Tuesday, August 11, 2009

Bernafas berdua..

Semalam, saya menerima satu kiriman SMS dari seorang sahabat baik yang pernah menangis bersama-sama. Kami menginjak dari alam remaja dalam meniti kedewasaan bersama-sama. Walau dia tiada di sisi pada hampir setiap peristiwa penting di dalam hidup saya, tapi kasih padanya tidak pernah berkurangan. Ingatan padanya tidak pernah padam. Begitu juga saya yang ketinggalan banyak episod penting dalam hidupnya. Rutin kehidupan yang menjauhkan kami dan kami juga akur pada jarak yang memisahkan.
.
Kiriman SMSnya pendek. Namun cukup menggambarkan pilu dihatinya.
.
"Jiey, kawan baru Rayyan sudah pergi setelah 3 bulan di dalam kandungan."
.
Hati saya juga dipagut pilu. Terasa betapa besarnya sebuah 'kehilangan'. Mungkin naluri semulajadi seorang ibu. Kiriman SMS yang seterusnya semakin mengundang gerimis di hati.
.
"Sepi. Sunyi apabila bernafas keseorangan. Sudah 3 bulan bernafas berdua.." Dan seterusnya, beberapa luahan hati yang cukup menusuk hati.
.
Hanya ungkapan sabar dan tabah yang mampu saya berikan. Walau saya tahu, berkata-kata lebih mudah daripada berada di tempatnya sendiri. Tetapi sesungguhnya, saya mengerti perasaannya. Bagaimana perit rasanya membawa benih cinta yang akan pergi. Saya pernah merasa 'kehilangan' walau Rayyan masih bersama saya.
.
Waktu itu, yang sering saya ucapkan pada Rayyan hanya satu ayat yang sama, "Mama mahu Rayyan kuat. Mama tahu Rayyan sakit, tapi mama mahu Rayyan terus berjuang sepenuh hati. Jangan mengalah sebelum tiba waktunya. Andai satu masa mama terpaksa melepaskan, mama akan redha.. Tapi hati, jiwa dan perasaan mama akan pecah. Namun mama akur bahawa Rayyan belum bersedia untuk menjadi khalifah di muka bumi Allah SWT."
.
Memetik kata-kata seorang ustazah yang pernah saya hubungi, "Setiap manusia yang dilahirkan merupakan khalifah di muka bumi Allah. Walau dalam apa sekali pun bentuk dia dilahirkan, setiap seorang itu mempunyai peranannya tersendiri. Hatta orang yang tidak sempurna di mata kita sekalipun, mereka masih membawa 'perubahan' ke dalam orang yang berada di sekelilingnya. Andai bayi yang dikandung kamu pergi dahulu, anggaplah dia belum bersedia untuk memikul tanggungjawab menjadi khalifah di muka bumi Allah SWT. Andai dia hadir dalam keadaan tidak sesempurna kita, pasti ada kisah yang akan dibawanya yang memberi satu perspektif baru kepada kita. Itulah lebihnya dia."
.
Apa lagi yang boleh saya katakan melainkan menyetujui kata-katanya. Rayyan merupakan jalan ibadah kami. Dan saya juga pasti, rakan baru Rayyan yang pergi pada usia tiga bulan di dalam kandungan itu juga merupakan satu bonus untuk kedua ibu-bapanya di akhirat nanti.
.
Semoga segala yang indah akan menjadi milikmu duhai sahabat.. Aminnn...
.
"kelip-kelip disangka api,
kalau api mana puntungnya,
hilang ghaib disangka mati,
kalau mati mana kuburnya"
.
P/s - InsyaAllah, mlm nanti, saya akan update Kerna Kasih Collection. Jemput2 singgah yea..

15 comments:

Marsha~ said...

sedih baca ni.. sudah takde rezeki.. mudah-mudahan lepas ni rezeki datang lagi..

Cikpid said...

kehilangan yg macam ini..
rasenye lebih perit sbb rindu x bertepi..
takziah utk kwn Jiey...

Jiey^Mien said...

Marsha : Itu la.. Hopefully pasnih ada rezeki dapat kembar ke pulak kan?? Aminnnnn

***************************************

Cikpid : Thanks Cikpid..
Susah jgk nak ckp. Dulu, jiey ada jgk terfikir, baik pegi terus so that kita takde bermain dgn perasaan sepanjang masa..

kurang2nya, org tahu yg baby kita takde and kita pun berhenti mengharap walaupun doa dan kasih tak akan putus..

bayangkan, bila kita tahu bayi kita takkan hidup, tapi kita still kena kandungkan dia, still merasa tendangan and gerakan kecil dia..

pegi mana2, org akan tanya, girl ke boy? pasni dah decide ke sape nak jaga? nak letak kat nurseri ke letak umah baby sitter? dah plan nk fully bf ke campur? nak bersalin kat mn? pantang nnt kat mn? dah shopping brg baby ke?

dan kita mmg takde jawapan utk semua soalan tu coz kononnya baby kita takkan survive.

satu rasa yang tak terluah. satu kata yang tak terucap. Tapi mmg rasa bersalah bila smpi terpikir, nape Ian tak gi je dulu kalau Ian mmg betul akan pegi.

Smpi skrg rs bersalah. Nape la bleh terpikir smpi ke situ.. Emosi org pregnant kot.. Masa tu siap kira lagi, lepas deliver, bila bleh pregnant blk coz tahu akan deliver secara c-sect:P

ida said...

salam jiey..takziah buat kawan jiey.i can understand how bad she feels coz i went tru the same situation.although mine was just 5 weeks when it happened,it did hurts me so bad..even until this moment..hers is already 3 mths..but Allah knows the best..sabar & redha..insyaAllah.

Manjaku said...

Jiey...
Memang sedih bila kehilangan...Tp, itu semua ujian kan... Takziah untuk kawan jiey.
Orang2 cam jiey nie...orang yg terpilih. DIA maha tahu segalanya!

puterikurekure said...

sedih nya baca citer kawan jiey ni. harap kawan jiey tu tabah hadapi dugaan yang diberi Tuhan ni.

:(

ai said...

BERNAFAS BERDUA...

Tu ler kelebihan org pompuan mcm kita ni kan? Jiey, kau kene tau..bukan rayyan je yg kene kuat. Kau pon kene kuat gak k.. :)

yaya said...

Insyallah akan ade rezeki lain, mungkin ade hikmah di sebalik kejadian...

kamalnzura said...

satu masa dulu, penah rasa 'kehilangan' ni setelah hampir 2 thn menunggu. Tapi ada hikmah yg kita taktau..:D

takziah utk kwn Jiey..

kamalnzura said...

Damainya tgk Rayyan tido..

syaz mina said...

Setiap kehilangan ada hikmahnya..insyaAllah..

ibu_arifa said...

saya mmg sedih bila baca bab2 'kehilangan' nih..

semoga kawan Jie tu tabah yer..

SWEET nyer tgk Ian tidur..cute sgt tgk tangan kecik tu!!

Diyana Zulkifli said...

hope member jie tu tabah menghadapi..Allah uji kita mengikut kemampuan kita..

evyn4ever said...

takziah untuk kawan awak..hope kawan awak hadapinye dengan tabah..walaupun sukar untuk menerima tetapi kita kene redha dengan ketentuannya kerana saya juga telah mengalaminya...

ummuabdullahsyaakir said...

Insya Allah..Allah akn ganti yg lbh baik bila DIA AMBIL yg baik dari kita.

Comelnya tgk ian tidur...