Wednesday, February 20, 2013

Killing the time kononnnn..

Hati tengah berdebar. Meh kita cerita sikit.

Chinese New Year hari tu kan baru a few days blk from Bandung/ Jakarta. So penat tu tak hilanggggg pun lagi. Memang takde plan nak gi mana. Tapi nak jadi cerita, "Abang" saya yang sorang ni kahwin during that time. Mula-mula tu, telan liur jugalah nak hadap traffic ke utara time-time cenggitu kan? Tapi untuk orang yang bermakna dalam hidup kita, memang semua tolak tepi la kan..

Majlis hari Ahad, so kami decide untuk gerak on Saturday. Petang. Dari awal tak habis2 dok baca review kawan2 kat FB. Ada yg 5 jam, ada yang 7 jam, tu baru dari KL ke Ipoh. Belum kami yang nak rempit sampai ke Arau ni.

Around 6pm kami gerak. Dengan 3 kali berhenti makan, solat n isi minyak, kami sampai kul 3am. 9 jam.. Hahahah.. Jalan takde la jam mana, tapi kereta banyak la.. So takde makna pn kalo ada sesape nak speeding. Sampai terus tido.

Esoknya, bangun tido pn dah lewat masing-masing, sebab penat kan.. Lepas breakfast, siapkan anak-anak, kemas-kemas, by 1230 terus gerak gi majlis Abg Arie.

Alhamdulillah, sempat gak jumpa pengantin.. ;-)

Lepas makan, terus gerak balik KL. Dengan sekali berenti solat, sekali berenti isi minyak and tukar driver, kami sampai KL dalam masa 5 jam stgh.. Beza sungguh kan?

Kul 8pm smpi umah, kemas itu ini, tido la sebab dah penat pun. Esoknya, which was hari Isnin, gi umah PIL in Rawang.

Anak dara Mama.. Sekejap aje dah besar kan?

Hari Selasa, lepas hantar my mom balik, kami just lepak-lepak kat rumah. Petang sket, bawak anak-anak gi taman..

Pakcik ni sekarang makin malas nak jalan.. Padahal boleh jer.. Memang dia tanak.. Tak faham betul.

Kalo dok kat stroller gini takpe la dia.. Haishh la anak..

Hat ni takyah citer la kan.. Seksi meksi bagai..

Usah kata dok stroller, dukung pn takmau!

Tu je citer cuti-cuti. Next public holiday? 1st May la kan?? Jauhnyaaaa.. *LapPeluh*
Ok la, nak smbg berdebar.. Sebab berdebar? Lenkali citer. Bye!

2 comments:

transformed housewife said...

anak dara Jiey memey napok po budok besar doh.

MyFreeMinded said...

Mujur jugak Abang nak duduk kat stroller, kalau hero saya yang sorang tu, dah lah tak nak duduk kat stroller, berjalan pun tak nak, nak berdukung aje.

Tapi budak2 pompuan lain sikit kot, si perempuan bongsu saya tu, memang tergedik2 lah dia berlari sana sini. Makin comel anak dara Jiey..