Wednesday, February 17, 2010

Where do you see yourself in ten years from now?? (Bukan rumah je bleh bertema inggeris, tajuk entri pun boleh!)

~Masih dalam mode suka tajuk yang panjang-panjang~ :P

Sewaktu sibuk mengemas rumah setelah berpindah tempoh hari, saya terjumpa karangan Bahasa Inggeris yang merupakan tugasan sewaktu saya masih mengikuti program matrikulasi Perakaunan KPM suatu waktu dahulu. Inilah remarks yang diberikan oleh pensyarah saya untuk tugasan yang bertajuk itu : Where do I see myself in 10 years from now?

Good assignment. You also have a very good introduction!
I especially like the part about finding a husband as cute as Freddie Prinze Jr.

Well, good luck in achieving all your dreams


Mark : 17.8 / 20.

(I'm wondering, kenapa perlu ada point di situ.. Kan elok kalau markah digenapkan sahaja kepada angka 18) :P
.Saya pernah menjadi kipas-susah-mati- Freddie sweetie pie honey bunch neh.. Masih meminati cuma tidaklah ke tahap fanatik lagi.. Tiada lagi gambar mat saleh ini di almari baju.. Tiada lagi gambar met saleh ini di meja tulis saya..

Ok. So much of finding a husband as cute as Freddie Prinze Jr, kan?

He is definitely no Freddie Prinze Jr kan? But he's definitely my prince charming.. The father to my son.. And the love of my life! =)

Banyak yang saya sasarkan di dalam karangan tersebut tidak tercapai. 10 years from that date bermaksud tahun ini. Saya berusia 18 tahun sewaktu karangan itu ditulis. Dan umur saya bakal menginjak ke angka 28 apabila tanggal 11 Oktober 2010 menjelang nanti..

Dalam masa 10 tahun, banyak yang berlaku. Walaupun apa yang pernah saya impikan tidak tercapai sepenuhnya, I'm content with my life and with what I have now.

Next entry, akan saya huraikan apa yang pernah saya tulis dan apa yang telah saya capai.. =)

Tuesday, February 16, 2010

When he is no longer your fiance..

Quite a long silence kan? Not that I dont have time to blog, but the loading time of this not-so-smart-meksis berukben was killing me.. So now that I'm back in KL, it is much2 faster with my streamyx.. =)
.
It was my BFF's wedding.. I had a great time with all of my BFFs.. Being surrounded with all the anak dara.. Makes me feel so young! The laughter, the jokes, the pose.. Spending time with this crowd feels like heaven!
.
The BFFs.. Masih ada yang belom sampai time neh..

The bride was on a very strict diet and she managed to loose more than 14kg just before her big day.. Gilo lah Ly..
.Being with these girls makes me feel HUGE!! Okeh, esok nak gi Fitness First..
.
I know the bride is beautiful, but look at the 3 in the mirror.. Comey-comey blako.. :P
.Ly, he's no longer your fiance.. Sekarang, dia syurga kamu.. All the best to both of you.. =)
.Budak-budak n mak-mak budak yang sengal.. :P

My heroes.. Terima kasih kerana membenarkan saya membujang.. =)
.
To Huslaily and Firdaus, semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa.. Firdaus, please.. please.. please take a good care of this great friend of ours!
.
P/s - Sorang2 kawen.. Serious rasa cam mak lepaskan anak.. =P

Thursday, February 11, 2010

Blogging dengan ikhlas meluahkan apa yang terbuku di hati atau mahu topik hot sahaja bagi menarik pembaca??

Ok, saya tahu saya berhutang entri ini..
.BAEP Test done on 9.2.10

Namun tiba-tiba sahaja mood melayang entah ke mana.. Saya baru sahaja pulang dari SDMC, untuk sesi fisioterapi Rayyan Ariff. Alhamdulillah.. It was a good session and Rayyan Ariff has shown us another good progress. Both Sarjit and I were smiling ears to ears.

Enough about Rayyan Ariff! (*Although I can never get enough out of him.. :P*)

Honestly, bila kawan-kawan mula berblogging, apa yang anda cari? Apa yang anda ingin sampaikan? Maklumbalas yang bagaimana yang ingin anda perolehi?

Pada saya, saya menulis tentang apa yang saya rasa. Tentang sesuatu yang saya mahu terus ingati.. Untuk sesuatu yang dapat saya imbas kembali pada masa akan datang.

Alhamdulillah, perkongsian di sini mendapat sokongan dan kata-kata semangat dari teman-teman bloggers yang lain. Bukan hanya itu, saya juga dapat memperkembangkan pengetahuan tentang dunia keibubapaan melalui rakan-rakan yang lain.

Saya pernah menerima beberapa emel daripada doktor, terapi, ibubapa mahupun rakan-rakan yang berada di landasan yang sama dengan saya untuk berkongsi dan bertukar pendapat. Memberikan pandangan dan approach untuk dicuba yang tidak pernah saya fikirkan.

Inilah yang saya cari. Dan melalui maklumbalas yang saya terima, blog ini juga ada memberi kesan (walau tidak banyak, sedikit pun jadilah.. Readers mokcik pun takdela banyak mana..) kepada mereka yang mengikutinya. Dan saya melihat ini sebagai benefits of blogging.

Namun semalam, sewaktu asyik berbloghopping, saya tiba ke suatu blog yang sememangnya agak asing bagi saya. Ceritanya biasa-biasa sahaja.. Namun yang menarik perhatian saya adalah mengenai satu entri yang di postnya pada bulan Januari 2010.

Entri itu adalah artikel yang ditulis oleh sahabat baik saya dan telah dihantar ke majalah EH! untuk diterbitkan. Artikel itu telah selamat dicetak pada tahun 2008 atau 2009 kalau ingatan saya tidak silap.

Saya cuba mencari kiranya ada dinyatakan nama penulis pada entri itu. Amazingly, penulis blog itu menerbitkan semula artikel itu seolah-olah segala yang ada adalah pengalamannya sendiri. Lantas saya terfikir, mungkin saya yang salah. Mungkin artikel yang dihantar oleh teman saya lain isinya, hanya tajuk yang sama..

Makanya, pagi tadi sebelum ke SDMC, saya bertanya pada teman tersebut. dan seterusnya memberikan link blog itu kepadanya.. Yes, it was her article! Namun bagusnya teman saya ini, dia tidak melatah. Hanya dengan satu pertanyaan yang pada saya sememangnya tidak menyakitkan, membuatkan penulis blog itu memadamkan entri tersebut.

Saya? Ada sedikit rasa bersalah. Nampaknya, bukan hanya Rayyan Ariff yang busy body.. Mamanya pun sama. Namun sememangnya peristiwa ini ada meninggalkan sedikit kesan. Saya bukanlah penulis hebat seperti teman saya itu, namun ianya menunjukkan bahawa plagiarism ada di mana-mana. Apa yang kita tulis dengan ikhlas dan berdasarkan pengalaman diri, tak semestinya milik kita..

Kalau sebaris dua ayat sama, atau mungkin satu perenggan yang sama, mungkin masih boleh dimaafkan, namun andai keseluruhan isi diubah menjadi miliknya, apa lagi yang tinggal? How funny people can be kan?? :P

P/s - Pernah terfikir untuk mengubah entri ini: "Tangisan yang dirindui" menjadi cerpen untuk dihantar ke majalah. Namun kini, tidak lagi.. :P

Wednesday, February 10, 2010

Anak saya yang busybody dan dia sememangnya OK je..

Lately tajuk-tajuk entri memang mengarut.. Tiba-tiba terasa seperti tajuk yang panjang adalah catchy.. Muahahhaha.. :P
.
Semalam, hari yang sibuk bagi kami. Seharian di SDMC untuk sesi fisioterapi dan another round of hearing test.
.
Seperti yang saya ceritakan sebelum ini, Rayyan Ariff seringnya mahu berjalan sahaja dan menjadi tanggungjawab kami untuk memegang tangannya ataupun badannya. Yang penat adalah kita apabila terpaksa berjalan dengan badan yang dibongkokkan.. Lenguh sungguh.
.Bibik pulak yang pegang, mama nk amik gambar.. :P

Sewaktu saya sedang sibuk membawa Rayyan Ariff berjalan, saya disapa oleh seorang wanita.. "Eh, dah ok yea dia sekarang.." Minda saya tidak dapat mencerna maksud yang ingin disampaikan oleh wanita asing itu.. "Sorry, dah ok?" Saya bertanya kembali..
.
"Oh sorry.. Actually dah dua, tiga kali I saw both of you kat Rehab when your son was doing physiotherapy. He looks ok and much much stronger than before.."
.
"Oh.. Ingat apa tadi.. Yes, he's definitely better than before.." Saya hanya tersenyum sambil terus-terusan melayan kerenah Rayyan Ariff yang asyik mengatur langkah dan menyentuh satu persatu kerusi biru yang tersusun di bahagian tepi.
.
"The therapy really works huh.. It does wonder on him.." Tambah wanita berambut pendek itu lagi.
.
"It did. It really works and it helps a lot. " Saya cuma tersenyum dan terus berlalu..

Dengan izinNya, wanita inilah yang dihantar untuk membantu kami.. Yang tanpa jemunya melayan kerenah dan tangis Rayyan Ariff. Yang tidak pernah bosan menyanyikan pelbagai lagu buat anak kecil ini.

Ian with Auntie Sarjit
.
She's very well experienced in handling children and she's definitely one of the best paed therapist in town. Her explanation is very good and she's very dedicated to the children that she's seeing.. She's willing to work until late evening for the children because some of the parents can only come after office hour or on saturday.
.
Once, she gave us appoinment at 5pm on saturday afternoon. Because other slots were fully occupied. And mind you, her working hours on saturday is only until 1pm. I dont think she's doing it because of the money.. She has passed the retirement age and has been working for so many years.. So I guess she's definitely fine in terms of monetary.. Further, she also comes from a well off family..
.
Her eyes will shine everytime she talks about the children that she's seeing. Even the littlest progress means a world to her. Not just she handles the children well, she also manages the expectation of the parents. I was once a very eager and anxious parents. But she knows the right button to press in order to keep a parent like me calm.. :P
.
Memang saya masih punya sedikit kesalan. Andainya saya dan Rayyan Ariff bertemu Sarjit lebih awal, there must be a lot of difference kan? Kali pertama bertemunya, Rayyan Ariff sudah berusia 11 bulan. With not so good head controls, can barely turn and sitting ability was definitely not in the list.
.
But after 9 months, look at him now..
.
Semalam, Sarjit membawa Rayyan berjalan keluar dari bilik fisio dan sepanjang lorong ke bahagian luar pusat Rehab SDMC. Setiap kali melihat sesuatu, Rayyan Ariff akan menghentikan langkahnya dan asyik melihat mereka-mereka yang lain. Mengintai ke setiap bilik dan ruang, melihat apakah yang sedang dilakukan pesakit-pesakit dan pekerja-pekerja lain.
.
"He's quite a busybody boy.." Kata Sarjit berserta tawa dihujungnya.
.
He is. Budak bijak mestilah kena byk wondering kan? :P
.
The hearing test result?? Tunggu next entry.. Coz it will be a long one! :P

Tuesday, February 9, 2010

Percubaan kali ketiga yang masih tidak membuahkan hasil..

Percubaan kali kedua lebih baik daripada percubaan kali ketiga. Percubaan kali ketiga semalam, menyaksikan titis air mata yang bukan sedikit. Tangisan kesedihan dari seorang anak kecil.

"Sudah-sudahlah tu dik.. Abang tak sampai hati.. Esok-esoklah cuba lagi.."

Namun saya pekakkan telinga. Sudah saya katakan, kalau menjadi kejam pada matanya adalah untuk kebaikan, maka biarlah saya yang menjadi si penjahat itu. Mohon agar terus dikeraskan hati. Sekeras batu.

Seiring dengan tangis syahdu, tangan kecil itu akan merangkul dan memeluk erat leher mamanya. Tanda memohon simpati. Dan saya, cuma mampu membalas pelukan kecil itu sambil menepuk-nepuk belakangnya.. Sekadar menenangkan.

Bukan tidak sayang, cuma mahukan yang terbaik. Sungguh.

Apa yang ada pada benak fikiran saya ketika itu hanyalah bayangan tubuh kecil yang mengesot di dalam duduknya menghampiri saya, Ita dan Ina sewaktu kami di Tasputra. Tiada kata bicara dari wajah putih mulus persis anak kacukan itu. Hanya sentuhan lembut dan bunyian yang tidak dapat kami fahami ketika dia cuba memberitahu sesuatu.

Rayyan Ariff, mama tidak sanggup melihat kesudahan itu pada kamu. Kerana kisahnya hampir menyamai kamu, biarlah mama jadikan ia dorongan untuk terus mencuba sehingga kamu rela menerima. Kerna mama sayang kamu..

Maaf.

Monday, February 8, 2010

Kalau dia satu dugaan, sumpah! Inilah dugaan terindah buat kami!!

"Sabarlah.. Mungkin ini dugaan buat kamu dan pastinya Allah SWT tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan hamba itu sendiri."

Banyak kali kata-kata ini singgah di telinga saya.

Sumpah! Demi Allah!! Kalau benar jiwa kecil ini adalah dugaan buat kami, inilah dugaan terindah yang Dia berikan kepada kami.
.
Wajah penuh senyuman, wajah tanpa hipokrasi.. Itulah wajah seorang anak kecil..

Saya tidak menganggap kehadiran anak ini sebagai dugaan buat kami. Kerana hadirnya penuh kebahagian.. Kerana hadirnya penuh kecintaan..

Satu wajah tanpa hipokrasi, yang sering menyambut saya dengan senyuman tatkala melihat wajah saya dari kejauhan. Mata yang seringnya bersinar-sinar keterujaan apabila melihat kelibat saya.. Wajah ini tidak pernah menipu bahawa kehadiran saya adalah sesuatu yang sangat didambakannya..

Pada dunia, saya bukanlah sesiapa.. Namun padanya, saya adalah dunianya.

Walau sepenat manapun hari yang saya lalui, segalanya bagaikan berlalu apabila wajah ini menyambut saya dengan senyumnya, dengan sinar matanya, dengan tepukan dari tangan kecilnya dan dengan tawa dari bibir kecilnya..

Kalau kebahagian ini adalah satu dugaan, apa lagi yang harus saya ucapkan melainkan lafaz Alhamdulillah..

Rayyan Ariff,
Kamu mengajar diri ini tentang rasa kasih..
Kamu mengajar diri ini untuk menjadi lebih kuat dari semalam..

Apabila kita melihatnya sebagai suatu kebaikan dan dirinya pula melihat ianya satu bentuk penyeksaan.. Susah bukan? Namun ada masa, menjadi ibu membuatkan diri ini terpaksa bertindak kejam pada matanya..

P/s - Cik Anonymous, ini bukan kerana period atau PMS. Kalau kamu di tempat saya, mampukah kamu?? **Lawak kamu adalah tidak seberapa lawak kerana saya mmg tgh sedih**