Monday, May 2, 2011

The warrior spirit in him~

Bila atuk beli jersi Red Warrior untuk Rayyan Ariff, ayah dah menggelupur nak balik cari jersi Red Giant untuk anak dia.. Gitulah pertemuan dua negeri.. =P
.
Tapi bila kita kata, "Sape orang Kelantan angkat tangan!!" Dia biasa angkat separuh jer.. Tapi bila kita tanya, "Sape orang KL angkat tangan!!" Setinggi-tinggi alam dia angkat. Dua-dua belah pulak tu.. Hehehhe.. Mak IC 03, ayah IC 10, anak kuar 14.. Memang 1Malaysia la.. =P
.

Keletah anak kecil memang membahagiakan. Samalah dengan budak comel ni.. Seisi rumah ketawa dengan  gelagat dia.. Our little red warrior.. =)
.
Bila anak sihat, hati mak bapak ni happy sangat-sangat kan?
.
Tapi dengan anak macam Rayyan Ariff ni, banyak kemungkinan.. Pukul 9.00am tadi dia still OK main-main dan buat sepah.. The very next hour, dia dah terbaring kesakitan..
.
 Hati ibu mana yang tak pecah tengok anak kecil sendiri macam ni.. Tapi kalau ini takdirNya, siapa kami untuk bersuara.. Sakit, telanlah.. Perit, tahanlah.. Bunyi macam kejam, tapi kalau takde pilihan kita redah jugalah..
.
It's OK, ini pun kami dah syukur sangat-sangat sebab tuan kecik ni dah lama tak demam, dah lama tak selsema walaupun bertukar cuaca.. Sawan dan sakit kepala yang datang berkunjung hari ni, mungkin sebab tuhan nak ingatkan kami tentang nikmat sihat.. Supaya kami tidak terlupa.. Harap-harap kejap lagi berhenti la tu.. =)

5 comments:

Fysa Ismail said...

wahhh ian fanatik red warrior ye...aiz pulak fanatik red giant !!!!

mama akid said...

mama akid harap ian sihat selalu...

Pnut said...

Jiey-cemana Ian? dah ok? memang betul, dah lama tak baca kisah ian demam, sakit... tetiba lak dengar, risau pulak..

take care both of you..

insan kerdil said...

bagaimana untuk terus 'tabah'....jika yang tetap 'tersedia' adalah suatu 'percaturan'...yang biar bagaimana 'hebat' pun 'dikemudi'...biar bagaimana 'lengkap' pun yang 'disedia'...biar apa sekali pun yang sanggup 'dikorbankan'...tetap yang dituntut adalah untuk lebih 'tabah'...lebih 'bersedia'...

sehingga seperti tiada lagi daya untuk 'berfikir'...selain untuk terus mempertahankan...suatu kepercayaan dan keyakinan....yang Dia tidak akan sesekali memungkiri janji.....dan Dia tidak akan sesekali menzalimi....

semoga tiap hati yang teruji dan diuji....dipermudahkan urusan dunia akhirat....dan diberikan jua kekuatan....dalam meghadapi tiap ujian yang ditentukan oleh-Nya...kerana dalam kembara ke alam abadi...yang diimpikan adalah redha daripada Ilahi...yang Maha Esa...Maha Mengetahui...Maha Mengasihani....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...

Unknown said...

Aduh Jiey...tak tahan kak nanie tgk Ian yg terbaring sakit macam tuh...Moga Ian tak apa-apa dan cepat sembuh...Rindukan senyumannya...

Buat Jiey...jaga diri baik2...enjoy your pregnancy...Kak Nnaie tabik kat Jiey...Kak Nanie sndiri masih trauma...sebab tu takut nak kawin lain...haha...