Actually terfikir nak buat entry pasal ni semalam. Tapi I decided not to sebab rasa macam complaining plak. Especially bila tengok Bonda Ryan's handling four boys.. Wahhh hebat! Tapi at the end, tulis jugak sebab nawaitu kita, kita sendiri yang tahu. No I'm not complaining, just nak share apa yang kami faced each day since the past few months.. So let’s peek into our life pulak..
Firstly on our new maid. We really look at her as extra hands to look after the kids when we're not around only. Takde la solely depends on her to take care of the kids sebab memang tak berapa nak harap. She's very young and super small in size. In fact, orang selalu mistakenly guessed her age of being 13 or 16 the max, although she claims that she's 22 and that is the figure that has been stated on her passport.
Bila budak muda, paham-paham je la tahap cautious dia macamana. Tu belum lagi bab2 kerja rumah which kami tak kisah pun. Most of the time, keje mengemas memang would be on me la sebab tak nampak pun tang mana dia kemas even dia claimed dia dah kemas. So kalau orang kata, “Eh ada maid pun rumah berkecah”, our house is one of those. Tapi since from the beginning we know her level and are not looking for perfection, we are OK with her la. Pejam mata je.. Masak memang not her duty la sebab my hubby dari dulu lagi memang takmo makan kalo maid yang masak.. Nak air tangan isteri katanya, and of course I appreciate that a lot.
Tapi one thing for sure, we know that our maid loves Rifa Aleesya dearly. Kalau pergi mana-mana, balik tu mesti terkam Adik Rifa dulu. Rifa Aleesya pun bukan main serasi dengan dia. Mengekek ketawa kalau si maid ni agah. Pernah dia called nangis teresak-esak bila Adik Rifa jatuh berdarah bibir under her care. Bila tanya kenapa boleh jatuh? “Saya tinggal sama Sofia suruh tengokkan tapi Sofia pergi tengok TV”. Sofia is actually my 2nd cousin aged 8years old. Agak tak logic la tinggalkan budak umo 7 bulan pada budak 8 tahun, anak bongsu yang tak pernah ada adik pulak tu. Tapi tu la my maid. Tak pikir jauh.
Knowing that the sense of assessment our maid ni tak berapa bagus, my mom is around most of the time untuk tengokkan the children as well. Cuma bila my mom ada doctor's appointment and either one of us tak dapat cuti. Pejam mata je la anak-anak duduk dengan my maid ni.
So although we have a maid, macam supplement je la kot. Nothing extra on that. Kiranya kalau nak buat workforce audit, takleh kira as a warm body la.. Kira management trainee jer.. Hehehe
Ok now, back to our story of life. *Panjangnya mukaddimah*.. Kenapa saya kata my life is hectic nowadays?
Firstly, work related matters. 2 of our key personnel have resigned. So currently, we're lack of experienced people. Being one of the senior of the department, memang I can totally feel the heat la.. Other than another junior and senior officer, yang lain semua orang baru. The workload is increasing as usual but the number of staffs that can hit the road running adalah sangat kurang. So memang expected for old officers to take up more work lah.. There are a lot of times when I brought back office work, tapi memang struggle la nak buat kat rumah with the two kids. So end up, keje bertimbun jugak. Balik lewat adalah biasa. Kesian anak-anak. =(
Now, most of the time, we don't have leisure Saturdays and Sundays anymore. Sebabnya, we arranged for Rayyan Ariff's therapies to be on both days. Kesian jugak that he doesn't have much time to rest, tapi it is important for us to channel his energy properly so that he won't throw tantrum out of boredom. So dari hari Isnin sampai la ke Ahad, our day memang ada je aktiviti..
Ok, now we move on to Rifa Aleesya, our little princess. She's in the stage of pulling herself up to standing position. Bangun and berdiri is nothing right? Try add up another dangerous act, "duduk-bangun berdiri- lepas tangan-jatuh terduduk-ketawa".. What a way to get people's attention kan? So with such danger moves, memang tak boleh tinggal dia sorang-sorang as there have been few times already makcik kecik ni jatuh terlentang. Kita definitely taknak dia injured herself especially bab terhantuk kepala kat lantai. Enough with one brain injured child in the house kot..
Makcik kecik ni memang tak reti duduk diam. Exploring herself like nobody's business, so memang fully occupied la dengan dia ni.. Dah la manja berlebih.. Kata anak perempuan.. Sekarang ni dah tau marah orang balik or mengamuk bila tak dapat barang. With her to be closely monitored, memang tak berak tak kencing la orang yang jaga dia kalo sorang-sorang. Dah la banyak hokhek hokhek, tak boleh tinggal langsung. Nak berdukung jer.. So kalau berdua je dengan dia, makan minum or solat memang kena buat time dia tidur je la.. Which is tak lama pun. So sangatlah terkejar-kejar.
Lagi satu, Rifa Aleesya ni ada satu pesen dari dalam pantang lagi. Bila tidur malam, dia tak tidur throughout the night. Malam-malam, surely dia bangun a few times.. Bukan setakat bangun menyusu, tapi bangun menangis. Just imagine, every hour dia nangis in her sleep, and we have to tepuk-tepuk. Kalau tak tepuk, she’ll wake up siap duduk and starts main-main. Laaaaagi la susah nak put her back to sleep. So kalau taknak she wakes up, tepuk la dia bila dia nangis.. Bila dah every hour bangun, tak ke dah macam zombie Mama dia ni.. Pergi kerja memang menguap-nguap je sepanjang masa.
Kalau nak kata mencabar jaga budak Puteri ni, memang ye la jawabnya. Ada jugak orang kata try bawak gi berubat tapi to me, it is just a phase kot. Bila dia dah habis fasa nangis ni, dia diam la tu.. And I guess it’s true la kot sebab these past few days, dia dah kurang bangun nangis malam-malam ni.. Alhamdulillah.. Lega sket Mama. So now, adakah Mama sudah dapat tido yang cukup? Hohoho.. Definitely not! Ada citer yang laaaagiii best!
Now, on Rayyan Ariff.
Rayyan Ariff ni, to those yang follow his story from the beginning, mesti tahu yang he’s a well-behaved child that many peoples adore. Senyummmmm je memanjang. Senang nak jaga. No tantrums. Takde berjaga malam. Throughout the night dia boleh tidur.. So memang tak terasa ada anak kecik la.. All day long dia boleh main sendiri. Ralit dengan buku kereta dia, ralit dengan kipas dia, ralit dengan kereta mainan dia.. My old maid memang heaven la.. Siap tengok 4 sinetron dalam sehari.. Kalau sakit or demam pun dia diam jer.. Takde nak merengek tak tentu hala.. Itulah Rayyan Ariff as a baby and toddler..
What about now? Ya Allah.. Tak terkata!
Rayyan Ariff ni anak kesayangan ayah dia. Anak lelaki pujaan hati ayahlah pendek kata. Kalau balik kerja tu, ayah dia mesti terkam dia dulu peluk cium. Tapi dua tiga hari lepas kot, ayah dia boleh terlepas cakap, “Rayyan ni kenapa haa?? Ayah buang kat tong sampah kang..” Muahahhahha.. Bukanlah nak bukak pekung laki sendiri, tapi kalau dah sampai tahap tu, boleh imagine sendiri macamana our situation now kan? Masa he said that, saya diam jer la.. After things calmed down, saya sindir-sindir jugak la dia, “Siyan Ian kan.. Ayah nak buang kat tong sampah.. Ye la.. Sampai hati ayah kan?”.. My mom pun menambah la jugak, “Kalau atuk tahu ni, kecik ati atuk.. Mesti atuk mintak bela..” Bila kita dah saiko camtu, nampak la muka guilty my hubby. Muahahhaha.. Lepas tu dia kiss la anak lelaki kesayangan dia tu sambil mintak maaf.
Apa masalah dengan Rayyan Ariff sekarang ni? He has a lot of issues! Semua benda tak kena. We’re losing the sweet child yang patuh and tak reti nak throw tantrum tu.. We don’t know whether it is a phase or what, but it is really making our blood go upstairs la jawab dia.. Apa yang dia buat? Meh kita bagi contoh.
Dia nak masuk dapur, kalau kita tak bagi dia meraung-raung bagai nak pecah rumah kat luar safety gate tu. Bila kita bagi masuk, dia main bukak tutup pintu cabinet dapur. Dah renggang dah pintu cabinet tu dek kena hempas dengan dia. Itu ok lagi *tengok, pintu renggang pun ok lagi.. Muahahhahha*, bab yang paling tak tahan, dia mencapai barang-barang kat atas cabinet tu.. Buatnya dia tarikh periuk panas kat atas dapur ke.. Kuali dengan minyak panas ke.. Tak ke dah dapat satu penyakit lain pulak. So end up kita tak bagi dia masuk and let him cry on top of his lung kat luar. Dari luar tu, dia masukkan tangan through the safety gate, pastu goncang rak pinggan pastu gelak2.. Cuba imagine kalau rak tu terbalik.. Takke habis pinggan mangkuk berterabur.. Semputttttt…
Tu tak masuk lagi bab dia menangis and mengamuk suruh orang kat dapur tu keluar. Keluar and tutup lampu. Dah, macamana nak buat kerjanya kalau dia takmo bagi kita dok kat dapur?
Pastu, sibuk nak masuk bilik hujung. Kat bilik tu ada children wardrobe and sliding wardrobe. Dia suka main bukak tutup children wardrobe tu.. Yang pintu wardrobe tu pulak a bit ketat, so he will pull it out sehabis daya. Bila kuat sangat, kadang2 he tends to tarik benda tu sampai kena muka dia.. Pastu nangis la sakit.. risau jer kita ni takut terbelah dagu ke apa if kena bucu pintu almari tu.. Bila tak bagi, meraung bagai nak rak.. So kita bagi je la dia main tapi with close guidance. Kita la jadi penahan tanak bagi benda alah tu hit him.. Dah tak buat kerja lain dah.. belum lagi bab dia turun naik katil and sepahkan barang-barang mainan. Memang tak tahu letih. Turun, naik, turun, naik sampai berjam-jam. Wardrobe yang pintu sliding tu pun dah banyak kali tercabut sebab dia.. Muahahhaa..
So, pintu bilik hujung tu memang selalu kena berkunci. Same goes to pintu bilik my maid.. kena sentiasa tutup and kunci. Kalau terlepas, laju je dia terkam stand fan dalam bilik tu. Bukak suis, pastu bukak tutup kipas tu.. Yang paling best, dah switched on, masuk jari la pulakkkkk.. Nasik baik la kitorang nampak cepat.
Belum lagi masuk bab pukul memukul Adik. Remember the entry on My loving children before? Now dah takde dah. Pantang betul dengan Adik dia. Bukan sikit-sikit dia buat. Kalau tarik rambut tu memang real bebenar la. So sekali lagi, kena closely monitor kalau budak berdua ni duduk sama-sama. Yang Adik pulak, tahu nak berkawan je dengan Abang. Mana Abang pergi, situ la dia pergi.. Kesian asyik dapat sakit dengan Abang.
Bila Adik tengah main apa-apa, dia datang rampas. Most of the time, dia taknak main pun dengan benda tu.. Dia rampas from tangan Adik and bagi kita. Suruh simpan. He just doesn’t want Adik to play wih anything. Bila kita kesian and bagi balik kat Adik bila dia dah leka, the moment dia sedar, dia akan terkam Adik and pukul. Tanda protes. Dengan kita pun dia protes sebab kononnya kita ni sebelahkan Adik.
His Dr said that this is a behaviour problem. Dia siap suruh, every time he hit Adik, hit him back to ‘introduce’ the meaning of pain to him. He would not know if we just ‘advise’ or ‘talk’ to him. Bila repeatedly he got hit when he hit Adik, eventually he will stop. Bila dia faham apa maksud sakit.. Masalahnya, kita ni penat kot nak pukul dia.. Sebab in the beginning, kita ni bukanlah bangsa yang memukul..
Stress tak?
Pastu sekarang ni, panjat sofa sebab nak main bukak tutup suis lampu is his favourite. Dah la panjat sipi-sipi, seriau kita tengok takut jatuh. Dah a few times nak jatuh pun.. Nasib baik la cepat sambar. Nak alih sofa tu ke tempat lain, mana ada lagi ruangnya? Rumah sekangkang kera je kot. Kang ada jugak yang jual sofa kat Mudah.my lagi ni..
Another one of his favourite is, main remote astro. Decoder tu dah banyak kali jam kot. Tak bergerak. End up, kena totally switch off then only switch on balik, baru la jadi. Kitorang memang sorok la remote astro. Tukar channel pun bawah bantal je kot.. Punya la takmo bagi dia nampak. Another one of his favourite is handphone. Kalau kita lock keypad, meraung-raung mengamuk. Kalau kita tak lock, entah berapa puluh mesej dia antar kat orang. Tu tak masuk lagi bab call orang tu orang ni. Apa kejadahnya call Sarjit malam-malam buta. Dah orang tu terperanjat ingat ada emergency ke apa. Tu tak masuk lagi bab call our bosses. Jenuh la..
Biarkan je la dia nangis, jangan dilayan. Ada yang kata camni. Boleh memang boleh. Yang tak tahannya, dia buat Adik bila dia tak dapat apa yang dia nak. Satu kerja pulak bawak lari Adik ke hulu ke hilir. Sekali lagi, ngamuk la dia konon kita sayang Adik lebih..
Lagi satu, Adik ni memang well known susah nak tido. So bila kita bawak Adik masuk bilik nak peram bagi tido, dia pun ngamuk2 nak ikut. Kalo tak bagi, dia ngamuk tendang and pukul pintu. Mana la Adik dapat nak tido so bagi je la dia masuk. Pastu kat dalam bilik tu melasak tak ingat la sebab dia tak ngantuk pun. Bila Adik dah tido and kita nak bawak dia keluar, sekali lagi dia ngamuk suruh tutup lampu and kipas. Bila kita cakap Adik tido tu, takdenya dia nak dengar. So end up, tutup dulu, bawak dia keluar pastu nanti menyelinap masuk untuk bukak lampu and kipas balik. Kalau dia sedar kita menyelinap, sekali lagi dia ngamuk..
Bab makan pun berperang jugak. Dia nak makan sambil baring. Boleh? *sigh*
Lately ni, since Adik tido OK, dia pulak yang bangun nangis malam-malam. Dah kita kena peluk dia baru la dia tidur.. End up, Mama is still a zombie sebab tak cukup tidur la kan?
Ini just contoh je untuk apa yang we go through everyday. Banyak lagi kerenah dia yang tak terlayan. Cara saya sabarkan diri is mudah. I always remind myself that masa kita dengan dia dah la limited, takkan nak isi dengan marah-marah pulak. Nanti he can only remember us as mak yang asyik marah-marah. So selagi boleh sabar, sabar je la.. Masa dia tengah ngamuk tu and I have to handle him, I just baca lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin.. Mintak dipermudahkan. Sebab memang saya takde cara lain selain berserah kat Dia.
Every night bila dia dah tidur, cakap jugak dengan dia suruh behave and be nice to Adik. On the way pergi school pun ulang cakap the same thing. Tatau la bila dia nak OK tapi I just keep on doing it. Takmo complaint lebih-lebih sebab I love and need him dearly. Takut kalau kita complaint, kang tuhan ambik, tak ke menyesal tak sudah.
Regardless how he behave, he is and will always be cinta hati mama. Cuma harap la bibik pun ada kesabaran yang sama. Iye la, kalau dok tarik rambut si bibik tu, boleh sabar ke dia? Depan kita lain la.. Belakang kita? Kita pun bengang kot kalo orang dok buat lagu tu.. Sakit wehh budak kecik ni tarik rambut!
Mungkin betul apa yang doctor tu cakap that this is a behavioural problem which we need to modify. Tapi I would also think that it’s happening out of jealousy. Sebab tahap pemahaman yang rendah, explaining right and wrong to him is super duper susah and challenging.. Kalau nak kata he’s having this behavioural problem solely because he’s a special needs child, kenapa pulak kat rumah orang pandai pulak dia behave. Takde pulak nak mengaruk tak tentu hala..
Or maybe jugak he’s frustrated with something. Bila dia tak dapat communicate what bothers him, he throw tantrums. Maybe. Hmm.. Whatever it is, semoga terus dipermudahkan jalan olehNya. Ya Allah, semoga Rayyan Ariff yang sweet dan baik itu akan kembali.. Aminnn…
.
.
Walau seribu cabaran mendatang, inilah jiwa inilah cinta. Takde noktah, sayang sepenuh hati.
:-)
10 comments:
jiey,
i know you can handle both!!
u manage before this & surely you will now.
sabar byk2 ok.hopefully ian tantrum x lama.
jiey. riena tarik nafas pjg bila baca entry ni. tak terbayang apa yg sedang jiey lalui hari2. apa yg riena mampu,hanya doakan moga jiey sekeluarga terus kuat utk lalui semua ini. hrp ianya hanya sementara. semoga semua akan baik2 sj lps ni. amin.
Sis, semoga Allah selalu beri akak kesabaran and kekuatan to face all this.. anak2 bijak memang besar cabarannya..
phewwww!!! menjaga rayyan ariff seorang seakan menjaga 10 orang kan?.tapi itu suma kebahagiaan yang akan kita kenang bila di hujung usia..valuable moment.bonda suka tgk rayyan ariff n baby rifa..seakan laut dan pantai yg tak mungkin berpisah..walau sering pantai di landa ombak besar dari tgn rayyan..hik3!! :P
* bikin Qi transfer kat Jiey*
Cuma terfikir this bila baca entry jie nie 'bestnya kalau kita dok umah n jaga anak2'.. Tapi ini hanya terfikir.. mana mungkin nak benti kerja kan..
ni la die kan cabaran membesarkan anak2.. i know u can do it, we can!!! hehehe
Salam.
Jiey..mama fyeza doakan semoga ALLAH SWT permudahkan urusan Jiey dalam menghadapi hari2 yang mendatang..
hehe..salam kak...sy selalu bc pasal rayyan n your second baby pun umur sama ngan my son...tersenyum sy bl bc entry ni...means that..rayyan anak yg SIHAT...sbb behavior die sama mcm budak normal.....sbb my first doter yg normal pun sema je perangai dier bl dpt adik....so take your own sweet time ya sis...
Salam, rasanya semua tu mmg perangai budak2 kan. Anak saya 4 boys, mmg dari abang sampai adik yg no 3 (no 4 baby lagi) mmg itulah kerja diorang. Kita kena banyak bersabar & bersedia utk ganti barang2 yg rosak..huhuhuhu ;)
Post a Comment