Monday, September 10, 2012

Jadual yang penuh~

Sibuk yang tak terkata. Pukul 1230am, baru siap mop satu rumah, basuh baju, dan masak nasi untuk anak-anak esok. Life takde maid memang kelam-kabut. Tapi hati n jiwa tak kacau. :-)

Kalau tidak kerana fikirkan Rayyan Ariff, memang saya tidak mahu berbibik lagi. Lapang sungguh fikiran tanpa bibik. Cuma penat tak terkatalah. Dengan kerja pejabat, dengan kerja rumah, dengan perangai anak bujang yang tak habis dengan tantrums, dengan perangai anak dara yang tak habis nak berdukung jer.. Tapi mungkin nanti kena carik maid jugak. Maklumlah, badan Rayyan Ariff ni lain macam sikit. So, nurseri ni temporary solution je la.. 

One thing for sure, being maidless, kerjasama saya dan En.Hubby lebih daripada biasa. Dia jadi lebih helpful, especially with the kids. Anak-anak pun lebih rapat dengan ayah diorang. Kalau sebelum ni, Rifa Aleesya memang taknak langsung dengan Ayah dia. Now, dah perlahan-lahan nak jadi anak manja ayah.. :-)

Of course la Mama suka. Sebab Abang Rayyan Ariff is Mama's boy. Jealous dengan Adik menggunung tinggi. Adik pulak, pantang tengok Mama jugak. So adegan berebut ni yang buat Mama makin stressed. Abang bila datang jealous dia, memang kasar la.. Sepak, tendang, lempang, semua dia taruk.. Terpekik la kita ni.. Cakap pelan-pelan tak jalan, bila kita marah, laaaagiii member sedih sebab macam kita lebihkan Adik kononnya.. Padahal, dia yang cari pasal. 

So kalau Adik manja dengan ayah, Ok jugak tak? Tapi tu lah.. Mama still jadi rebutan so far..

Nak tengok Mr.Mama? Ni haaa..

Facebooking sambil jaga anak.. Apa sajalah Ayahhhh.. Janji, mama boleh buat kerja.. 
:-)

1 comment:

supermom0978 said...

ohhhh dzayd ada sepasang baju bee tu hehe