Tuesday, December 28, 2010

Hanya di rumah bercuti sakit..

Prosedur yang dirancang ke atas Rayyan Ariff ditangguhkan seketika sehinggalah dia sembuh sepenuhnya. Saya pula mendapat cuti percuma selama dua hari.. Sudah dua malam tidak dapat tidur kerana batuk yang teruk. Sakit dada dan perut apabila batuk semakin teruk.
.
Kata pembantu klinik tadi, sekarang ini memang musim orang sakit. Semalam sahaja, lebih 60 orang yang mengunjungi kliniknya. Hmm.. Lebatlah akaun klinik eh.. =)
.
Dan tadi, dengan muka nakal dan comelnya, Rayyan Ariff melangkah masuk ke bilik doktor sambil sebelah tangannya dipimpin saya *yes, from 2 hands, we now only need to hold only one of his hands because his balancing is getting better*.. Dr. Shereen beberapa kali menyatakan kekagumannya melihat Rayyan Ariff kini. Anak sama yang dia saksikan penuh dengan limitasi suatu ketika dahulu sudah berkembang menjadi anak comel dengan personalitinya yang tersendiri.. Alhamdulillah..
.
Hmmm.. Kalau tidak kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, mahu sahaja keluar ke JJ Maluri.. Teringin benar dengan sizzling mee! *Owh*
.
Google image: Oohh sedapnya!

4 comments:

A.I said...

ayoyo..tekak org sakit mmg mcm tu. aku pon br teringat nk mkn mee tu mlm ni. ayoh kita! ;)

transformed housewife said...

take a good care of yourself & Ian.

Mamanurin said...

alhamdulillah..amazing rayyan!!! syurkur sangat2dgn perkembangan handsome boy ni, moga nanti tak payah ibu pegang tangan dia lagi ..

linda said...

alhamdulillah...bangga tgk pencapaian ian...mg ian terus sihat & teruskan usaha syg...chaiyok...chaiyok...:)

***mg jiey & ian cepat sembuh ye....