Wednesday, November 10, 2010

Seharian bersama Rayyan Ariff yang 'sibuk'

Bila banyak alat permainan, tahap 'kesibukan' Rayyan Ariff juga semakin bertambah.. Semua benda mahu disentuh.. Semua benda mahu dicubanya.. Lagaknya seperti anak lain yang gemar bermain dan meneroka.. Semua yang ditunjukkan oleh anak kecil ini harus diambil dan diberikan kepadanya.. Kalau tidak, meledaklah tangisnya..
.
Manjanya memang menjadi-jadi.. Dihempas badan kecilnya ke badan kita dan dia juga boleh menjadi sangat ekstrem dengan menarik-narik rambut dan memukul-mukul kita hanya apabila kemahuannya tidak dituruti. Dan saya, tidaklah selalu tunduk kepada kemahuannya.. Agar dia tahu bahawa dia tidak selalunya akan menang.. :P
.


He's not really interested in pretend play with this cooking set.. =(

Among his favorite..



All time favorite la neh.. Kipas..

Beralih ke bead toys.. He's really good at this.. =)
Sebenarnya, sebelum saya sempat rakaman ini, Rayyan Ariff sedang asyik 'mendodoi' anak singa itu dengan humming sound yang sama kami gunakan padanya setiap kali kami mahu menidurkannya.. Namun sebaik saya merakam, dia sudah berhenti.. *kena cuba lagi next time.. :P*

InsyaAllah, we'll trying to seek for 2nd opinion on Rayyan Ariff's hearing loss. "You need to prove to them that Rayyan will benefit from the program. If not, they wont accept him.."

Saya tahu maksud ayat itu. Dan saya cukup yakin, Rayyan Ariff has lots of potential in him. Whatever programme that you have, please do include him.. He's just like any other normal child.. Just that, he's progressing at a slower rate.. But considering his brain formation, I do think that he's one of a kind! =P

Okeh, it's for you to assess and for us to work harder!

Tuesday, November 9, 2010

Ini medan saya, bukan Kampung Medan ataupun Medan, Indonesia.. :P

“Wan, I read in the newspaper yesterday, about a boy with the same diagnosis with Rayyan.. He’s five years old now..”

Dan apabila teman sepejabat yang merangkap supervisor saya itu bercerita lebih lanjut, saya dapat meneka apa masalah anak itu dan pastinya, walaupun sesetengah keadaannya sama dengan Rayyan Ariff, namun terma dan penyebabnya adalah sesuatu yang berlainan..

“Hmm.. I think the boy is having hemorrhage in the brain or something which caused it to happen.. It’s pretty much different from Rayyan because for Rayyan, it started to happen from day 1 when he was formed. From the moment I conceived. So, how’s the boy’s condition? I presume he’s doing good, right? Since you said it happened after birth.. Must be doing better than Rayyan..” Saya membalas sambil tersenyum.

“Not really actually. He’s severely impaired that he’s on a wheel chair now. And when I look at him, I was thinking how lucky Rayyan is.. For him to be able to reach this far with pretty much the same condition..” Jawab teman itu lagi.

Saya tidak rasa Rayyan Ariff lebih bertuah berbanding anak itu. Kerna pada tahap mana pun pencapaian seorang anak, adalah menjadi tanggungjawab ibu dan ayahnya untuk menerima seadanya. Untuk sentiasa membuka ruang membantu si anak selagi terdaya. Dan saya rasakan, pastinya ibu dan ayah anak itu sudah mencuba sehabis baik untuk anaknya. Dan saya yakin, mereka juga bahagia dengan kehidupan mereka bersama anak itu  kerna takrif kebahagiaan adalah terlalu subjektif untuk dinilai.

Tiada yang lebih besar selain daripada mensyukuri nikmat dan rezeki yang diberikan Allah SWT. =)

Kehidupan kami seharian adalah biasa-biasa sahaja. Menyusuri jalanan takdir yang telah ditetapkanNya dengan sebaik mungkin. Kami melihat setiap pencapaian Rayyan Ariff adalah kerana kurniaan dariNya. Makanya, saya merasakan diri ini masih terlalu banyak kekurangan untuk dijadikan contoh. Masih belum layak. Lagipun, masih banyak perkara yang belum dicapai oleh Rayyan Ariff terutamanya dari segi kebolehan bertutur dan berjalan.

Walaupun dengan peningkatan yang ditunjuk Rayyan Ariff, ianya masih belum bisa menjadi penentu apakah Rayyan Ariff mampu berjalan sendiri suatu masa nanti. Kerna menurut neuro surgeon Rayyan Ariff, “Even if he has strong feet and knows how to take steps, he still won’t be able to walk if he doesn’t able to balance his body..”

Lagi pula, yang berusaha itu Rayyan Ariff sendiri. Bukan kami. Kerna itu saya rasakan saya tidak punya banyak kisah untuk diceritakan seandainya mahu ditemu ramah di media. Bercerita di blog pastinya berbeza dengan bercerita di dada akhbar..

Blog inilah medan saya untuk bercerita tentang kehidupan. Tentang kisah kami yang tidak seberapa. Juga medan pertemuan untuk saya dan ibubapa yang berada di atas landasan takdir yang sama. Dan seandainya kisah kami semua ini mampu menjadi inspirasi buat yang mengikuti, tiada lafaz selain dari Alhamdulillah yang mampu saya ungkapkan kerna pernah satu ketika, di saat saya mencari harapan, tiada tempat yang saya temui melainkan ketidapastian. Dan seandainya ibubapa yang melalui perkara yang sama dengan saya menemui ‘harapan’ mereka di sini, sekali lagi saya bersyukur kepadaNya.

Namun seperti yang saya katakan, hanya blog inilah medan saya buat masa ini.

P/s – Kawan2, kalau ada sesiapa di kalangan parents to a special needs child yang sudi di temuramah oleh sebuah akhbar tabloid terkemuka, sila email saya di freaky_gurlz@yahoo.com . Superkids’ family, any takers? Mokcik Jiey pemalu sket, tolong promote jer.. :P

Glamour y'all.. Cam MommyLyna ni.. =)

Gambar contoh adalah cilok dari blog MommyLyna, tak semestinya akhbar di atas yea.... =)

Saya mahu 30 jam sehari, bolehkah?? *Mode penat*

Subhanalllah.. Tempoh waktu 24jam sehari bagaikan tidak mencukupi untuk segala aktiviti.. Hmmm.. Segalanya bagaikan tidak terkejar. Banyak yang ingin saya kongsikan namun kekangan masa menjadi penghalang. Tambahan pula, waktu benar-benar terisi dengan keletah Rayyan Ariff yang semakin lasak..
.
Apabila saya mendengar teman-teman mengeluh tentang keadaan rumah yang hanya sebentar sahaja kemasnya kerna anak kecil yang suka membuat sepah, kini saya mengerti apa maksudnya. Kerna Rayyan Ariff juga di dalam fasa yang sama. 
.
Alhamdulillah.. Dia kini semakin rajin meneroka ke serata ceruk rumah. Dari ruang tamu ke bilik hujung. Dan seterusnya ke bilik tidur utama, bilik bibik dan pastinya kamar mandi juga menjadi sasaran anak kecil ini sambil mulutnya tidak lekang menyebut, "Aiirrr.."
.
Habis tong sampah tunggang terbalik.. Set jati anggur saya juga berselerak menjadi mangsa tolakannya. Itu tidak termasuk barang mainannya. Memang rumah kami bagaikan kapal pecah andai dibiarkan Rayyan Ariff mengganas.. =)
.
Namun yang penting, dia sihat.. Alhamdulillah..
.
Hari jumaat yang lalu, jadual saya dipenuhi dengan aktiviti mencari baju, tas tangan, tudung dan kasut baru untuk dipakai ke majlis makan malam Suruhanjaya yang akan diadakan pada hari jumaat nanti.. Bukan hanya saya, hubby juga tidak terkecuali mencari pakaian dan kasut yang sesuai.. Hmm takmahu kalah! Petang jumaat, sempat juga kami menyelit membawa Rayyan Ariff berenang lagi.. Syukur kerna kini dia cukup gemar berenang berbanding sewaktu saya bercuti tanpa gaji tempoh hari..
.
Hari sabtu pula, kami penuhi temujanji dengan therapist Rayyan Ariff dan kunjungan singkat ke Port Dickson. Niatnya, mahu menanam Rayyan Ariff di dalam pasir seperti di dalam gambar ini;
.
9 months old @ Chenang Beach, Langkawi

Namun niat kami tidak kesampaian kerna keadaan pantai yang dipukul ombak kuat. Tambahan pula, pantainya agak kotor. Mungkin di lain waktu kami perlu membuat perancangan yang lebih teliti dengan menempah chalet yang mempunyai private beach.. =)
.
Hari ahad pula, hari kami bermula dengan membawa Rayyan Ariff ke barber kerana rambutnya sudah panjang benar.. Hmm baru lagi kami botakkan rambut budak comel ni, cepat benar rambutnya memanjang! :P
.
Misi memotong rambut gagal kerana Rayyan Ariff tidak memberikan kerjasama. Tambahan pula, biasanya kami memilih untuk menggunakan mesin sahaja, makanya lebih mudah. Namun kali ini apabila saya meminta untuk rambutnya 'digunting', jadi ianya sangatlah mencabar.. Sengaja saya tidak mahu rambut Rayyan Ariff dimesin kerna tidak mahu dia 'kurang' handsome di majlis Mama Biey nanti.. :P
.
Jenuh nak pegang.. Melawan.. Tukang pegang = Saya+hubby+mamak tukang gunting.. :P
Pujuk dengan gula-gula.. OK sekejap.. :P
Seterusnya kami ke majlis resepsi pihak lelaki teman baik saya aka Mama Biey kepada Rayyan Ariff.. Majlis berlangsung dengan meriah dan Biey seperti seringnya, memang sentiasa cantik..
.
Reunion with old friends.. Masing2 siap ngan 'henbeg'.. Ada jugak yang still solo.. Auntie Chah, thanks for duit raya.. Suko Ian..
Awie, aku takyah pesan coz aku tau ko akan jaga Biey baik2.. =)

Rayyan Ariff memang tak mahu diam.. Walau mata sudah mengantuk yang amat! :P
Petangnya pula, saya bertungkus lumus di dapur memasak untuk keluarga Biey. Sengaja saya mengundang mereka untuk makan malam di rumah kami memandangkan bukannya selalu mereka turun dari Kota Bharu.. Dengan bibik yang bercuti dan hanya tiba di rumah selepas maghrib, memang saya kelam kabut memasak dan dan dalam waktu yang sama, menguruskan Rayyan Ariff seorang diri.. Saat saya di dapur, Rayyan Ariff pula sibuk 'mengemas' serata rumah.. Memang penat! :P
.
Runsing sungguh di hati kerna risaukan masakan yang mungkin terkurang garam atau gula kerna keadaan yang kelam kabut.. Namun Alhamdulillah, 'keluarga' saya ini makan bertambah-tambah.. Mujurlah lauk yang dihidang kena dengan selera mereka.. Ayam goreng rempah, sambal ikan bilis tempoyak, ikan pedas, tomyam dan sayur campur yang saya masak habis semuanya..
.
Itulah cerita weekend kami. Penat, namun dikelilingi insan tersayang adalah terapi terindah. Dan detik bersama Rayyan Ariff sangatlah berharga.. Tambahan pula dia kini cukup nakal dan suka bergurau..  Mengekek-ngekek tawanya.. Priceless!!

Thursday, November 4, 2010

Lagenda Mokcik Laser kembali (Tak habis-habis lagi Jiey?)

Tajuk ala-ala entri Jiji. :P

Hmm.. Mokcik Laser kembali lagi. Panas betul telinga dibuatnya. Kalau boleh mahu lari sejauh yang mungkin, namun di setiap perjumpaan keluarga pasti akan ada Mokcik Laser kerana dia adalah ahli keluarga. *sigh*

Sepanjang majlis berlangsung, saya cuba mengelak untuk berbual secara langsung dengan Mokcik Laser kerana tidak mahu menjadi sasarannya. Lagi pula, rasa hormat itu masih tinggi.

“M ada kawan ni, masih bujang tapi umur dah 43 tahun. Dia takut nak kahwin, ye la kalau pregnant nanti risky.. Takut anak macam mana nanti.. Doktor ada bagitahu, kemungkinan dapat anak down syndrome atau berpenyakit tinggi..” Cerita Kak M pada Mokcik Laser.
“Alahhh.. Cakap kat dia apa nak risau.. Tu haaa.. Jiey tuh, mengandung muda-muda pun anak sakit jugakkk!!” Jawab Mokcik Laser sambil mulutnya dimuncungkan pada saya yang berdiri di sebelah Kak M.

Aikkk??? Nama saya pulak yang dia petikkkk.. Mokcik.. Mokcik.. Apalah dosa saya dengan Mokcik? Anak rusa nani, baru kembang ekor.. Lallalala.. Ehhh, termenyanyi pulak..

Selang beberapa ketika selepas itu, Mokcik Laser menghampiri saya pula, “Jiey tahu tak, kat rumah Mokcik ada sorang yang ada masalah macam Jiey. Doktor suruh buang la masa mengandung tu sebab nanti susah nak jaga. Lepas tu dia buang la..”

“Oh ye ke??” Saya menjawab sekadar berbasa basi.

“Iye la.. Bila Mokcik cerita pasal Rayyan, dia pun tanyalah Mokcik macam mana keadaan Rayyan. Mokcik bagitau la dia, ada lagi.. Panjang umur.. Tapi tu la.. Memang susah nak jaga.. Asyik pergi spital jer.. Berjalan apa semua pun belum lagi.. Rumit la..”

Adoii la Mokcik Laser, tak perlulah bersusah payah menceritakan kesusahan saya menjaga anak saya sendiri. Bukannya saya minta Mokcik jagakan anak saya. Kalau bermalam di hospital sekalipun, bukan Mokcik yang dating temankan. Apa yang susahnya di pihak mokcik?


Budak lasak yang banyak akal, tangan kanan tekan butang mainan.. tangan kiri pegang remote astro..

Beralih kepada bead toys..

Main newspaper pulak.. Memang tak terlayan.. :P
Setiap perkara bergantung kepada kita untuk melihatnya dari sudut mana. Kalau kita melihatnya dari sudut positif, positiflah dia. Kalau kita memandangnya sebagai negative, negatiflah jadinya.

Alhamdulillah, tidak susah menjaga Rayyan Ariff di sepanjang usianya. Semenjak kami membawanya pulang dari hospital sewaktu dia berumur 45 hari, hanya pada usia 9 bulan dia diserang demam. Kali pertamanya. Dan sepanjang dua tahun lebih ini, baru beberapa bulan yang lalu kami melalui episode kesakitan yang berlarutan sehingga berbulan lamanya.

Adillah kejadian tuhan itu. Kalau sudah diberikan kesihatan selama dua tahun, takkanlah kami tidak boleh diuji dengan kesakitan selama dua bulan? Tuhan itukan maha adil.. Hanya Dia yang mengetahui hikmah disebalik segalaNya.

Dan kalau setiap kunjungan kami ke hospital untuk temujanji doctor, sesi terapi pertuturan, fisio dan carakerja, dan stimulasi berterusan dilihat sebagai kepayahan, itu adalah pilihan kami. Pilihan kami untuk melihat Rayyan Ariff pulih dan berdiri sebaris dengan anak-anak seusianya.

Boleh sahaja kami memilih untuk membiarkan dia membangun sendiri.. Cepat, cepatlah.. Lambat, lambatlah.. Tidak perlu terapi. Tidak perlu bertemu doctor. Orang dulu-dulu pun tidak ada semua ini.. Namun itu bukan cara kami. Biarlah kami dilihat ‘bersusah payah’ untuk Rayyan Ariff kerna kami mahukan yang terbaik untuknya..

Saya akui, di sepanjang perjalanan yang panjang ini, kami telah melalui seribu satu pengalaman. Kesakitan, keperitan dan juga KEBAHAGIAN. Kami cukup maklum bahawa masa hadapan akan tetap menuntut kesakitan, keperitan dan air mata daripada kami, namun kami redha.. Kerna ini adalah takrif kebahagian buat kami..

Walau ribut yang bakal melanda suatu masa nanti, kami tetap tahu, apabila ribut itu reda, kami akan kembali tersenyum dan melangkah. Selagi diizinkanNya, InsyaAllah.

Tuesday, November 2, 2010

Bangun, bangun dan terus bangun wahai anakku, Rayyan Ariff..

Apabila Dia mengurniakan hujan, pasti di sebalik awan mendung kan ada pelangi yang menjelma bersama mentari yang kembali menyinar..

Pada suatu ketika Rayyan Ariff pernah dikatakan tidak dapat melihat, namun semalam dia cuba mengambil seekor semut hitam yang berjalan di lantai.. Kecil dan halus. Apabila percubaannya gagal, dia menolak semut itu ke tepi dengan hujung jarinya sambil mulutnya tertawa girang.

Terima kasih di atas kurniaan mentari ini Ya Allah.

Pada suatu ketika Rayyan Ariff pernah dikatakan tidak dapat mendengar, kelmarin saya tunjukkan sebuah kereta mainan kepadanya dan berkata, “Car! Vroom.. Vroom.. Vroom..”

Dan dia memandang saya sambil meniru, “Oom.. Omm.. Omm..” Comel dan manja ajukannya.

Terima kasih di atas kurniaan pelangi ini Ya Allah..


Anak yang gemarkan buku; membelek dan tertarik pada gambar.. :-)

Pabila suatu ketika Rayyan Ariff diramalkan mungkin akan hanya berbaring seumur hidupnya, kelmarin juga, dia bangun dengan sendirinya..


Sudah lama dia mampu bangun.. Namun bezanya kali ini, dia tidak lagi memerlukan tangan kami sebagai ‘sumber keyakinan’.. Jika sebelum ini kami perlu menyentuhnya hatta dengan sebatang jari sekalipun agar dia merasa ‘selamat’ untuk bangun, kini tidak lagi.. Dia semakin kuat dan berani.

Terima kasih di atas kurniaan terindah ini Ya Allah..


Monday, November 1, 2010

Hari yang tenang.. memang sangat priceless!!

Semalam berlalu dengan tenang.. Terjaga sekitar jam 630am bersama Rayyan Ariff dan setelah seketika, menyambung tidur sehingga jam 9am.. =)
.
Jadual kami semalam hanya diisi dengan bermain-main, membaca buku dan sedikit senaman. Setelah itu, afternoon nap dari jam 2pm sehinggalah ke jam 4pm..
.
Apabila cuaca agak redup, saya membawa Rayyan Ariff ke kolam renang.. Kali ke-empat dalam masa seminggu..Alhamdulillah kerna Rayyan Ariff menyukai sesi berenang dan berada di dalam air.. Tiada lagi ketakutan kepada air kolam yang sejuk..Yang ada hanyalah senyuman dan gelak ketawa.. *Makanya, saya tidak lagi perlukan set kolam Mambobaby*.. =P
.
Happiness!!

Cheeky smile.. =)

Dan semalam juga saya sempat membawa Rayyan Ariff berbuai dan berjalan-jalan mengelilingi kawasan sekitar kediaman kami.. Lenguh juga kerna Rayyan Ariff tidak mahu berhenti.. Tidak tahu penat. Dan dialah yang menjadi 'pemandu' dengan menarik tangin saya ke mana sahaja arah yang dirasakan perlu.. Dan untuk berbuai juga, dia tidak lagi ketakutan.. Malahan, saya tidak perlu memegangnya apabila dia mampu mengimbangi badannya sendiri.. Saya hanya perlu berjaga-jaga sahaja agar dia tidak jatuh.. ^_^
.
Momen-momen sebegini memang priceless! Bagaikan sewaktu saya bercuti tanpa gaji tempoh hari.. Satu rutin yang penuh manfaat buat si anak.. =)
.
Pagi tadi hubby berbicara sendiri, "Ya Allah.. Cepat la Ian boleh jalan.." Saya yang terdengar cuma tersenyum sambil menyampuk, "Kalau dah boleh jalan, ayah jugak yang tak terkejar.."
.
Keinginan itu memang sentiasa ada.. Untuk melihat Rayyan Ariff mengatur langkah tanpa bantuan.. InsyaAllah waktunya akan tiba nanti.. =)