Sunday, May 29, 2011

Masih dianugerahkan ruang untuk tersenyum menempuh hari!..

Di dalam kelukaan yang memeritkan, Dia masih memberikan ruang untuk hati tersenyum..
Di dalam kedukaan yang memedihkan, Dia tidak pernah lupa memberi ingatan agar terus bersyukur..
Terima kasih tuhan..
Kehidupan agak menyesakkan pada saat dan ketika ini, segalanya menuntut kesabaran yang bukan sedikit. Semoga dipermudahkan segala urusan.. Segala-galanya.. Aminnnn..
.
Buat Auntie Maria yang sudi memberi teguran di shoutbox agar tidak terlalu teruja dengan sebuah kehamilan yang pastinya penuh dengan sebuah ketidakpastian, terima kasih saya ucapkan kerna sudi mengingatkan. Sungguh, sedikit pun hati kecil ini tidak terasa.. Malah berterima kasih di atas keprihatinan Auntie Maria dalam menasihati.. =)
.
Namun setiap insan punya alasan dan kisah yang tersendiri, begitu juga kami.. Ini adalah catatan yang pernah saya coretkan di blog lama saya, sewaktu mengandungkan Rayyan Ariff suatu waktu dahulu,
Kami sememangnya agak konservatif.. Kata orang tua-tua, jangan terlampau excited.. Berpegang pada kata-kata ini, kami tidak memaklumkan pada dunia tentang kehadiran permata hati ini.. Kami tidak mahu dunia tahu sebelum tiba masanya.. Hanya teman-teman yang rapat dan mereka-mereka yang melihat sahaja yang tahu.. Sehingga menyebabkan ada yang marah dan mengatakan kami tidak mahu berkongsi kegembiraan..

Bukan ini niat kami, sekadar merasakan ia terlalu awal.. Tunggulah sehingga detik kelahiran, bukankah ianya lebih manis..
.
Tapi kini saya lari dari prinsip saya sendiri.. Demi menghargai tiap2 detik yang ada bersamanya, saya memutuskan untuk memperkenalkan dia terlebih dahulu.. Bukan niat untuk membesar-besarkan cerita, tapi kerana saya punya alasan tersendiri..

Rayyan Ariff.. Nama ini miliknya.. 
 Rayyan Ariff @ 23 weeks of pregnancy..
.
Auntie Maria, saya juga konservatif orangnya.. Tidak mahu berlebih untuk meraikan sebuah kehamilan kerana ianya penuh dengan ketidakpastian. Namun di saat saya dikhabarkan bahawa Rayyan Ariff berkemungkinan besar akan meninggal sebaik dilahirkan, pendirian yang saya pegang bertahun lamanya itu saya buang jauh! 
.
Di saat saya dikhabarkan bahawa sekiranya dipanjangkan usia, Rayyan Ariff will be severely handicapped yang mana dia mungkin tidak dapat melihat, mendengar, bergerak dan mungkin tidak akan mengenali ibubapanya, saya singkirkan pendirian yang saya pertahankan sekian lamanya.. 
.
Lantas seperti catatan di atas, saya perkenalkan Rayyan Ariff di blog lama saya terlebih awal daripada tempoh kelahirannya.. Pada usianya 23 minggu.. Kerana saya mahu menikmati sedikit ruang yang ada bersama permata hati tercinta.. Kerana saya juga mahu menerima ucapan 'tahniah' untuk sebuah kehamilan dan kelahiran yang dinanti!
.
Auntie Maria, apabila Auntie maklumkan bahawa anak menantu Auntie fobia bertahun setelah kematian bayi yang dikandungnya, percayalah, saya juga fobia dan trauma di atas segala yang berlaku. Pernah suatu ketika, saya menyalahkan takdir kerana menghukum saya dengan hukuman yang terlalu dahsyat. Namun saya bersyukur kerana diberi ruang untuk mencari redha di dalam diri..
.
Trauma dan fobia yang bersarang di dalam hati dan minda ini terlalu besar untuk dikongsi. Namun seperti yang saya nyatakan di dalam entri "Yang kami ada hanya doa" dan "False positive? No, it's not", saya tidak berniat mahu meraih simpati, namun saya tahu, ramai di antara kawan-kawan saya di sini yang ikhlas mendoakan kami.. Makanya, saya memilih untuk bercerita..
.
Pada malam sebelum anomaly scan dilakukan, semalaman saya tidak bisa tidur. Kamar yang sunyi hanya bertemankan alunan ayat suci Al-Quran dan waktu saya terisi dengan solat hajat.. Di dalam sujud padaNya, saya bermohon agar Baby RA baik-baik sahaja.. Saya berdoa, agar sejarah Rayyan Ariff tidak berulang pada baby RA. Saya memohon, memohon dan terus memohon. 
.
Saya takut. Saya cemas. Saya fobia. Saya trauma. 
.
'Sakit' yang saya tanggung sewaktu melalui detik perit itu bersama Rayyan Ariff tidak mampu saya ungkapkan dengan kata-kata walau berapa teratur sekalipun susunannya.. Tidak mampu!
.
"Your baby's brain tissues are so thin. It looks like that he almost has no brain.. It's very hard to tell how much it could effect him.."
"We think your baby cant see because his optic disc is pale and doesnt look normal.."
"We dont think your baby can hear. He failed the hearing test.."
"Your baby has low muscle tone, he needs to undergo physiotherapy.."
.
Sumpah saya takut untuk melalui semua ini sekali lagi!! Namun saya sedar, saya tidak seharusnya hidup dengan dibayangi kisah lalu..
.
Apabila saya berkongsi tentang setiap satunya tentang baby RA, ianya bukanlah satu keterujaan melampau.. Saya cuma mahu terus berfikiran positif. Mahu terus percaya pada susunan takdirNya yang terbaik.. 
.
Bohong kalau saya katakan tidak sekelumit pun terdetik di fikiran saya tentang kemungkinan yang buruk tentang baby RA. Saya terbayang, bagaimana untuk menulis tentang itu.. Bagaimana untuk bercerita tentang itu.. Saya terbayangkan kemungkinan buruk yang bisa terjadi pada saat kehamilan. Saya terbayangkan kemungkinan buruk yang bisa terjadi di saat kelahiran. 
.
Namun saya singkirkan segalanya jauh-jauh dan benamkan di sudut hati yang paling dalam. Untuk saat ini, saya hanya mahu menikmati sebuah keindahan anugerahNya.. Saya tidak mahu punya kekesalan di kemudian hari..
.
Maaf andai coretan saya mengundang rasa kurang senang di hati sesiapa yang membaca.. Kerna saya hanya mahu menikmati detik ini, saat ini.. Sesuatu yang tidak dapat saya kecapi sewaktu kehamilan yang lalu.. Saya cuma mahu merasa kenormalan dan bukanlah menzahirkan sebuah keterujaan melampau..
.
Semoga segalanya dipermudahkanNya..
Ya Allah ,
peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku  dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan , tidak ada penawar melainkan penawar-Mu , penawar yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah ,
Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.
Ya Allah , 
zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .
Ya Allah, 
anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna , berakal dan bijaksana  , alim dan beramal .
Ya Allah,
panjangkanlah umurnya dalam ketaatan , sihatkanlah tubuh badannya ,dan indahkanlah akhlaknya,  fasihkanlah lidahnya , perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam .
Aminnnnn..
.
Sumber kekuatan saya untuk terus berfikiran positif.. =)

15 comments:

Yunne Osman said...

Allah anugerahkan anak syurga macam rayyan ariff untuk jiey sebab Allah nak bagi syurga pada jiey, inshaAllah. mashaAllah, kagumnya saya dengan rayyan ariff dan jiey. Allah is always with you and your family. i'm praying for your second pregnancy to go well and may you and the baby be safe and healthy. ameen

Anonymous said...

Sabar Jiey, kita hanya manusia biasa yg tak mampu memuaskan semua pihak..enjoy ur pregnancy :)-Kak eja

Idayu said...

aminnn..

Mamanurin said...

jiey, insyallah..sesungguhnyaAllah lebih mengetahu..kita hamba yang perlu memohon dan berdoa serta berikhtiar..take care muahhhhhh

yatie chomeyl said...

takpo jiey, doa ore setiap hari utk jiey dan kedua2 RA. insya Allah semuanya selamat

insan kerdil said...

perjalanan kehidupan...meski ada ketikanya 'terjadi'....tanpa sebarang 'rencana'...ada jua ketika nya...yang 'terencana' itu....bukan lah sepertimana yang 'direncana'......

kerana dalam kembara ke alam abadi...perjalanan kehidupan di sini...adalah tentang percaya dan yakin...pada-Nya yang Maha Esa...Maha Mengetahui...Maha Mengasihani....

Dia yang tidak akan sesekali memungkiri janji....dan Dia juga tidak akan sesekali menzalimi....

semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat...buat tiap hati yang teruji dan diuji....dalam menuju redha daripada Ilahi...

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam....

Mamapinkie said...

Jiey, akak faham sangat2x apa yang Jiey rasa sekarang, masa pregnant with Ashraf ari tu, takda sedetik akak tak risau sangat2x what happened dengan Ridhwan could occur again dengan Ashraf...cuma apa yang Jiey tulis dalam blog nie betul sangat2x, doa Jiey, semuanya ketentuan Allah, masa mengandungkan Ashraf pun akak banyak detik cemas tapi akak doa aje Jiey and akak tell myself, this journey is between me and my baby, may Allah protects us both throughout it and all goes well, and so akak doa same to both you and the baby yea, ameen...so have a good pregnancy and enjoy it! At the end of the day whatever happens there is a reason behind it and only to Allah we should turn to, wallahaualam...

Marsha said...

susah kan... excited susah, tak excited pun susah.... manusia luar tak pernah boleh menyokong pae yg kita lakukan sepanjang hidup.. ade je nak komplen.. apa kata mendoakan yg terbaik sahaja.. jgnle memberi komen negatif, yg menjatuhkan semangat.. kata2 itu doa... kan bagus auntie maria tu mendoakan yg terbaik utk baby RA.. dapat pahala lagi...

memang, ingat mengingati itu perkara yang baik... tapi Jiey bukannye over excited melampau... sy tak nampak pun.. Jiey cuma bercerita tentang anak2 Jiey, naluri seorg ibu.... kasih sayang... itu je...

saya sokong Jiey 100%!!

Bicara hati ibu aisya said...

Amin...semoga segalanya dipermudahkan.Semoga jiey terus kuat dan semakin tabah dalam merempuhi setiap onak ranjau kehidupan.
Kadangkala setiap kejadian dan peristiwa yang terjadi pada kita, itulah pengalaman dan ilmu yang cukup mematangkan.Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya ;)

Pnut said...

Insya-Allah akan selamat semuanya, akak doakan.....

linda said...

insyaAllah jiey...kami semua sentiasa doakan jiey, ian & baby RA...Allah mengetahui segalanya....doa senjata kita sbg hambaNya...teruskan berdoa & memohon...Allah pasti mndgar....aminn..aminnn....
**rayyan ariff sgt encem...mmmuahhhh...syg dia.....:)

AIN NAZRI said...

takpe kak.. insyaAllah.. akak dan Baby RA akan sihat.. ain pon teruja bila pregnant.. ain pon slalu citer pasal baby dalam perot nie.. mcm akak kata.. kita enjoy the moment kita pregnant.. seandainya Allah dah tetapkan sesuatu tuk menguji kita.. kita tak boleh lari kan.. ain kagum ngan akak.. ain selalu amek semangat akak tuk ain..

transformed housewife said...

takpo Jiey. Ore ni ado mace2 pesen. Jge berhenti pikir positif.

mama akid said...

insyaallah k.jie...semua akan selamat...

Unknown said...

Alhamdulillah.Rayyan pon dah makin membesar dan sihat =) harap2 baby yang bakal ni tak de masalah pape. sama2 kita doakan =)