Tuesday, April 23, 2013

Hectic.

Perkataan tepat dalam melalui hidup seharian. Rindu pula zaman-zaman remaja yang mana segalanya tenang dan relaks. Ahaks!

Rasanya semua pun begitu. Hidup terkejar-kejar sampai rasa penat sangat-sangat kan?

Jumaat, 22-4-2013, OTW ke Pelabuhan Kelang untuk Stimulaterapi Rayyan Ariff. Lasak? Memang dia!

Geng stimula. Kak Wani with the NAQs and me with the RAs.. ;-)

Sampai rumah dah almost pukul 11.30pm. Penat.

Sabtu, pagi-pagi dah berkuntau di dapur. Since cooking is my passion, no complaint on this la.. Boleh je bangun cari nasi lemak tp rasa macam tak on gitu.. Sebab pukul 11am dah nak keluar gi terapi(s), so masak sempoi je..

Kangkung goreng cendawan, talapia 3 rasa, ikan masin, sotong goreng kunyit dan ulam..

Terus gi SDMC. Nasib baik jalan clear even turun a bit lambat.


Sambil tunggu Abang dia, sambil layan budak ni. Kemuncak, dia wat pangai kamok2 raung2.. Dah tunggu dalam kete je lah. Kata ayah dia.. Hahahah.. Gitu la ko Dik!

Habis @ SDMC, gi Pelabuhan Kelang. Sampai rumah dah kul 430pm. Biasa la, ambik peluang kemas rumah sana-sini. Malam, sambung wat keje Office yang dah tapau siap2..

Esoknya, geng ex-maherians nak datang. Bangun pagi-pagi pergi beli lauk. Berkuntau sorang-sorang kat dapur. Settled - ketam goreng cili, ayam blackpepper, daging goreng kunyit, gulai lemak udang with telur rebus, kailan ikan masin dan ulam.

Kalut sebab sorang-sorang. Kalo ada Bibik Paridah dulu takde la cenggini. Bibik May ni selow melow sket. So penat dan kelam kabut di situ. Bila En.Somi offer nak tolong masak nasik n buat air, terus kata OK. Tak check tak apa, bila nak makan, nasi mentah u'olls! Kena la tunggu lagi.. Seb baik la kawan2 rapat jer.. Tidak kalu, MALU!

Ni je gambar yang ada. Busy katanya.

By 5pm, semua balik. Kemas itu ini. Lap n simpan pinggan mangkuk, dah malam. Kejapnya la hai dah nak Isnin.. ;-(


No comments: