Wednesday, February 8, 2012

Misi hari cuti yang gagal!

Bila mana kita ada anak istimewa ni, 'homework' untuk anak tu jadi lebih.. Banyak benda nak kena ajar and most of the time, terpaksa kejar masa cuti la.. Nama pun working mother..

As for both of us, saya target nak buat walking and standing exercise for Rayyan Ariff banyak-banyak sebab kali ni cuti lama.. Dari hari wilayah sampai semalam, dapat 7 hari.. So niat tu nak buat sungguh-sungguh..

Tapi mission failed! Tak dapat kerjasama daripada tuan empunya badan.. Subhanallah.. Sangat tak mendengar kata.. Langsung tak takut kat Mama dia since dah besar ni.. Dah pandai melawan OK.. Mak stressed!!
.
Kalau boleh, nak mainnnnn jer... Meh kita tengok Abang Rayyan yang sangat "abang-abang" nehhh..
.
Nampak baikkkk je kan?? Adik pulak mulut cam burung.. Banyak bunyi! Bercakap jerrr...
.
Abang rileks lagi.. Sayang lagi kat Adik neh..
.
Ok, cubaan nak buat peace..
.
Cubaan berjaya!! Peace y'all!!!!
.
Ok, dah bosan!!!
.
.
.
.
.
.

Haaa kauuu!! Kaki dengan tangan sekaligus kat kepala adik!! Terpekik mama!!

Dah, takde gambar dah.. Cepat2 pisahkan the siblings sebelum abang tarik rambut plak!
:P

Tuesday, January 31, 2012

Yang kelakar dan comel tentang anak-anak~

Rayyan Ariff, dah nak dekat sebulan selsema dan batuk. Dah berminggu tak gi sekolah. Last-last, semalam Cikgu called tanya tak baik lagi ke? Memang tak baik-baik pun lagi.. Semalam baru kena neb.. :P

 Kata Abang Rayyan, so mesti la tak nangis.. Aku kan abang! Hehehhee..

"It's too bad that he did not come to school for soo long.. With our daily physiotherapy, I'm positive that he should be able to walk independently in a short time.. And he's also smart academically. He managed to do all activities that we asked him to do. Very obedient except for certain cheeky part. He's among the smartest in his class. I just want him to walk as soon as possible so that I can change his class to the higher level.. If it's just sikit-sikit flu, just send him in.. Special children always have something with them so if it's just a little flu here and there, should be OK.."

Huk alohhh.. Terima kasih cikgu di atas keperihatinan. Bukan taknak hantar, kang berjangkit dengan students lain macam mana? Lagi pun, nama pun sakit aka tak sihat, kang kalau paksa2 buat exercise ke apa, datang pulak penyakit lain, macam mana? :-(

Kelakar jugak bila Cikgu dia kata Rayyan Ariff ni pandai and nak naikkan kelas.. Rasa macam anak dah sekolah rendah pulak.. Ye la, siap naik-naik kelas bagai.. Muahahhahah.. =P

Semalam jugak, bawak Rayyan Ariff jumpa his paed neurologist.. Ambik bekalan ubat macam biasa. Pastu kena neb sekalilah sebab dah nak masuk sebulan selsema and batuk tak baik-baik.. Breathing pun tak smooth.

"Apa penyakit dia tadi?? Which brain part yang injured?" Tanya Dr.Sofiah sambil check record dalam file.
"Which part? Eh, dia kan takde brain masa lahir tu.." Memang la rasa pelik sebab tiba-tiba Dr. Sofiah bleh tak ingat Rayyan Ariff..
"Ya Allah.. Lupa pulak saya.. Tengok, we dont need to have lots of brain actually, ni ha.. Banyak benda boleh belajar.. I mean, literally lah.. We dont need that much.." Dr. Sofiah berjenaka sambil ketawa..

Dr. Sofiah mula bermain-main dengan Rayyan Ariff dalam menilai dan melihat perkembangan Rayyan Ariff. "Dah nak boleh berjalan dah ni.. Sikit sangat dah ni.. Ish, kalau dapat kat saya, tiap2 hari saya paksa, sekejap je berjalan budak ni nih.."

"Should be able to walk soon" Dr. Sofiah membaca apa yang ditulis pada rekod kesihatan Rayyan Ariff. "Tengok, saya letak perkataan "soon" ni.. So, mak sila take note yea.. Usaha lebih sket.. Paksa banyak sket.."

Huk alohhh.. Soon yea nak... :-)

Happy hati mak bila dapat 2 good remarks on Rayyan Ariff..

Balik rumah, dapat lagi satu bonus.. Sejuk hati, kembang jiwa bila tengok budak mata bulat ni senyum.. Sayang kamu Puteri Rifa Aleesya!!

 Bergolek-golek atas katil sambil layan sang puteri 'berborak', priceless!!
.
Comel macam anak burung kan? *Mode angau dengan anak sendiri* =P

Saturday, January 28, 2012

Jangan kacau orang bolehhh???

Orang nak baca buku, ayah sibuk nak ambik gambar.. Kang dah kena muka 'sesuatu' ngan Ian!
Muka cheeky penuh kehenseman.. :P
Selamat berhari minggu..

Thursday, January 26, 2012

Antara abang dan adik~

Semalam adik saya bukak album abang saya di FB, and ada gambar-gambar baby.. Lepas tu dia tunjuk kat my mom.. Then mak saya pun tanya la, "Eh, tu Uncle dukung Rifa tu.. Ni gambar bila? Masa bila Uncle dukung Rifa nih?"

"Tu gambar Ian la mommy.." Adik saya jawab sempoi.

"Eh tu Rifa la.." Mak saya masih bertegas.

"Tengok background. Ni kan rumah lama Kak.. Mana Rifa ada lagi.. Ni Ian la.." Jawab adik saya panjang lebar..

"Ya Allah, sama je dua beradik ni.. Tak cam betul! Mati-mati Mami ingat Rifa!" Serius betul jawapan mak saya..

Adik Rifa @ 12.17am.. Tanak tido.. :-)

Dulu, masa Rayyan Ariff baby, bila gi mana-mana, semua orang tanya, "Ni girl ke boy ni?".. Memang muka Rayyan Ariff macam girl sket.. Tambah-tambah dia ni jenis suka senyum.. Sekarang ni, orang tanya pulak soalan yang sama bila tengok Rifa Aleesya.. Maybe Adik ada aura boy sket kot..

Tapi kalau abang macam adik and adik ada iras abang, kata Abang macam girl, pastu kata Adik plak macam boy..  habis sape yang salah acuannya? Dah sah-sah adik ni girl and Abang dah tentu-tentulah boy.. Confuse mak! Hahahahha..

Takpe, pakai gown pinky pinky, letak reben girly2 sket, surely orang tak kata boy.. :-)

Monday, January 23, 2012

Kita Ibu yang kejam!! Entry pendek utk Ibu Nabila~

Ina, bukan Ina sorang yang kejam. Jiey pun kejam jugak.. Laaagiiii kejammm kottt.. Hehehehe..

Muka takut sebab kena paksa naik swing.. Pastu tak puas hati sebab kena pakai cap.. These 2 are for his sensory..

Kalau demam, kena buat aktiviti gak.. Tapi aktiviti yang simple dan tak melibatkan fizikal la.. ~Tak dapat duduk, meniarap pun jadi.. :P

Kalau dalam keadaan sihat, buatlah lebih sikit.. :-)

Kat mana-mana pun budak ni kena paksa berdiri.. =P

Bukan mama n ayah je, Uncle pun join kitorang 'paksa' Ian naik bola jugak.. Dari baby lagi, sampai sekarang.. Kejam tak???..

Ini tangisan bayi pramatang dengan corrected age of 3 months.. Sama macam Cik Bella, Ian pun jadi mangsa kekejaman mak dia gak..
.

Bila mana hati rasa tak sanggup nak tengok Rayyan Ariff terpaksa 'bekerja' untuk belajar, Jiey selalu pujuk hati, mothers are sooo unlimited.. Kita akan sentiasa dapat lentur hati kita untuk jadi apa sahaja.. Sama ada keras atau lembut, kita sedang membentuk anak kita menjadi manusia.. :-)

Ina, Jiey kagum tengok Ina.. Pinjam sket semangat Ina untuk Cik Bella.. So that, Jiey pun akan senantiasa bersemangat untuk Ian.. 
*Sayang kamu*

Friday, January 20, 2012

Mencari rentak yang hilang untuk seorang anak..

Tahun 2012, saya meletakkan beberapa sasaran untuk dicapai. Semuanya adalah berkaitan keluarga dan kerja semata, yang mana, Rayyan Ariff dan Rifa Aleesya masih tetap akan menjadi keutamaan saya..
.
Sejujurnya, banyak rasa bersalah menghantui jiwa kerana usaha untuk pemulihan Rayyan Ariff tidak lagi segigih dahulu.. Saya tewas dengan keadaan dan Rayyan Ariff menjadi mangsa.. Tempoh kehamilan dan berpantang yang meragut kesihatan badan menjadi penyumbang utama.. Seterusnya, pembedahan pada lutut En.Hubby juga menjadi faktor..

Makanya, tahun ini, fokus saya adalah untuk Rayyan Ariff kerna saya tersangat ingin melihat anak ini menapak dengan sendirinya tanpa bantuan.. Tambahan pula, dia sudah bisa berdiri tanpa berpegang kepada sesuatu untuk beberapa saat. Makanya saya tahu, saya perlu memberi lebih tumpuan kepada daya keseimbangan badannya untuk membolehkan dia berjalan..

Selebihnya, saya mahu kembali menjadikan aktiviti berenang sebagai rutin mingguan Rayyan Ariff.. Dan di sinilah kelebihan rumah sekarang yang mana kolam renang hanya di depan mata.. Semoga tahap kesihatan Rayyan Ariff 'mengizinkan' untuk saya lakukan semua ini..

Yang pasti, saya juga perlu kembali menggiatkan usaha untuk menaikkan tahap pendengaran dan pertuturan Rayyan Ariff.. Semoga jiwa ini akan cukup 'kering' dan tegar untuk mendengar tangisan anak yang sangat tidak menyukai alat bantu pendengaran dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya..

Saya juga mahu mula membuat persediaan untuk pendidikan khas Rayyan Ariff kerna tahun hadapan, dia bakal menginjak ke usia 5 tahun.. Makanya saya harus serius merangka pelan pendidikan Rayyan Ariff dari sekarang. Jujur saya katakan, buat masa ini saya masih 'kosong' tentang halatuju pendidikan Rayyan Ariff. Mungkin tiba masanya untuk saya mengambil pendekatan yang lebih proaktif. InsyaAllah, akan saya rangkakan segalanya kelak..

Banyak perancangan untuk Rayyan Ariff bukan? Bagaimana pula dengan Rifa Aleesya.. Begitulah berbezanya keadaan dan cara yang perlu diberi dalam membesar dan mendidik dua anak yang sangat berbeza dari segi keperluan.. InsyaAllah, dalam setiap tumpuan yang diberikan kepada Rayyan Ariff, saya akan pastikan Rifa Aleesya akan turut serta agar dia tidak tersisih dan untuk membiasakan dia tentang keadaan abangnya..

Untuk Rifa Aleesya juga akan saya praktikkan cara yang sama seperti mana saya membentuk Rayyan Ariff. Cuba bayangkan, untuk seorang anak yang mengalami kecederaan otak yang teruk namun setelah di ajar mampu untuk ke tahap ini, apa lagi untuk seorang anak yang tipikal asal kejadiannya.. Semoga Rifa Aleesya akan terus membesar menjadi anak yang sihat fizikal dan mental serta tinggi sahsiah dan pekertinya.. Aminnn

Jiwa Mama.. Mata lalok penangan hisap jari.. :-)
.
Cinta Mama.. Mata bulat pipi tembun..
.
Dua beradik memakai pyjama yang sama.. Adik jiwa mama, Abang cinta mama.. Jiwa yang tiada cinta adalah kosong dan mati manakala cinta takkan wujud tanpa adanya jiwa.. Mama sayang kalian!

Ya Allah, permudahkanlah setiap satunya urusan kami.. Aminnnnn..