Saturday, January 26, 2013

Cerita sedikit, cerita berbukit..

Kaku rasanya untuk menulis di ruangan ini setelah beberapa ketika berdiam. Tidaklah begitu lama rasanya, namun berbanding dahulu memang kurang sangat kan? Masih adakah yang sudi menjenguk?? ;-)

Banyak rasanya mahu bercerita. Maklumlah, cerita yang sedikit apabila dikumpul, berbukit juga jadinya..  Mulakan dengan cerita bibik baru. Sudah sampai. Ok-ok sahaja. Tidaklah tip top. Tidak mengapalah, belajar bersyukur. Selagi bisa dilentur, tidak kisahlah. Namun dia masih belum rasi dengan anak-anak, terutamanya Rifa Aleesya. Harap-harapnya Ok lah nanti..

Dalam perjalanan menjemput nenek yang bertugas menjaga cucu-cucu sementara ketibaan bibik baru tempoh hari..

Cerita tentang kami suami-isteri. En.Hubby memulakan rekod bermalam di hospital pada tahun ini. Admitted kerana beberapa isu kesihatan yang berpunca dari amalan pemakanan dan kurang bersenam.. Hehehehe.. So sekarang, moh kita jaga kesihatan!

The RAs @ Pusrawi. 

Atas dasar kesedaran, saya juga berazam mahu menjaga amalan pemakanan. Mahu bersenam agar lebih fit. Untuk diri sendiri dan keluarga. Bagi merealisasikan azam yang satu ini, saya mula ke gym. Gym di pejabat sahaja, 

Sepanjang 7 tahun setengah berkhidmat di Suruhanjaya, ini adalah kali kedua saya menjejakkan kaki ke gym yang disediakan buat kakitangan. Harap-harap bukan hangat-hangat tahi ayam lah.

Seterusnya dari segi kerjaya. Walau beban kerja tidak pernah berkurang dan beberapa perubahan yang menyedihkan berlaku, namun saya bersyukur di atas setiap limpahan rezeki dariNya. Rezeki bonus dan increment adalah salah satunya. 

Tanggal 13.12.12, secara suka-suka saya dan teman sepejabat berkunjung ke pusat jualan Mitsubishi pada waktu rehat tengahari. Sempatlah kerana jaraknya tidak jauh dari pejabat kami. Tujuan kunjungan? ohhh, I've been eyeing the cutie Mitsubishi Mirage wayyyy before the commercial ad comes alive. 

Saya kan kaki kereta. Muahahaha.. Akibat sering melawati forum dan laman web yang memperkatakan tentang kereta, saya terpandang kereta kecil dan comel ini. Terus jatuh hati kekdahnya. Setelah kereta ini memasuki pasaran Malaysia, saya mulalah tergedik-gedik. 

Oleh kerana pada waktu itu bonus dijangka keluar pada 20hb December, terus sahajalah saya mengajak teman saya ke sana. Saya katakan juga pada hubby, kalau increment OK, saya ambikkk!! huehuehue..

Si comel.. So, ambik tak?? Hehehehe..

Jawapannya tidak. Hahahaha.. Kalau diikutkan jumlah kenaikan gaji, boleh sahaja saya teruskan niat membeli kereta ini tanpa perlu mengganggu mana-mana peruntukan wang untuk perbelanjaan sedia ada.  Lebih dari cukup untuk sebuah Mirage full spec. Namun apabila memikirkan rasional keperluan sebuah kereta baru, tidak ada sama sekali. MPV kami baru berusia setahun lebih. Si Kancil juga masih elok dan hanya sedikit bersisa baki pinjaman. En. Hubby pula ke pejabat dengan menunggang motosikal. Saya ada privilege di situ. Dan sememangnya, dalam seminggu saya bergilir-gilir membawa kedua kereta ini. Hahahaha.. So sila ingatkan diri, jangan tamak sangat wehhh..

Bercerita tentang kegilaan pada kereta, sempat teman sepejabat saya itu mengenakan saya, "Alang-alang ambiklah Triton tu, bukan mahal pun.."
"Eh ye ke tak mahal? Besar tu.. Dah macam Hilux.." Tanya saya kembali.
"Betul. Nahh tengok harga.." Jawabnya bersahaja sambil menghulurkan risalah harga. 
"Eh, eh, affordable lah! Lagi murah dari Estima! Naklah.." Jawab saya dengan nada teruja. "Eh, chuppp, nak buat apa? Bukannya nak pegi meniaga!" Saya separuh menjerit apabila perasan yang saya sudah terkena..

Itulah kalau dah fanatik. Otak hadam saiz sahaja tanpa mencerna kegunaan dan keperluan. Muahahahha..

Lagi pula, saya rasa saya perlu realistik di sini. Jumlah wang yang sama adalah lebih elok untuk saya sumbangkan demi pembangunan Rayyan Ariff. Juga boleh saya pecahkan untuk pembangunan Rifa Aleesya. 

Saya melihat Rifa Aleesya berada di dalam liganya yang tersendiri. Dia cepat menangkap setiap yang diajar. Mudah menerima dan mudah memahami. Namun manjanya berlebihan. Mungkin kerana seringnya dia di rumah. 

Demi tidak mensia-siakan nikmat pembelajaran yang Allah kurniakan dan mahu melihat dia lebih kurang manja, saya sudah berkira-kira untuk menghantarnya ke program Playgroup / playhouse di Brainy Bunch sebaik sahaja usianya mencecah setahun setengah nanti. Beberapa bulan sahaja dari sekarang. Hanya 3 jam setengah sehari dan saya rasa untuk permulaan, tidak perlulah sehingga 5 kali seminggu. Harap-harap dipermudahkan urusan yang satu ini. Terutamanya dari segi transportasi. In Shaa Allah.  

Adik yang cheeky. Lari kerana tidak mahu pakai baju. Dipujuk dan dipanggil tidak mahu datang. Ditunjukkan jam tangan, mencicit datangnya! Sudah pandai mahu melaram. Bila kita pakai tudung, dia pun mahu. Bila kita pakai jam, dia pun mahu..

Saya juga cukup teruja untuk memanfaatkan ruang waktu yang ada untuk melakukan aktiviti yng berfaedah buat kedua-dua cinta hati saya ini.. Tambahan pula mereka semakin membesar, waktu sebeginilah yang memerlukan perhatian yang selayaknya. 

Abang yang bersungguh. Adik lebih kepada bermain air.. Hehehe..

Dan saya perhatikan, Rayyan Ariff menjadi seorang anak yang lebih 'mudah' apabila perhatian yang secukupnya diberikan padanya..

Oh, satu lagi remark yang besar untuk saya pada bulan ini adalah - no more baby cot and welcome pull-out bed!!

Lama juga berkira-kira mahu dibuka ataupun tidak baby cot yang sedia terpasang sekian lama. Bagai tidak mahu melepaskan, saya sangat-sangat teragak-agak untuk membuat keputusan meleraikan baby cot yang utuh teguh berdiri ini. Rasa janggal memandang bilik yang 'kosong'. Mungkin kerana sudah terbiasa adanya baby cot sebagai dekorasi di kamar kelamin kami sedari lahirnya Rayyan Ariff sehinggalah tibanya Rifa Aleesya. Apabila Rifa Aleesya tidak lagi mahu tidur di situ, saya seharusnya belajar melepaskan. Menerima bahawa anak-anak saya kian membesar..

Untuk mengasingkan kamar tidur, mungkin belum masanya. Tambahan pula tahap kesihatan Rayyan Ariff yang seringnya turun naik tidak terduga.

Belahan jiwa, permata hati.. Keduanya kurang sihat pada waktu ini. Fever, flu, cough. Cukup lengkap pakejnya.

Ok. That's all. Till then.

5 comments:

ieda said...

untung jiey kat ofis ada gym...boleh jugak beraktiviti.
abt car...akak masih lg mengidam santafe..huhu..ngidam saja la dulu.

King Khadijah said...

Jangan risau dengan ada ke tidak org yg nak jengah blog awk nie. PASTI ADA iaitu SAYA!! hehe

MyFreeMinded said...

well, memang tak sekerap ari tu dan still ada yang ternanti2 untuk membacanya, mestilah saya salah seorang darinya... ada rasa gembira bila lihat both of them dalam keadaan yang ceria. moga mereka cepat sembuh, :)

Ina said...

moga cepat sembuh yen 2RA. best tgk pull out bed tu. tak sabar nk pindah rumah. skrg masih co sleep dgn anak2 atas katil queen tu. bayangkan lah sempitnya hihi

ch@ said...

rindu kat jiey. huhuuu. besar dah si adik tu, sebaya adli rasanya.

rmh kita tak pernah ada bb coat, bapa budak taknak beli, huhuuu. drpd anak satu sampai tiga, smua tdo bersepah. buai pun takdok. ada, tapi tak guna. hahaa.