Tuesday, September 4, 2012

Puteri hati mama dan ayah~


Kejadian telungkupkan dodol~ 

Dalam kotak doorgift from a wedding, ada container kecik. Dalam container kecik tu ada dodol. Boleh budak kecik comel ni buat projek panjat meja ambik kotak tu and telungkupkan dodol kat atas lantai. Sempat pulak tu makan dua tiga cubit. 

Mama pulak kat dapur panaskan nasi dia n abang. Lesson learnt. Next time kena extra careful. Sungguh tak tahu yang 10 months old baby is capable to do such thing. Sebab Rayyan Ariff dulu, umur 10 bulan masih berbaring dan tahu meniarap sahaja. Head control pun tak ada. 

Berbeza dengan budak taktahu duduk diam ni. Semua benda dia punggah, semua benda dia ambik. Kalau tak puas hati, "Hahhh.. Hahh.. Hahh.." dia marah kita. Kalau nenek nak ambik dia from Mama, "Ahh.. Ah.. Ahhh.." Dia melawan. Beria marah. Macam la kita takut dia.. Mulut bising betul.

We're blessed. Dapat experience both. Besarkan anak tipikal and anak special. :-) 

Lasak memang lasak. Tapi manja pun dia. Tak boleh tinggal langsung. Nak berdukung jer..Ni cubaan nak buka gate dapur sambil nangis sebab nak ikut mama masuk.. Amboiii.. Kecik2 dah nk try bukak safety gate. Kang ada yang pecahkan gelas lagi kang..

Berdiri without support dah makin stabil. Antara nak buat dengan taknak je.. Bergaduh dengan Abang pun boleh tahan even tho dia yang banyak mengalah. Iye lah, mana nak lawan dengan kudrat Abang..

Meriah hidup dengan the RAs ni. Penat yang membahagiakan. Besar cepat-cepat yea nak.. Tolong mama basuh pinggan n kemas rumah. Eh.

Tapi satu, Abang Rayyan Ariff dulu, umur macam ni dah independent pegang botol susu sendiri. Yang ni, memang taknak memang takmau. Rela tak minum daripada kena pegang botol sendiri. Alahai Cik Puteri Rifa Aleesya..

2 comments:

Eliss said...

siap nak bukak safety gate tu :) nanti mungkin pandai panjat :)

Bonda Ryan said...

comelnya kak..macam rayyan jugak muka dia.tapi mmg nmpak agak lasak..mata dia owhhhh!! sangat cantik.bestkan kak ade sepasang dah...bonda ada 4 hero, bila lah nak merasa menjaga dan mgasuh baby girl pulak :)