Friday, October 21, 2011

Mama takkan tinggalkan Rayyan!!



20 tahun yang lalu saya melahirkan seorang bayi laki-laki, wajahnya comel tetapi nampak bodoh. Ali, suamiku memberinya nama Yusri. Semakin lama semakin nampak jelas bahawa anak ini sedikit terkebelakang. Saya berniat mahu memberikannya kepada orang lain sahaja supaya dijadikan budak atau pelayan bila besar nanti. Namun Ali mencegah niat buruk itu. Akhirnya terpaksa saya membesarkannya juga.Pada tahun kedua kelahiran Yusri, saya pun melahirkan pula seorang anak perempuan yang cantik. Saya menamakannya Yasmin. Saya sangat menyayangi Yasmin, begitu juga Ali. Seringkali kami mengajaknya pergi ke taman hiburan dan membelikan pakaian anak-anak yang indah-indah. Namun tidak demikian halnya dengan Yusri. Ia hanya memiliki beberapa helai pakaian lama. Ali berniat membelikannya, namun saya selalu melarang dengan alasan tiada wang. Ali terpaksa menuruti kata saya.

Saat usia Yasmin 2 tahun, Ali meninggal dunia. Yusri sudah berumur 4 tahun ketika itu. Keluarga kami menjadi semakin miskin dengan hutang yang semakin bertambah. Saya mengambil satu tindakan yang akhirnya membuatkan saya menyesal seumur hidup. Saya pergi meninggalkan kampung kelahiran saya bersama Yasmin. Saya tinggalkan Yusri yang sedang tertidur lelap begitu saja.

Setahun.., 2 tahun.., 5 tahun.., 10 tahun.. berlalu sejak kejadian itu. Saya menikah kembali dengan Kamal, seorang bujang. Usia pernikahan kami menginjak tahun kelima. Berkat Kamal, sifat-sifat buruk saya seperti pemarah, egois dan tinggi hati, berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih sabar dan penyayang. Yasmin sudah berumur 15 tahun dan kami menyekolahkan dia di sekolah jururawat. Saya tidak lagi ingat berkenaan Yusri dan tiada memori yang mengaitkan saya kepadanya. Hinggalah ke satu malam, malam di mana saya bermimpi mengenai seorang anak. Wajahnya segak namun kelihatan pucat sekali. Dia melihat ke arah saya. Sambil tersenyum dia berkata;

"Makcik, makcik kenal mama saya? Saya rindu sekali pada mama!"

Sesudah berkata demikian dia mulai pergi, namun saya menahannya.

"Tunggu..., saya rasa saya kenal kamu. Siapa namamu wahai anak yang manis?"

"Nama saya Yusri, makcik."

"Yusri...? Yusri... Ya Tuhan! Benarkah engkau ni Yusri???"

Saya terus tersentak dan terbangun. Rasa bersalah, sesal dan pelbagai perasaan aneh yang lain menerpa diri saya pada masa itu juga. Tiba-tiba terlintas kembali kisah yang terjadi dulu seperti sebuah filem yang ditayangkan kembali di kepala saya. Baru sekarang saya menyedari betapa jahatnya perbuatan saya dulu. Rasanya seperti mahu mati saja saat itu.

Ya, saya patut mati..., mati..., mati...!

Ketika tinggal seinci jarak pisau yang ingin saya goreskan ke pergelangan tangan, tiba-tiba bayangan Yusri melintas kembali di fikiran saya.

Ya Yusri, mama akan menjemputmu Yusri, tunggu ya sayang !

Petang itu saya membawa dan memarkir kereta Civic biru saya di samping sebuah pondok, dan ia membuatkan Kamal berasa hairan. Beliau menatap wajah saya dan bertanya;

"Hasnah, apa yang sebenarnya terjadi? Mengapa kita berada di sini?"

"Oh abang, abang pasti akan membenci saya selepas saya menceritakan hal yang saya lakukan dulu."

Aku terus menceritakan segalanya sambil teresak-esak. Ternyata Tuhan sungguh baik kepada saya. Ia memberikan suami yang begitu baik dan penuh pengertian. Selepas tangisan saya reda, saya keluar dari kereta dengan diikuti oleh Kamal dari belakang. Mata saya menatap lekat pada gubuk yang terbentang dua meter di hadapan saya. Saya mula teringat yang saya pernah tinggal dalam pondok itu dan saya tinggalkannya.

Yusri.. Yusri... Di manakah engkau, nak?

Saya meninggalkan Yusri di sana 10 tahun yang lalu. Dengan perasaan sedih saya berlari menghampiri pondok tersebut dan membuka pintu yang diperbuat daripada buluh itu.

Gelap sekali.

Tidak terlihat sesuatu apapun di dalamnya!

Perlahan-lahan mata saya mulai terbiasa dengan kegelapan di dalam ruangan kecil itu. Namun saya tidak menemui sesiapapun di dalamnya. Hanya ada sehelai kain buruk yang berlonggok di lantai tanah. Saya mengambil seraya mengamatinya dengan betul-betul. Mata mulai berkaca-kaca, saya mengenali potongan kain itu. Ini adalah baju buruk yang dulu dipakai oleh Yusri setiap hari.

Beberapa saat kemudian, dengan perasaan yang sangat sedih dan bersalah, sayapun keluar dari ruangan itu. Air mata saya mengalir dengan deras. Saat itu saya hanya diam saja. Sesaat kemudian saya dan Kamal mulai menaiki kereta untuk meninggalkan tempat tersebut. Namun, saya melihat seseorang berdiri di belakang kereta kami. Saya terkejut sebab suasana saat itu gelap sekali. Kemudian terlihatlah wajah orang itu yang sangat kotor. Ternyata ia seorang wanita tua. Saya terkejut lagi apabila dengan tiba-tiba dia menegur saya. Suaranya parau.

"Heii...! Siapa kamu?! Apa yang kamu mahu?!"

Dengan memberanikan diri, saya pun bertanya;

"Ibu, apakah ibu kenal dengan seorang anak bernama Yusri yang dulunya tinggal di sini?"

Dia menjawab;

"Kalau kamu ibunya, kamu adalah perempuan terkutuk!! Tahukah kamu, 10 tahun yang lalu sejak kamu meninggalkannya di sini, Yusri terus menunggu ibunya dan memanggil;

'Mama, mama!'

"Kerana tidak tahan melihat keadaannya, kadang-kadang saya memberinya makan dan mengajaknya tinggal bersama saya. Walaupun saya orang miskin dan hanya bekerja sebagai pemungut sampah, namun saya tidak akan meninggalkan anak saya seperti itu!"

"Tiga bulan yang lalu Yusri meninggalkan sehelai kertas ini. Ia belajar menulis setiap hari selama bertahun-tahun hanya untuk menulis ini untukmu..."

Saya pun membaca tulisan di kertas itu...

"Mama, mengapa mama tidak pernah kembali lagi...? Mama marah pada Yusri, ya? Mama, biarlah Yusri yang pergi saja, tapi mama harus berjanji mama tidak akan marah lagi pada Yusri."


Saya menjerit histeria membaca surat itu.

"Tolong bagi tahu.. di mana dia sekarang? Saya berjanji akan menyayanginya sekarang! Saya tidak akan meninggalkannya lagi! Tolonglah cakap...!!!"

Kamal memeluk tubuh saya yang terketar-ketar dan lemah.

"Semua sudah terlambat. Sehari sebelum kamu datang, Yusri sudah meninggal dunia. Dia meninggal di belakang pondok ini. Tubuhnya sangat kurus, ia sangat lemah. Hanya demi menunggumu ia rela bertahan di belakang pondok ini tanpa berani masuk ke dalamnya. Dia takut apabila mamanya datang, mamanya akan pergi lagi apabila melihatnya ada di dalam sana. Dia hanya berharap dapat melihat mamanya dari belakang pondok ini. Meskipun hujan deras, dengan keadaannya yang lemah ia terus berkeras menunggu kamu di sana . Dosa kamu tidak akan terampun!"

Ya Allah! Ampunkanlah dosaku! Yusri, ampunkan mama nak!

Jangan lupa untuk tekan butang Share selepas anda baca ♥


Ini sebuah cerita yang saya ambil dari laman fb seorang teman.. Saya tidak tahu bagaimana reaksi kawan-kawan apabila membaca cerita ini.. Dan saya juga tidak tahu apakah jalan ceritanya lojik di mata kawan-kawan apabila seorang ibu yang melahirkan tega meninggalkan anaknya begitu sahaja.. Hanya kerana sebuah kekurangan.. Mungkin cerita ini tidak mustahil kerana saban waktu, kita masih disogok dengan pelbagai kisah pembuangan bayi dan pembunuhan anak kecil.. Wallahualam.. Siapalah kita untuk menghukum dan mengata..
.
Rayyan Ariff, sebelum kamu lahir, Mama dan ayah sudah tahu bahawa kamu tidak akan secomel bayi-bayi baru lahir yang lain..
.
Rayyan Ariff, sebelum kamu lahir, Mama dan Ayah sudah tahu bahawa kamu akan terkebelakang berbanding anak-anak yang lain..
.
Namun Mama dan Ayah tidak punya alasan untuk tinggalkan kamu.. Kerana kamu adalah amanah dan anugerah buat kami..
.
Menjadi tanggungjawab kami untuk merawat kamu.. Menjadi tanggungjawab kami untuk membimbing kamu..
.
Selagi kemampuan itu ada, kami akan tetap belikan kamu pakaian baru dan memberikan segalanya yang terbaik..
.
Tidak mungkin sesekali kami tinggalkan kamu, kerana kamu adalah cinta terindah di dalam hidup kami.. InsyaAllah, hanya Allah SWT shj yang mampu pisahkan kita..

14 comments:

Unknown said...

sedih snagat bila baca kisah pasal yusri.harap jadi pengajaran untuk kita semua.

jgn risau,awak akan jadi ibu yang terbaik buat rayyan

Unknown said...

kak mien,
setiap kali saya tengok foto rayyan..saya rasa rayyan anak yang comel..mungkin matanya agak berlainan..tapi bagi saya tu bukan satu kekurangan..memang dia comel..

sedih betul baca kisah ni.kenapa lah ada manusia yg tergamak buat macam tu..

transformed housewife said...

sedihnya baca. knur terbayg adik Knur hok tok berapo 'normal' tu bila baco cerito sakni.

Rawiwa said...

tq jiey share citer ni.. pagi2 dah tergenang air mata.. insaf.

Mama Naveed said...

Waaa Jiey.. Dah menangis bace cite nieh.. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan itu.. Moga dijauhkan menjadi ibu yang tak punya ehsan pada anak sendiri..

Bicara hati ibu aisya said...

jiey...menangis ayu baca cerita nih.Sebak sangat.Thank's for sharing.
Walau buruk, walau berbeza, walau kurang dari yang lain...dia adalah amanah ALLAH yang sungguh TERISTIMEWA.Kita adalah hambaNYA yang bertuah kerana terpilih dan berpeluang untuk menyayanginya.
**Moga ayu tidak akan jadi seperti ibu itu.

A Journey of Hafiy Hasha said...

tahniah for both of u, sbb jadi ibu dan ayah terbaik untuk rayyan. Saya yakin, rayyan dalam hatinya sangat bahagia memiliki both of u as his parents.

sedih sehingga mengalir air mata.

ummisofea... said...

xsanggup rasanya bayangkan bagaimanalah perasaan tinggalkan anak gitu...ooooooooooooo....memang xsanggup....xsanggup :(

Puteri Satu said...

4 tahun dia tinggalkan anak dia... 4 tahun apalah yang dia tahu... 4 thun sebaya Aqilah.. allahuakbar... rasa nak meraung baca citer nih.. :(

mila said...

seyesly sedih dan mengalir airmata membace kisah ni.

Tika said...

huhu tinggalkan seharian pun dah gundah gulana.. inikan 10 tahun?? huhuhu... moga ia tidak terjadi pada kita semua.. nauzubillah..

ellis said...

sob sob.. sedihnya...

nad said...

Rayyan is so lucky to have you as a mom :)..kalaulah Yusri punyai ibu seperti kamu, insyallah hidupnya akan gembira..just like how Rayyan's life is and will always be.. :)

mummyrinazone beauty said...

bertuahnya rayyan dapat ibu semulia awak=)semoga allah memberkati kamu yea..

mmg sedih nurul sampai berkaca mata nie bila baca..kita baca dr sudut hati seorg ibu..tegar betul tinggalkn anak yang tak berdosa=(

tq sharing