Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan dan cerita random~

Apa preparation untuk menyambut Ramadhan? Biasa-biasa sahaja. Stock up makanan utk memasak adalah wajib sebab Encik Hubby lebih suka makanan yang dimasak isterinya. Nasiblah bulan puasa boleh pulang awal. Sudah rancang, hari biasa pulang jam 4, hari Sabtu sy voluntarily akan bekerja bg menyiapkan tugasan yang tak berkesudahan.

Tentang terawikh, agak susah dengan dua orang anak, tambahan Rayyan Ariff yang tidak makan saman. InsyaAllah, mahu lakukan di rumah. Kerna tidak mahu ketinggalan menikmati bulan penuh kerahmatan itu. 

Sangat menantikan Ramadhan. Ada satu rasa syahdu dan mendamaikan tentang bulan itu. Dalam waktu yang sama, juga teruja untuk datangnya Syawal. Bukanlah keanak-anakkan mahu beraya, tapi lebih kepada konsep meraikan. Hari yang cukup gembira kerna kami akan berkumpul di kampung saya.. Mahu jumpa mommy dan abah. Sebagaimana saya rindukan mereka, begitu jugalah Rayyan Ariff yang merupakan cucu kesayangan.. :-)

Persiapan hari raya sudah lengkap. Baju sudah siap. Biskut juga sudah ditempah. Tidak mahu berebut-rebut di hujung waktu. Ramadhan adalah bulan untuk Dia, kita dan keluarga. Bulan ini juga harapnya tidaklah hectic seperti bulan lain. Mahu lebih peruntukkan waktu sebagai hambaNya. InsyaAllah. 

Sesi membasuh bermula..

Bermula dengan T-shirt untuk Rayyan Ariff sebanyak 4 helai, ia bertambah kepada 6 hasil pemberian adik dan teman. Apabila sudah 6 untuk Rayyan Ariff, harus juga 6 pasang untuk Rifa Aleesya. Biar adil. Jeans pula cukuplah 2. Ditambah sahaja dengan yang sedia ada. Itu pun tidak niat membeli tapi bila difikirkan Rayyan Ariff memang kekurangan seluar dek dipakai setiap hari utk ke sekolah, beli sahajalah. Tidak rugi. 

Baju gown untuk anak perempuan adalah sangat rambang mata! Tak sabar mahu melihat keletah Rifa Aleesya berbaju cantik dan bersepatu girly, girly, pinky, pinky.. Suka!

Encik Hubby sendiri pun ikut sama dengan jumlah baju Rayyan Ariff. Mahu sedondon kononnya. Anak kesayanganlah katakan. Baju melayu dan baju kurung seperti biasalah, sedondon untuk seisi keluarga. Tapi tudung belum dicari. Itulah kita, keperluan yang lain didahulukan sehingga untuk diri sendiri tidak berkesempatan.. =P

Berdebar juga menantikan tibanya Ramadhan. Bukannya apa, takut kekurangan susu. Awalnya, sudah berniat mahu berhenti menyusukan Rifa Aleesya. Mudah sahaja agar saya mampu berdiet.. Kononnya mahu kelihatan lebih bagus di Aidil Fitri. Namun dihujung hati bagaikan tidak sanggup berhenti..

Sehinggalah semalam, terbaca di FB, kisah seorang penzina yang melahirkan anak di zaman nabi. Betapa nabi menangguhkan hukuman ke atasnya agar dia dapat menyusukan anaknya sehingga ke usia 2 tahun. Betapa tegas singkapan bahawa susu ibu adalah hak si anak. Lantas hati saya nekad berkata, gemuk-gemuklah. Selagi ada rezeki sang puteri, selagi itulah mama akan memberikan hak kamu. Noktah.

Semenjak menyusukan, saya mudah benar lapar. Kalau lambat makan, menggigil.. Makan pula mahu nasi sahaja, kalau tidak, tidak kenyang!.. Hahahha.. Nafsu. Yea, saya bukanlah di dalam kategori mereka yang bernasib baik, kononnya apabila menyusukan, berat badan turun dengan jayanya.. =(

Supplement Shaklee masih berbaki. Herbalife masih ada. Alpha Lipid juga masih separuh.VCO pula Rayyan Ariff yang habiskan. Itulah saya, gila supplement dan mudah terpengaruh. =P


Akhir kata, selamat berpuasa buat semua dan ampun maaf dipinta andai ada tersilap bicara dan terkasar bahasa. Tiada niat dihati cuma ada waktunya keadaan yang menekan diri.. Assalamualaikum!  

6 comments:

Outbound di malang said...

salam kenal ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya!terimakasih ...

Papa, Mama & Azra said...

Selamat berpuasa Jiey!!!

mrs.krie :O) said...

selamat berpuasa jiey...me too, berpuasa bersama dua anak dan berpjj ngan enchek somi..agak mencabar...moga tahun ini lebih banyak ruang untuk mengumpul saham di bulan ramadhan ini... salam peluk cium buat rayyan n rifa ya...

Bicara hati ibu aisya said...

Selamat berpuasa buat jiey dan family dari kami sekeluarga.
Seronok kan bershopping utk anak2?Memang rambang mata jadinya.Kalau boleh, semua nak diangkut.Hahaha..

Bonda Ryan said...

Alpha lipid?..bonda pun berkeinginan mahu mencubanya..hihi. Tapi memandangkan banyak bnda bonda kn stop after amik AL..hasrat tergendala.Bonda sokong sepenuhnya fully bf until 2 years..:)

AIN NAZRI said...

selamat berpuasa sis jiey.. semoga Allah mempermudahkan semua urusan akak..