Terlalu mengejar waktu sehinggakan tidak punya banyak ruang untuk kembali ke ruangan ini. Banyak perkara yang kami perolehi tentang Rayyan Ariff melalui 3 temujanji yang ditetapkan pada hari Selasa yang lalu. Setiap satunya membawa cerita yang tersendiri. Setiap satunya membawa harapan yang tersendiri.
Dalam setiap langkah yang kelihatan berat, kami cuma mampu memohon agar setiap ruang kekuatan dan limpahan rezekiNya sentiasa ada untuk anak yang cukup istimewa ini. Anak yang banyak mengajar kami tentang erti keinsafan dan kekuasaan Allah SWT.
Tentang penglihatan, secara keseluruhannya baik. Namun dia mungkin memerlukan kacamata dengan tahap penglihatan 6/18. Reasonable. Satu perkataan yang tercatat kemas pada laporan penilaian.
Hati lantas terpujuk, apalah sangat erti pemakaian kacamata andai mahu dibandingkan dengan nikmat sebuah penglihatan untuk seorang anak yang pernah dikatakan tidak dapat melihat ini. Redha datang lagi. Itulah kitaran kehidupan untuk kami apabila bercerita tentang Rayyan Ariff. Sering sahaja ada penemuan baru tentang dia dan sering itu jugalah hati belajar untuk menerima dengan ikhlas.
Matanya yang juling boleh dibaiki dengan membetulkan otot-otot tertentu. Namun ianya pembedahan kosmetik semata-mata dan tidak dapat membaiki cara dan tahap penglihatannya. Kerana otaknya hanya dapat mengarahkan satu mata sahaja untuk bekerja pada satu-satu masa.
Apabila mata kiri melihat, mata kanan pegun. Apabila mata kanan melihat, mata kiri pegun. Tiada istilah penglihatan binokular untuk anak ini. Tiada imej 3D yang dapat ditangkap matanya. Keadaan ini bukan satu ancaman untuk dia kerana matanya berfungsi dengan baik, cuma fungsinya bukan serentak. Imej yang tertangkap di otaknya tidak bertindih walaupun koordinasi kedua mata tidak selari. Itulah uniknya Rayyan Ariff. Istimewa dan unik..
Putus asa dan hanya menerima? InsyaAllah tidak. Kami akan cuba melatih mata dan otak Rayyan Ariff bagi membaiki penglihatannya. Semoga ada perkembangan yang baik menanti anak ini..
Kami juga menolak untuk melakukan pembedahan pada matanya. Kerana ianya bersifat kosmetik semata. Ian, mungkin suatu waktu kamu akan tidak berpuas hati dengan keputusan kami dan mempersoalkan kenapa tidak dibaiki mata kamu agar kamu boleh tampil lebih kacak.
Marahlah nak. Sesungguhnya, kamu sudah cukup tampan di mata kami. Comel di jiwa kami. Pada kami, kamu tidak perlukan sebarang pembedahan kosmetik untuk kelihatan menawan. Paling besar, kami tidak sanggup melihat kesakitanmu.. Sekiranya satu waktu nanti kamu memilih untuk melakukannya, let it be your call.. Fullstop.
Untuk sementara waktu, kita teruskan dengan stimulasi dan rangsangan yang sesuai.
Anak comel kami. Sampai terangkat hidung taknak bagi glasses jatuh. Super comel!!
Kerna kasih yang menggunung tinggi, InsyaAllah kita akan terus bersama mengatur langkah. Hingga hujung nyawa. :-)
12 comments:
ala si chumel ni dh pkai spek...darwisy xtau la cmna, so far msh x perlu lg...tp matanya jga mngalami mslh
suka tengok muka Rayyan comel sangat..
Kalau nak beli mesin potong rambut anak beli dkt kedai membekalkan peralatan salon..Jgn dekat mydin tumpul..
Mesin tu rm 200 dr US cepat ,mudah dan kemas.Jenama Wall ..Sekadar berkongsi info.
insyaallah k.jie...kita tak tahu masa akan dtg nnt..mn tahu segalanya akan berubah kerana ketentuan ALLAH adalah rahsianya..
assalamualaikum...
tiba2 berderai air mata membaca & menyelami coretan ini.. semoga ketabahan sentiasa berada disamping mu... amin..
ada hikmah tuh, ian dah sampai tahap ni pn dh byk bersyukur kan.
jiey
mmg ian comel :)
pakai spek lagi comel..
doa ibu..Allah dgr..insyaallah..
:))
Masih sangat cute Rayyan ni
Ya.. bila kita belajar erti bersyukur..rezeki sebesar zarah pun kita amat hargai. Kita berada dalam.kawah redha.
apa pun..rayyan hensem sangat dgn kaca mata berbingkai gelap itu...seriously handsome! haha
jie..terima kasih banyak2 ye permainan princess tu...
Kamu sememangnya ibu yang kuat jiey!
Super duper comellah kamu ian pakai spek ;)
ujian berputar mengikut apa yang Dia tentukan....
meski pun pada banyak ketika nya....yang 'terzahir' tampak begitu 'nyata'....sehingga kan begitu 'terbekas' untuk 'dihilangkan'.....
namun...akan tetap 'terselit' rahmat-Nya di sana sini.....pada yang terus bertahan....dan bersabar...atas percaya dan yakin.....pada-Nya yang Maha Esa...Maha Mengetahui...Maha Mengasihani......
Dia yang sama sekali tidak akan memungkiri janji...Dia juga sama sekali tidak akan menzalimi....
"andai tidak 'teruji'....tidak sampai tempat yang 'dituju'....andai tidak 'diuji'....tidak 'terbina'nya suatu 'kekuatan'....andai tiada nya 'ujian'...tidak akan 'air' terpisah dengan 'minyak'....."
semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat....buat tiap hati yang teruji...dan diuji...dalam menuju redha Ilahi.....
ketentuan Allah adalah rahsia Allah....
wallahu'alam....
* melihat rayyan arif ari n, mbuatkan sy kagum dgn k'kuasaan ALLAH. tetapi m'nyelami ketabahan jiey, m'buatkan sy t'fikir mampukah sy m'jadi sprt anda.
Post a Comment