Sunday, November 25, 2012

Sticky entry - Cloth diapering with Bettermoms

Klik SINI.

CLOTH DIAPERING ( WHAT? WHY? WHO? WHEN? HOW? )
FEAT: SMART BABY PULL UP CLOTH DIAPERS



WHAT?

Cloth diapers aka lampin kain moden adalah pengganti kepada disposable diapers or lampin pakai buang dalam era moden kini. Menggunakannya semudah menggunakan lampin pakai buang, dan kelebihannya pula memang banyak.

WHY?

Dari segi kesihatan, ramai ibu bapa beralih kepada lampin kain demi mengelakkan bahaya terdedah kepada bahan kimia yang ada di dalam lampin pakai buang. Antara bahan kimia yang terdapat di dalam lampin pakai buang yang dikhuatiri mempunyai kesan buruk kepada anak-anak adalah seperti dioxin, sodium polyacrylate and TBT, lebih lanjut boleh lihat di web  www.realdiaperassociation.org
Dari segi alam sekitar,  lampin pakai buang  mengambil masa puluhan dan ratusan tahun untuk terurai sepenuhnya, bayangkan berapa banyak sampah dapat dielakkan sekiranya lebih ramai ibu bapa bertukar kepada lampin kain!

Dari segi penjimatan kos dalam sesebuah keluarga, lampin pakai buang adalah antara perbelanjaan yang besar bagi membesarkan seorang anak. Bayangkan anda boleh pakai lampin kain ini dari lahir  sehingga anak dilatih untuk ke tandas, sangat menjimatkan. Mengenai pengiraan kos boleh rujuk di sini: http://bettermoms.blogspot.com/2011/08/calculation-of-cost-effectiveness-of-cd.html

WHO?

Bagi ibu bapa yang mempunyai kesedaran mengenai perkara-perkara seperti yang dinyatakan di atas. Baik yang bekerja atau suri rumah semuanya boleh J

WHEN?

All the time from newborn till potty train :)

HOW?

Ini persoalan yang paling besar, macam mana nak mula?
Pertama sekali, saya ingin mencadangkan pemilihan material yang pada pendapat saya paling bersesuaian untuk cloth diapering adalah bamboo charcoal ( ini adalah pendapat personal dari saya setelah mencuba beberapa jenis cloth diaper)

Warna materialnya greyish macam ni,


Jenis kainnya biasanya fleece. Material bamboo charcoal pada pendapat saya sangat senang untuk menanggalkan stain, mudah diapsuh, mudah kering, tahan lasak, sangat susah naik kulat ( sebenarnya sepanjang saya menggunakannya tiada langsung kulat) . Materialnya juga stay dry menyebabkan bayi tidak merasa kelembapan. Walaubagaimanapun terdapat segelintir kecil bayi berkulit sensitive bolehlah mencuba inner bamboo terry yang lebih 90% kandungannya bamboo organic.

Inner lain yang popular adalah microfleece dan suede, popular kerana harganya lebih murah, jika kulit bayi tidak sensitive tiada masalah menggunakannya.

Jadual penggunaan cloth diapers pula seperti berikut ( sebagai panduan sahaja, boleh disesuaikan mengikut keadaan)

7.oo - 10.oo pg ~ 1cd poket + 1 insert

10.oo - 1.oo ptg ~ 1cd poket + 1 insert

1.oo - 4.oo ptg ~ 1cd poket + 1 insert

4.oo - 7.oo mlm ~ 1cd poket + 1 insert

7.oo - 12 t/mlm ~ 1cd poket + 2 insert

12.oo - 7.oo pg ~ 1cd poket + 2 insert

Jadi jumlah penggunaan dlm sehari 6 cd poket + 8 insert.

Cara penyediaan dan basuh cloth diapers boleh lihat di sini: http://bettermoms.blogspot.com/2012/01/care-for-bamboo-cloth-diapers-1st-time.html

SMART BABY PULL UP CLOTH DIAPERS

Okay, dalam banyak2 banyak cloth diapers di pasaran, Syarikat Bettermoms Enterprise telah membawakan latest design of cloth diapers which is pull up cloth diapers.

Pull up cloth diapers diperkenalkan kerana besifat lebih all rounder, sesuai dari newborn sehingga anak berlatih ke tandas, dan juga mempunyai beberapa fungsi sampingan yang lain:

1. Newborn cloth diapers
2. Normal cloth diapers
3. The pull up cloth diapers
4. Swim diaper
5. Training pants

Rupanya seperti ini:




  

Apa pula ni?



JOM SAMA-SAMA BERJIMAT DAN HIJAUKAN BUMI!!

P/s - The above entry has been published as is. For more information, please click http://bettermoms.blogspot.com  

Saturday, November 24, 2012

Cerita tentang keperluan ke sekolah..

A few weeks back, ada seorang kawan yang bertanya di FB, when would be the right age to send anak to school? Then ramai jugalah yang memberi jawapan dan pandangan masing-masing kat her wall post tu. Saya pun salah soranglah tukang sibuk tu..

What was my answer?

Saya jawab, to me, the year the child turns 3. Macam Rayyan Ariff, lahir tahun 2008, so by 2011, start la sekolah. Sebab start sekolah kan awal tahun aka January, so he was 2 yrs and 7 months old masa dia started skolah. As for Rifa Aleesya, I think that the same thing should apply. She was born in 2011, so she should starts going to school in 2014. Cumanya, she was born in November, so by January 2014, dia baru 2 yrs and 2 months old.

Bunyi macam kecik sangat. Tapi I have my own reason. Sama macam mak-mak lain, kita ni pikir kepentingan anak. Bukanlah suruh masuk sekolah awal-awal sebab nak suruh belajar jadi bijak pandai so that besar-besar jadi jutawan oil and gas (eh, kalau betul pun ok. Aminnnn), tapi adalah reason lain..

Ado sorang mamat ni (i bet he's not even a father), tinggal komen, what the hell is this world turning into? Sending a 2yo to school??

Amboiii.. Waddehell ko! Kahhhhhh.. Nampak sangat you tuju kat I tu.. Hahahaha..

To be honest, if I can be at home all the time, memang I would agree to his statement. Tapi realitinya tak gitu la.. I have to work and we (hubby and I) are equally paying for our monthly commitment and expenses. Lagi best, my company offers unlimited medical benefit kalo nak compare dengan my husband's company yang memang sah-sah ada limit.

So dengan anak yang turun naik keadaan kesihatan ni, ada hati lagi nak resign? Boleh. Tapi habis limit company hencek suami, nahhh.. pergi kau ke hospital gomen sana! Hah, tak perlu nak discuss gomen hospital pn bagus etc. Itu kita cerita lenkali.

Now, on the school going age. Kenapa I started early? Sebab my work memang takde work-life balance. Keje sebeban. Tanggungjawab sepikul. Processing files sendiri dah menimbun, tambah pulak supervisory roles. Belum lagi kerja adhoc. Kalau mak dah balik lambat, kul berapa lagi nak buat aktiviti dengan anak? By the time sampai rumah pun dah penat mental and rasa nak shut down.

So dah la kita tak sempat nak buat aktiviti dengan anak, lagi nak biar budak tu duduk rumah dengan bibik tak buat apa-apa.. Nehi kabhi nehi! So far, Rayyan Ariff suka je bila dapat gi skolah. Terisi, ada aktiviti. Kalau dok rumah, melanguk tak buat apa memang nampak la muka boring. Itu yang kesian gila kalau dia sakit and tak dapat gi skolah.

Kurang-kurangnya, kat school, 2 hari sekali ada physiotherapy, seminggu skali ada OT, ada swimming.. Pastu ada aktiviti tampal-tampal, gunting-gunting, conteng-conteng, nyanyi-nyanyi.. Oh BTW, my son, cikgu dia dok habaq, everytime kelas musik jer, dia la palingggg depannn.. Sebelah cikgu lagi.. Dia pergi sendiri eh. Anak mak bajet retisss you alll..

Yes, dia sekarang dok sibuk "nyanyi" lagu Twinkle-Twinkle Little Star, Wheels on the bus etc.. Siap dengan gaya youuuu.. Mahal kan kemahiran ni? Hahahah.. Tetiap hari mak hajar sampai pandai.. Gi school, teacher pun suka. Nampak tak? Kerja sama mak-mak and cikgu-cikgu di situ.

Kot kalo tak gi school, duduk la kamu di situ nak, tengok sinetron dari pagi bawak ke maknya balik. Bapaknya balik tak jadi apa sebab sibuk tengok sinetron jugak. Alaaa yang kul 630 petang tu..

Lagi pun, sekolah yang untuk umur2 diorang ni, bukannya sekolah yang mendera dari pg bawak ke petang. Macam Rayyan Ariff, 4 jam je pun sehari.. Tu pun selaluuuu la terbabas masuk lambat.. Hahahhahha..

So apa yang hell nya? Kita pikir untuk pembangunan budak. Budak pun enjoy, mak pun senang hati tahu masa ank terisi masa dia takde. Tak gitu? Macam untuk Cik Puteri kita tu nanti, takdelah saya nak cari sekolah yang exam oriented ke apa. I would go for sekolah yang macam playschool. Yang ajar agama skali. So takdelah anak tu rasa dalam hell ke apa.

My prince and his teacher. Sporting teacher dia kan? Tangan Rayyan Ariff tu, actually he's giving flying kiss.. Punyalah happy mak hantar school, bukan setakat lambai bye-bye, bg ciuman terbang ko! Hehehe.. Harap2 adik pun rajin cenggini la dak??
And sometimes, budak-budak ni dengan parents lain, dengan cikgu or org luar lain. Macam Rayyan Ariff, kalo dengan kami, jeritlah or sergahlah dia camne pun, kalo dah taknak buat. Taknak jugak. Kalo buat pun, dalam tangis dalam protes. Bila dalam protes, result pun tak memberangsangkan.

Kalo dengan Sarjit, sekali kena marah tu, huh terkesan ko! Hah, jangan nak kata mak tak strict pulak. Rayyan Ariff kalo nak buat peel, mak hencek jeling n bagi renungan makrifat, dah diam tak bergerak dah. Rifa Aleesya je tak reti lagi. Asyik meraungggg jer. Tunggulah dik, besar sikit, paham la tu dengan pandangan penuh makrifat yang Mama ko akan bagi.. Huahuahua..

So walau apa pun keadaan, setiap orang tu ada alasan diorang tersendiri. Honestly, kalaulah I dont have to work, saya takkan hantar anak ke sekolah at that age. Save monthly fees satu, yang penting, macam2 own program yang I could do with the kids. Macam masa unpaid dulu.. Laaaagi cepat progress pun sebab kita lebih tahu stage anak kita kat mana.Tapi tu lah.. Tuhan belum bagi rezeki for me nak dok rumah all the time. Eh mana la tau, tiba-tiba laki mek jadi jutawan. 24hours mek resign youuuu.. Hahahaha..

Monday, November 19, 2012

Chef Wan in the house!!!

Dah nama Mek memang ada Wan, hatta goreng telur mata kerbau sekalipun, tetaplah air tangan Chef Wan katanya. Kahhhh..

Tapi kan, chef is a person who cooks professionally for others. Prefesional kah kamu?? Hahahaha..

Lately ni, nafsu makan and memasak tu mencanak tinggi.. Hari tu dah pelan2 diet, turun la 2kg. Belom jauh pergi, dah start makan beria balik. Makan yang bila orang tengok, boleh kata, "Ya ampunnnnn.. Kebulur ke gamaknya.."

Cuba bayang, lunch hour tapau nasi kukus and ayam goreng rempah, tambah telur goreng, pastu takleh decide between sirap bandung and sirap limau, angkut dedua! Hahahaha.. Kronik.

Kalau kat rumah pulak, sibuk nak masak. Rajin benar.. Tatau la naper.. Ish, kata dek bibik, "Mengandung agaknya, mahunya anak perempuan lagi ni.." Hoishhhh.. Takde maknanya. Ni adalah gejala PMS. Cravings, chocolate freaks, mood swing. Pergi google di sana. 

Beria gi a few pasar semata nak cari udang galah, tapi sebab hari pun dah meninggi, nan ado rezeki.. Hahaha.. Gitu la tahap cravings yang tinggi, siap menjajah pasar tuh. Ok, ni antara photos yang upload kat Instagram. Sekarang ni dah bukan zaman setiap benda masak nak ambik gambar, setiap benda beli nak upload kat blog. Rasa macam apekahhh?? Hahaha.. So mana yang ada je la kita tempek yea.. Entry kosong tanpa gambar adalah tak best.. 

Ni cerita hari Awal Muharram. Tomyam campur (nampak itu kaki ayam? peberet laki mek tuh), Kailan ikan masin, pari bakar cicah air asam, lala goreng cili n ulaman..

Puding roti kukus in the making. Untuk anak-anak kononnya, tapi mak yang beria melantak. Dah masak tu, tabur chocolate rice.. Terangkatttt.. Takyah nak taruk sos kastard dah ha..

Ni pulak hari sabtu.. Berasap wehh.. Tomyam flavour for him and curry flavour for me.. Complete dengan udang, sotong, sosej, telur, sayur and kaki hayammmm for him.. Hohoho.. Sanggup wehhh tumis bawang pagi-pagi buta...

Hat ni of course la bukan mek buat, ni teringin punya kes jugak la ni.. Dulu ms kat UPM, Marrybrown ni memang la fames ames sebab hat ni je ada dalam kampus.. Dari korang makan mekdi, baik makan hat ni.. Malaysian first fast food franchise business ni.. Since 1980s youu!! Tapi tatau la kot hat ni pun agen israel gak.. ;P

And of course, ada lagi a few hasil tangan yang tak diambil gambar.. Kata makan tak hengat dunia. Memang tak hengatlah nak ambik gambar.. Huehuehue.. Bukan untuk diri sendiri je, untuk anak-anak pun sama beria. Dalam sehari tu, dah masak nasik untuk mika, masak lagi spaghetti or makaroni.. Gitu lah tahap rajin nak masak. Macam semalam, beria keluar lauk-pauk nak masak nasi beriyani, skali tak mendapat sambutan. Dua orang kat rumah tu, husband and maid adalah sakit. So cancel.. Mengaruklah jaga and layan kerenah the RAs sorang-sorang. Haihhhh..

Takpe, kita sambung lagi episod masak-masak pasni. :-)

Akhir kata, Save Gaza! Tak banyak, sikit pun gi lah derma.. Kita makan bukan main sedap lagi kat Mesia nehhh..

Friday, November 16, 2012

Setahun Puteri Rifa Aleesya..

Tiada kata-kata yang dapat saya ucapkan untuk menzahirkan rasa kesyukuran untuk sebuah kelahiran yang sangat saya dan suami dambakan ini. Setiap kali ciuman kasih singgah ke pipinya, pasti bibir akan mengucapkan kalimah Alhamdulillah di atas nikmatNya. Spontan. Sehingga kini.

Tanpa sedar, 365 hari sudah berlalu semenjak kelahiran puteri hati kami, Rifa Aleesya. Keletahnya, senyumannya, gelak tawanya, adalah segalanya bagi kami. Bahagia yang jitu. Bahagia yang hakiki. Semoga kebahagiaan dan kemanisan ini menjadi pinjaman kami selama yang mungkin.. Aminnn..
.
Sewaktu kali pertama mengumumkan kehadiran sang puteri di laman Kerna Kasih Kita, saya berniat mahu membalas setiap satunya ucap selamat dan tahniah. Setiap satu secara individual. Sebagai tanda penghargaan yang tak terhingga. Namun kesakitan menghalang. Seterusnya, kelam kabut pula dengan ruang waktu yang bagaikan tidak pernah mencukupi. 
.
Maka di kesempatan ini, ingin saya rakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih untuk setiap satunya ucapan selamat yang dititipkan oleh rakan-rakan pada entri ini dan juga entri-entri selepasnya. Terima kasih. 

Dan puteri kecil yang Mama susukan buat kali pertamanya pada 1 November 2011, sudah berusia setahun pada tarikh 1 November 2012. Dalam kesibukan bekerja dan kepenatan menghadapi kesakitan, kami adakan juga majlis kecil-kecilan bagi meraikan cinta hati kami ini. Sederhana namun meriah dengan kehadiran kaum keluarga di teratak ayahbonda di Kota Bharu, lewat sehari dari tarikh hari lahirnya, 2 November 2012.
.
Alhamdulillah.. Segalanya tersusun..
.
One year old Adik Puteri..

Yea, yea, legging dgn dress tak masuk gitu.. Dah katanya ad-hoc party, sambar je apa yg ada.. Flowery tight ada kat KL, tak bawak balik..

My cheeky princess.. :-)

Menu yang simple - Kue teow goreng, nasi goreng cina, nasi goreng kampung, chicken wing, chicken nugget, creampuff, tembikai dan kek..
Puteri yang cranky.. Mengantuk.. So as usual, Mama yang blow candle and Mama jugak yang potong kek..

Nenek tidak mahu melepaskan peluang bergambar dengan cucu kesayangannya.. Kalau ditanya, keduanya pun sayang. Tapi Rayyan Ariff cucu Atuk dan Rifa Aleesya adalah cucu nenek.. :-)

Puteri yang sleepy..

Cuba bergambar dengan Abang, tapi Adik tak mahu cooperate..

Abang Rayyan dan his favourite sister, Kak Sofea Dalila. Adik Harith is also his favourite. Dari jauh meluru ke arah Adik Harith, ingatkan ank buat apa, rupanya nak kiss Adik Harith yang tengah tidur before majlis berlangsung.. Amboiii, adik orang ko sayang-sayang, adik sendiri ko lepuk-lepuk.. Hahahha

Tertib tunggu Kak Sofea makan.. :-)

Jemput makan..

Atuk dan pakcik kesayangan! Pakcik saya aka Ayah Lah ni penuh jenaka orangnya.

2011 babies.. Muhammad Harith and Puteri Rifa Aleesya..
Puteri mama.. Selamanya.

Doorgift untuk peringkat umur veteran - tasbih dan yassin

Doorgift untuk kanak-kanak - air ribena, jajan dan kek

Sebelum majlis sambutan hari lahir berlangsung, kami mulakan dengan solat sunat hajat bagi mendoakan kesejahteraan kedua anakanda, Rayyan Ariff terutamanya yang kala itu masih tidak sihat..

12 purnama, Puteri Rifa Aleesya Binti Tuan Alimin.. 

Itu sahaja kisah sambutan hari lahir sang puteri.. Mind the photos. Dalam disk elok jer.. Bila upload kat sini, jadi berbelak-belak.. =P

Tuesday, November 13, 2012

Jiwa kacau tapi bukan mental~

Fuhhh.. title dah ala-ala Vokal punya tagline. Vokal bukan sekadar rupa~
hehehheheh..

Apa la yang dijiwakacaukan eh? *hamboiii.. dijiwakacaukan tuh. tak menahan*

Bila sesuatu yang kita inginkan nampak macam tak lurus dan mudah, mulalah feeling menggelegak kononnya jiwa kacau. Gitulah. Kata manusia. Tahu je, ubat paling mudah adalah solat, quran dan doa je. Tapi macam biasa la.. Punya la liat nak bangun solat hajat sekarang ni.. Penangan dak Rifa Aleesya la ni.. Umo dah setahun tapi still bangun nyusu memalam. Tak larat dah nak bangun dua tiga kali.. Bila la tabiat tu nak abis..

Apa sebenarnya yang jadi punca? A few things. Nak citer pun payah. Bukan payah, malas sebenarnya. Malas nak menaip karang ayat. Letih jiwa. Takde napsu. Sama la dengan entri birthday cik puteri, tertangguh sampai la.. Haihhhhh..

Kalaulah ada duit sajutha dalam mebenk, harus mak brenti keje 24hrs menggulung dalam selimut dengan anak-anak kat rumah. Wakakaka.. Sodappp... Macam ni ha.. 

Berguling-guling youuuu..

Set-set akauntan dok kira duit.. Jauh lagi ni nak cukup sajuta ni mama.. saratus ribu pun nan hado nehh.. ekekeke..

Tapi tu la, saya percaya, di mana ada kemahuan, di situ ada highway.. eh, jalannn..
Di mana ada kesungguhan, di situ pasti ada laluan. 
Meh kita usaha kuat lagi dan lagi dan lagi dan lagi.

5 perkara utama kita selesaikan berdikit-dikit. 
Rayyan Ariff. 
Maid.
Masa.
Kerja.
Rumah. 

Rasanya semua di atas bukanlah isu besar, tapi bila keinginan tu berlebih, gitu la.. Hahahaha.. Apa pun, usaha kena kuat. Especially hok yang first tu.. 

Rayyan Ariff, bila dunia kata mustahil, Mama cuma boleh kata InsyaAllah.
Hati tisu tapi jiwa besar... That's me! 

XOXO,
Love, J!

Publish.

Monday, November 12, 2012

Kaki gayut~

Mood untuk entri panjang-panjang belum datang.
Gitu la, bila perasaan ni pasang surut..
Agak jiwa kacau di situ..
Takpe la.. Serah kat Allah SWT. Yea dak??

Semalam balik umah PIL. Ada makan-makan sikit.
Pastu biasalah, drama sana sini..
Yang Abang, melasak sana sini. Part paling best, ambik gagang telefon and ketuk TV..
Hadoiii la anak.. Pecah TV Atuk and Wan tu karang, nak ganti??

Yang Adik, kaki gayut.. Pantang Mama berdiri..
Tangis syahdu gitu..



Tukang bergayut kat paha Mama.. Hahahah..

Adik, kita kan dah selalu bincang. Kalau mama bawak Adik gi mana-mana, mesti la Mama bawak Adik balik sekali. Takkanlah nak tinggal.. Adik ingat Adik sorang je ke takleh Mama takde? Mama lagiiiii la takleh kalau Adik takde. Dah, sapu air mata tu.. Tak perlu nak gayut-gayut eh..

Entri apa ni? Entri jiwa kacau.
Pftttt~

Sunday, November 11, 2012

Selamat datang Yasier Naufal..

Ok, entri hari lahir Puteri Rifa Aleesya masih tertunda. Later ehh..


Kisah hari Sabtu sementara masih panas dahulu.. Keluar rumah lebih kurang jam 12pm, terus ke Ara Damansara untuk sesi terapi pertuturan dan fisioterapi. Jam 345pm, selesai di hospital. Setelah berbincang, kata sepakat diambil, jom kita tengok Baby Naufal! Dah 26 hari bertangguh. Dengan cerita outstation, dengan kisah Rayyan Ariff sakit, asyik tak menjadi.. So alang-alang, kali ini kita redah sahajalah.

Sambil tunggu Abang sambil  makan.. Sekarang ni, sibuk nak makan sendiri.. Sepah tahap apa entah.. Kalo tak ikutkan, menangis meraung.. Bingitlah Dik!

Hadiah pula elok tinggal di rumah. Maklumlah, di luar perancangan.. En. Hubby membebel-bebel kenapa tak di bawa? Amboiiii.. Takkanlah nak diusung ke hulu ke hilir.. Takpelah Bang, jalan mudah, bagi duit sahaja walaupun sangat tak personalize.. Hehehehe.. Sorry Naufal.. Next time eh..

Perut berkeroncong. Singgah makan dahulu. Paling mudah, nasi ayam.. Semenjak Rayyan Ariff sudah menerima nasi keras ni, makan di mana-mana tidak lagi menjadi masalah. Kalau di rumah pun, bila-bila mama malas memasak, nasi panas-panas dengan kicap dan ikan goreng dah mencukupi. Berbanding dahulu, semestinya bubur sahaja.. Syukur Alhamdulillah di atas setiap satu perkembangan putera mama.. 

Kami jarang makan di luar semenjak beranak dua ni.. Salute lah orang yang mampu. Kami tidaklah, agak kelam kabut di situ. Macam tadi, ayahnya makan, Rifa Aleesya di dukungan saya, sambil sebelah lagi tangan menyuap Rayyan Ariff dan adiknya, bergilir-gilir. Dalam pada itu, berjaga-jaga agar Rifa Aleesya tidak mencapai barang-barang di hadapan. Elok ayahnya siap, dia pula melayan Rayyan Ariff sambil saya makan laju-laju, dalam keadaan berjaga-jaga sebab si Adik sibuk nak mencapai pinggan dan mangkuk sup.. Tidak suka suasana sebegitu. 

Paling best, bila ayah ke kaunter pembayaran, Rayyan Ariff menolak meja dengan sekuat hati sambil tertawa. Main-main kononnya. Nasib baiklah sempat saya pegang. Kalau tidak, berteraburlah pinggan mangkuk ke lantai jawabnya.. So senang cerita, makan saja di rumah. Tadi pun, kalau diikutkan, saya cuma meminta hubby belikan burger. Senang, makan di dalam kereta. Tapi lapar katanya, mahukan nasi.. Ikutkan sahajalah. 



Jangan tanya carseat budak ni.. Memang tahap disiplin lain sket dengan Abang dia.. Dulu pelik bila parents tak strap anak elok2 dalam carseat. Now kena kat batang hidung sendiri, baru la paham.. Meraung-raung kat dalam carseat dari dulu sampai sekarang.. Paling best, un-buckle sendiri.. 

Cabaran besarkan anak tipikal dan istimewa ni lain sket. Rayyan Ariff umur-umur gini obedient yang amat.. Dapat kat dia, semua dia challenge. Semua nak ikut cara dia. Mana yang OK, kita layanlah. Mana yang KO, haaa.. Takde maknanya Mama nak ikut. Rasanya, cabaran membesarkan manusia lain itu bermula bila ada budak kecik ni.. =P

Untungkan kami? Dapat peluang rasa dua pengalaman berbeza.. Besarkan anak tipikal dan istimewa. Alhamdulillah..

Sampai rumah Ina, bagaikan berjanji, dapat jumpa family Ita dan Ieyda. Walaupun tak semua family superkids ada, tapi cukuplah untuk melampias rindu. Kali terakhir bersua, semasa kami sama-sama menemani anakanda Aiman di ICU Hospital Serdang. Sudah lebih 40 hari semenjak pemergian anakanda Aiman.. 

Sayu betul melihatkan Ieyda dan Zali. Melihatkan Aina Nasuha, adiknya Aiman. :-(
Kali pertama kami berkumpul, tanpa Aiman. 
Sedih.

Untuk setiap pertemuan, jarang kami kumpulkan anak-anak ini untuk diambil gambar. Terasa rugi benar. Maka kali ini, saya minta dihimpunkan anak-anak ini untuk diambil gambar. 
Kenang-kenangan. 

Yang dirai, Yasier Naufal.. :-)

Rayyan Ariff, Rifa Aleesya, Aina Nasuha, Alisya Qaireen, Yasier Naufal dan Yasmin Nabilah. Aina menangis tanda protes, tidak mahu berfoto.. :P
Kalaulah ada Aiman, pasti Aina tidak menangiskan? Al-Fatihah untukmu anakku.

Khusyuk Rifa Aleesya memandang baby Naufal.. Ohh baru perasan, Adik Rifa dan Kakak Nabilah sedondonlah!

Kali pertama memangku Yasier Naufal, Rifa Aleesya mendekati saya dengan penuh keterujaan. Berkali-kali Baby Naufal dicium sambil berbicara bahasa bayinya. Comel.. Hahahhahaha.. Rayyan Ariff juga sama. Bukan setakat dicium, dijilat sekali Baby Naufal. Hahahhahaha..

Kedua-dua nampak macam sedia untuk beradik.. Hahahhaha.. Mungkin tidak. Mama dan ayah masih belum mampu dari segi masa dan emosi.. ;P

Walau sekejap, puas betul dapat bertemu dengan teman-teman sekasut ini. Dan pastinya, mula merindui bau bayi pada Yasier Naufal. Yang ada pada Rifa Aleesya adalah bauan peluh masam-masam manis habuan dari melasak. Hahahhaha.. Tiada lagi bayi pada Puteri Rifa Aleesya yang makin membesar.. :-)

Yasier Naufal, selamat datang! Jadi anak yang soleh dan membanggakan yea.. Pada bahumu, tersandar harapan yang menggunung. Ina dan Zul, congrats proud parents! Selamat datang sleepless night!
=P

Monday, November 5, 2012

Menyepi dan keprihatinan~

Lama rasanya tidak singgah di sini. Terima kasih buat yang sudi bertanya khabar. Be it through emails, comments or SMS. Random kindness. Kita tidak pernah bersua muka, namun rasa kasih itu sampai. Rasa prihatin itu dekat. Sangat-sangat menghargainya. Terima kasih sekali lagi.

Ke mana menghilang? Sebetulnya, saya bertugas di luar daerah. Kali ini, berpeluang pulang ke kampung halaman sendiri. Alhamdulillah.. Sempat jugalah berhari raya Aidil Adha di sana. Sesuatu yang sudah lama rasanya tidak dilakukan. :-)

Banyak yang ingin dikongsi. Hmmm..

Rayyan Ariff dan Rifa Aleesya sudah saya hantar pulang sedari hari Selasa, 23 Oktober 2012. Kerana keadaan kesihatan Rayyan Ariff yang tidak memungkinkan dia ke sekolah mahu pun ke nurseri, terpaksalah kami meminta adik saya datang menjemput mereka berdua dahulu. Di sana, ada Atuk, Nenek dan adik-adik untuk menjaga mereka.

Saya dan En.Hubby pula hanya dapat pulang pada hari Khamis, 25 Oktober 2012. Jalanraya padat dan sesak. Merasalah perjalanan 12 jam ke pantai timur.. Ada baiknya juga kami mengikuti jalan melalui Cameron Highland - Gua Musang, walaupun jaraknya jauh, tidaklah sampai tidak bergerak..

Panjang beratur..

Kemeriahan hari raya haji memang terasa. Anak-anak juga berpeluang menyaksikan lembu disembelih. Rifa Aleesya juga nampaknya teruja melihat ayam itik di kampung. Tapi sayangnya, kemeriahan sedikit tercalar dengan kesakitan.

Scary pulak tengok ehh.. Kecikkan sikit gambar.. ;P

Cerita tentang demam Rayyan Ariff, agak teruk sebenarnya. Sebetulnya sudah agak kebah pada hari raya. Namun sebaik saya meninggalkan anak itu untuk bertugas di Gua Musang pada hari Ahad, 28 Oktober 2012, demamnya datang kembali dan lebih teruk berbanding sebelumnya. Sementelah ayahnya juga sudah pulang ke Kuala Lumpur.

Menggigil, sukar bernafas, lembik sahaja sepanjang waktu.. Selera makan pun hilang. Uphamol tidak mampu bertahan melebihi 4 jam. Ada waktu, kurang daripada itu. Setiap kali diberikan ubat, lambat juga barulah suhu turun. Mahu tidak mahu, sponging sahajalah jawabnya.

Signing 'peace' dalam demam.. Yes, he's such a strong boy!

Hari Isnin 29 Oktober 2012 dan seterusnya, saya sudah di Kota Bharu. Penat rasanya badan apabila siang harinya bekerja, dan malam pula berjaga untuk anak-anak. Bukan sahaja Rayyan Ariff demam, Rifa Aleesya pula mengalami cirit-birit yang agak teruk. Berlarutan sehingga sekarang walau tidak lagi seteruk dulu. Kasihan betul melihat dia yang meraung-raung setiap kali mahu ditukar lampin ataupun terkena air, bahana punggung yang melecet.

Jam 1am. Bangun main-main bila Mama tukarkan diaper.. Sleepy!!

Hari Khamis, 1 November 2012, tugas rasmi sebagai pekerja sudah tamat. Namun ianya tidak bermakna saya dapat berehat. Demi anak-anak, dengan badan yang masih penat, bertemujanji pula dengan pakar kanak-kanak di KPJ, Pakar Perdana, Kota Bharu. Masa yang diambil agak lama kerana doktor yang biasa kami temui bercuti menunaikan haji.

Banyak soalan yang ditanya oleh doktor ganti yang kami temui itu berkenaan kisah dan kebolehan Rayyan Ariff. Mungkin kerana dia juga mempunyai ahli keluarga dengan kondisi yang sama, bezanya, anak itu OKU terlantar.

Saya hanya tersenyum apabila dia mengatakan keadaan Rayyan Ariff dan saudaranya berlainan kerana saudaranya itu punya terlalu sedikit sel otak saat dilahirkan. Betapa. Kalaulah dia melihat keputusan ujian MRI saat dilahirkan, pastinya dia tidak beranggapan begitu. Saya tahu, untuk kes seperti Rayyan Ariff, kebanyakan mereka adalah OKU terlantar. Seperti kebanyakan doktor yang mengenali Rayyan Ariff sedari awal, pastinya akan berkata, "I didnt expect him to move this much.."

Yea, pada dasarnya, selayaknya dia juga OKU terlantar kalau dilihatkan keadaannya dahulu. Mungkin ini rezeki Allah untuk dia. Mungkin juga ini ujian Allah untuk kami. Untuk lebih memahami konsep ketuhanan dan keagunganNya. Wallahualam. 

Hari Jumaat, 2 November 2012, Mr. Hubby tiba dari KL bagi menjemput kami. Keesokannya, Sabtu 3 November 2012, terus sahaja kami bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Sebaik tiba di rumah, Rayyan Ariff yang kebiasaannya melepek, tiba-tiba sahaja kembali bersemangat meneroka. Demam rindukan rumah mungkin.. ;P

Namun malangnya, semalam, hari Ahad 4 November, tuan puteri kecil molek kita ni pula yang demam. Suhu semalam, 39.4! Terus sahaja kami ke klinik walau jam sudah menunjukkan pukul 10pm.  

Puteri mama yang masih demam.. Cepat baik yea nak..

Rayyan Ariff pagi tadi. Masih direhatkan daripada bersekolah.

Kalau dilihatkan jadual minggu lalu, memang padat. Mengimbas sahaja sudah penat melihatnya, apalagi berada di dalam situasi itu. Memang tiada ruang untuk berbelog.. Semoga lebih banyak hari yang tenang pada masa akan datang.. :-)

Next entry, sambutan ulangtahun Cik Puteri Rifa Aleesya!