu adalah pilihan kami. Pilihan kami untuk melihat Rayyan Ariff pulih dan berdiri sebaris dengan anak-anak seusianya.

Boleh sahaja kami memilih untuk membiarkan dia membangun sendiri.. Cepat, cepatlah.. Lambat, lambatlah.. Tidak perlu terapi. Tidak perlu bertemu doctor. Orang dulu-dulu pun tidak ada semua ini.. Namun itu bukan cara kami. Biarlah kami dilihat ‘bersusah payah’ untuk Rayyan Ariff kerna kami mahukan yang terbaik untuknya..

Saya akui, di sepanjang perjalanan yang panjang ini, kami telah melalui seribu satu pengalaman. Kesakitan, keperitan dan juga KEBAHAGIAN. Kami cukup maklum bahawa masa hadapan akan tetap menuntut kesakitan, keperitan dan air mata daripada kami, namun kami redha.. Kerna ini adalah takrif kebahagian buat kami..

Walau ribut yang bakal melanda suatu masa nanti, kami tetap tahu, apabila ribut itu reda, kami akan kembali tersenyum dan melangkah. Selagi diizinkanNya, InsyaAllah.

42 comments:

UmmiAQs said...

Biar kak... Biar orang terus berkata.. Yang penting akak jage Ian baik2.. Saya doakan Ian sihat2 selalu.. Dan membesar bagai seorang juara,, Amin,, Peluk cium saya untuk Ian..

Cik Chuie said...

biar lah ape mokcik tu nak cakap. masuk telinga kanan....kuar balik telinga kanan.hehe


hope Ian terus bangun!!

nieNn_Luv said...

huhuhu.. sabar yea jie.. kenapa ye masih ada org yang tak pernah memikirkan perasaan orang lain ketika berkata2? kalaupun tidak mahu mengerti, tolonglah jangan berbicara sesuatu yg mgkin mengguris hati orang lain.. :( jgn risau ye jie, masih ramai yg sudi mendoakan kesejahteraan rayyan walaupun saling tak mengenali termasuklah saya.. kuatkan hati, mama rayyan..kerana Allah sentiasa bersama dgn orang yang redha dan sabar.. insyaAllah~~

jija said...

saye sangat berharap makcik tu dpt merasai kehidupan yang anda lalui supaye makcik tuh dpt belajar menerime ketentuan hidup yg telah ALLAH tentukan untuk kite semue

shaliza said...

Salam Jiey,
Kalu ada button LIKE dah lama teka...hehehe. Tok payah nk pk2 Jiey, org lagu tu payoh doh nok ubah persepsi dio. Lagipun kita tahu yg terbaik as a parent untuk ank2 kita. Semua tu dgn izinNya juga.

ICAZIESYIRA said...

jiey, kem salam kat mokcik tu. tolong kata kat dia, jangan jadi bodoh sgt. sila pegi belajar agama banyak-banyak. huh!

Apesal aku pulak yg emo? hehe

Jiji said...

jiey.. kasi smash je sebijik...!

Liz said...

aduhai, kenapa la makcik loser tu mcm tu ye. agaknya dia mmg laser sgt sampai x sedar apa yg dia cakapkan tu boleh mengguris hati orang lain.

kesian, x pasal2 rayyan dijadikan rujukan. dia xde dosa sampai nak anggap kehadiran dia tu menyusahkan :(

Unknown said...

mmm sabar ye kak jiey..biarlah ape org lain nak kate pon..yang penting kak jiey dan hubby wat sehabis baik utk ian..dorg tak paham, ape yg diluahkan tue asal boleh jek..

eishh kadang2 geram jugak bile ade org ckp mcm tue..bukan nak jage hati dan perasaan org lain..uhuhuuhuh...

sabarlah kak jiey..kami sentiasa bersama kak jiey dan ian yg cute...die putih..geram tgk..:D

hug n kisses to ian!!!

Anonymous said...

Ape-ape pon yang MOKCIK tu kate, rayyan tetap special n hensem di mate auntie... hehe!

ummisofea... said...

Sabar betul jiey ni..kalo saya,saya akan cakap...saya xsanggup buang anak saya...saya sanggup buang makcik dr buang anak saya sendiri...hihi

Eliss said...

Mokcik laser tu sibuk nak point kat orang..serahkan pada yang ATAS sana tu Jiey :) Ian, hebat dimataku :)

Intan and The Boys said...

haihh...mulut mokcik tu memang laser teramat la jiey. kalau kita, lama dah pulaukan mokcik tu. tak baik tau mokcik tu cakap camtu.

Intan and The Boys said...

haihh...mulut mokcik tu memang laser teramat la jiey. kalau kita, lama dah pulaukan mokcik tu. tak baik tau mokcik tu cakap camtu.

Rizziela said...

Kenapa makcik laser tu sanggup bersusah payah menceritakan segala peristiwa tentang Rayyan?

Rayyan anak istimewa yg terlalu istimewa....Allah maha mengetahui segala kejadian dan yg terbaik untuk semua insannya..

Insyallah....Rayyan...anti sentiasa mendoakan kesihatan & kegembiraan hidup untuk Rayyan

Unknown said...

Yeah..go jiey dan ian..kak naie suka..apa org nak kata biarlah...yg penting kita bahagia...

produk ococ said...

Makcik laser tu blm kena kat batang hidung sendiri..awas balasan tuhan..makcik..

Roszaneza Danny said...

Salam Jiey..
sabar yer dgn mokcik laser tu..
abaikan jer mulut laser dia tu..
apa yg pnting,Rayyan menerima yg terbaik dari Jiey sekeluarga..
mulut org Jiey,mmg cam tu..
ckp pakai lpas..tak ingat langsung ht org..Jiey ucapkan jer Alhamdulillah..dgn setiap perkataan yg kluar dr mulut laser dia tu..

Bicara hati ibu aisya said...

;( membaca cerita jiey berkenaan 'mokcik laser' ni samalah ngan kisah ayu tp ayu xtahu nak labelkan 'dia' apa. Sakitnya hati tiap kali dgr ayat2 yang keluar dari mulut dia.
Sabarlah wahai hati (walaupun dalam hati menangis sendu)
Betul kata2 jiey 'setiap kali selepas berlaku ribut petir pasti akan terbit sinar mentari yang membuatkan kita tersenyum bahagia'
moga ian terus sihat.

Pnut said...

makcik laser belum jumpa makcik pnut.eh sini bertemu buku dan ruas...

ishkk tak leh tahan la..

Sue said...

Orang hanya pandai bercakap. Pandai berkata. Pandai mengutuk. Tapi orang tak tahu pengorbanan seorang ibu utk membesarkan satu anugerah Allah yang diberi. Orang tak tahu betapa besar pahala yang Allah kurniakan. Orang tak tahu bwh bukan kita pinta sesuatu itu, tetapi Allah hanya memberi sesuatu itu kepada hamba-Nya yang terpilih, yang penyabar, yang bertanggungjawab..

Sabar byk2 je Jiey... Tapi kalau saya, sabar boleh sabar. tp kalau da byk kali, hilang rasa hormat, sy pulak jadik Kakak Laser. hehehhe

Unknown said...

eiii nyampah betul dengan mokcik laser nih! kalaulah boleh dicili-cilikan aje mulut tu, saya sedekahkan sekilo cili padi kat jiey :P

Anonymous said...

dah nama mokcik laser....bukan boleh disaman pon....hihi...sabar je lah..(bak kate mae upin ipin...)

Min said...

bila la nk insaf mokcik jiey tuuu? hmmm sian dia... bkn kesian jiey!!! hope everything will fine for u n rayyan...

ArshSabila said...

Jiey,
Acu kabo ke mokcik tu gini:
"Mokciiik..ore kate mulut lacak tu tandanya peramah..tp kalu mulut cheplak..tu tandanya nak siku lipak!Brape das mokcik naak..?"

Mode:skali skala kene tunjuk gak skill anok klate sejati bilo kecek pedas sengoti!

Susah kalu manusia yg tak sensitip nih!

Syafinaz said...

Salam,
Biasa la berkata2 ini tak perlu bayaran cuma akhirat nnt baru kena charge.

Beritahu mokcik laser berdosa buang ank dlm kandungan hanya sbb krn kecacatannya & rasa risau yg tiada ujung pangkal takut nk membesarkan anak itu,takut ada masalah seolah2 kita hidup tak ada tuhan.Janji Allah itu benar,dikurang yg ini,dilebih yg lain,kita hamba yg naif kdg2tak sedar.Kalau kat oversea yes sbb diorg tak ada agama.

Layankan shj krn jenis mokcik laser ni bkn satu versi jer malah dtg dlm byk versi.Jelas betapa ceteknya dia.Seorg saudara tdk akn lukakan hati saudaranya andai dia ada ilmu dan faham.

incik said...

slm..
bagi saya..ian dah ada sangat banyak development
ni baru based on apa yang saya baca di sini..
kalau tengok dengan mata sendiri..
lagi hebat rasanya feeling tu..
alhamdulillah kak..
ian miracle yang sangat menakjubkan..
kalau makcik tu pernah hidup seharian di hospital dan tengok sendiri dengan mata kepala sendiri or rasa sendiri keadaan2 di hospital..baru dia akan sedar yang ian ni jauh lebih hebat daripada apa yang dia rasa sendiri tu..
apapun..doa saya..moga Allah sentaisa lindungi ian..murahkan rezeki ian..dan segalanya yang terbaik untuk ian...
p/s:ignore je makcik tu kak..

transformed housewife said...

meme payoh nok baso dgn mokcik hok tok reti baso lagu tu. Jiey ni sabar sgt. Kalu Knur, knur raso Knur jawb kasar doh. Tok tahula, kdg2 ore lagu ni keno bui jugok biar keno atah idung dio.

Anonymous said...

kak jiey,
xhidup dek puji,xmati dek keji..
biarkan..biarkan..mana bisa menutup mulut manusia,kan??
semoga cepat sembuh dan tenang2 selalu,Rayyan Ariff..
-aqilahuzihan-

aliaa said...

Salam,

Kak Jiey, I'm studying in hospital already and whenever the doctor mention about CP I'd remember Ian instantly. How strong you are, how smart he is. Allah knows best. Ian is indeed a miracle.

No worries, he isn't abnormal. He's special. He will develop himself insya Allah.

~Never give up~

mama HZ said...

Assalamualaikum jiey,geram pulak bila baca pasal mokcik laser tuh..biler kena btg hidung sendiri dia,agaknye baru dia rasa kot..budak macam ian itu sebenarnya boleh bersaing dgn budak-budak lain..(saya sebenarnya terlibat secara langsung dgn mereka yang sgt isntimewa ini)

teacher bonda said...

jiey...makcik internet tu x abes2 lg ker?
adoyai..bia la jiey..biakan si luncai terjun dgn labu2nya..:)
janji kita hepi kn..

Anonymous said...

Jiey, tabahkan hati. Mulut org ni memang x bole kita tutup. Yg penting Ian terus kuat... InsyaAllah, DIA akan limpahkan kebahagiaan buat Jiey dan keluarga... amin

Mamanurin said...

uhhhh tak tahan lah mcm tu jjiey, kuatnya jiey..kalau mamanurin kena macam tu kat makcik laser, memang tang tu jugak airmata dah mengalir..pernah jadi macma tu juga jiey, tang situ juga mamanurin nangis, terus mr.hubby ajak balik, mana tahan tengok wife kena macam tu kan

aliaa said...

Pardon me Kak Jiey...budak baru belajar..huhu

Tetibe tersalah diagnose org plak. Haiseh malu la...

((sorok muka bawah karpet sekejap))

Anonymous said...

pasni bwa cili siap2.agk2 mokcik tu melaserkan mulut die, kasi cili je..
bodoh pnue mokcik! ckp cm xde tuhan!!!! xpikir perasaan org! bongok!!!!!

the triplets said...

betul2 mulut laser makcik ni, geram sungguh mendengarnya, tak per jiey, sabar...anak adalah satu anugerah pada kita... tengok rayyan yang handsome dan lasak tu betul2 buat kita terhibur kan... so cute rayyan..

Unknown said...

makcik tu nak kena cili api baru tau pedas ke tak...

yatthienuer said...

those makcik buat sy senyum saja.
katanya x jd kudis buat ibu yang kuat.

. said...

jiji, i told yeh bout this so called mokcik laser.. yeh tanya mokcik ni side mana? side kita ke side alimin? ita jawab x tau, jiji tader mention.. pehtu nak tau apa yeh ckp "rasanya belah my side kot, my side byk woo makcik2 laser"

ita trus diam je.. takut nak masuk campur.. anyway just keep the mokcik laser's identity as anon.. issue kekeluargaan ni sensitive

Afifah Azmi said...

akak, first time jenguk blog akak. Whatever it is sila teruskan menjadi seorang ibu yang kuat kepada seorang Rayyan. Be strong! :')

YatieJay said...

Some people are born with a foul mouth....nothing can change that! Dan saya tak rasa jiey rugi sebab tak 'buang' rayyan sebelum ni. His willpower is amazing! Tengok gambar2 dia kat sini, terasa sejuk sgt ati ni.