Thursday, December 19, 2013

Kenapa? Ke mana? Buat apa?

Soalan yang biasanya blogger dapat bila lama tak update blog.. Hehehe.. Kan dah ada update 2 hari lepas tu.. Kira cukup la kan?? Ekekeke..
 
Actually, life nowadays takde la hectic macam dulu. Dari segi kerjaya pun OK (chewahh! Kerjaya ko! Kelas Mek Maria!!).. Dulu asyik balik lewat jer.. Sekarang ni merasa jugak la balik awal.. Bila dah balik awal tu bolehlah spent more time with the kiddos.. Bawak gi taman ke apa.. Rasa tenang jiwa.. Ke sebab year end so tu yg rasa slow down sket? Eh, bukan year end kena buat report ke?? ;-P
 

Melayan the RAs.
 
Perkara yang melibatkan office yang agak signifikan untuk dikongsi kat sini rasanya ada dua je kot.. Hat birthday party tiup lilin ke hape takyah la masuk dok?? Luncheon, makan-makan division tu pun takyah la kot eh. Dah biasa sangat.
 
This year annual dinner buat kat Majestic Hotel. Rasanya biasa je kot.. Food so-so jer.. Tapi better than last year.. Tahun 2011 tatau cemana sebab takgi. Dalam pantang kan..

The chinese lady nih is my breakfast buddy. Tak menjadi nak diet sebab dia la.. Muahahha.. But I just cant skip our breakfast session.. Dah sebati. Maybe sebab I just love having her around.. Ada lagi BFFs yang tak masuk gambar.. Alhamdulillah for great friends a friendships.. ;-)
 
Another one, buat julung kalinya our department led a big event in Sabah. Alhamdulillah, it was a success. Congratulations to the committee members. Sebab event sendiri, tahu dah jadual akan pack gila. Since En. Suami takleh ikut sebab dah takde cuti, so anak-anak pun tak dapat nak bawak. Kang bawak kang, mengamuk pulak sebab berkurung je dalam bilik. So bawak my mom je la..

Mama with Mami katanya. My mom tak sampai lagi ke Sabah, tu yang gigih jugak bawak dia.. Tapi dah bgtau awal2 la yang jadual memang pack. Tapi mami OK jer.. Janji sampai kata dia.

Kami stay kat Hyatt Regency. Nice hotel. Betul2 kat city centre. 5min walking distance to Suria Sabah Mall where we had our event.. Sebelah tu Wisma Merdeka so memang boleh shopping la kalau niat nak shopping jer.. Tapi macam tak relevan kot nak masuk shopping complex kat KK since kat KL ada banyak je pun. Buat berat luggage je kot..

View dari tingkap bilik kami.. Cantik. Nampak tak signboard Minang Restaurant tu? Perghhhh.. Makanan dia sedap gila!!
 
Anak-anak masa ni tinggal kat Alam Impian. Berstimulaterapi lah si Bang Ian for 3 days before Ayah diorang ambik. Sampai hari Khamis, sementara rehearsal untuk launching dan buat kerja, suh my mom pusing2 dalam Suria Sabah. Dah tu balik hotel. Malam tapau jer.. Dengan hujan lebat tak ingat kan..
 
Esoknya, jumaat yang dinanti.. launching day.. My mom pun ikut sama killing the time kat Suria Sabah. Semua kedai dia masuk.. Hehehe.. Settled launching, makan tengahari and balik hotel jap. Pukul 230pm masuk keje balik, jaga booth untuk shift petang. Investor Education katanya. Malamnya, kami ramai-ramai gi makan seafood bagi meraikan the success of the event. Alhamdulillah. Cuak kot kalau tak smooth. Kang kurang bonus kang.. Heheheh..
 
Then esoknya, hari Sabtu, on duty belah pagi jaga registration. Around 3pm, lunch dekat Minang Restaurant dekat hotel tu. Dah tu pergi Filipino market.. Perghh gilo kau!!


Sebahagian hasil shopping mak dan anak. Hehehe.. Memang gila bila gi berdua jer.. Iyelah, takde yang melarang, main ambik je.. Ekekeke..

Malam tu another round of celebrating with seafood kat Ocean. Tapi kami tak ikut. Penat sangat kot.. Surrender wehh.. Sebab esok ada lagi agenda lain nak menyelit sebelum balik.. Heheheh..

Pagi2 buta hari Ahad tu gi pasar basah kejap. Cari udang dan ketam bawak balik kat orang yang tak dapat ikut.. Heheheh.. Takde la beli banyak sebab combined luggage weight 30kg je kan.. Dengan macam-macam barang kan..

Besar n fresh. Tu yang syok tuh.. Dah la murah.. Ketam sekilo RM13 kot! Hantar kat packaging centre, diorang akan nicely pack untuk kita. Petua dia korang jangan beli kat pasar yang depan2 tu, harga mahal sket. Pergi yang belakang2 tempat udang ikan baru sampai tu.. Baru naik dari laut. Tu yang murah.. Kalo kat depan2 tu dah tak direct dah.. ;-)

Habis sesi ke pasar, breakfast dan masuk duty balik. By 130pm, balik hotel untuk check out.. Lepas tumpangkan barang kat bilik member2 yang balik esok, kitorang repeat lunch kat Minang Restaurant tu.. Sedap kot!
 
Dah tu gi kedai Jamilah pulak. Kedai Jamilah ni kira fames ames lah kat sini kan? Pricey sket lah, tapi bleh gesek credit card. Hahaha.. Gesek kak gesek, bonus lagi 2 minggu.. Hahaha.. Honestly kalau tak sebab bonus nak masuk, memang nan hado lah Mek Maria membeli.. Dah lama buang habitat gesek menggesek ni.. Ekekeke..
 
Tu tangan my mom tengah memilih.. Ekekeke.. Lepas settle Kedai Jamilah, amik barang kat hotel and terus headed to the airport. Flight pukul 730pm, dung dang dung dang, kul 1230am sampai rumah. Penat yang amat!

Actually event kitorg hari Ahad tu sampai pukul 6pm and most of my collagues balik on Monday. Tapi sebab Mek Maria ada meeting kat sini pagi2 senin tu, tu yang jadi balik awal tu..
 
Tanya my mom, dia kata tak puas n nak gi lagi.. Muahahaha.. Perempuan dan shopping, gittew!!

2 comments:

Unknown said...

besar nye udang ketam. Selama ni dengar member citer je pasal seafood kat Sabah yg besar & bess2. Tak sangka plak besar cam dlm gambar tu.

Unknown said...

salam..
welcome to kota kinabalu...
Suka sgt entry ni....terasa rindu mau blk kk...padalah baru bln lepas balik...