Wednesday, October 24, 2012

Puteri Rifa Aleesya, kasih Mama paling dalam..

Rayyan Ariff, masih demam. Semalam bagai sukar bernafas, pagi tadi badan panas menggigil-gigil. Itu sahaja update yang ada.

Puteri Rifa Aleesya,

My little diva, kasih Mama paling dalam...

Sebelas bulan bersama kamu, angka 11 yang terlalu pantas berlari.. Terima kasih tuhan di atas anugerah yang tak ternilai ini.

11 bulan, keletah kamu semakin mencuit hati. Sudah pandai bermain dengan Abang Ian dan sudah terror bergaduh dengan Abang Ian.. Sering berebut.. Sudah boleh menurut arahan pendek, give, salam, kiss, sit etc. 


Sibuk bertepuk tampar dengan Abang Ian, main sek-sek-sek-tom-tom-tom.. Paling Mama geram, bila saja semua sedang asyik tengok TV, ada la tangan kecik yang sibuk tukar channel. Bukan pakai remote macam Abang, tapi straight pergi tekan dekat decoder.

Yes, that's how cheeky you are! Bab protes bukan main lagi.. Siap hentak kaki, hempas badan. Sometimes I'm wondering, betul ke Adik ni baru 11 bulan?

Tapi one thing for sure, you are a mini me. Perangai tak jauh, rupa pun ada. Especially part mulut potpetpotpet even tengah main sorang-sorang.
:-)


Adik sekarang dalam fasa meniru. Semua benda nak tiru. Nak keluar bilik, sibuk nak tekan suis lampu sendiri.. Bila orang tengah sibuk jemur baju, dia pun ambik skali penyangkut baju, nak masukkan baju..
Harap-harap, rajin ni sampai ke besar yea Dik..
Bab marah orang pun boleh tahan. Macam real. Macam hape.
Bila tengok kereta, sibuk la sebut car.. car.. car..
Adik, jangan matang sangat. Adik kan baby Mama..

Puteri Mama, Mama harapkan Adik.. Tolong tengok-tengokkan Abang Ian yea..


5 comments:

puteri said...

your last caption sangat terkesan.*tears*

transformed housewife said...

she'll always be your baby eventhough she has grown up a bit.

Unknown said...

masa yang berlari....how the wonderful life....ganbatte....














































Anonymous said...

uiks....tetiba mata berkaca plak

mama_kimey said...

jiey...dh lebih seminggu x update...selalu x mcm ni.

ade ape2 jadi kt ian ke?