Wednesday, April 30, 2014

Happy 7th Anniversary dan Art attack bersama Qi Razali..

Amboiii.. Tajuk taknak kalah.. Padahal sah-sah bukan Qi Razali mahupun Nelydia Senrose. Ekekeke.. Actually, tangan I'olls ni tahap keras kejung. Sebarang bentuk art tu tak merasa la nak membuat. Tambah2 ada adik lelaki yang senang mintak tolong kan. Hatta paku sebatang pun, dia la yang ketuk.
 
Tapi since deme dah kawen ni, maleh bebenor nak menyuruh setakat benda-benda kecik. So untuk pertama kalinya, meh la kita berkerastangan.
 
Kerastangan pertama, baiki scratches kat kete dengan Ezy Touch Up paint. Tersangatlah easy kekdahnya. Rupa sapu nail paint saje sebenarnya. Sampai tertonggeng meniarap semua adalah untuk aplikasi kononnya. Hehehe..
 
Tadaaaa.. Takde puloks gambar before and after nya.
 
Tapi memang senanglah. Maka hilanglah segala mak nenek ugly scratches dari pandangan mata kasar. Kasar sahaja. Kalo tenung renung dekat-dekat, kompem nampak.. Kahkahkah. Tangan kejung kan.. Kejap tebal kejap nipis. =P
 
Art Attack yang kedua? Lama kan I'olls menghilang. Actually pegi outstation sebenornya. Peluang balik keje di kampung halaman sendiri. Ni masuk office for 2 days, malam karang balik Kota Bharu balik. Sambung cuti labour day plak kan. Anak-anak kat sana still sebab balik kejap je pun.
 
Since anak-anak takde, ambik la peluang buat rancangan Art Attack lagi. Hehehe. Kali ni, percubaan pasang wallpaper kekdahnya. Benda dah berminggu-minggu beli tapi ni baru dapat pasang. Lagi pun dah target, anak-anak ada kat kampung nanti baru senang.

Tadaaa.. Hasil malam tadi. Qi Razali I'ols ni tangan dia len macam sket. So ada yang berkedut ada yang senget. Tapi redha je lah. Dah nama pun hat tinggi tu tak terjangkau dek tangan ku.. Tapi seb baik jugak dalam bilik je..
 
Tiba-tiba dah jadi ketagih pulak buat menda alah ni. Nanti nak gi lagi GM Klang, nak beli untuk hall and dining room plak. Untuk bilik lagi satu sekali. Syok wohh.. :-)
 
Oh yea En.Suami, kesudianmu berpeluh laju dan panjat-memanjat ni kira hadiah anniversary lah gamaknya kan? Kalau tak, jangan harap. Hahaha.
So sekarang ni kira ambik mood la kiranya. Rosey, rosey, pinky, pinky gituh.. Hehehe.. (>_<)
 
30.4.2007 - 30.4.2014. 7 tahun. :-)
Banyak ups and downs. Sama macam orang lain jugak la kan.

Much expected. Tapi I was secretly wishing there is a car key inside the bouquet. Tapi takde. Takpe, kita carry forward the same wish la gamaknya.
:-)
 
 

3 comments:

Unknown said...

Yahooo!!
Wedding day kita sama!!
Happy anniversary Jiey
Untunglah dpt bungaaaaa!!

transformed housewife said...

happy anniversary Jiey & hubby. Comey wallpaper kat bilik tu.

Anonymous said...

Saya hendak tanya. Ezytouchup berkesan tak? Baru sahaja order dari online. Kalau positve feedback baguslah.