Wednesday, February 22, 2012

Anugerah penuh keindahan~

Sesungguhnya, anak adalah anugerah yang membawa berjuta keindahan. Segala kepenatan dan kesakitan hilang tatkala menatap wajah mulus dan suci mereka.. Mendamaikan. Semoga selamanya anak-anak mama akan menjadi anak yang menyejukkan hati dan jiwa. Menjadi anak yang soleh dan solehah.. Sihat selamanya.. Aminnn..

How I wish I could have children for everyone so that there will be no TTC abbreviation. *Mode syahdu untuk seorang teman*

Rayyan Ariff dan Rifa Aleesya, lahir dari rahim yang sama namun dengan dua cerita yang berbeza. Membawa kedua anak ini ke dalam dakapan juga membawa rasa yang berlainan. Menatap ke dalam anak mata mereka membuai rasa yang tidak sama.

Bersama Rayyan Ariff, penuh rasa cinta, rasa sayang, rasa kasih dan segala kebahagian. Namun ada rasa syahdu yang menyelinap. Rasa yang cukup menginsafi kebesaran yang Maha Esa.. Betapa dia satu jasad yang kuat.. Betapa dia satu jiwa yang hebat.. Kisah keajaiban yang dibawa oleh anak ini merungkap keinsafan di jiwa bahawa hanya Dia yang Maha Berkuasa dalam menentukan sesuatu.. Di sini, hari ini, Rayyan Ariff masih gagah berdiri walau hakikat kejadiannya penuh kekurangan.. Allahuakbar.. Syukur padaMu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..

Bersama Rifa Aleesya, masih penuh rasa cinta, rasa sayang, rasa kasih dan segala kebahagian. Hanya bahagia dan keindahan. Tiada kegusaran dan keraguan yang melampau. Bahagia. Indah. Noktah. Kalimah Subhanallah dan Alhamdulillah tidak pernah putus setiap kali saya mengangkat tubuh kecil itu.. Sungguh saya bersyukur!

Menyingkap perihal Puteri Rifa Aleesya, badannya agak keras sejak dari awal kelahiran. Walau hanya beberapa hari usianya, dia sudah cuba mengangkat kepala setiap kali dimandikan. Sehingga sekarang, tidak suka dibaringkan apabila diangkat. Sebaik kita baringkan dia di dalam pangkuan, sedaya upaya dia menolak badannya untuk bangun ke posisi duduk. Keletahnya yang cuba bangun walau usianya hanya 3 bulan lebih mengundang tawa kami sekeluarga.. Genap usianya 3 bulan dan 7 hari, dia mula meniarap.. Ada kalanya, punggungnya ditolak-tolak ke atas tanda mahu bergerak.

"Agak cepat dia. Kamu adik-beradik semua mula meniarap pada umur 4 bulan.." Kata ibu saya merujuk kepada kami empat beradik..
Jawapan saya mudah. Apabila Allah SWT memberi kelambatan kepada Rayyan Ariff, maka dia berikan sedikit kepantasan buat Rifa Aleesya. Maha adil Ya Allah..

Pernah saya terfikir, untuk seorang anak seperti Rayyan Ariff, dengan latihan yang berulang, dia sudah sampai sejauh ini. Kalau saja saya praktikkan sesuatu yang sama buat Rifa Aleesya, pasti hasilnya akan lebih cepat.. Namun saya memilih untuk tidak berbuat demikian. Saya mahu Rifa Aleesya membesar di dalam fasanya yang tersendiri.. Cepat atau lambat, saya menerima kerna saya mahu menikmati setiap detik bersama anak tipikal saya.. Mengecapi kenikmatan daripada anugerahNya..  

Adik..


Bersemangat..

Adik dah tak setembam dulu. Maybe she’s lowering her body weight sebab nak more mobile. Sedih pulak bila tengok paha semangat adik sikit-sikit hilang.. :-(


Abang yang kononnya bagi semangat kat Adik bila meniarap..

Dari atas tilam, dah ke bawah dah Adik.. Boleh tahan lasak Adik ni.. :-)

Saya sangat bersyukur dengan dua pengalaman yang sangat berbeza ini. Membesarkan anak yang cukup istimewa dan anak yang tipikal memberi ruang rasa yang cukup berbeza. Bersama Rayyan Ariff, mungkin ada yang melihat kami dengan penuh kasihan. Namun mereka yang mengikuti perjuangan kami sedari awal, pastinya tahu betapa rasa kasihan itu sudah lama berganti dengan kebanggaan dan kekaguman.
“He’s taking steps already.. Almost walking. I never expect that he will be this good. I used to think that he won’t moves much.“  Ujar salah seorang doctor yang melihat Rayyan Ariff semalam setelah bertahun tidak menemui dia.
Kerna itu, sering saya rasakan bahawa rasa kasihan itu adalah terlalu subjektif untuk dinilai. Untuk seorang anak yang melalui trauma kelahiran yang bukan sedikit, Rayyan Ariff sudah berjalan terlalu jauh!
Rifa Aleesya juga di dalam liganya yang tersendiri. Bagai mengerti keadaan Abangnya, hanya sekali dia menangis apabila diperlakukan dengan agak kasar oleh abangnya. Selebihnya hanya diam. Toleransi seawal usia, mungkin refleksi daripada namanya yang bermaksud muafakat.. Alhamdulillah. Terima kasih Adik kerana memahami..
Walau apapun, jujur saya katakan, saya sangat bersyukur dengan kehidupan saya pada hari ini. Terima kasih tuhan di atas segala kurniaanMu. Semoga rahmatNya akan terus bersama kita dan segala cabaran dan rintangan yang mendatang, akan dapat kita atasi dengan izinNya.. Semoga dipermudahkan segala urusan.. Aminnn..

6 comments:

Arina Shamsul said...

Semoga Mama terus tabah dan kuat untuk membesarkan anak2 tercinta..amin~


jemput singgah blog ye mama :)

AdaM Hawa said...

comelnya rifa dan rayyan skrg ni.. cute!

Papa, Mama & Azra said...

Oits Rifa jelir lidah kat aunty yer..hihi...

Alhamdulillah Jiey hopefully anak2 baik2 sahaja.

ch@ said...

ooohhh touching, baca entry jiey buat air mata ni cepat je nak bergenang. aleesya lebih cepat drpd adli. adli dah nak masuk 5 bulan, meniarap dah boleh tapi blm cekap. bdn tough benar agaknya. biarlah.

hopefully dua beradik ni terus menggembirakan hati mama dan papanya.

Jiji said...

Jiey, bahagia kehujung nyawa.

Anonymous said...

jiey...sangat kagum dengan kamu.....