Hehehe.. Tajuk cam poyo je eh.. :P
.
Dekat Lumut or Manjung, kalau nak cari hotel yang fancy memang payah la kan.. At first, kitorang nk book Orient Star sebab memang for official function, kitorang entitle untuk stay at least dekat 4 stars hotel. Kalau lagi banyak bintang lagu la syok dak.. Tapi even Orient Star pun baru 3 stars. Dia nyer accomodation kira OK la kan..
.
Tapi dah nama pun national function, so hotel tak banyak choice sebab banyak yang dah ditempah oleh fellow regulators and goverment agencies. Apa yang ada, kami terima je la.. Lagi pun, pegi kerja kan.. Tapi sebab bawak anak kecik, nak la cari accomodation yang OK sket..
.
Mula-mula tu, ingat nak angkut maid n my mom skali.. Just carik homestay yang ada 3 rooms punya, claim logging allowance and tambah la duit sendiri.. Tapi my mom tak dapat ikut.. So stakat nak heret bibik semata-mata nak jaga anak sorang, rasa cam tak worth it plak.. Bapak dia kan ada.. Apa guna kan? Iye la, 5 days stay in a homestay, will cost us around RM700++. Belum masuk makan, minyak n tol. Sedangkan cash advance dapat RM1K jer.. Macam sangat tak berbaloi..
.
So saya ambik je la accomodation ikut colleagues yang lain. Stay dekat satu deluxe studio apartment ni.. It's a condo unit actually..
.
View form our room memang nice la since menghadap laut.. :-)
.
Unit ni kira complete la.. Ada astro, aircond, fridge etc.. Sama je la dengan stay kat hotel..
.
Dapur tu, cukup la sekadar nak masak makanan Rayyan Ariff.. Hari yang mama tak sempat masak, tapau je porridge kat McD. Rasa guilty takyah cakap la sebab banyak seasoning.. Mama dan ayah hari-hari layan seafood kat Muara jer.. Ok la rasa & harga.. Tapi Tuan kecik kita ni taknak.. Siakap stim ke, bihun sup ke, semua dia tolak.. Padahal tak pedas pun..
.
Punya la baik pakcik kecik comel ni.. Lepak jer dengan magazine kereta n toys dia.. Harap2 Baby RA pun well behaved and senang nak jaga cam abang dia jugak..
.
Takde pulak gambar kat Kafe kondo ni.. Nampak kerusi jer..
.
Ni view dari bilik kami..
.
Takde masa pun nak menikmati view ni semua since busy kan.. Ni last day, sebelum balik ambik gambar.. Tak sempat la nak shoot matahari tenggelam timbul ke apa..
.
OK, ni bukan entri nak promote hotel ke apa. Tapi bak kata title entri, ini adalah kisah mistik.. :P
.
Taktau la kawan-kawan percaya ataupun tidak, tapi sesetengah orang kata, budak-budak kecik ni ada certain specialties untuk tengok 'benda-benda' yang kita tak nampak. Betul ke tidak kami tak tahulah.
.
Tapi for Rayyan Ariff, we always call him as our "ghost indicator".. Hahahha.. Jahat kan? Sebab biasanya, bila dia nampak 'something', dia akan tunjuk sign as if dia takut sangat.
.
Dulu, every time kitorang balik kampung kat KB and masuk my room, dia akan tengok at one corner near the bed dengan pandangan yang tajam. Pastu refuse to sleep on the bed. Kalau letak jugak, dia akan bergolek menggelupur datang kat kitorang as if dia takut sangat2. Siap dengan pakej menangis la kan..
.
So after that, my dad buat air yasin etc n 'basuh' bilik tu.. After that, dia dah OK.. Banyak jugak indicator lain yang bomoh kecik saya ni bagi..
.
The latest, kat Lumut ni la.. Masa kitorang sampai, dah almost 6.30pm.. Lepas check in, just lepak kat bilik. Since it was hari Khamis malam Jumaat, we took the opportunity to baca Yassin and what not la kan.. At the same time, 'pagar' la bilik tu.. Iye la, ada budak kecik kan.. And Rayyan Ariff was Ok je..
.
Malam tu jugak, after Isyak, kami keluar sekejap gi makan. Masa kat basement parking tu, our 'ghost indicator' ni still OK. Dalam kereta n nak kuar basement, Rayyan Ariff tiba-tiba tutup muka dia dengan tangan n panjat naik riba saya. Dia memang tunduk jer and tak angkat muka. Both of us dah expect yang he saw 'something'. So just baca ayat Kursi n 3 Qul je la.. Bila dah keluar ke jalan besar, barulah dia OK and started laughing again..
.
Masa balik pun sama. Bila sampai kat parking, Rayyan Ariff akan jadi 'kaku'.. Other places, he was OK la..
.
Malam kedua, sebab penat sangat, saya tak sempat nak recite surah Yassin. Just did some of my usual bacaan Quran jer, pastu tertidur.. Around 2am-3am, saya terjaga sebab bunyi bising daripada tingkat atas. Bunyi orang alih perabot, bunyi orang dok main bukak tutup pintu. Tapi dalam hati tak pikir apa pun, cuma cakap, "Ish, aktif pulak orang kat atas ni pagi-pagi buta ni.. Tak ngantuk ke?" Pastu sambung tido sampai ke pagi..
.
Bila esoknya berkumpul dengan kawan2, 2 orang lagi my friends pun kena.. Dengar bunyi yang sama all night long.. Orang dok alih2 perabot etc. Takkan la room service pukul 2-3am. Padahal earlier that night, bila kitorang call recept nak mintak iron baju, diorang kata person in charge for room service dah balik..
.
So mokcik yang memang penakut ni dah mula fikir lain la kan..
.
Malam ketiga tu, masa saya sibuk kat kitchen, Encik Rayyan Ariff pun mengekor sekali. Tuan kecik ni memang manja lately.. Mana-mana kita pergi pun mesti nak mengekor.. Kat rumah pun sama. Mama kuar kejap gi dapur nak buat susu pun nangis sampai meleleh air mata.. So masa kat kitchen tu, mama dok sibuk basuh botol susu and prepare ubat, tuan kecik ni boleh pulak dok main bukak tutup drawer kitchen kabinet. So bunyi tu dung dang dung dang la.. Bukak tutup, bukak tutup.. Bukannya lembut..
.
Bila dah siap buat susu, bagi susu n letak tuan kecik kat katil and saya pulak gi bilik air. Cuci muka, gosok gigi, amik wuduk etc la.. Masa kat dalam bilik air tu bunyi dung dang dung dang bukak tutup drawer. Dalam hati, "Eh berani pulak budak kecik ni gi dapur sorang-sorang main bukak tutup drawer.."
.
Bila bukak jer pintu toilet, bunyi tu hilang time tu jugak. Tengok-tengok, Rayyan Ariff ada kat depan TV tengah layan magazine kereta n En.Hubby plak dok tengok TV. Takkan la dalam masa 2 saat dah merangkak dari dapur. Sangat tak lojik!
.
Berdebar jugak la time tu.. Tapi ignore jer.. Terus solat isyak, baca Quran n Yassin sekali.. Pastu tido.. Skali terjaga plak pukul 2am.. Dah nama pun penakut, mana la boleh nak tido balik.. This time around, takde apa2 bunyi pun.. Saja tak boleh tido.. Bila kejut tuan besar, dia cuma terjaga kejap n then tanya, "Nape takleh tidur? Tak sihat ke?" Belum kita jawab, dia dah berdengkur balik.. Boleh? Last2, kacau tuan kecik.. Dia bangun sengih2, pastu berjaga la dengan dia.. Hehehe.. Seb baik ada buah hati pengarang jantung nehh..
.
Malam keempat plak, dah sebab penat sangat memang tido sampai ke pagi la.. Cuma kul 630pm sblm tu, masa kami gerak kuar gi Manjung amik barang, tuan kecik sekali lagi kena kacau dengan basement parking. Kali ni, dalam kelam kabut, mama dia ni boleh lupa nak sapu minyak yang atuk bagi.. Selalunya tak pernah tak ingat.. So kali ni, Encik Rayyan Ariff siap dengan pakej menangis.. Takut sangat kot.. Siyan pun ada.. Iye la, budak kecik..
.
Kami taktau apa yang dia nampak kat basement parking tu.. Whatever it is, must be something scary la sebab bila dia nangis tu siap tutup muka..
.
Alhamdulillah, other than that, he was OK throughout the stay.. Itu la cerita spooky kami kat sana.. :-)
Sekian..
.
P/s - anak-anak korang, leh jadi 'ghost indicator' tak? hehehhe..