Friday, April 13, 2012

Mengejar syurga Allah SWT..

Setiap kali melihat wajah mulus ini di dalam kesakitan, hati ini pedih.. Jiwa ini sakit.. Segala kekuatan yang terbina runtuh musnah dalam sekelip mata.. Betapa saya tidak segagah dia.. Betapa saya tidak sehebat dia. Mungkin kerana lumrah seorang ibu yang tidak sanggup melihat seorang anak menanggung keperitan.

Banyak waktu, iman sering mengingatkan diri bahawa Rayyan Ariff sedang mengejar syurga Allah SWT.. InsyaAllah.

Dan hati kembali terpujuk untuk terus melangkah demi sebuah wajah yang seindah bunga matahari..

Senyum untuk semalam.
Senyum untuk hari ini.
Senyum untuk hari esok.
Dan senyum untuk hari-hari yang mendatang..

4 comments:

Lynn said...

Hati seorang Ibu..

Mamanurin said...

sangat bangga dgn anak kecil ini. sangat berani dan kuat! moga rahmat dan kasih sayang allah sentiasa bersama dia

transformed housewife said...

insyallah. ada ganjaran atas kesabaran Jiey.

insan kerdil said...

perjalanan kehidupan...biar pun payah.....berada di suatu 'laluan'....ternyata lebih payah...dalam 'mengekalkan' haluan....pabila yang dibicarakan...adalah 'hakikat' suatu kehidupan......

meski pun demikian....'tetap' akan ada 'sinar' yang 'memandu'....pada yang terus bertahan...dan bersabar....atas percaya dan yakin...pada-Nya yang Maha Esa....

Dia yang sama sekali tidak akan memungkiri janji.....dan Dia juga sama sekali tidak akan menzalimi....

"kekuatan tidak datang hari ini...hanya kerana 'berlalu'nya semalam....namun kekuatan perlu datang untuk 'esok'....dalam kembara ke alam abadi....menuju redha Ilahi...."

semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat...buat tiap hati yang teruji dan diuji....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...