Wednesday, January 29, 2014

Tidak pernah tidak ada.

Dalam satu hari, tidak pernah tidak ada waktu yang aku tidak terkenangkan abah. Abah adalah kehilangan pertama yang aku rasakan bagi orang yang sangat rapat dengan aku. Tak pernah aku gambarkan sakitnya setinggi ini. Tidak pernah aku bayangkan angaunya sekuat ini.
 
Dalam satu hari, walau sesibuk mana, akan ada sedetik yang membawa ingatan aku padanya. Baunya. Suaranya. Pergerakannya. Apa sahaja tentang dia.
 
Inilah rindu.
 
Bezanya, aku sudah tidak serapuh dulu. Sudah tiada esakan tangis walau masih ada air mata yang bersisa. Ingatan yang mendalam, biasanya aku lampiaskan dengan doa dan kiriman buatnya. Selayaknya seorang anak. Sewaktu memandu, sewaktu mengemas, sewaktu bekerja, bila-bila masa sahaja walau sekadar Al-Fatihah.



Hidup kelihatan biasa. Bekerja, menghabiskan masa bersama keluarga, bercuti, beriadah, namun tempoh 24 jam 7 hari seminggu tidak pernah gagal mengundang Abah di ingatan.
 
Baru aku tahu, sakitnya sebuah kehilangan. Al-Fatihah Abah. Semoga syurga tanpa hisab milik Abah. Terima kasih di atas perlindungan, terima kasih di atas pendidikan, terima kasih di atas bimbingan.

Hilang sudah seorang pelindung keluarga. Namun pada aku, ada dirinya.
Al-Fatihah.

Tuesday, January 28, 2014

Satu perkara, satu masa?

Kata omputih, one thing at one time kan? Kata aku ataupun versi mak-mak zaman sekarang, kalau buat satu-satu memang tak berhabislah! Kalau boleh semua pun nak buat. Semua pun nak settle. Kalau dapat one quiet day tu kira bagus sangat dah tu.
 
Agaknya sebab dah penat sangat ke hulu ke hilir rupa driver, ruba babysitter, rupa kuli dan pelbagai rupa lagi, badan mulalah nak protest. On Friday tu dah mula rasa sakit kat tapak kaki bila berpijak. Came Saturday, makin teruk. Campur dengan kepala sakit berdenyut-denyut, memang havoc la.. Sabtu takde terapi kat hospital, so bawak the kids pergi Stimulatherapy.
 
Tinggalkan anak dengan bibik, dah tu gi tukar tayar kereta dan yang sewaktu dengannya lah. Sebab weekend nanti nak berjalan jauh kan. Beli something yang Kak Ija kirim before gerak gi tempat stimula balik. Dah sampai tu tunggu sekali lagi turn Rayyan Ariff untuk stimulatherapy, then baru gerak balik rumah.
 
Sampai rumah dah petang. Si adiknya sibuk nak swimming. Ayah yang bawak.. Mama dia dah sakit kepala berpinar dah rasa. Booked appointment dengan satu pusat refleksiologi kat Ampang, run by OKU penglihatan. Tak pernah-pernah merasa urut, kali ni surrender. Kalau tak, paling takut kot!
 
Lepas maghrib pergi. Kata orang tu, penyakit takde tapi angin banyak. Dah tu badan macam penat sangat. Overused. Urat-urat kat betis semua terik. Kes tak pernah urut pun yea kot. Dia siap tanya, "Sakit kepala ke kak?" Memang tengah sakit pun!
 
Adik tu cakaplah, sebab badan banyak guna kena la service at least once in every 2 weeks. Tengoklah dik kot ada masa. Iyea la, mana kaki tak sakit kalau sehari-hari tu at least 2 jam setengah drive pergi balik kerja n hantar anak sekolah. Tu tak masuk lagi hari pergi Stimulatherapy. Ampang-Shah Alam-Damansara-Shah Alam-Ampang. Kurang-kurang 3 jam - 4 jam dalam kereta pergi balik.
 
Kalau ada orang kata dia bleh go through all of this without rasa penat, aku tabik spring toink toink la. Aku sendiri bukan kuat mana pun, kalau tak ingat anak, takde de aku nak ke hulu ke hilir.. Baik aku tido kat rumah kan?? 
 
Permata jiwa. Aku pegang konsep amanah Allah SWT. Kalau dah kata amanah, ke hujung dunia cari penawar pun kenalah sanggup. Takkan ko nak biar aje?

Aku rasa, faktor yang mendorong aku sakit kepala, migrain and whatnot tu sebab tak cukup tido. Pada aku, tido yang 5 jam terus menerus tu lagi nikmat daripada tido 7/8 jam tapi in between ko kena bangun, attending to a crying baby (erkk toddler!) 4-5 kali semalaman.
 
Aku pun tatau pesen apa si Rifa Aleesya ni. Semalaman tu susah nak dapat dia tido straight without crying. Kalau dapat tu, memang miracle lah! Heaven gila. Dulu orang kata tunggu habis pantang. Dah habis tak OK, orang kata tunggu besar sket. Now, aku tak tunggu dah. Tak kisahlah ape pun. Dah nama pun anak. Kot boleh pergi tune kat supermarket kasik betul, dah lama dah aku buat. Since takleh, make do je lah kekdahnya.
 

Entah apa depa discussed. Antor si abg OK banyak, antor si adik penuh stress ok! Kejap ke depan, kejap ke belakang. Kejap tarik tudung, kejap sepah tisu. Cuba korang bayang, tengah drive orang tarik tudung cemana kekdahnya? Bukan sekali tarik, ko jerit dan ugut dulu baru dia lepas. Sekolah dengan umah dalam 1-2km je kot, tapi sebab traffic light and constructions tambah lagi dengan peel dia, rasa macam 2 jam. Haihhh..
 
Back to cerita hari sabtu, sampai rumah lepas urut dah 930pm. Tak tunggu lama, by 945pm masuk tido bawak Rayyan Ariff sekali. Entah pukul berapa dia tido.. Kul 11pm terbangun, pekik panggil si Rifa Aleesya masuk suruh tido. Si ayah dok kata, "Ala weekend kot.. Biar la dia nak berjaga."
 
Hah, ni cakap senang. Kot dibiar, membawak ke weekdays OK! Dah tu, kita ni lah yang berperang mana susah nak bangun pagi, mana peel nak mandikan, mana nak bagi makan. Kot office sendiri takpe la masuk pukul 11am pun!
 
Memang rare lah nak dapat tido pukul 945pm tuh. Hari tu menjadik sebab kepala mendenyut je haa.. Laki kejut sebab nak bagitau apa pun silap timing lah kan. Aku dah kepala rasa nak pecah. Esoknya bangun, sakit lagi.. Mana taknya, semalam before tuh bukan boleh tido full stretch jugak pun. Hok kecik tu dok bangun 2-3kali. Tapi sakitnya better than before. Boleh bangun and boleh function.
 
Mak-mak ni, asal boleh function je, semua jalan. Dah tu gerak gi umah PIL kat Rawang. Kena la fair kan. Last datang 1 Jan ari tu. Ni dah 26 Jan. Kang nak balik Kelantan berhari-hari dah pulak (iyelah, takkan nak balik Kelantan 2 hari je kot. Kalo 2 hari je, dok atas jalan je lah kekdahnya). So before balik Kelantan, balik la Rawang dulu. Balik je daripada Rawang, itu ini, itu ini, gerak ke Shah Alam pulak. Overnight kat sana, so senang pagi semalam turun gi kerja dari sana. Dah tu petang gerak gi sana. Semalam sampai rumah dah almost 8pm.
 
Penat tak penat. Korang nilai sendirilah, Aku malas nak cakap apa dah. Apa yang kita cakap semua tak betul kalau orang dah tak suka. Hehehehe. Eh, apa citer pulak ni eh? Hahaha.. Biorlah. Yang penting tuhan tahu hati kita tara mana. Ada hujung-hujung sabar dan kuat, aku mintak sesangat tuhan terus menerus bagi. Supaya boleh terus melangkah. Hidup setiap orang tak sama. Cabaran setiap orang berbeza. Kalau dah ini jalan yang Dia bagi untuk aku, mak OK je. Redha ke pasrah ke, terus berjalan.
 
Korang pun sama tau. Terus berjalan regardless what. Eh tetiba.
 
 

Thursday, January 16, 2014

Random things. Random thoughts.

Hapdet instant namanya. Tak feel lah pakai phone, tapi namanya nak bukak lappy, memang taklah kan.. Hehehe..

Alhamdulillah life nowadays memang hectic with kids' activities. Be it therapy or jalan2 bawak diorang je ke, asyik full je rasanya. Tak sabar nak tunggu cuti sekolah. Hahaha. Bukan anak2 je tunggu cuti, mak pun sama. Heh.

Dalam tak sedar yang kita dok rushing itu ini, anak2 pun ikut rushing sama. Kesian pun ada. Iye lah, kids, apa yg diorang tahu pasal "Dah lambat", memang nature diorang suka main-main and explore things around them. Haruslah they take their own sweet time.

Contoh bangun pagi, mandikan adik, mandikan abang. Dah tu terjerit2 hat tu nak pakai baju, hat ni nak makan. Mana nak pakai kasut, ikat rambut etc. Mana kita nak bersiap lagi. Yang depa ni semua nak mama, sesekali willingly depa nk gi kat bapak, rs macam menang loteri. Lega sket.. 

Sigh. Dengan bibik pun depa buat seteru bila Mama ada. Memang stress. Bila pagi dh stress, kadang2 serabut tu membawak ke petang. Hahaha.. saiko mak! Bukan apa, penat...

Tapi kan, kalau kita bleh slow things down and buang istilah "Dah lambat", syok kan? Macam pagi semalam, berkejar nak pakaikan the adik baju, bila dah dapat tangkap, elok letakkan dia depan kita, baru nak sarung baju, dia peluk mama dia ni ketat-ketat. "Olololo.. Sweetnya dik.. Peluk dia balik. Sayang dia sangattt.." Mulut cakap sambil tangan tak lepas peluk dia. 

After a while,  "Ok dik, dah.." Aku cakap sambil leraikan pelukan. Dia still lagi peluk so aku sambung peluk dia lagi.. "Ok dik, dah.. Kita nak gi school pulak.."

Bila second round "Dah" pun tak jalan, terus la tinggi sket suara, "Ok, ok, kita peluk malam pulak. Dah. Dah. Dah lambat ni!!"

See. Kena rush lagi depa ni. Hehehe. Even though ada rasa guilty,  tapi takleh buat apa dah. Memang dah lambat pun. Mana nak hantar depa lagi pastu.

Sigh. I know baby, there will be a time when you think that hugging me is no longer a cool thing to do. How I wish I could just stop the time and enjoy it now.

Sodihhh anak2 mak yang kunun-kunun berkerjaya ni, nak berpolukkk pun pakai episod. Siap bersambung-sambung lagi. Heh.

Ni tghari tadi. Gi amik depa kat school. Muka takjub masing2 takyah citer la. Hat Abang syahdu sampai pekup muka dekat kerusi. Nangis. Hat adik nampak mama siap melaung.. hahahaha.. Orang jakun jarang mak dapat amik. Hahaha.. Biasa balik dengan cikgu kan.. Nak kata apa, mak keje kat Damansara, umah kat Ampang. Cemana nak main lari-lari kalau dah jauh cenggitu. Hahaha.

Doa la anak2, kot bapak korang leh jadi menteri ke. Tan sri ke. Dato ke. Hok kaya meruap-ruap. Hehehe. Nanti mama dok umah je mewah2 dgn korang. Feeling vini fak mhenteri. Amin.

Monday, January 13, 2014

Gathering geng Superkids

Entry tertunda hujung tahun 2013.
 
Actually dah lama kitorang tak join geng-geng superkids berjalan. Bukan taknak tapi ada je aral. Masalah kesihatan anak la, hal kerja or hal keluarga, asyik la kena dengan date yang ditetapkan.
 
Actually untuk gathering kali ni pun kitorang dah nyaris-nyaris takleh join. Sebab Rayyan Ariff was warded few days before the tentative date. Tapi Alhamdulillah dah memang rezeki kami, jadi la jugak.
 
 On the way. Muka excited kan?
 
Tujuan utama ziarah kami kali ni, sebab nak bersua muka dengan baby baru dalam keluarga kami. Baby Arimi Raihanah, adik Kakak Alisya Qaireen, puteri kedua Abi Farid n Ummi Ita.
 
Baby Arimi Raihanah Binti Mohd Farid
 
Teruja sungguh. Mula-mula plan nak gi makan ikan bakar kat muara Sungai Duyung sambil bawak nenek Ian, tapi plan tukar ke BBQ kat rumah nenek Alisya. Nenek Ian pun tak ikut, kami berempat + my youngest sister je. Bibik pun kebetulannya cuti.Since dah lama tak jalan-jalan, mama cari la hotel yang ada entertainment for the kids. And jumpa la Bayou Lagoon Park Resort yang ada its own theme park. So OK la, grabbed aja sbb last minute booking and most of other reasonably priced hotels dah fully booked. Kami just amik studio apartment je instead of 2-bedded since nenek dan bibik tak ikut.
 
On the 28th, kami gerak kul 10 lebih. Sampai kat Melaka, terus gi rumah nenek Alisya dulu. Jumpa baby n hantar ayam yang dah siap diperap dari malamnya. Siap makan tengahari lagi kat sana. Dah tu gerak gi check in.
 
View from our room. Mana tak anak dara mek bertasbih kat telinga "Shwimming.. shwimming.."
 
Petang tu sempat mandi-manda satu round. Itu pun ada budak tu dari tadi lagi tak sabar-sabar dok ajak bapak dia. Jom la ayah. Jom la ayah. Apaknya sibuk dok layan tido.. Kehkehkeh.
 
Tu apak eh sibuk membuta. Hat gentleman sibuk main lampu. Hat pompuan? *nampak Ciksu tgh tiup floaties*
 
Ni hat pompuan. Sibuk dok berzikir nak gi swhimming!

Budak excited dengan air..  
 
Korang caya tak, budak umur 2 tahun 1 bulan tuh naik water slide tuh ok? Siap tolak ayah dia nak turun sendiri.. Haruslah ayah dia tak bagi turun sendiri sebab air kat bawah tu quite dalam. *nampak tak org dewasa tu berdiri, mau lemas kot*.. Member excited OK main slides nehhh..  
 
Bang Ian kita ni penakut sket.. Duduk bermain di gigi air ke kot.. Ekekekek..  
 
Sesi mandi-mandi ni takla lama. Dah tu siapkan the kids, lepas maghrib terus gerak for our BBQ partayyy. Sedap wohhh makan-makannya. Nasi goreng pedas meletup. Ada ayam, kambing, siakap dan segala mak nenek la. Rifa Aleesya makan sampai muntah kott..

 
Ummi Ita and Kakak Alisya. Dah tu siap ada sesi beli-membeli inner chantek & tudung syria dgn tokey kita, Mama Put.  
 
Tokei, Lope dan Baby Arimi. Kecikkan baby? Dah lama takde baby, I've forgotten the fact that baby is so small and fragile. Seb baik tak terduduk kat atas anak dara ummi! Kehkehkeh.  

Ibu-ibu tengah enjoy the food. Tengok Dak Yasier Naufal, bukan main lagi.. Hehehehe.. 
 
Emak-emak sibuk lagi nak memborak, tapi anak-anak dah penat and sleepy. So bila masing-masing dah started to get cranky, masing2 pun mula gerak balik. Dak Rifa Aleesya awal2 lagi dah lelap. Maklumlah, orang penat shwimming.
 
Pagi esoknya, si anak dara tu sibuk pulak nak mandi lagi. Suh la bapak dia bawak while momma busy kemas sana sini. By the time momma, bang Ian dah siap, budak berdua tu tak naik-naik lagi. Momma yang dah start naik angin. Nak call, si ayahnya tak bawak tepon. Nak turun malas. Dekat pukul 1045 kot baru depa dua org ni naik. Itu ini, dekat kul 12 baru sampai umah nenek Alisya.
 
Before checkout. Tengok hat pompuan tu, dah dengan baju gentel dah. Tangan masuk jari tu tanda ngantuk le tu.
 


Patutnya breakfast nasi lomak meletup kat umah nenek Alisya. Kumpul ramai-ramai then amik group photo. Kesian depa ni tunggu kami lama. Masing2 ada hal lagi lepas tu.. Maap yea kawan2..
 
Sampai je, terus kami cepat2 makan. Rifa Aleesya makan bukan main lagi. Lapar kot.. Lama berendam. Next, group photo session.

Tanpa sedar, dah besar anak-anak kita. Dari baby dah jadi kanak-kanak. ;-) 
 
 Us. Masa ni tak cukup korum lagi. Tengah dok setting phone.

Us in freestyle.
 
Itulah aktiviti jalan-jalan penutup tahun 2013. Lepas tu masing-masing bawak haluan sendiri. Kami terus gerak balik KL. Ada yang sampai ke Muar, ada yang melencong ke PD.. Seronok.
 
Geng superkids, see you guys in Kota Bharu April 2014!! Kita berjimba lagiiiii.. :-)
 

Friday, January 10, 2014

First day pergi skolah in 2014 for the RAs.

Ok, straight to the point.
Kita mulakan cerita dengan persiapan. Mula-mula sekali, selongkar carik beg skolah. Ok, beg sekolah Bang Ian still elok. Next to his blue Ben10 bag, ada a smaller blue mickey mouse bag. Ok, Dik Sya loves Mickey as much as she likes princess, barney, poyoyo (pororo) and whatnot. So boleh guna yang tu je. Save budget di situ.

Then, the next one, called up Bang Ian's school to inform that he's coming on the 2nd as school re-opens, dengan tanya sekali about the fee structure. Rayyan Ariff ikut kelas 8-12pm, since it's just 4 hours daily, all-in fees in are just RM5++ per month. Kalau kelas yang sampai 2 something or more, the fees is 7++ if I'm not mistaken. Registration tak payah dah sebab sekolah lama kan, apa yang kena tambah just stationery (for half year) and yearly membership fees. Yang ni around RM100 for both kot. Lupa dah. Dah tu baju sekolah aka t-shirt berkolar for another RM40 untuk 2 helai. Settled part Bang Ian.

Then next, Dik Sya. Sebab dah 2 kali tinjau sekolah tu, takde ape2 dah la. The owner is someone I know from Superangels' group pun. So, tinggal lagi nak hantar dia and bayar yuran. Registration, non-refundable Dec monthly fee, half yearly stationeries fee, half yearly multimedia fee, baju uniform and baju sukan, January monthly fee, insurance and whatnot, kena RM840. Kira OK la sebab kalo pegi Brainy Bunch lagi mahal.

Yes, at first I want to choose Brainy Bunch, tapi at the end tak jadi sebab susah nak arrange for transportation coming back after school. Kalau tak memang suka la sebab senang untuk mamanya. Sekali harung antar dua beradik ni sebab sekolah is just like next to each other. Jalan sehala yang sama. Senang bangat!

Kindy adik yang sekarang dekat Pandan Indah, so mama kena pergi Pandan Indah dulu from Pandan Mewah. Lepas hantar Dik Sya, masuk Pandan Cahaya untuk keluar ke Ampang Utama. Kat Cahaya tu tau sajelah jem gamat tak ingat. Memang hazabun sungguhlah.

Kecikkkk je jiwa tiap kali tengok Brainy Bunch tiap kali lepas hantar Bang Ian. Takpe, takpe, kita sabar dulu. Adik dah besar, dah boleh naik van, nanti bolehlah school kat situ. Tumpang van Bang Ian balik eh. Untuk sementara waktu ni, bertabahlah Mama menghadap jem. Kalau terlambat ke ape, terpaksalah redha kirim salah sorang kat ayah dia suh hantar. Tak berapa berkenan sebab merempitlah kalau dengan ayahnya. So kalau terpaksa sahajalah pergi dengan ayahnya.
 
Muka yo-yo ah dapat kasut sekolah baru. Ciwi.  
 
Sekolah takde provide kasut macam SR ke apa. Since cikgu pesan suh pakai kasut datang school, bagi senang buat aktiviti, terus blur kasut ape? Kasut sekolah kaler putih tu ke? Terus whatsapp member2 tanya. Oh, sebarang jenis rupanya. So belilah kasut ala-ala sneakers. Beli kat Bata je pun. Brand Bubblegummers.
 
Malam tu masa suh try, ada orang tu pakai tanak bukak. Hahaha. 
 
Rasa insaflah jugak tengok cemana excited budak dapat barang baru. In this case, kasut biasa je pun. At first, mamanya nak beli kasut Nike. Bukanlah kata duit banyak berlebih, kang ada lagi yang mengumpat kata riak ke bodo ke menunjuk ke hape. Tapi more to rasa bersalah. Iyelah, si abangnya kasut tak kalah, Adidas la.. Converse la. Kang orang kata berat sebelah pulak.
 
No, that's not the situation. Dengan Bang Ian, memang I purposedly bought all those well-established brand sebab nak dia selesa to stimulate him to walk. Toksah kata hat murah pun ada yang elok la, kalo kita pakai Hush Puppies dengan kasut Bata pun ada beza kan? Jawab sendiri la hat mana yang lagi comfortable.
 
Tapi mamanya pun beli kasut Bata je untuk diri sendiri. I dont mind it at all sebab kalau rasa tak sedap ke, tak selesa ke, I pakai kejap-kejap during meeting je pun. Keluar meeting terus tukar sandals. Dengan si Rayyan Ariff, kita nak sarung ke dia berjam-jam. And dia pulak bukan reti nak cakap tak selesa or kaki sakit n melecet sampai merah menyala (I posted something on this back in 2012). As for adik pulak, kalau sakit ke tak selesa ke, member boleh bagitau. "Nanak pakai, shakit.." "Nanak pakai, tak besh.." So buat apa membazir nak ber"Nike" bagai. Gituuu..
 
Lagipun, budak tatau brand. Mak pak yang excited yea dak?? Eh.
 
Ok, hari yang ditunggu dah tiba. Mamanya amik cuti sehari. Bukan apa pun, just to be on standby. Kalau skolah call ke ape, leh cepat sampai kalau dari rumah. Kalau dari office, mau selop anak eh, omaknya baru kat Tol Batu kat DUKE nuhhh.
 
So first of all, hantar bang Ian. Bayar yuran siap2. Amik baju siap2. Saiz yang ada a bit besar, takpe. Leh pakai sampai lebam. Then shoot ke school Adik plak. Haah patah balik. Saje je la kan. Sebab expect lama kat school Adik so that's why hantar Abang dulu.
 

Kids on their first day. 2nd January 2014.
 
Bang Ian, as expected, OK je. Yea lah, dah tahun ke-4 skolah kat situ. Dah hilang thrill dah nak takut agaknya. Hehehe. Dik Sya, masa pergi recce tu elok je.. Elok dah register, tanak masuk. Tanak duduk. Pujuk2 dengan toys, dia pergi la main. Elok dia leka, mama n ayah cabut. Pergi dating breakfast berdua dulu.
 
Dah tu ayah pegi keje (he took 2-hours time off, saje nak tengok anak masuk sekolah), mama pun balik rumah. Around 1220, cikgu hantar Rifa Aleesya balik. I arranged for the teacher to send Rifa Aleesya back and paid extra to her for that. At least dengan cikgu sendiri takle risau sangat yea dak? School hour dia officially 8.15am-1215am. Masa dekat meja tulis from 9am-1130am je. Yang lebihnya main. Nama pun playschool kan.
 
Ni masing-masing baru sampai. Bang Ian minum dulu before tukar baju. 
 
First day Rifa Aleesya cemana? Hehehe.. As expected, budak manja umo 2 tahun 2 bulan ni memang nangislah. Tanak joint activities. Dok je sebelah Teacher Sabariah. Dengan Teacher Nina and Teacher Suba takmo langsung. Sampai mengantar balik pun beramai-ramai. Hahahha. Tanak minum n makan dengan students lain, dia just minum susu dia je masa kat school. Ekeke.
 
Penat wohh budak skolah. Ekekekeke. 
 
The next day, ada lagi la adegan menangis bila hantar pagi-pagi. Tapi nangis yang syahdu-syahdu gitu. Manjakan. Tu la, siyan budak lahir ujung tahun ni. Baru masuk umo 2 tahun tahun lepas, tahun baru dah masuk kelas 3 tahun. Ekekeke..
 
2nd day of school. Subhanallah.. mencabar betul! Nak kuar gi ke kereta pun macam2 cara dia cuba lengahkan. Dari bangun pagi membawak ke mandi and sarapan, semua dia lengah-lengahkan.  
 
Alhamdulillah OK jugak makcik kecik kita ni bila dah 2nd day tu. Nak la campur dengan kawan2 lain, buat aktiviti, makan roti minum air milo. Takde la kata tanak masuk group n minum susu dia je. Heheheh..
 
Ni cerita hari Rabu, 8 Januari 2014.
 
Tengok gambar kat atas ni pun dah tau dah cemana playful dia ni kan? Elok nak gi ke kete tu, dia mintak nak gayut kat palang dulu la. Kiri kanan plak tu. Dah tu berenti duduk la.. Berhenti pijak batu la. Macam-macam. Sigh.
 
Sampai kat sekolah dah sedih dah. Syahdu tak habis. Mula la tangkap leleh. Tapi bila sua ke cikgu, cepat je dia pegi. Elok masa yang sama, datang la budak dalam umo 4-5 tahun kot. Budak tu punyalah tanak gi tahap main tarik2 dengan mak dia kat pagar. Siap jatuh bergolek lagi.
 
Ish, cuak plak nengoknya. Harapnya school Rifa Aleesya ni Ok-ok je la hendaknya. Takut bukan apa, banyak sangat dengar citer tak elok kan.. Dah la anak mek dua ketul je. Kena tambah baby 2014 ni. Eh.
 
Cemana 1st day anak you'olls? Mesti ada jugak yang berdrama ayaq mata. Kehkehkeh.  
 

Wednesday, January 8, 2014

Tentang Rayyan Ariff, Rifa Aleesya dan Stimulaterapi

Ok, takmau dah kata nak update blog kerap2. Tak terbuat pun.. Mana yang ada je la.. Tak ikut sequent pun.. Semua berterabur la kiranya.
 
Apa cerita Bang Ian kita? Alhamdulillah. Secara amnya, he's doing OK. The best that we've seen so far until last Sunday, he was down with flu and started coughing on Monday, together with conjunctivitis.. So, no school for him at the moment. Sigh.
 
Kenapa saya kata the best that we've seen? Alhamdulillah, Bang Ian sihat walafiat dan aktif ke sana ke mari. Hujung-hujung minggu terakhir tahun 2013, kami ada dua trips ke Johor dan Melaka. Back to back. Satu gathering skolah my hubby as posted earlier, satu lagi gathering set2 Superkids. Will update on this one later (even tatau bila.heh).
 
Ingatkan bila dah back to back gitu, mudah la nak demam ke apa. Tapi Alhamdulillah, he was just fine. Nampak la yang dia punya resistance ni lebih kuat daripada sebelum ni. Lasak ke sana sini, main air pun tahan, kira kuat le tu kan untuk seorang yang bernama Rayyan Ariff. Ewah.
 
Actually since the last post yang he was warded tu, panjang lagi la cerita dia. Health issue yang satu persatu bagaikan tak berhabis. Masa tu, rasa macam Ya Allah, ada lagi ke serba sedikit tabah dan kuat untuk kami? Taboo subjects sangat rasanya.
 
Episod kesakitan Rayyan Ariff ni bermula since dia tercekik makanan dengan bibik masa mula-mula bibik datang. Warded for observation for one night. Then lepas tu, admitted for Upper Respiratory Tract Infection aka URTI pulak. 5 days jugak kat situ. Siap kena rocephin jab untuk antibiotic. Bermula dengan we got discharged ni la yang banyak health issues dok surround dia.
 
Bila dia discharged, dia still nampak macam grasping for air. Susah benar nak bernafas. Sampai satu tahap, ada jugak mama mengeluh, "Ian, udara tuhan ni masih banyak untuk kita sedut. Cuba la sedut elok-elok. Moga ada sikit bahagian Ian dalam byk2 udara tuhan ni yea.."
 
Bila dok grasping for air, struggling to sleep, involuntary movements and whatnot, paed neuro refer kitorang jumpa ENT and at the same time, scheduled for EEG test, sleep study and X-ray. Turns out, Rayyan Ariff punya adenoid and tonsil macam besar sket. A good candidate for adenoidectomy and tonsillectomy. Tapi whatever it is, kena tunggu official test results semua.

  
Dalam masa 14 jam tests ni, I was so restless. Sekejap-sekejap tanya adik yang jaga machine tu, ada sawan tak? Ada Obstructive Sleep Apnea Syndrome aka OSAS tak? Brain background activities macamana? Semua nak tahu. Masa the persons explained about the outcomes, tatau rasa nak nangis ke nak senyum. Reason being? Results dia ni bercampur-baur.

1. Sawan : Alhamdulillah, sepanjang ujian berlangsung, no seizures detected. Satu pencapaian yang sangat mengagumkan bagi saya sebab dari first EEG test masa umo 10 bulan sampai yang latest ni, tak pernah seizures-free. Kali ni, Alhamdulillah bebas. Even without taking any seizures medicine. Terima kasih untuk Kak Ija of Pusat Stimulaterapi Shah Alam yang banyak membantu dan merawat. It seems like he has been responding well to the treatment. Harap2 teruslah positif. Janganlah sesekali datang balik En. Sawan. (Cepat tolong aminkan! TQ)!

Yup, seizures-free selepas rawatan demi rawatan from Pusat Stimulaterapi Shah Alam. Alhamdulillah Subhanallah Alluakbar.

2. Brain background activities tak bagus. Macam orang makan ubat and drowsy sedangkan he's not taking any medication. Senang cerita, not much thinking aka lembap.

3. He does have OSAS. A few time in his sleep, dia berhenti bernafas.

So there were good and bad news all at the same time. Bila dah macam tu, mama pun tiba-tiba macam rasa emotional roller coaster ride gitu. I have done a lot on him. I have done so much on him. I have done this done that. Gitu. Rasa penat, and yet we're no where near to being OK.

Tapi satunya rasa kesyukuran tertinggi yang aku panjatkan untukMu ya Tuhanku, adalah kurniaan rasa tidak mudah mengalah dan terus menerus mencari alternatif yang Kau berikan padaku Ya Allah. After I took sometimes to grieve, I kept on findings ways to help Rayyan Ariff.

Tiba-tba aku teringat tentang cadangan Abah dulu-dulu supaya berikan Rayyan Ariff dengan Memo Plus Gold as brain and memory booster. Aku googled information about this product and learnt that it was prepared from Brahmin herbs which are used in Ayurveda treatment method. Considering the fact that it is a well established product and has been in the market for quite long, I decided to give it a try. Sama macam Abah dulu yang gave it to my Adik, I'm now giving it to my son.

Supplements Rayyan Ariff. Neurogain and Kid's Colostrum tu bleh je beli kat farmasi. Kalau ada sesape nak join order for Memo Plus, bleh email saya at freaky_gurlz@yahoo.com. Ada a few friends yang asked me to buy for their kids since the agent live very near to me. So sape yang nak bleh la skali and I'll arrange for postage. I'm not an agent or stockist. Tolong je.

On top of memo plus, I'm giving Rayyan Ariff some other supplements; Neurogain (for brain) and Kids Colostrum (for antibody and growth). Di samping itu, usaha stimulaterapi memang tak pernah kurang. Tak pernah berhenti. Cukupkan jugak rawatan intensive at least 3 kali seminggu, which translate to 9 sesi seminggu.

Cuma bila hujung-hujung tahun tu, therapies at the hospitals tak dapat nak pegilah since we were travelling.

25 Dec 2013
 
Then there was another ward admission on 24-25 Dec 2013, for us to learn something new on Rayyan Ariff. Something so new and of course, not to my liking. Tapi kalau dah itu cabaran yang Allah SWT tetapkan, apa lagi perkataan yang tinggal? Harung sahajalah. :-)

Came 30th December, Rayyan had 3 appointments at SDMC. One to repeat the X-Ray procedure, and another two are with ENT and paed. Alhamdulillah, all turned out well. Adenoid Rayyan Ariff mengecut and he doesnt need an adenoidectomy for that. Syukur Ya Allah.

And paed neuro is also happy with his physical progress (without holding or leaning to anything). Dah boleh berdiri lama and menapak for few steps (6 steps so far, 6 well-balanced steps). Much better than before.

For the outcome of the appointments, I gave high credit to Kak Ija of Pusat Stimulaterapi Shah Alam. Alhamdulillah.. With her magic touch and pastinya dengan izin Allah, Rayyan Ariff managed to recover from the adenoid issue without having to do any surgical procedure and gained better physical ability. Syukur Ya Allah.

Dah pandai minum pakai straw.
 
As of now, he is also very alert. Few days back at Pusat Rawatan Stimulaterapi Shah Alam, he tried to knock someone with his small push car. Hahaha lawak. Another one thing that happened that night, dia tiba-tiba terkentut. Kuat OK! Pastu dia tergelak sambil tersipu-sipu pandang orang kini kanan. Bila kena tegur lagi malu. Subhanallah! Tu tak masuk lagi bab nak berebut barang, dok usha2 tab orang dari jauh. Alhamdulillah. This is good for him. At least now dia dah starts observe things around him and bukannya just focus kat benda yang kita hadapkan kat dia. Tu tak masuk lagi bab nyanyi-nyanyi and whatnot. Maybe memo plus and neurogain is highly working on him kot.

Memo Plus ni utk student mmg recommended as memory booster. Untuk org tua yang ada Alzheimer jugak. In fact, kita-kita ni pun boleh makan. :-)

Siap sengaja nak langgar orang! Kete kecik, kaki tuan panjang kemain!

Dok belakang sorang-sorang macam Abang kawasan!

Tapi tu la, bila alertness is improving, perangai mengamuk pun boleh tahanlah. Hehehe. Sabar je la.. As for Adik Rifa Aleesya, mama tunggu Rifa besar sket lagi and have more brain usage untuk study ke apa, I want to give the same supplement to her. Bagi memo plus. Sekarang kecik nau lagi. Herbs kan panas.. Hehehe..

But, now everytime kita buat stimulaterapi for Bang Ian, we will aske Kak Ija to do for her as well. More to membela emosi dan rawatan minda. This is one thing about stimulatherapy, untuk anak-anak yang normal or ada masalah pembelajaran pun OK. Not necessarily anak-anak macam Rayyan Ariff jer.

Budak banyak akal! Pening mak!
 
Sebelum ada yang bertanya, saya bagi siap-siap contact no. Kak Ija of Pusat Stimulaterapi Shah Alam - 0129137266.

Muka cheeky tak hengat! Semoga usaha kami untuk anak-anak terus diberkatiNya. Aminnn.

Next, kita citer bab first day at school pulak. OK, till then.