Untuk kali pertamanya hari ini, kami menjejakkan kaki ke FMGC di Petaling Jaya untuk bertemu dengan Dr. Raman. Doktor yang sama yang menyambut Rayyan Ariff hampir 3 tahun yang lalu.
.
Segalanya serba baru di sana, lokasi baru, ruang baru, dekorasi baru, seorang doktor baru dan beberapa pekerja baru yang masih muda.
.
Namun masih ada yang lama di situ. 3 pekerja wanita yang pernah bergurau dengan kami, dan semestinya, pakar-pakar yang ada di situ masih sama, Dr. Raman, Dr. Yap dan Sr. Patrick.
.
Bukan itu sahaja perkara yang 'lama' di situ. Ada sesuatu yang masih juga seperti yang lama, iaitu perasaan saya.. Walaupun ruang klinik itu cantik terhias dan eksklusif, walaupun peralatannya canggih dan moden, perasaan saya masih seperti lama waktu dahulu. Saya tidak suka berada di situ!
.
Ruang yang mengundang seribu rasa.. |
Mohon sahaja, kandungan kedua ini baik-baik sahaja. Agar kami tidak perlu menempuh kesesakan lalulintas pagi dari Ampang ke PJ hanya untuk pemeriksaan rutin. Mohon sahaja, kandungan kedua ini sihat-sihat sahaja, agar saya bebas memilih doktor yang biasa-biasa sahaja. Mohon, mohon, mohon Ya Allah.
.
Kami di sapa dengan mesra di sana. Salah seorang pembantu di situ bersungguh benar bertanya tentang keadaan Rayyan Ariff kerna dia tidak pernah lagi bertemu dengan Rayyan Ariff. "How's the little one? I thought you're going to bring him along.."
.
"Owh, he's in school. Maybe next time when we have appoinment on Saturday, we'll bring him.." Sungguh saya tidak menyangka mereka masih mengenali kami setelah hampir 3 tahun kami tidak menjejakkan kaki ke klinik itu.. "Who can forget you after all those things that happened before.." Itu katanya. Nampak benar apa yang berlaku pada kami adalah 'rare' sehingga kami diingati dengan hanya sebuah kehamilan.. Hahhaha..
.
Sesi kami berjalan baik-baik sahaja. Saya dibekalkan dengan multivitamin dan folic acid. Luka bersalinkan Rayyan Ariff juga mendapat pujian doktor kerana ianya 'cantik'.. Hehehe.. Dr. Raman tidak tahu bagaimana bersungguhnya saya mengambil sup ikan haruan, gamat dan pati ikan haruan kerana mahu cepat sembuh. Semuanya untuk seorang anak yang sedang berjuang di NICU! =)
.
Kali ini, kami bukan sahaja dapat mendengar degupan jantung Baby RA, kamu juga dapat melihat degupan kecil itu. Sangat indah! Sumpah, satu melodi dan pemandangan terindah sama seperti abang Rayyan Ariff dahulu. Pada 12 minggu, kami akan membuat pemeriksaan imbasan anomali untuk mengesan kelainan. Pada minggu ke 16-20, kami dijadualkan untuk membuat down syndrome screening.
.
Pada saat itu, hati saya sedikit memberontak tidak mahu. Apa yang kami dapat daripada ujian itu? Kalau segalanya baik, kami akan kelegaan.. Kalau sebaliknya, kami akan diberi pilihan.. Lantas, pilihan yang mana yang akan kami buat? Pilihan yang sama sewaktu kehamilan yang lalu? Atau sebaliknya? Kalau masih sama, so what?
So what with the test result? It's not going to change anything..
So what if things dont turn up the way we want them to be? Life must go on kan?? =)
So what with the test result? It's not going to change anything..
So what if things dont turn up the way we want them to be? Life must go on kan?? =)
.
Sungguh saya tidak mahu memikirkan sebarang kemungkinan. Saya mahu melalui segalanya dengan senyuman.. InsyaAllah, Dia ada untuk kami.. =)