Sunday, September 30, 2012

Belasungkawa buat putera dari syurga..

Kami memulakan hari Sabtu seperti biasa. Merangka jadual untuk satu aktiviti lazim. Sang suami akan membawa si anak bujang berterapi, manakala sang isteri di rumah bersama anak perempuan. Berada di rumah untuk upcara mengemas, mengemop, membasuh, menukar cadar, membasuh bilik air dan yang sewaktu dengannya. 
.
Namun satu panggilan telefon telah mengubah hari kami. Telah meninggalkan kesan yang mendalam pada jiwa dan hati kami..
.
"Kak Jiey, tahu tak Aiman kat ICU? Dr kata harapan tipis.." Suara Zura yang tenggelam timbul di hujung talian benar-benar mengundang rasa yang pelbagai. 

Sebaik talian dimatikan, saya mula bercerita pada yang lain. Air mata mula menitis seiring dengan perkhabaran yang diucapkan. Saya tidak tahu mengapa, namun kali ini, air mata ini terlalu murah. 

Mungkin selepas Alanna Qish, saya tidak menyangka akan kehilangan seorang lagi anak syurga daripada keluarga superkids kami.. Sungguh. 

Terus kami bergegas ke wad ICU Hospital Serdang. Dari pagi, hanya setelah jam berada di angka 5 ptg barulah kami dapat menatap wajah anakanda Aiman. Aiman dimasukkan ke wad kerana kesukaran bernafas akibat lemas. Keadaannya sudah teruk sewaktu di bawa ke hospital..

Organ dalaman mulai berhenti berfungsi sedikit demi sedikit. Hati ayahbonda semakin dipagut kepiluan.. Tatkala saya menatap wajah syurga milik Aiman, saya mengerti apabila ibunya berkata dia tidak mahu Aiman terus menanggung kesakitan, namun tidak sanggup pula melepaskannya..

Di luar wad ICU, kami berpelukan sambil menangis, "Macamana Kak Jiey?" Suara serak menahan tangis itu masih terngiang-ngiang. 

"Akak faham bila Ida kata takmau Aiman sakit. Akak pun tak sanggup tengok dia macam tu. Tak mampu. Tapi untuk hilang dia pun tak sanggup. Pergi maksudnya tak ada. Tak ada di mana-mana. Tak boleh peluk. Tak boleh cium. Tak ada lagi.. Seperti kata Ayu.."

Subhanallah. Kesedihan dan kesakitan itu masih jelas tergambar. 

Pagi ini, Aiman atau Muhammad Amar Nazheef, kembali menemui penciptaNya. Pergi yang tidak akan kembali.. Innalillahhiwainnailaihirojiun..

Al-Fatihah buatmu wahai putera syurga. 

Pada sebuah pentas duniawi, banyak kekurangan pada jasadmu. Di usia 4 tahun, kamu masih belum mampu merangkak atau berjalan. Kamu masih belum bisa bercakap atau bermain seperti anak-anak lain. Namun kini, kamu dimuliakan dengan sebuah syurga tanpa sebarang kepayahan. Di sana, pastinya kamu sedang bergembira menikmati indahnya taman firdausi.. 

Berlarilah semahumu anakku, bermainlah seinginmu anakku.. Doakan untuk babah, mama dan adikmu semoga mereka akan dapat bersua denganmu di sana. Di syurgaNya..


Aiman dipangkuan Babah dan Mamanya..

Sering teringat di minda, satu ayat yang pernah diungkapkan oleh Babah Aiman, yang tidak dapat saya lafazkan tanpa titisan air mata dan sebak merajai hati, "Andai airmata seorang ayah mampu menghilangkan segala kesakitan seorang anak, pasti aku akan menangis, walaupun sehingga aku buta.."

Setiap kali mengulangi ayat ini, pasti rasa sebak memenuhi rongga jiwa. 

Kasih tak bersyarat. 
Agung. 
Kasih kerana Allah. 

18 comments:

nad said...

Takziah tuk family adik aiman..al-fatihah..kak jiey..blog ibu aiman nie tak..

mila said...

saya yg bace kisah ni pon dh sebak kak..adik aiman dijanjikan syurga. itu yg pasti..amiin..semoga mak ayh beliau tabah dan redha.

ummisofea... said...

*menitis airmata...

oren said...

takziah utk keluarga adik Aiman...

*sebak*

transformed housewife said...

Innalillahiwainnahirajiun. Al-fatihah utk arwah adik Aiman.

deena said...

Sedihnya saya baca..

Anonymous said...

Innalillahhiwainnailaihirojiun

As salam... Air mata bercucuran non stop... k.na silent reader Jiey... tak pernah tinggalkan comment, tapi kali ini k.na tak boleh berlalu pergi begitu saja.. K.Na juga punye seorang putera syurga; kesibukan kerja adakalanya membuat kan kita lupe nikmat dan rezeki Allah yang mengizinkan kita untuk bersama anak istimewa ini..kita masih berkesempatan untuk memeluk, mencium dan membelai mereka... Al fatihah buat Aiman. Pastinya babah dan mama nya tabah. namun kerinduan yang bakal mereka lalui hanya mereka saja yang tahu...Terima kasih Jiey atas all your entries selama ini. K.Na tak de blog but adakalanya all your entries sama dengan apa yang k.na lalui. Sebab tu k.na jadi one of your silent followers...

Ikhlas,

K.Na
Seremban

Jiji said...

hmmmm

Bonda Ryan said...

Al Fatihah buat keluaga aiman..entry yang membuatkan bonda di pagut sayu.syurga abadi tempat mu nak..salam takziah :(

Hayati said...

sy memang follow blog Jiey..moga Allah beri kekuatan pada Ibu dan Babah Aiman..Allah mengetahui yang terbaik utk hambaNYA..

Hayati said...

Moga Allah beri kekuatan pada Ibu dan Babah Aiman. Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk hambaNYA.

zali azali said...

jiey, sekarang andai aku menangis sampai buta pun...aiman pasti tak hidup kembali....kami akan berusaha menjadi hamba Allah yg taat agak di beri tiket bertemu aiman.....rindu babah ngan mama tak penah pudar...hanya jasad aiman di kebumikan...tapi hatinya masih melekat di hati kami...

hOtMaMa said...

Takziah utk family Aiman..
Sedihnya bila baca entry ni
Al Fatihah.. syurga itu mmg pasti buatnya..

Cyrus Amiera said...

al-fatihah
menitis air mata baca part akhir skali :((

A.I said...

Al~Fatihah utk Anak Syurga...

yatie chomeyl said...

sebaknya baco ni jiey...moga adik aiman menanti ibu n babahnya di syurga kelak, ameen

insan kerdil said...

hidup untuk suatu kehidupan.....

kehidupan yang penuh dengan 'teka teki'.....biar pun ada ketika nya seperti 'tersedia' jawapan....'ternyata' ianya 'terarah' untuk lebih 'persoalan'.....

sehingga kan tiap 'bicara' seperti nya 'sumbang'....tiap 'perilaku' menjadi 'songsang'....

'deria' yang ada seperti sudah hilang 'fungsi nya'...tatkala yang di bicarakan...adalah tentang suatu 'ketentuan'.....

tiada yang dapat 'memujuk'...melainkan percaya....tiada yang dapat 'menguatkan'....melainkan yakin....pada Dia yang Maha Esa....

Dia yang sama sekali tidak akan memungkiri....Dia juga sama sekali tidak akan menzalimi....

semoga dalam Dia memberikan ujian...Dia juga memberikan kekuatan pada tiap hati yang teruji dan diuji....untuk terus percaya dan yakin....pada-Nya yang Maha Mengetahui..Maha Mengasihani....sehingga ke akhir hayat....

al-fatihah....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah....

wallahu'alam....

Anonymous said...

Salam
Dear pn Jie
Baru terbaca blog pn. I want to recommend to you & others untuk mencuba alternative treatment . saya sudah merawat diri saya, ibu saya, anak anak saya mengalami masalah demam panas melampau seperti anak puan....saya merawat diri saya dengan alternative medicine ini sejak 2002. Saya yakin anda mencuba serta memahami scientifically insyaalah you will see how cell cell organ berfungsi dan how using magnagtive wave boleh membunuh perasit & vairus dan to share with you baru kita belajar how to stablise hormon body di mana hormon body will interact withbyour body to heal & prevent vairus misal nya gunakan air silver collider yg dibuat sndiri boleh membunuh vairus demam panas combination with medicine and stabilise body. futher urut saraf & perut also help dstribute the flow energy appropriately to the whole body.(off course you kena cari tukang urut yg pandai dan off course kita kena berurut juga bsru faham apa quality urut....) ini pengalaman saya, saya bersyukur dngan Allah swt dapat kenal dengan alternative medicine dimana menukar perspektif fikiran saya bagaimana mencari penyelesai penyakit bukan satu cara sahaja tapi mencari organ apa yg problem then attack by healing them cari suplement yg meransangkan organ tersbut. Or attack vairus or perasit tersebut sebelum it get worsed or stronger than our body could take. pusat rawatan bioresonanz technique pj office 03-7954 8008
Kalau ada yg minta pandangan pls call me Najib 019 986 3663 saya ni patient alhamdullah saya sekeluarga ....kalau mahu di share dalam phone lagi best. Baru kita value harta yg Allah swt pinjam kita cukup berharga.