Kisah kami bersama dengan Young Living bermula pada hujung April 2014. Pertemuan pertama dengan upline yg juga merangkap therapist Rayyan Ariff, Puan Yonie Bonawi, bermula hanya dengan menjadikan YLEO untuk kegunaan sendiri dalam usaha mencari penawar untuk anak yang sangat-sangat istimewa itu.
Bulan September 2014, sewaktu Kak Yonie sekali lagi datang untuk satu kursusnya, aku dan suami nyatakan kami mahu mengambil peluang cuba menjadi Independent Distributor untuk produk Young Living. Semua ini terdorong oleh dua faktor, pertamanya, aku mula mendapat positif feedback daripada kawan-kawan yang punya anak istimewa apabila mencuba essential oils pada anak mereka. Pada ketika itu aku hanya tolong belikan kepada beberapa orang kenalan sahaja. Feedback positive yang aku terima adalah sangat-sangat mendorong. Dan apabila ada yang berterima kasih, aku rasa aku ada sedikit peranan membantu anak-anak yang senasib dengan anakku.
Faktor kedua yang mendorong adalah kerana suamiku ketika itu sudah beberapa bulan tidak lagi bekerja dan masih tercari-cari apakah peluang perniagaan yang sesuai untuk dia lakukan. Sesuatu yang tidak mengikat dan membolehkan dia menjalankan tugas-tugas mengambil dan menghantar anak-anak ke sekolah, berterapi dan sebagainya. Masih aku ingat kata-kata Kak Yonie, "Ambil peluang menjadi antara yang terawal menjadi pengedar, bulan hadapan Young Living Malaysia akan dibuka.."
Alhamdulillah, I'm glad that we did take the opportunity.
Langkah pertama bermula pada bulan pembukaan Young Living Malaysia pada October 2014 yang menyaksikan kami terus mencecah rank Silver, terus melangkau rank Executive. Waktu itu, bagaikan sukar untuk percaya. Teringat beberapa minggu sebelumnya, sewaktu aku tanyakan pada Leaders Young Living organisasi kami yang datang daripada Singapura untuk majlis pembukaan Young Living Malaysia, aku ternganga apabila mereka menyatakan perlu mendapat jualan 10,000pv atau nilaian USD10K sebulan untuk mencapai ranking Silver. Susahnya.. Fikirku.. Waktu itu, apa yang mendorong aku adalah mahu mendapatkan aroma bag yang mengandungi lebih seratus minyak pati Young Living. Beneficial untuk anak-anakku pastinya, selain ianya nampak sangat lazat bagi orang yang mula gila minyak macam aku.. Hehehe.
Bulan ke 4 setelah memegang title Silver leader, kami berganjak setapak lagi ke ranking Gold yang menetapkan syarat minimum jualan produk sebanyak 35Kpv atau pun USD35K sebulan. Waktu itu, kami juga mula mendapat jemputan untuk ke Silver dan Gold retreat Young Living di Utah dan St Maries untuk tahun 2015 kerana berjaya mengekalkan ranking yang sama minimum 3 bulan berturut-turut. Namun terpaksa ditunda ke tahun ini kerna banyak isu. Masuk October 2015, satu tangga lagi kami jejaki membawa ke rank Platinum. Alhamdulillah.
Game plan? To be honest hampir tiada strategy yang menarik kecuali berkongsi dan terus memberi. The more you give, the more you'll get back. Kan? Lagi pun, I always believe that good product speaks for itself. I just have to do my part of sharing. Dan bila dapat positive feedbacks, itulah reward sebenar.. Hahaha.. Tak pernah-pernah terbayang kot nak terjerumus ke kancah MLM ni.. Sebelum ni asyik laa menyampah aje kot..
Mungkin yang dekat di hati aku adalah apabila melibatkan anak-anak istimewa yang banyak membangun dengan Young Living Essential Oils ni.. =)
Kisahnya.
So, berminat untuk tahu lebih lanjut tentang produk ini dan menjana lebih pendapatan? PM sis.
Kahhhhhhh.. MLM sangat khennn. Hehek..
~I wonder, sape la yang mula dengan ayat PM sis sebenarnya? Korang wonder tak? Hakhak.
P/s - Dulu teruja nak rank Platinum sebab nak bawak Rayyan Ariff gi klinik YL dekat Ecuador. Now that peluang dah dapat, nervous pulak. Boleh ke anak mama cope jalan jauh-jauh? Sigh.
P/s 2 - 2 minggu ambik masa siapkan entri ni. Tepuk bahu sendiri!!
Bulan September 2014, sewaktu Kak Yonie sekali lagi datang untuk satu kursusnya, aku dan suami nyatakan kami mahu mengambil peluang cuba menjadi Independent Distributor untuk produk Young Living. Semua ini terdorong oleh dua faktor, pertamanya, aku mula mendapat positif feedback daripada kawan-kawan yang punya anak istimewa apabila mencuba essential oils pada anak mereka. Pada ketika itu aku hanya tolong belikan kepada beberapa orang kenalan sahaja. Feedback positive yang aku terima adalah sangat-sangat mendorong. Dan apabila ada yang berterima kasih, aku rasa aku ada sedikit peranan membantu anak-anak yang senasib dengan anakku.
Faktor kedua yang mendorong adalah kerana suamiku ketika itu sudah beberapa bulan tidak lagi bekerja dan masih tercari-cari apakah peluang perniagaan yang sesuai untuk dia lakukan. Sesuatu yang tidak mengikat dan membolehkan dia menjalankan tugas-tugas mengambil dan menghantar anak-anak ke sekolah, berterapi dan sebagainya. Masih aku ingat kata-kata Kak Yonie, "Ambil peluang menjadi antara yang terawal menjadi pengedar, bulan hadapan Young Living Malaysia akan dibuka.."
Alhamdulillah, I'm glad that we did take the opportunity.
Langkah pertama bermula pada bulan pembukaan Young Living Malaysia pada October 2014 yang menyaksikan kami terus mencecah rank Silver, terus melangkau rank Executive. Waktu itu, bagaikan sukar untuk percaya. Teringat beberapa minggu sebelumnya, sewaktu aku tanyakan pada Leaders Young Living organisasi kami yang datang daripada Singapura untuk majlis pembukaan Young Living Malaysia, aku ternganga apabila mereka menyatakan perlu mendapat jualan 10,000pv atau nilaian USD10K sebulan untuk mencapai ranking Silver. Susahnya.. Fikirku.. Waktu itu, apa yang mendorong aku adalah mahu mendapatkan aroma bag yang mengandungi lebih seratus minyak pati Young Living. Beneficial untuk anak-anakku pastinya, selain ianya nampak sangat lazat bagi orang yang mula gila minyak macam aku.. Hehehe.
Aroma Bag.. Yang besar tu yea,, Bukan yang kecik dua tu.. Lazat wohh..
Bulan ke 4 setelah memegang title Silver leader, kami berganjak setapak lagi ke ranking Gold yang menetapkan syarat minimum jualan produk sebanyak 35Kpv atau pun USD35K sebulan. Waktu itu, kami juga mula mendapat jemputan untuk ke Silver dan Gold retreat Young Living di Utah dan St Maries untuk tahun 2015 kerana berjaya mengekalkan ranking yang sama minimum 3 bulan berturut-turut. Namun terpaksa ditunda ke tahun ini kerna banyak isu. Masuk October 2015, satu tangga lagi kami jejaki membawa ke rank Platinum. Alhamdulillah.
3 jemputan, Silver retreat di Utah, Gold retreat di St Marie dan Platinum Retreat di Ecuador. Untuk cabaran Global Young Living Drive2Win Contest juga melayakkan kami ke Hawaii. Again, terpaksa ditolak atas banyak consideration lah kan.. Rugi? Nak buat macamana. Hidup penuh komitmen lain..
During one of the event yang mana akan ada leaders recognition.
Wall of fame dekat YL Office. A friend hantar gambar.. Aku memang dah lama takgi YL office. Tapi pergi masa leaders' meeting hari tu, depa dah tukar gambar.. Bukan gambar ni dah.. Tak menarik gambar baru.. ;-(
Mungkin yang dekat di hati aku adalah apabila melibatkan anak-anak istimewa yang banyak membangun dengan Young Living Essential Oils ni.. =)
Income Disclosure Statement drpd laman web YL.
Kalau ikut yang ni, pada rank Platinum, range income adalah drpd RM17k - RM200K sebulan. Walaupun range earnings kami dah jauuuh drpd lowest income, tapi sangat-sangat-sangat la jauuuuuuuh lagi wehh daripada highest income earner. Hahaha.. Sape la agaknya yang earn RM210K per month tu? Dahsyat.. Buat apa agaknya dengan duit bebanyak tu kome? Tapi tu la.. Duit ni makin kejar, makin jauh.. Buat relaks2 je lah kome.
So, berminat untuk tahu lebih lanjut tentang produk ini dan menjana lebih pendapatan? PM sis.
Kahhhhhhh.. MLM sangat khennn. Hehek..
~I wonder, sape la yang mula dengan ayat PM sis sebenarnya? Korang wonder tak? Hakhak.
P/s - Dulu teruja nak rank Platinum sebab nak bawak Rayyan Ariff gi klinik YL dekat Ecuador. Now that peluang dah dapat, nervous pulak. Boleh ke anak mama cope jalan jauh-jauh? Sigh.
P/s 2 - 2 minggu ambik masa siapkan entri ni. Tepuk bahu sendiri!!
No comments:
Post a Comment