Monday, December 10, 2012

Saya seorang ibu dan saya juga seorang anak. ;-)

Betul bagai di kata, ruang waktu sangat terhad untuk saya melakar sesuatu di ruangan ini.. Beberapa kali saya kembali ke sini untuk menulis, namun gagal. Sibuk benar. Banyak kisah yang tertangguh, yang mana saya sendiri tidak pasti apakah akan terlakar memori itu di sini. 

Minggu yang lalu, adalah minggu yang sedikit hectic. Memandangkan beberapa kesulitan, saya mengambil keputusan untuk menghabiskan cuti tahunan yang masih bersisa untuk menguruskan anak-anak sementara menantikan kedatangan bibik yang berpergian selama seminggu. 

Terlebih dahulu, saya membuat perancangan untuk membawa Rayyan Ariff berterapi setiap hari sepanjang hari yang mana saya bercuti itu. Alang-alang bercuti, biarlah bermanfaat. Sedari awal saya menghubungi Sarjit untuk menetapkan temujanji bagi hari Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat sebelum diikuti rutin hari Sabtu kami. Hari Rabu pula, saya terpaksa ke pejabat kerana perlu menghadiri satu kursus wajib.

Persediaan pertama untuk menguruskan kedua anak ini adalah carseat! Berdebar juga mengenangkan Rifa Aleesya yang tidak pernah mahu duduk di carseat. Beli jugalah walau sekadar mencuba. Tawakal. Rayyan Ariff juga sama. Saya sudah lupa bila kali terakhir dia duduk di carseat. Mahukah lagikah dia? Sekali lagi, tawakal sahajalah.

Testing carseat baru. Mata sibuk di TV, tangan asyik buat 'peace'..

Semenjak makin besar ini, Rayyan Ariff saya biasakan duduk sendiri di kerusi hadapan dan saya pasangkan sahaja seatbelt biasa padanya. Tidak lagi didudukkan di dalam carseat. Namun kali ini, perancangannya saya mahu kedua mereka diletakkan di tempat duduk belakang manakala saya pula memandu di hadapan. Kerna itulah saya perlu meletakkan mereka berdua di dalam carseat. Bimbang pula tergolek nanti..

Cubaan pertama. Ke fisioterapi di Damansara dari Ampang. Kedua-duanya pun protes.. Yang kecik sedang memikirkan cara mahu meloloskan diri.. ;P

Kerana kelam kabut dan tidak tahu cara mengeluarkan seatbelt dari bawah kusyen kereta, saya terpaksa letakkan sorang di depan, sorang lagi di belakang. Dalam keadaan ini, si Abanglah harus beralah kerana Adik pastinya akan meraung kerana ini kali pertama dia di carseat secara total. Lagi pula,si Adik ini sememangnya terlebih drama queen..

Permulaan yang tenang...

 Dia sudah mulaaaa...

Ditenangkan dengan biskut.. ;P

Bertemujanji dengan Sarjit membolehkan kami berbincang beberapa perkara mengenai Rayyan Ariff. Hmmm.. Nantilah, jika ada masa, akan cuba saya kongsikan.. Semoga segala kebaikan berpihak kepada Rayyan Ariff. 

Ini antara gelagat diva kecil saya sewaktu menunggu Abangnya melakukan fisioterapi. Memang seronok melayan keletah diva kecil ini yang menjadikan segalanya kelihatan comel dan menenangkan.. ;-P

Sangat seronok apabila saya berkesempatan menguruskan anak-anak sendiri. Terasa seperti zaman-zaman unpaid dahulu kala pula. Di rumah juga hanya kami. Tiada kehadiran orang ketiga. Kan bagus kalau selamanya begini? Wallahualam. Entah bila impian yang satu ini akan terlaksana. Mahu kehidupan yang selesa dan senang walau tidak bekerja, mahu masa yang tiada had bersama keluarga tercinta. Hmmmm,, Mungkinkah? In Shaa Allah. 

Menguruskan dua anak memang memenatkan. Keduanya bangun tidur seawal jam 630am.. Sesudah diberi susu, sarapan pagi, dimandikan, bersiap dan bermain-main sebentar, si Adik akan kembali terlena sehingga jam 11 pagi atau 12 tengahari. Setelah si Adik bangun, si Abang pula yang sibuk mahu beradu. Manalah dapat hendak ber online bagai.. Masa anak-anak tidurlah mahu dikejar membuat seribu satu kerja rumah. Kerana mereka juga tidur bersilih ganti, maknanya tiada juga ruang untuk mamanya melelapkan mata ber afternoon nap.. >_<

Melayan si kecil bermain sambil menonton rancangan kegemarannya.. Priceless momento!

Saya seorang ibu dan saya sukakan tugas ini. 
Penat, namun membahagiakan. 

Hari Rabu yang mana saya perlu berkursus, anak-anak saya hantar ke rumah Atuk dan Nenek mereka di  Rawang.. Tengoklah si Adik yang tertidur, maklumlah, jam 645am sudah keluar rumah. Ampang-Rawang-Damansara-Rawang-Ampang dalam masa sehari memang memenatkan!

Apa pula cerita saya seorang anak?? Ohhh.. Ayah saya sakit. Dalam keadaan 'sesak' kerana baru sahaja mengeluarkan sejumlah wang (yang pada kami cukup besar nilainya!), kepada agensi pembantu rumah, kami pejamkan mata sahaja untuk membeli tiket penerbangan untuk pulang ke kampung..


Putera, puteri dan FIL. Kali pertama Rayyan Ariff menaiki pesawat dan kali ke 5 buat Rifa Aleesya. Tidak adil di situ. Namun semuanya kerana kegusaran saya pada alat yang tertanam pada Rayyan Ariff. Takut tekanan yang kuat akan memberi kesan. Puas bertanya pada doktornya dan Alhamdulillah, dia baik-baik sahaja. 

Oh, apabila pembelian dilakukan pada saat-saat akhir, terbang jugalah wang hampir RM1k untuk pembayaran tiket bagi satu keluarga. Sayang memang sayang, namun untuk memandu adalah sesuatu yang memenatkan dan tidak praktikal kerana kami hanya pulang untuk tempoh yang singkat. Sangat-sangat singkat.

Tidak mengapalah. Pengorbanan Abah lebih besar untuk nilai sebegitu.

Alhamdulillah, dengan kepulangan semua anak-anak dan cucu-cucunya, keadaan Abah bertambah baik. Selera makan juga meningkat. Hari pertama, saya belikan Abah Nasi Sumatera di kedai kegemaran Abah di Panji. Walau tidaklah habis sebungkus, namun cukuplah jadi pengalas perut yang mana sebelumnya, hanya sekeping roti yang dijamah dalam tempoh sehari suntuk.. Hari kedua, adik lelaki saya pula membawa Abah makan Nasi Ceti yang saya sendiri tidak tahu di mana.

Nanti saya kongsikan tentang Abah di lain entri.

Yang pasti, setiap kepulangan ke kampung pastinya merupakan satu kepulangan yang superb dan menggembirakan! Apa lagi negeri Cik Siti Wan Kembang ini memang terkenal dengan pilihan makanan yang super sedap dengan harganya yang sangat murah.. ;-P

Gemuk. Gemuk. Gemuk. Kalori. Kalori. Kalori. Kolesterol. Kolesterol. Kolesterol. Hahahahha...

Udang galah sebesar tapak tangan saya. Menurut Abah, dia boleh dapatkan yang lebih besar.. Oohhh tidak mengapalah Abah.. Ini pun sudah lebih dari cukup.. Masha Allah, isinya manis dan sedapppppp!!!

Selain manggis dan rambutan, kami juga berpesta durian dan dokong.. Yang lebih best, sangat puas menikmati hasil dari kebun sendiri.. Buahnya sedapppp dan manisss..

Oh, Cik Puteri Rifa Aleesya kita juga penggemar durian.. Antara manggis, dokong dan rambutan, pastinya dia akan menuding kepada durian apabila disuruh memilih. Hahahaa.. Comel... Honestly, tak beranilah mahu diberi banyak.. Sikit-sikit dahulu.. ;-)

Seawal jam 645am.. Muka relaks sahaja.. ;-)

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra - Cik Puteri yang pantang tengok kamera.. Pasti tersengih panjang.

Ohhh... penat juga menguruskan kedua-dua anak ini sewaktu menaiki pesawat. Nama pun AirAsia, jauhhhhnya perlu berjalan. Dengan hand luggage, dengan handbag, dengan beg susu, dan pastinya, dengan the 2 RAs.. Ayah dukung Abang, Mama dukung Adik... Penattttt.. *lap peluh*

Itu cerita minggu lalu. 

Till then.

6 comments:

makhana said...

besaq nya udanggggg=)...rifa comel..rayyan hensem =)

Noina said...

Jiey,ina dah mula terasa heatic uruskan 2 budak ni pas sorang,sorang. Huh!! Mmg lap peluh. Hihi. Tapi mmg heaven dok rumah:)

mila said...

anugerah Ilahi..sgt comel yg gurl tu..senyum je ble pndg kamera.pndi posing.moga dia dpt jaga abgnya ble dh besar nt..

semoga abah akk cepat sembuh yer..

besar gile udang tu perghh mmg mkn sekor pon dh knyg hihi..

shaliza said...

Baca nya pun dah penat..hehehehe
Harap abah beransur sembuh:-)

MyFreeMinded said...

seronoknya baca n3 ni.. penuh dengan emosi dan yg pasti it seems like, banyak cerita nk share dan nak abiskan dlm secepat yg mungkin... saya pun suka gak jadi seorang ibu walau pun mulut saya kuat mengomel.. :)

Eray Majid said...

sukenya tgk both RA, comel sangat.

punya impian jugak utk jadi ibu sepenuh masa..duduk rumah..24 jam dengan anak2

memang penat, tapi berbaloi....nak masuk wishlist 2013 lah