Mungkin bukan saya seorang yang merasakan ini, namun tatkala ini, dunia pekerjaan begitu menekan. Kehidupan peribadi juga kelam kabut.
Apabila di dalam kesusahan, lafazkan sahaja:-
Innalillahiwainnailaihirojiun..
Ya Allah, aku redha..
Ya Allha, permudahkan urusan aku dan keluargaku dari segi penjagaan dan kesihatan.. Dari segi pekerjaan dalam kami mencari rezekiMu ya Allah..
Maaf kerana tidak kembali ke laman ini lebih awal.
Pertemuan dengan pakar kanak-kanak minggu lalu, membawa kepada penemuan baru.
Terlebih dahulu, Rayyan Ariff diberikan suntikan antibiotik kerana demamnya sudah lama berlanjutan. Setelah itu, sampel darah dan air kencing di ambil.
Sumpah, dia adalah antara makhluk tuhan yang paling kuat pernah saya jumpa.
Dicucuk, diambil darah, tidak menangis..
Ditampal, dilekatkan urine bag untuk mengambil sample air kencing juga tidak menangis.
Disuntik, diberi antibiotik, juga tidak menangis.
Badan tersentak tatkala jarum dicucuk, tanda terkejut.
Dahi berkerut tatkala jarum ditarik, tanda menahan sakit.
Tiada raungan, tiada air mata..
Anak kuat mama.
Anak syurga mama.

Dia. Rabu, 3.10.2012. Menunggu giliran untuk bertemu Dr. Sofiah
.
.
Recharging with a bottle of milk.. My big baby..
Pakar kanak-kanak mengatakan gusi Rayyan Ariff bengkak dan kemerahan. Seakannya terkena jangkitan kuman. Lantas kami dirujukkan kepada Dr. Mohd Noor, Oral and Maxillofacial Surgeon.
Petangnya, saya menerima panggilan telefon daripada klinik Dr. Sofiah, keputusan ujian darah dan air kencing adalah normal. Jadi pastinya ianya jangkitan kuman. Selain daripada suntikan antibiotik, Rayyan Ariff juga diberi antibiotik untuk diambil selama 3 hari.
Khamis, 4.10.2012. Khusyuk memerhati kanak-kanak di kerusi hadapan bermain dengan iPad. Pelipat tangan masih bertampal plaster kesan daripada prosedur pengambilan darah
Hasil pertemuan dengan Dr. Mohd Noor, dia mencadangkan untuk dilakukan prosedur ke atas Rayyan Ariff. Pastinya di bawah bius penuh aka GA sedation yang mana mereka akn mencuci bahagian mulut yang infected, mencabut mana-mana gigi yang rosak, menampal dan membaiki mana-mana gigi yang perlu.
Selesai proses pre-kemasukan ke wad untuk prosedur yang dijadualkan pada hari Sabtu, 6.10.2012, kami pulang ke rumah dan akan kembali ke hospital keesokan harinya untuk proses admission sebenar. Awal-awal lagi saya sudah menempah single room agar senang kami berkampung. Kerana yang pasti, setiap kali Rayyan Ariff dimasukkan ke wad, Atuknya akan setia menemani. Susahlah mahu menunggu andai berkongsi bilik.
To be continued.
7 comments:
salam mama ian & rifa,
bila baca cerita awak ttg ian, sy rasa kagum sgt sbb awak sgt kuat. Ian jugak anak yg sgt kuat. klu sy mgkin tak kuat nak tempuh semua ni. semoga awak terus kuat utk ian & jgk rifa...
Rayyan pernah alami kesakitan lebih hebat lagi.. Jiey..anakmu sememangnya anak yang kuat semangat.. Ibu sentiasa doakan kamu diberikan kesihatan yang baik Rayyan..Jiey..kuatkan semangatmu..Ina sentiasa berdoa agar segala yang jiey lalui dipermudahkan..Amin...
ALLAH YA ALLAH
Kuatnya anak ini dalam meneruskan perjalanan di dunia ini.Yang pastinya syurga adalah milik kamu wahai anak.
Ummi ini menangis lagi tatkala membaca kisah kamu.
Kamu bertuah mempunyai ibu,ayah dan adik di samping kamu.Semuanya sangat kuat juga seperti kamu.
Semoga Allah selalu melindungi anak syurga ini, Rayyan. Semoga Allah kurangkan sakitnya dan berikan dia kesihatan yang baik
pleaseeeeeeee k.jiey..
jgn mulai entry lepas gambar dengan word
"Dia. Rabu, 3.10.2012. ......"
Sentak jantung kami tau... sesak napasssss macam nak tercabut dan2 tu tau.. stop jantung mak tau... =)
SAYANGGGGGG IANNNNN CUTE kuat2...
tak pernah jumpa tp rasa dekatttt betul di hati..=D
Abg Ian,
Terus kuat ye nak!! Mummy doakan segalanya mudah untuk Ian..
Sayang Ian dan adik Rifa selalu!!
cpt kak continue xsbr nak bace proses seterusnya cmne :-)
Post a Comment