Sunday, May 15, 2011

Bila kehidupan itu terlalu keras menekan..

Tuan kecik tidur dalam keadaan perut yang kekosongan malam ini.. Puncanya kerana serangan sawan secara tiba-tiba yang berlaku lebih kurang jam 645pm tadi. Melewati jam 9.00pm, barulah dia betul-betul terlena setelah memuntahkan segala isi perutnya..
.
Melihat wajahnya menahan kesakitan, hati kecil ini turut sakit bersama. Sewaktu saya juga hampir melelapkan mata tadi, saya terpandang lampu tidur yang mengeluarkan cahaya kelam kekuningan namun cukup untuk menerangi kamar kami serba sedikit.. Lantas saya tersenyum.
.
Kebiasaannya, seandainya saya mahu menidurkan Rayyan Ariff, saya akan menutup kesemua lampu. Suasana yang gelap mampu membuatkan Rayyan Ariff tertidur dengan lebih mudah. Namun seiring dengan pertambahan umur, akalnya juga semakin bertambah. Tanda protes tidak mahu tidur yang utama ialah dia akan merangkak dan memanjat di dalam kegelapan semata-mata untuk membuka lampu tidur. Setelah kamar tidur kami kembali terang, dia akan ketawa mengekek..
.
Itulah Rayyan Ariff. Keupayaannya tidak terhad walaupun dunia meletakkan dia di dalam kategori orang kurang upaya. 
.
Samalah seperti semalam apabila Uncle OD nya menghadiahkan Flashpad sebagai hadiah hari lahir Rayyan Ariff. Jelas tertera di kotak permainan itu bahawa ianya untuk kegunaan 6 tahun ke atas. Lantas saya bersuara, "Uncle, Uncle, Ian ni delay.. Bukan advance.. Bagi hadiah utk budak 6 tahun, bila la Ian bleh terror nak main ni.."
.
Namun sekali lagi saya tersilap. Dia sudah mula memahirkan diri dengan level pertama permainan terbabit. Sekali lagi, anak saya penuh dengan kejutan.. =)
.
Kerana setiap perkara yang ditunjukkan oleh jiwa kecil itu penuh dengan keajaiban tersendiri, maka hati ini seringnya terpujuk.. Walau sesakit mana perasaan seorang ibu, walau sekeras mana kehidupan menekan kami, saya masih bisa tersenyum.. Kerna terlalu banyak rahmat dan nikmat yang Dia kurniakan buat Rayyan Ariff berbanding kesakitan yang sesekali menjenguk.. Syukur Alhamdulillah..=)
.
'Karya agung' tuan kecik sebelum dia terbaring kesakitan beberapa jam yang lalu.. =)

5 comments:

Mamanurin said...

Ian anak yang hebat IBU! berbangga mama dgn dia.Get well dear

me suya said...

cepat sihat yer IAn

transformed housewife said...

lama jugok doh Ian tok keno sawan dop? Have a nice rest Ian & Jiey.

Unknown said...

do not underestimate our child.he can do better than what we think =)

chemso said...

Lama tak kunjung ke sini....tahniah diucapkan. Suka tengok perkembangan ian. Anak adalah penawar hati kita kan??????....tiba2 teringatkan my dotter...