Tuesday, May 31, 2011

Allah SWT perancang terhebat..

Dahulu, pernah saya katakan bahawa saya hanya mahu memberikan Rayyan Ariff seorang adik apabila dia sudah mula berjalan sendiri. Namun waktu berlalu dan Rayyan Ariff masih belum mampu untuk melangkah tanpa sokongan..
.
Seiring masa yang berlari, ramai yang mula bertanya tentang perancangan menambah ahli keluarga memandangkan usia Rayyan Ariff yang semakin bertambah. Dari segi perubatan pula, persoalan yang sama tetap disogok kepada kami kerana bukti-bukti sedia ada menunjukkan bahawa anak OKU yang mempunyai adik beradik berkembang dan membangun dengan lebih cepat berbanding anak tunggal kerana adik beradik dilihat sebagai pesaing oleh anak-anak OKU ini.
.
"You should go and seek treatment with LPPKN if you are having problem to conceive.." Ujar pengetua sekolah Rayyan Ariff di hari pertama saya mendaftarkan dia ke sekolah. Saya cuma membalas dengan senyuman kerana bunyinya agak mendesak pada pendengaran saya..
.
Di dalam keadaan tidak merancang dan baru terdetik untuk mencuba, kami mendapat perkhabaran tentang kehadiran Baby RA.. Setinggi kesyukuran kami panjatkan kepadaNya walau di hati terselit sejuta kegusaran..
.
Dan berita kehamilan kedua ini disambut dengan reaksi yang berbeza juga oleh mereka-mereka yang mengetahui. Ada yang berkata ianya satu keputusan yang baik namun tidak kurang pula yang menyatakan kekesalan dengan alasan, Rayyan Ariff masih belum mampu berdikari dan pastinya tumpuan kini tidak lagi 100% kepadanya.
.
Pada saya, ianya semudah kepercayaan kita kepada Allah SWT, kerana Dia perancang terhebat.. Kehamilan ini bukan keputusan saya dan Mr.Hubby, ianya adalah keputusan Dia..
.
Sekali lagi Allah SWT menunjukkan kekuasaanNya dan mengurangkan kegusaran di hati ini apabila Dia menunjukkan 'sesuatu' kepada kami.
.
Semasa sesi speech therapy yang lalu, Rayyan Ariff diajar untuk menanggalkan baju pada baby doll dan memandikan anak patung itu. Setelah selesai, Rayyan Ariff membantu Ms Tey untuk mengenakan kembali baju, seluar dan topi pada anak patung itu kembali. Motor skills masih banyak yang perlu diperbaiki kerana tangan Rayyan Ariff masih agak 'kasar' dalam melakukan aktiviti-aktiviti sebegini.
.
Tahukah kawan-kawan bahagian mana yang paling mengharukan? Apabila Rayyan Ariff memangku anak patung kecil tersebut, memeluk, dan memberinya susu botol setelah selesai memakaikan pakaian padanya. Sumpah! Sangat mengharukan..
.
Melihat Rayyan Ariff memberikan susu kepada anak patung kecil itu, bagaikan melihat rahmatNya yang melimpah ruah buat kami semua. Di dalam hati ini bergema ungkapan Alhamdulillah dan Allahuakbar bersilih ganti.. Penuh dengan rasa keterharuan.
.
Terima kasih tuhan, untuk anak seistimewa Rayyan Ariff.
Terima kasih tuhan, untuk "Abang Rayyan".
Sesungguhnya, Engkaulah perancang terhebat..
Semoga Rayyan Ariff akan menjadi abang yang baik untuk adik-adiknya.. Aminnn..
Kasih kami kepadamu tidak pernah berkurang, malah semakin bercambah.. Kamulah anugerah terhebat. =)
.
Cubaan kedua semalam yang kurang berjaya, kerjasama daripada Abang Rayyan agak kurang disebabkan terganggu oleh banyak alat permainan.. =P
Kini, Rayyan Ariff cukup teruja apabila melihat gambar-gambar bayi.. Mulutnya tidak henti-henti membunyikan perkataan 'bayi' dengan caranya yang tersendiri setiap kali melihat gambar-gambar tersebut..
=)

19 comments:

Bicara hati ibu aisya said...

;) jiey, ayu turut terharu membacanya.

Insyaallah, abg rayyan pasti akan menjadi abg yang baik buat adik-adiknya nanti.

Sweet jer tgk ian bg susu kat baby doll tuh.kiss tuk ian.

attyfir said...

betui tu ..kita hanya mampu merancang tp allah swt merupakan perancang terhebat..

mama syg said...

"Di dalam hati ini bergema ungkapan Alhamdulillah dan Allahuakbar bersilih ganti.. Penuh dengan rasa keterharuan." sumpah, saya pun terharu sama..

Fysa Ismail said...

waaa ian suke ye dpt adik....be a loving bro k???

mama akid said...

alhamdulillah...

Anonymous said...

Allahuakbar...besar sungguh rahmatMU pada anak kecil ini. Mama Rayyan...terharu bila saya baca dan tengak gambar pada entry nie. Abang Rayyan dah besar..Mama Fyeza doakan semoga Abang Rayyan akan sentiasa dalam Lindungan Allah SWT.

Idayu said...

subhanallah...
semoga menjadi abg yang baik, nnti adik pon bole tlg jg abg kan..

transformed housewife said...

kita tak akan dpt menjangka perancangan dari Allah. Insyallah Rayyan bulih kd abe long hok baik.

oren said...

he will be the greatest brother..

insan kerdil said...

pabila berbicara tentang mu...duhai permata hati...tiada yang selain rasa bahagia...

meski di sini adalah 'persinggahan'....namun dalam 'merasai' tiap nikmat hidup....adalah suatu petanda perhatian khusus daripada-Nya....Pemilik...Penentu...yang Maha Menyayangi..

pada tiap lafaz kata yang terzahir....bersama ingatan terhadap-Nya...yang Maha Esa...adalah suatu petanda kesyukuran pada-Nya..yang Maha Mengetahui...Maha Mengasihani...

Dia yang tidak akan sesekali memungkiri janji...Dia juga tidak akan sesekali menzalimi....

kerana dalam kembara ke alam abadi...yang diimpikan adalah redha daripada Ilahi...

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam..

FeiZura said...

comeiiiii abg rayyan...msti jd abg yg baik nieh :)

ibu haziq said...

follow kak jiey

Anonymous said...

Assalam...sy suka baca apa yg diposkan oleh jiey berkaitan Ian. Kisah ian ini byk membuktikan yang Allah itu lebih berkuasa daripada segalanya. Cukup menginsafkan.
Saya berpegang pada kata2 yg pernah kawan sy berikan pada saya iaitu "kita lebih mengetahui diri kita sendiri berbanding orang lain, tapi Allah mengetahui diri kita lebih daripada apa yang kita rasa/tahu." So, Allah adalah sebaik2 perancang. Setiap yang diaturkan ada hikmahnya. Terimalah dengan hati yang redha..

yatthienuer said...

jiey
i,m givin mine 2
kalu kepala si abg(1) terjatuh dari bantal
si kakak(2) tlg angkat kepala abg
si adik(3) tolong tolak bantal ke bawah kepala abang
Tau apa rasanya melihat itu?(pasti kamu tau)

Speechless....tp buat sy senyum

linda said...

allahuakbar...sesungguhnya Allah swt perancang terhebat...Dia maha mengetahui segalanya.....
terharu bace, pandai abg ian....smg jiey sekeluarga sntiasa dlm lindunganNya....

Mama Naveed said...

Dear Jiey

Betul memang DIA MAHA AGONG.. :)
Ian dah tak sabar nak dapat baby la tu.. Bila due Jiey?

AIN NAZRI said...

so sweet.. nanti abg RA jaga adik RA betol2 tau.. bantu ibu jaga adik ye..

Unknown said...

mungkin rayyan sudah bersedia untuk menerima adik =). itulah istimewa rayyan yang tiada pada kanak-kanak lain =).. Semoga Rayyan terus tabah dan mampu berdikari nanti.

ILa said...

slalu melewati blog ni..baru 1st time nak tinggalkan jejak..Rayyan baby yg sgt comel.serius ckp.he so adoreable..rayyan sebaya anak sulung sy iman.born on 31may07.

sy juga pernah ada baby istimewa..iman zhariff yg Allah pinjamkan selama 1thn4bln n 17 hari utk sy.mama jiey bertuah sbb dpt jaga Rayyan smpai skrg..n skrg sy pun tgh peknen 27 weeks..smoga bayi ini boleh jd pengubat rindu sy buat arwah..

salam perkenalan