Thursday, October 20, 2016

Bersiaran dari rumah?

Yea bersiaran dari rumah di hari kerja. It's heaven on earth!!
Bezanya, bukan rumah Ampang, rumah SP. Hehehhehe. 
Jauh? Hehehhehe...

Home for 5 months. Daripada berkerak, now dah merelip. Hehehehhe

Alhamdulillah sekali lagi, atas izinNya, saya sekali lagi dalam tempoh bercuti tanpa gaji. Actually I have this idea since 2013 and did discuss it with my ex-boss. Tapi tak materialise. Timing tak kena. Budget tak cukup. Macam-macam lagilah. 

Does it really require lots of money? Yes in our case. When I took 6 months unpaid last time, it took us close to 2 years to "recover". Balance kan balik income vs commitment. Padahal cutinya 6 months aje. Heheheheh.. Sebab? Dalam masa 6 bulan tu kami gandakan effort. Gandakan terapi berbayar dan sebagainya. Sedangkan income sebelah pihak tak masuk. Maka, savings semua habis. Kad kredit semua limit full. In fact, I even took up loan as a back up masa tu. Just in case kan. Mau tak sakit.. 

Sama jugak dengan sekarang. Bila cuti ni, we add so many things up. Apart from the thing that I'm doing for him, His speech therapy pun dah up, dah jadi 6 times a week. Yes, hampir setiap hari kecuali sehari cuti. In the pipeline, InShaaAllah 2 times a week OT and once a week stimulatherapy. Oh hippotherapy aka horse riding jugak.

Dan adik pulak, will be going for reading and swimming class. Takkan abang aje kan? Hehehehe... 

The reason why we are here in SP. He is a man with a golden touch and so they call him.. Semoga dihujung cuti Mama ni, ada words kembali drpd kamu, anak. 

Being me, seumur hidup memang tahu kerja makan gaji sahaja. Business is not my thing and so I said. Tapi Allah SWT buka jalan melalui anak ini. And here I am, able to do this once again. Without having to worry yang nanti it will take us another 2 years untuk cari duit nak recover and balance out income vs commitment. Rezeki anak-anak. 

Syok tak bekerja terikat ni (the one that requires you to stay in the office from 9am-5pm). Tak boleh kata yang I is tak keje sebab memang masih bekerja. Buat order semua. Handle kelas. Sharing session etc still lah kerja jugak kan.. Those that I can do online, mostly. Untuk fizikal stock take, filing and whatnot, I hired a PA for that. Hahahha.. Lega di situ. 

Part yang paling best, ada masa untuk diri sendiri dan untuk anak-anak. Now pagi-pagi bawak anak ke taman, pergi jogging kononnya. Sambil anak main basikal. Then nak minyakkan anak, any time throughout the day pun boleh buat. Bukan malam aje. 

Anak bujang yang selalu perlu "lebih".

Dan lagi satu yang best, bila mana sebut, jom pergi bercuti dekat-dekat bawak anak.. Terus bungkus kain baju and jalan. Tambah pulak laki pun sama tak terikat kan..

Pada saat saya bercadang mahu belikan dia basikal khas yang dia gunakan di sekolah, Rayyan Ariff sebenarnya sudah bisa mengayuh basikal biasa. Dia sendiri meminta untuk menaiki basikal adiknya sewaktu adik enak mengayuh. Okay petang nanti kita beli basikal untuk anak bujang pulak yea..

Indah hidup bila anak-anak di depan mata kan? Ramai juga di kalangan kawan-kawan saya yang memberi cadangan berhenti kerja kepada saya. Terus full swing berbisnes. Tak kurang juga ada yang mengatakan saya tamak bila mana apa yang kami ada sekarang sudah jauh mencukupi. Bukan begitu.

InShaaAllah, doakan kami aje. Tipulah kalau tak mahu. Tapi bukan sekarang. Saya ada alasan saya yng tersendiri. Target saya adalah 2-5 tahun daripada sekarang. As funny as it may sound, but truth is, I do love my job. Though I love my kids more, but I know they are in good hands while I'm at work. Yang sekarang ni nak kick start untuk speech Rayyan Ariff dulu. Once dia dah okay, dah boleh balik KL and terus raikan hidup!

Okay till then. 

Oh, cita-cita baru. Nak update blog setiap hari except for weekend. Doakan. Hopefully there'll be more EO tips here and more stories on my RAs. 

Assalamualaikum. Tata. 

1 comment:

ieda said...

seronoknya tengok Rayyan dah pandai kayuh basikal....
smart boy la awak ni....

jiey tak berhenti kerja pun takpa...company flexible & very supportive...zaman la ni & zaman akan datang sgt demanding...selagi boleh balance kerja & family, teruskan ja.