Saturday, August 18, 2012

Lebaran yang dinanti..

Laman ini terbiar sepi dek penangan kesibukan yang berpanjangan..

Seperti dinyatakan di dalam entri terdahulu, Rayyan Ariff sudah sedari awal dihantar pulang ke kampung. Dari hari Selasa Rayyan Ariff dihantar pulang ke hari Rabu yang mana saya dijadualkan pulang, jaraknya adalah selama 8 hari. Mungkin tidak terbiasa berpisah selama itu, Rayyan Ariff diserang demam yang teruk. 

Ada waktu, suhu badannya mencecah sehingga 39.9. Bibirnya kemerahan tanda dalaman badan yang panas. Lantas, hujung minggu yang lalu, saya terus sahaja pulang ke kampung menaiki pesawat. Pulang hari Sabtu dan kembali pada hari Ahad. Hanya berdua bersama Rifa Aleesya. 

Hari Isnin dan Selasa, ke pejabat seperti biasa. Selasa malam, pulang dari pejabat jam 9pm, tiba di rumah, mandi, bersiap, terus sahaja bergerak ke kampung bersama Rifa Aleesya dan adik lelaki saya. Hubby hanya pulang selepas kerja pada hari Jumaat semalam. Tidak dapat bercuti awal..

Dari hari selasa 14hb, saya sudah di kampung. Cuti awal yang tidak dirancang. Semuanya kerana keadaan kesihatan Rayyan Ariff.. Sisa cuti untuk tahun ini hanyalah 2 hari sahaja. Kasihan kan?

Apa khabar Rayyan Ariff? Demamnya sudah kebah.. Namun selera makan belum kembali. Susu juga ditolak mentah-mentah. Selsema pekat likat masih ada. Sawan masih menjenguk, belum juga mahu hilang sepenuhnya. Acap kali, muscle twitching menjengah. Ada waktu, sehingga terteleng-teleng kepalanya. Menurut doktor, pergerakan otot diluar kawal itu mungkin juga kesan daripada pengambilan ubat-ubatan yang banyak.

Kasihan. Namun ini takdir Allah yang kita tidakkan bisa melawan. Andai ini kifarah, InsyaAllah hati akan terus redha menerima. Tahun 2012 menyaksikan kesakitan berpanjangan buat anak ini. Benar-benar sihat hanya untuk 1 bulan sahaja pada bulan lepas.. Walaupun sudah diberi flu vaccine, masih belum serasi mungkin. Sudah pelbagai supplement yang kami cuba, mungkin Dia masih belum mahu menemukan kami dengan penawar yang sewajarnya..

Kebelakangan ini, kawalan keseimbangan badan Rayyan Ariff makin merosot. Tatkala berjalan, kakinya sewenang-wenang sahaja kaku. Pegun. Saya tidak tahu penyebabnya. Sudah diperiksa andai ada terseliuh ataupun patah, tiada. Namun saya tahu, pasti ada yang tidak kena apabila anak yang aktif ini memilih untuk merangkak dan didukung sahaja. Tiada lagi langkahan yang kemas. Tiada.

Sudah jauh kita berjalan di atas landasan takdir ini, semoga urusan kita akan terus dipermudahkanNya.. Aminnnn..

Semoga kami temukan jawapan, penyebab dan penawar untuk setiap kesakitan yang datang. InsyaAllah..

Sebelum berundur, salam lebaran buat semua. Maaf zahir dan batin..

P/s - Semoga anak bujang mama yang segak bersampin akan tegap melangkah menjelang tibanya syawal.. Aminnn... =)

5 comments:

transformed housewife said...

Amin. Ian nak beraya kena cepat2 sihat deh. Selamat Hari Raya utk JIey sekeluarga. Bilo balik Kelate? Knur beraya di sini dulu. raya kedua baru beraya di Kelate.

ina said...

salam kak,saya ina.. hampir setahun lebih sebagai silent reader blog akak.. ina ada blog but x active sllu.. sentiasa terharu,pilu bila bc pasal rayyan. he such a cute boy!! ina yng anak satu nie pun bila dia demam je mula dah gelabah. dengan bekerja lg.mmg pening kepala. walaupun kita x pernah bersua tp hati nie tergerak nak ajak akak join ina. join apa? yang pasti perkara ini akan memberi kita ruang yang banyak untuk bersama dgn anak2 dan keluarga. insyallah.. persepsi pertama sememangnya akan negatif. x cuba x thu.. ina pun x dpt slu buka blog.lau akak nak keep in touch akak leh msg ina 012-6403464. tc kak..

Anonymous said...

salam..
saje nak share, mgkn blh membantu...ari tu anak sy dmm seminggu and dh 2bln selsema pekat. Pas2 doc suh wat blood test sbb takut denggi..rupa2nya jangkitan kuman..pas mkn antibiotik 3hari terus hilang demam n selsema. semoga rayyan pun akan sihat juga. Amin...

ieda said...

jiey...selamat hari raya aidilfitri...maaf zahir & batin..
how's rayyan now?
moga dia kembali sihat & meneruskan perjuangannya...insyaAllah.

Jiey^Mien said...

Kak Nur:
Jiey blk awal sbb Ian x sihat.. Few days before raya.. Hari Sls kot..

Anon:
Dh taktau brp byk dh amik darah.. :-)
Pls refer -> http://kernakasihkita.blogspot.com/2012/05/redha-atau-pasrah-kesakitan-ini-tetap.html

Kak Ieda:
Slmt hari ry.. Maaf zahir batin..
Still sama kak.. On n off demam n seizures still ada. Hari Isnin ada appmntmnt dgn neurologist, tgk la camne nnt..
:-)