Friday, October 12, 2012

Sumpah, kesakitan itu menghibakan!!

Jumaat, 5 Oktober 2012, walau terpaksa bergelut dengan kerja pejabat yang memeningkan, fikiran sesekali terganggu memikirkan Rayyan Ariff. Cuba untuk keluar seawal mungkin, namun saya hanya berjaya keluar dari pejabat pada jam 730pm. Dengan hujan yang lebat mencurah sebelumnya, lalulintas di lembah Kelang pastinya sesak.. Jam 845 barulah saya tiba di rumah.

Pihak hospital sudah menelefon bertanya, adakah kami akan datang. Tentu sahaja. Cuma pastinya agak lewat sedikit. Setelah membersihkan diri dan bersiap, kami bergerak ke hospital.. 

SDMC @ Wad 453A.. 5 Oktober 2012

6 Oktober 2012

Sepanjang masa, Rayyan Ariff gembira sahaja. Mungkin kerana sudah tiada demam. Tambahan pula, Atuk turun dari Kota Bharu semata-mata untuk menemani cucu tersayang. Gembira bukan kepalanglah anak kecil ini. Bernyanyi dan bergelak ketawa sepanjang waktu... 

Budak yang berpuasa sedari malam. Ditolak ke dewan pembedahan pada jam 930am

Usai segalanya, Rayyan Ariff ditolak kembali ke wad. Masih mengantuk kesan daripada ubat bius yang diberikan.  

Lebih kurang jam 3pm, dia sudah bangun dan mula memberikan reaksi. Pertama kalinya dia memalingkan wajahnya kepada kami, inilah wajah yang kami terpaksa tatap..
.
Sumpah, melihat dirinya yang berlumuran darah dan bibirnya yang bengkak, adalah sangat menghibakan! Sangat2! Sekuat mungkin, saya menahan air mata ini dari jatuh.

Secara total, 8 batang gigi dicabut, beberapa ditampal dan seterusnya keseluruhan bahagian dalam mulut di cuci. Kita yang sudah tua ini pun, sakit yang amat walau hanya mencabut sebatang gigi, apalagi dengan jumlah yang terpaksa dia hadapi!

Petangnya, melihatkan Rayyan Ariff tidak menunjukkan kesan sampingan daripada sedatif dan prosedur yang dilakukan, kami dibenarkan pulang walau pada perancangannya Doktor mahukan kami di sana untuk satu malam lagi bagi tujuan pengawasan.

Di rumah, ianya lebih kepada proses pemulihan untuk Rayyan Ariff. Banyak tidur kesan dari sedatif. Apabila kesat bius semakin hilang, dia mula menangis kesakitan. Sekali lagi, saya menolak hiba di hati sejauh yang mungkin. Demi dia, demi anak. Hadap sahaja segalanya..

Setelah diberikan ubat penahan sakit, dia kelihatan lebih relaks walau sesekali akan memegang pipinya tanda sakit..

Masih tidak ceria..

Masa hanya dihabiskan dengan tidur dan berehat..

Mujur ada Atuk yang setia menenangkan tatkala dia menangis kesakitan.. Kuranglah manjanya bila Atuk ada. Lebih gagah

Malamnya Rayyan Ariff sudah melasak. Begitu juga keesokan harinya. Merangkak ke sana ke mari bagai tiada kesakitan. 

Kami hanya memberikan bubur lembut untuknya sepanjang tempoh itu. Ada sekali, dia minta untuk memakan pisang, sebaik suapan yang ketiga, dia mula menepis tangan ayahnya dan memegang pipinya. Sakit.

Tapi sesuatu yang pasti, tuhan sememangnya memberikan kekuatan yang luar biasa untuk anak-anak syurga ini.. Melihat dia yang mula bermain pada keesokan harinya, membuatkan kami bagai tidak percaya menyaksikannya..

Rayyan Ariff 10.10. 2012

Kalau ditanya hati dan minda, saya mahu biarlah kesakitan ini menjadi siri kesakitan yang terakhir untuknya. Namun apalah yang kami ada melainkan doa dan usaha. Sekiranya sekali atau berkali-kali lagi kami perlu menghadapi situasi sebegini, iaitu menyaksikan kesakitan si anak, satu yang saya pohon dariNya, semoga hati terus kuat dan tabah.

InsyaAllah. 

14 comments:

jie said...

pray a lot for you both...amin

Mummy Sara said...

Salam Ian,

Glad to hear that you are getting better. Mummy will always pray that you'll always be strong.. for yourself, especially for your Mama..

Take care of yourslef, will you?!

Mummy sayang Ian!! Tak lupa pada adik Rifa!!

RieNa said...

basah mata acik bila tgk kekuatan Rayyan. terus gagah rayyan, kamu anak syurga.

AIN NAZRI said...

semoga abg Ian cepat2 sembuh.. nanti leh main dgn adik Rifa nya.. sepanjang pembacaan entry terasa ngilu di cabut 8 gg.. sakitnya..

m@m@yAyA said...

alahai sedih tgok gmbr rayyan yg pnuh drh tue..~
bila ada ank,otomatik perasaan sedeh tue cpt jer nak kua airmata..

tuelh anak2 syurga nie dikurniakan semangat yang super tinggi kak~

Angah said...

maaf kan angah, angah pun tumpang hiba. malu nak suruh jiey bersabar, tapi itu lah yang jiey kena buat...sabar, sabar dan sabar...

transformed housewife said...

insyallah. Jiey harus kuat utk Rayyan.

SITI AISHAH IBRAHIM said...

ALLAH YA ALLAH
sekali lagi air mata ini mengalir apabila membaca kisah kamu wahai anak.Kuat sekali kamu menempuh segalanya.

Walau ummi ini hanya mengenalimu di sini kamu serasa dekat.
Ummi ini mendoakan segala2 yang terbaik buat kamu wahai anak.

Teruslah berjuang wahai anak syurga yang kuat.Ummi ini sayang kamu!!

along said...

subhanallah.. sabar ya.. along doakan semoga rayyan cepat sembuh..

Anonymous said...

kuatnya anak ini... semoga rayyan cepat sihat ye

Mamanurin said...

abang rayyan, ohhh tak sampai nya hati tgk gambar rayyan berlumuran darah tu!!! moga allah terus beri rayyan kekuatan. moga ibu dan abah pun terus kuat

Mrs. Simplicity said...

kuatnya ian.. aunty tak kuat.. :(

Wanie Nasir said...

sumpah,kak jie dan rayyan arif adalah insan yang kuat.bila tgk gambar rayyan dengan mulut berlumuran darah,hati saya macam tersiat2 lantas terus saya palingkan muka.tak sanggup tgk bukan kerana jijik tapi sedih yang teramat...besar sungguh dugaan yang terpaksa dilalui kak jie sekeluarga.kalau saya entahlah..melihat rayyan arif seperti melihat anak sendiri,namun berat mata memandang berat lagi bahu kak jie dan suami memikul..teruskan bertabah dan saya doakan Allah bekalkan kekuatan paling maksima pada kak jie sekeluarga..amin..

Sue said...

kuatnya Ian... good boy!! errr 8 batang gigi mmg sgt2 *tak tau nak kata*.. auntie cabut sebatang je pon rasa nak pitam nak tahan sakitnye tu.... tapi Ian kuat kan.. camtu la budak laki :)

kuat semangat ye jiey... ketabahan n kekuatan serta kesabaran jiey sangat2 memberi dorongan kpd sue dlm menjaga anak2...