Monday, October 22, 2012

Rayyan Ariff, sayang Mama paling dalam..

Rayyan Ariff, sayang Mama paling dalam..


Hari Sabtu, 20 Oktober 2012, Rayyan Ariff ke sesi terapi ditemani Ayah kerana Mama terpaksa bertugas ke luar daerah.

Antara perkataan yang Sarjit ungkapkan buat Rayyan Ariff, Improved dan Amazing. Alhamdulillah..

Namun cerita kegembiraan ini tidak dapat menjadi titik utama. Untuk kesekian kalinya, Mama masih terpaksa mencoret tentang kesakitan kamu.
.
Mulai beberapa hari yang lalu, Rayyan Ariff mula menunjukkan tanda-tanda didatangi selsema. Setelah itu, bayang demam mula menjengah diri. Kemuncaknya, Ahad, 21.10.2012, jam 5 pagi, Mama dikejutkan oleh satu bunyi yang luar biasa.

Bunyi seakan air yang menggelegak, bunyi seakan perut yang berkeroncong. Dalam kepenatan yang teramat kerana baru sahaja tiba dari Taiping malamnya, Mama gagahkan diri untuk bangun dan memeriksa keadaan kamu.

Sumpah, saat itu, keadaan kamu cukup menakutkan Mama. Dengan suhu badan yang tinggi, perut kamu berombak dengan kuat, turun dan naik.. Bagai laut yang bergelombang. Hingus yang pekat likat keluar dari hidung kamu. Mulut kamu mula berbuih. Muka kamu pucat sekali, berserta sedikit kebiruan.

Dalam keadaan Mama sendiri yang kesakitan dek terjatuh sehari sebelumnya, Mama heret kaki menuju ke dapur. Berbekalkan suppository, sebekas air, sterimar dan sehelai tuala kecil, Mama teruskan dengan tugas merawat kamu..

Mama mulakan dengan memasukkan suppository. Dan seterusnya, sterimar. Selepas semburan sterimar diberikan ke dalam hidung kamu, hingus pekat mengalir keluar dengan lebih banyak. Mama lap mulut kamu yang berbuih, dan terus meletakkan kamu ke dalam pangkuan Mama. Dalam keadaan kepala kamu lebih tinggi dari badan, tangan Mama tak henti-henti membasahkan tubuhmu dengan air sambil mulut terkumat-kamit membaca Zikrullah.

Di saat Rayyan Ariff di dalam dakapan Mama, di kala mulut Mama tidak henti memanjatkan doa kepadaNya, terbayang-bayang wajah anakanda Aiman yang pulang ke rahmatullah 3 minggu sebelumnya. Kisah yang sama, keadaan yang sama. Bezanya, Mama Aiman menemukan Aiman dalam keadaan sudah kebiruan kerana lemas yang sudah agak lama. Sedangkan Rayyan Ariff masih diperingkat awal.

Setelah berjaya mengeluarkan hingus dan kahak yang melemaskan tubuh kecil itu, Rayyan Ariff tidak terus kembali pulih. Kamu mula meracau dan menangis. Wallahualam, Mama tidak tahu kenapa. Dalam hiba yang paling dalam, Mama terus memanjatkan doa kepada Dia, tuhan yang maha kaya..

Ya Allah, pinjamkanlah anak ini kepada kami selama yang mungkin Ya Allah.
Ya Allah, katakanlah aku tamak, namun aku benar-benar memerlukan amanah ini Ya Allah

Dalam ratap bersama mata yang mula berkaca, tiba-tiba sahaja Rayyan Ariff 'kembali' dengan mula memberi reaksi.

Alhamdulillah, syukur Ya Allah..
Kuat benar kamu anak..
Dalam sebentar tadi, kami hampir kehilanganmu, dan dalam sekejapan cuma, kamu kembali dalam kepayahan.
Terima kasih Ya Allah.

Rayyan Ariff, 22 Oktober 2012. Masih demam.

12 comments:

Lynn Abd Latib said...

jiey

takutnya baca!
jgnlah melarat2 demamnya.
smg Ian cepat2 sembuh!!

adianiez AIDA said...

Rayyan ariff kuat!
Cepat elok demam ye :-)

Anonymous said...

Rayyan Arif, aunty doakan Rayyan diberikan kesihatan yang berpanjangan. sayang kamu! Anak yg baik dan kuat!! To jiey,saya kagum dengan jiey,ibu yg sangat tabah dan sabar serta super penyayang. semoga Allah merahmati keluargamu.

cik iman said...

ya ALLAh ..kuatnya hati seorang ibu...=)cuba memberi yang terbaik dan termampu..

teacher bonda said...

Tinggi sungguh ketabahan Jiey.. Semoga Ian akan terus berjuang...

Anonymous said...

Ya allah..KAU pinjamkanlah Rayyan Ariff buat selama-lamanya pada kedua ibubapanya dan KAU kuatkanlah anak ini dalam menghadapi segala kesakitan..amin..

Bonda Ryan said...

Alhamdulillah..kabulkan lah permintaan bidadari ini Ya Allah..amin. -nangis -

Suliana said...

ya Allah. sembuhkan rayyan arif.. jiey. kuatkan smgt..

Anonymous said...

semoga abg rayyan ariff cepat sembuh..semoga ibunya terus kuat...Ya Allah semoga semuanya baik2 sahaja..

Cyrus Amiera said...

Ian seorang anak yang sangat kuat!!
ibu doakan kamu nak. insyaallah.
kak jiey, kamu seorang yang sangat tabah. bertuah Ian punya mama seperti ni. syukur alhamdulillah semuanya selamat.

hOtMaMa said...

Istimewanya Rayyan Arif.. setiap kali aunty datang menjengah.. setiap kali tu la mata berkaca bila membaca coretan mama Rayyan tentang pasang surut kesihatan Rayyan.. Semoga Rayyan sentiasa dlm lindungan-Nya dan diberikan kesihatan yg baik..

Ahliacikgukhairul said...

Dear adik Jie, try cuba habbatussauda. Mudahan ianya dpt membantu. (sekarang yg kapsul pun ada utk mudah dimakan)InsyaAllah untuk clearkan selsema, hingus, lendir etc. Moga Allah merahmati adik sekeluarga.