Thursday, July 28, 2011

Awak mesti menangis hari-hari kan??

Perbualan dengan seorang teman semalam membuatkan saya tergerak hati untuk mencatat sesuatu di sini. Perbualan kami berkisar tentang kisah kelahiran yang lalu dan kelahiran yang bakal tiba nanti..
.
"Masa Rayyan dulu, awak mesti nangis hari-hari kan? Akak yang anak warded 4 hari ni je pun dok menangis.. Takde sape nak hantar susu kat spital la.. Kesian anak lapar la.. Memang nak pergi je dok kat spital.."
.
Honestly, sewaktu detik kelahiran Rayyan Ariff, memang ada rasa syahdu yang menyelinap di segenap ruang hati.. Menyaksikan bagaimana susahnya dia cuba menangis, menyaksikan bagaimana lainnya dia berbanding bayi lain, memang menginsafkan.. Ada cecair jernih yang memenuhi kolam mata sang ibu.. Ada rasa sebak yang mencengkam jiwa..
.
Namun saya masih mampu berbual dan sesekali tertawa dengan jenaka Prof Raman. Banyak waktu, saya hilang di dalam angan sementara menantikan segalanya siap sebelum di sorong kembali ke wad..
.
Itulah saya. Tidak terbuai dek kesakitan emosi yang melampau. Sepanjang berpantang juga begitu. Saya di rumah dan hanya menjenguk anak kecil saya setiap dua hari. Dia di NICU bertarung nyawa dengan pelbagai kemungkinan. Debaran pasti memuncak setiap kali dia di sorong ke dewan pembedahan. Emosi pasti menggunung setiap kali melihat nombor Pantai Medical Centre tertera di skrin telefon bimbit. Segalanya sangat menakutkan.
.
"Kuat jugak awak ni.." Kata mommy kepada saya waktu itu, setiap kali saya bercerita tentang setiap satunya kemungkinan buruk yang ada pada Rayyan Ariff dengan nada bersahaja dan sesekali melepaskan keluhan berat. Mungkin mommy menjangkakan bahawa saya akan menangis dan meraung setiap kali diberikan perkhabaran buruk;
- Sel otak anak saya terlalu sedikit. Hampir tiada.
- Mungkin anak kecil saya tidak akan mampu menghisap susu sendiri dan perlu diberi minum melalui tiub di sepanjang hayatnya..
- Anak kecil saya tidak mampu mendengar
- Anak kecil saya tidak dapat melihat
- Ada stiffness pada setiap pergerakannya
- Pembedahan pertama tidak berjaya kerana dia bayi pramatang
Dan pelbagai lagi.
.
Kalau saya mahu menangis dan meraung untuk setiap satunya kesakitan Rayyan Ariff, apa lagi yang tinggal untuk saya? Makanya, saya mengambil keputusan, biarlah air mata itu menjadi rahsia antara saya dan Allah SWT.. Biarlah doa itu menjadi tunjang sebuah kesakitan..
.
Memang saya pernah menangis sehingga tertidur. Memang saya pernah menangis dan meratap, terutamanya di saat dikhabarkan anak saya tidak mampu melihat dan mendengar.. Namun tangisan saya tidak lama. Kerna saya sentiasa mengingatkan diri bahawa saya tidak boleh lemah untuk seorang anak yang kuat. Dan kuatnya anak saya ialah apabila dia masih bersama saya sehingga ke hari ini walaupun di dalam keterbatasan yang bukan sedikit.
.
"When he grow older, maybe you can introduce braille system to him.. There will always be medium for communication. Don't worry.." Kata Dr. Yong.
.
Mana mungkin seorang ibu itu tidak gusar. Namun saya serahkan segalanya kepada Dia, Perancang dan Penentu terhebat.. Allah SWT..
.
Minda ini selalunya bertindak sebagai penisilin dalam memujuk dan mengubat hati yang perit..
.
Di dalam Rayyan Ariff yang terbaring kesakitan,
.
Akan ada Rayyan Ariff  yang memandang saya dengan mata yang bersinar,
.
Dan di setiap pandangan mata yang bersinar itu, akan ada Rayyan Ariff yang memandang saya dengan senyuman..
.
Dan seandainya tertulis di jalanan takdir bahawa bukan selamanya senyuman ini milik saya, saya pasti akan menangis lagi.. Tangisan seorang ibu.. Namun itu tidak bermakna hidup saya akan suram dan hari saya akan dihiasi tangisan setiap waktunya.. Kerna saya masih hambaNya, dan saya akan terus menikmati kehidupan dengan seadanya.. InsyaAllah.. :-)

14 comments:

Anonymous said...

Jiey...mama fyeza doakan semoga jiey akan terus kuat di samping Rayyan Arif dan juga adiknya. Ingat..ALLAH SWT sentiasa ada di samping kita tak kira kita susah atau senang.

Tika said...

InsyaAllah.. Allah jadikan insan yang diujinya orang yang kuat dan boleh menghadapi, menangani dan meredhai ujian terhadapnya.. Sebab itu, insan² seperti jiey insyaAllah tak akan menangis sepanjang masa bagai digambarkan oleh orang yang tidak diuji...

Allah Maha Mengetahui ;)

Mama Kembar Tiga said...

Salam jiey. Moga senyuman manis Rayyan Ariff akan terus menemani Jiey disepanjang hayat, amin...

Lynn Abd Latib said...

jiey

tp ian boleh melihatkan jiey..

kuasa ALLAH kita takkan mampu bayangkan jiey..

mana tahu ada lagi miracle lain..i/allah..kita aminkan sama2..

Anonymous said...

You are a strong mummy.
My son admitted for 20 days in NICU, saya mmg sgt sedih..
Dgn pelbagai diagnosis dari Doctor2, buat sy lagi sedih dan fikiran tak menentu.
I'm not strong as you..Rayyan bertuah dpt Mama Jiey!

Monamie said...

be strong kak jie, macam diragut jantung mona baca blog akak. takpa.. rayyan ariff anak yang kuat. kak jie mesti kuat mcm rayyan. hugs.

transformed housewife said...

kalu hidup dle air mato jah meme tokleh hidup. Selamat berpuasa Jiey.

mamalisa said...

Every chosen mother will be strong no matter what for the sake of their children, same goes to you dear.

Sejak anak saya lahir, hingga akhir hayatnya (4.5 tahun ) air mata seorg ibu sentiasa mengalir hingga kini..sebab saya akan dapat kekuatan selepas menangis..so mummy Ian, it's ok to cry kalau ianya boleh meringankan beban hati.

Take care.

Noina said...

jiey..kita nangis dalam hati....

Anonymous said...

jiey...sememangnya anak spt Ian sgt istimewa.. saya juga spt jiey menangis kala doc mengatakan anak saya pekak, bisu dan tidak blh melihat...hanya tuhan tahu segalanya dlm hati seorg ibu ketika itu... tp kuasa DIA tiada sape blh menduga... keajaiban kini anak yg disahkan tidak mampu buat apa kini masih bertahan dan amat cerdik pd pdgn saya seorg ibunya... sesungguhnya keajaiban drNYA tiada sape boleh menyangkalnya...

Bicara hati ibu aisya said...

Allah tahu mana yang TERBAIK buat setiap hambanya dan DIA MAHA MENGETAHUI yang Jiey mampu melaluinya.

peacenownhereafter said...

tahniah mama rayyan :)

u are strong. rayyan hebat, mamanya lagi hebat.

mudah-mudahan kalian sentiasa dalam redha Allah.

Cool said...

nangis tu kekuatan.. mcm aku .. lepas selesa diam dn nangis bersama diri dan tuhan,

Unknown said...

sangat comel ian bila senyum ye