Monday, August 10, 2015

Selamat Hari Raya Superkids' Family

Alhamdulillah, tujuh tahun bersahabat. Pertemuan melalui anak-anak syurga sedari mereka masih bayi lagi. Sekarang masing-masing sudah menginjak ke angka 7. Kalau diikutkan, sudah darjah satu pun. Tapi perancangan tuhan untuk mereka berbeza.
 
Bukan senang untuk lebih daripada 4 keluarga berkumpul. Seringnya, pasti ada sahaja yang tidak dapat hadir. Namun Alhamdullilah, kali ini hampir mendapat keahlian penuh. Hekhek.
 


Makanan hasil potluck. Tapi lupa pulak nak di capture. Yang paling meletup malam itu, pastinya Keli bakar resepi Mama Ida dan Babah Zali. Sedap malatopss. Oh, dan juga pavlova Ummi Ita dan Abi Farid, perghhh.. Sodapppp! Kami? Tukang beli kambing and marinate sahaja. Yang sendiri, beli buah-buahan and goreng nugget aje. Hahahha. Sempoi. Sebab hari Sabtu tu memang hari yang full pagi ke malam. (>_<)

Sedapnya keli diaaa.. Aku yang bukan penggemar ikan ni boleh makan beria-ia. Rayyan Ariff pun bukan main. Nasi putih, kicap dengan keli, habis sepinggan!

Tuan Alimin ni tukang buat-buat sibuk aje.. Hoihoi.
 
Tak puas borak. Sesekali jumpa memang seronok sangat-sangat. Tapi tak dapat nak berlama-lama sebab ada kerja lain pulak. InShaaAllah, panjang umur kita gather-gather lagi.
 
 
P/S - Rajin KakLong hapdet belog??